Friday, May 29, 2015

Video Rahsia Cara Pakai Shawl Tutup Dada

Assalamualaikum semua :)

Kali ni Nad nak share bagaimana cara pakai shawl tutup dada untuk memenuhi syariat Islam, inshaAllah.

Dalil

“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka.”

(An-Nur : 31)

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anakmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan (melabuhkan) jilbabnya (tudung kepala yang labuh menutupi dada) ke tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal dan tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.”

(Surah al-Ahzaab: 59)

Hasil Pakai Shawl Tutup Dada Cara Nad

Ketika mengunjungi sahabat lama yang baru sahaja bersalin :)

Ketika menghadiri kursus LUA & NLP Presenter: Perform Like Mastery!

Ketika berjalan-jalan di Port Dickson

Ketika menghadiri majlis Master Celebration Master Nana Macarona dan Firdaus

Ibu yang ada anak-anak kecil macam Nad ni pun boleh pakai :)

Tak perlu guna wide shawl pun. Shawl biasa pun boleh. Kalau Nad pakai wide shawl, labuh sangat sehingga terasa agak terganggu sedikit. Mungkin sebab Nad tak berapa tinggi. Nad 156 cm. Yang comel-comel macam Nad boleh lah cuba ya. Hihi.

Mungkin ada yang ingat susah nak buat gaya shawl macam ni. Tapi sebenarnya saaaangat lah senang caranya 😀 Buktinya, lihatlah video cara pakai shawl tutup dada ini:



Haaa..senang sangat kan? 1 minit dah boleh siap tau :)

Aurat Bawah Dagu

Cuma untuk aurat bahagian bawah dagu, dinasihatkan untuk cover bawah dagu masa lilit shawl tu. Nad buat, Alhamdulillah walaupun panas sikit tapi takdelah sampai terganggu. Cuma mungkin panas lah sikit 😉 Tapi panas lagi api neraka kan. Nauzubillah.

Sesuai Untuk Frequent Travellers

Dulu kalau pakai tudung awning, susah juga kalau travelling, risau awning patah. so tak cantik dah jadinya. Sekarang tak risau dah. Tak perlu pakai tudung awning lagi. Cuma shawl kena iron jelah. Tapi shawl yang bercorak kat atas ni tak perlu gosok tau! Haha. Lagi mudah!

Beli Di Mana Shawl Tersebut?

Untuk gambar 1-3 di atas, Nad beli shawl tu kat Radiusite. Boleh beli online atau walk-in ke butik mereka di Shah Alam atau di Rawang. Harganya RM42 sehelai.

Shawl dalam gambar ke-4 pula, Nad beli dari Qaira Hijab di link ini. Harganya RM39 sehelai. Juga boleh dibeli secara online atau walk-in ke butik mereka. Yang ni Nad beli di butik mereka di Bangi Gateway je. Dekat sangat dengan rumah :)

Berapa Ukuran Shawl?

Yang Nad pakai ni tak lah besar sebenarnya. Tapi tips ni menjadikan shawl tu nampak lebih labuh :)

Untuk shawl dari Qaira Hijab tu, ukuran dia 1.7m x 0.6m.

Untuk shawl plain dari Radiusite tu pulak,1.8 x 0.6m dan yang bercorak tu lebar dia kurang sikit dari yang plain. But still jadi labuh kan :)

Material Shawl?

Semua yang Nad pakai ni material chiffon. Cuma yang warna-warna lembut tu kena pakai inner neck untuk tidak menampakkan bayang rambut dan leher especially shawl dari Qaira Hijab tu. Suka material chiffon ni sebab dia jatuh cantik dan beralun :)

So, apa tunggu lagi? Selamat mencuba!



*Jemput SHARE entry ini dengan rakan-rakan anda :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails