Saturday, May 30, 2015

Review Pregnancy Checkup di Hospital Pakar An-Nur Bangi (Dr. Khamsiah)

Anda sedang berkira-kira untuk membuat pregnancy checkup di Hospital Pakar An-Nur di Bandar Baru Bangi?

Mari Nad share pengalaman Nad sendiri :)

Untuk 3rd pregnancy ni, kami dah mula menetap di Bangi kerana Encik Gajah sudah berhenti kerja di Miri pada Disember 2013 dan kami sama-sama berbisnes Shaklee bermula Januari 2014.

Sewaktu di awal pregnancy, Nad survey dengan kawan-kawan yang dah ada pengalaman dengan hospital area Bangi. Akhirnya Nad pilih untuk checkup dengan Dr. Khamsiah di Hospital Pakar An-Nur Bangi.

Klinik Pakar Wanita An-Nur, Bandar Baru Bangi

Proses Checkup di Hospital Pakar An-Nur Bangi

Untuk first time, boleh call dulu Klinik Pakar Wanita An-Nur di 03-8925 0020 untuk buat appointment. Ada 2 doktor di An-Nur iaitu Dr. Khamsiah dan Dr. Fatimah.

Checkup biasanya hari Selasa atau Khamis. Nad tak pasti hari lain, tapi selalunya checkup antara 2 hari ni sahaja dengan Dr. Khamsiah.

Biasanya pada hari appointment, pagi-pagi seawal jam 7.30 dah boleh pergi ambil nombor. Tapi doktor masuk lebih kurang jam 9 pagi. So sila pergi breakfast ke apa dulu :)

Macam Nad biasanya lepas Encik Gajah hantar Zahin pergi school, dalam 8.30 pagi dia pergi ambilkan nombor. Lepas dapat nombor, kepilkan pada buku checkup dan letak dalam bekas yang ada nama Dr. Khamsiah.

Biasanya kami dapat turn belas-belas. So balik rumah dulu sebab rumah kami 5-10 minit je dari situ :D Around 10 am ke atas baru kami pergi semula ke situ. Kalau dah terlepas turn pun takpe, tak perlu ambil nombor baru.

Bagitahu pada nurse yang nak check BP, dia akan kasi buku rekod kita dan bawa check BP di bahagian belakang. Selepas dah settle check BP, tunggu turn anda keluar di skrin :)

Checkup Dengan Dr. Khamsiah

Dr. Khamsiah ni doktor yang dalam kategori peramah. Setiap kali jumpa mesti salam dengan kita dulu. Tak pernah dapat doktor yang salam dengan patients sebelum ni ;)

Dr. Khamsiah suka beri gula-gula pada Zahin dan Ziyad. Almaklumlah, pergi mana-mana mesti kami angkut anak-anak sekali :D Sejak Zahin sekolah ni je Zahin dah jarang jumpa Dr. Khamsiah masa teman Ummi checkup. Ziyad je selalu pergi. Tapi haritu sempat ambil Zahin di school dulu baru jumpa doktor. And tahu tak, dia tak sabar nak masuk bilik doktor! Ingatkan sebab apa la, rupanya nak gula-gula. Hahaha.

Dr. Khamsiah ni orangnya profesional. Contoh haritu Nad tanya tentang chance untuk nad VBAC, dia kata 70%. Kalau kali ni berjaya VBAC, next time is over 90% untuk vaginal birth. Dan hari lain pula bincang tentang Birth Plan, kalau dia boleh buat dia akan cakap boleh. Dan kalau tak boleh dia akan cakap tak boleh.

Cumanya patient dia memang ramai. Kalau nak ambil nombor dan tunggu kat situ, memang agak lama lah. Sebab tu dia suggest balik dulu kalau rumah dekat :)

Lepas jumpa doktor, tunggu di situ sehingga nama dipanggil untuk buat bayaran.

