Sunday, May 31, 2015

Review Alas Tilam Kalis Air Aula Shield: Tilam Tak Basah dan Hancing Lagi Apabila Anak Kencing Malam

Assalamualaikum semua :)

Anak anda dah diaper-free? Bagaimana anda elakkan tilam basah kalau anak terkencing malam-malam?

Zahin sekarang dah diaper-free, dah besar dah dia. Tapi kadang-kadang terkencing malam walaupun dah suruh pergi toilet sebelum tidur. Basah tilam, hancing pulak tu kan. Esoknya kena jemur tilam pulak. Sayang tilam tu, kalau boleh nak pakai lama.

Selalu Terbabas

Sebelum ni Nad ada beli Waterproof Sheet Protector ni:

Waterproof Sheet Protector

Nad beli size Single tapi letak di katil King di tempat tidur Zahin. Tapi selalu terbabas. Akhirnya basah juga tilam. Harganya RM 50.

Alas Tilam Kalis Air Dari www.littlemunas.com


Nad guna yang Queen seperti gambar di bawah :)

Comel kan?

Mempunyai 2 sides - sebelah bercorak (material lembut), dan sebelah lagi kalis air

Alas tilam ni ada getah di setiap bucu supaya ia kekal fit pada tilam. Nad suka guna bahagian kalis air di bahagian atas. Kemudian pasang cadang macam biasa. So that bila anak terkencing atas tilam, just basuh cadar dan lap alas tilam yang terkena air kencing tu :) 

Ada yang bertanya, ada bunyi-bunyi tak bila kita duduk atas tilam? Jawapannya tidak :)

Harga untuk alas tilam tidak bercorak (plain):
Single RM 50
Queen / King RM 60

Harga untuk alas tilam bercorak:
Single RM 55
Queen / King RM 65

Boleh dibeli di link ini.


Aula Shield Lapik Tilam Kalis Air

Nad juga pernah guna Alas Tilam Kalis Air Aula Shield, dan kawan pun recommend. RM 100 untuk size King. Bahagian waterproof dia cover seluruh tilam juga sama macam Little Muna's kat atas ni kecuali bahagian tepi tilam.

Waterproof Mattress Cover dari Aula Shield

Alas tilam ni ada 2 side, satu fabrik (plain), di sebelah belakangnya barulah waterproof. So kalau taknak pasang bedsheet pun boleh.

Biasanya jadikan alas tilam, pakaikan alas tilam ni terbalik, means bahagian waterproof di atas. Then Nad pasang cadar macam biasa.

Waterproof Mattress Cover dari Aula Shield. Yang warna kuning tu fabrik. Warna putih tu bahagian waterproof

So far Nad memang puas hati :) Harga RM 100 untuk size King. Ada macam-macam size yang mereka tawarkan.

Cadangan Penggunaan dari Aula Shield:

1. Pasang alas terbalik iaitu bahagian waterproof di bahagian atas
2. Kemudian pasang cadar biasa atasnya. Kalau cadar tadi basah, basuhlah macam biasa
3. Alas tadi boleh spray air biasa/Sabun/Febreeze dan lap dengan kain lembab/kering
4. Dah Ready untuk ganti cadar baru!
5. Alas tadi basuh bila perlu dan boleh guna washing machine.

Waterproof Pillowcase Pun Ada :)

Waterproof Pillowcase dari Aula Shield. Warna Kuning

Waterproof Pillowcase dari Aula Shield. Warna Biru

Harganya RM 45 untuk 2 unit :)

Elok guna in case air kencing terkena bantal ke apa :D

Cara Order?

Whatsapp Aula Shield di 012-2043