Kos Checkup

Memandangkan Encik Gajah dah tak kerja Petronas, kami pun kena bayar sendiri setiap kali checkup. Masa ni baru alert harga-harga yang perlu dibayar hehe. Kalau sebelum ni main sign je ;)

Untuk first time kosnya around RM 80 - RM 120. Tapi untuk checkup seterusnya RM 60 sahaja (scan baby). Yang ni bayar kat dalam klinik tu sendiri.

Then kena proceed ke lobi utama (di sebelah klinik pakar wanita tempat checkup tadi). Di situ baru bayar kos perkhidmatan atau vitamin jika ada. Biasanya tanpa vitamin kosnya ialah RM 79. So setiap kali checkup lebih kurang RM 140 lah.

Kos pregnancy checkup dan bersalin di Hospital Pakar An-Nur, Bangi. Klik gambar untuk paparan lebih jelas.

Bagaimana Menghubungi Mereka?

An-Nur Obstetrician & Gynaecologist Clinic
No Tel : 03-8925 0020
No 14 & 16, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

19 comments:

  1. Kat BBS ade cawangan An-nur, mmbr g wat baby scan kena dlm rm50 mungkin sbb dia baru bka kt situ kot...'

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum Nad, memang dari awal nad tau nak pregnan nad buat checkup di sini ker? tak pergi checkup di klinik kerajaan?

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Salam puan

    Saya tak faham..kat atas puan kata scan rm60. Kat brosur Ultrasound 2D rm140..yang mana satu betul puan? Ke dua ni benda berbeza.mohon pencerahan

    ReplyDelete
  5. Alamak tak pasti pulak yg dlm brochure tu tp saya bayar rm60 je utk scan. Nurse akn beri resit

    ReplyDelete
  6. Yg jadi beza tu sebab..yg scan bayar kat klinik antenatal tu.lepas tu kene byr consultation fee pulak kt sebelah..dah nama pun jumpa pakar,mesti ade consultation fee kene bayar sikit..

    ReplyDelete
  7. Yg jadi beza tu sebab..yg scan bayar kat klinik antenatal tu.lepas tu kene byr consultation fee pulak kt sebelah..dah nama pun jumpa pakar,mesti ade consultation fee kene bayar sikit..

    ReplyDelete
  8. Salam.. kos bersalin tu yg terkini ke pn.. sbb sy tgk page annur starting rm2,500.. confius kejab

    ReplyDelete
  9. Salam.. kos bersalin tu yg terkini ke pn.. sbb sy tgk page annur starting rm2,500.. confius kejab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul start rm2.5k. Sama mcm dlm brochure tu :)

      Delete
  10. Hospital Pakar An Nur yang tak berapa nak pakar.
    Anto my wife pergi check infertality..dalam tempoh 2 bulan ada beberapa kali kami diarahkan berjumpa doktor. Dari memula lambat haid sampai laa ujian 21d semuanya di buat di sana. Tapi malangnya mereka takde facility utk buat suntikan bagi merangsang ovum utk conceive walaupun semasa appointment terakhir kami mmg dah ada 2 telur yg matang. Jadi kami terpaksa "bersama" atas nasihat doktor berdasarkan tarikh yg di predict sendiri. Makanya mungkin kerana belum ada rezeki maka usaha kami belum berjaya dan my wife still lagi haid..agak kecewa jugak kerana dah beratus wang ringgit habis di sana tapi end up dgn kekecewaan. Anyway kami percaya Allah maha berkuasa dan pastinya ada hikmah disebalik kejadian

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba consult dr nazri yazid kt kpj shah alam untuk masalah tuan/puan tu...better check both husband n wife...insyaallah...moga membantu

      Delete
    2. Cadangan sy terus berjumpa dgn pakar sakit puan, Dr hamid aryad di bukit Damansara. Sy & wife tunggu hampir 8 tahun alhamdulillah dah ada hasil. Baby dah 6 bulan skrg

      Delete
  11. Syukur Alhamdulillah...setelah kami telah melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar selama sebulan, akhirnya isteri saya telah disahkan hamil baru2 ni..syukur sangat2...antara usaha yang saya lakukan adalah memakan makanan tambahan i.e bio-selenium, pergi urut batin di Jelebu (3 kali berturut2)...my wife jugak banyak makan makanan berkhasiat seperti jus delima, buah-buahan etc...dlm minggu ni kami akan datang semula ke An-Nur untuk berjumpa doktor sebelum kami berangkat ke Mekah awal bulan 5 utk umrah...harap2 my wife dan baby selamat...

    ReplyDelete
  12. saya sudah beranank di situ sebanyak 3x, dan ketiga-tiga anak saya dengan Doc Fatimah. Masa saya datang mula-mula, saya biasanya tengok sijil doc mana yang banyak. Akhirnya saya selesa dengan Dr Fatimah. Dan ank ke 4 juga saya akan deliver dengan Doc yang sama pada April 2017 ini. Doc ini sangat positif orangnya, katanya kalau anak 6kg boleh deliver normal, apatah lagi kalau anak 4kg. masa tu saya lahirkan aisyah 4.1kg normal. Alhamdulillah. sekadar pandangan.

    ReplyDelete
  13. Saya pun bersalin 3 org anak disana.
    Sebab tinggal di apartment Sri ixora,5 min sampai.
    Waktu memang seronok merasa swasta.
    Tapi lepas anak2 dah membesar, speech delay, autisme.
    Dorg XDA lah nak caring sgt dgn Kesihatan pesakit. Duit saja lebih.
    X da lah nak bagi nasihat ka apa kalau tgk air ketuban rendah, anemia .
    Cas bagi saja ubat medical merah tu, kat luar rm26 saja stok sebulan iberet.
    Ubat dorg iberet merah Dan kalsium.
    Tgk client x meningkat Kesihatan.
    Tambah lagi ubat. Bukan nak nasihat, makan itu,ini. Tambah darah. Jangan minum teh ka, kopi ka.
    Yelah kita dari first p consult, follow up sampai beranak x pernah p kerajaan konon nak dapatkan perkhidmatan terbaik. Almaklumlah suami nak sangat anak usia lewat 38 baru merasa. Excited lah.
    Duit ja lebih. P kerajaan lah baik. Memang utama Kesihatan kalau fikir yang paling baik lah utk anak. Kalau x da isu memang x ada apalah. Bagi lah terbaik utk pelanggan 99 % melayu Islam. Jgn fikir kaut untung saja. X ralat kalau kita bagi terbaik utk Bangsa . cas hospital tiap tahun naik. Time bersalin tu berapa kali dengar naik. Tapi kami still old rate sbb setia ja dgn hospital ni.
    Next anak no 4 p 100% kerajaan Alhamdulillah. Ikut progress. Sekarang dah 3 tahun. Speech lancar. Ni ja ok banding lain yg follow up 100% Dan bersalin di an nur.
    Pilih doktor memang lah. Tapi time beranak ada sekali doc fatimah x da. P johor. Ganti jugak dgn doc yg x pernah tgk. Doc anita
    Apapun berdasaekan pengalaman sendiri.
    Layanan boleh tahan misi x byk cakap. Kalau nak Tanya sila Tanya doc.
    Tanya pun pusing2 bagi ubat.
    Anak2 memang lahir hampir 4 kg sebab tu dorg punya target. Makan kalsium n susu besar ja lah.
    Minta maaf ya lah ini luahan hati saja.

    ReplyDelete
  14. Ni mesti kes x da pelanggan lah ni makin tahun makin naik harga.
    Orang mengeluh.
    7 tahun sudah rm1,690.00. ITU basic saja. Tambah epidural rm700.
    Ambil ponstan, kos dobi bla bla.... Total rm2,700.00.
    Hahahahha. Jauh lari tu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails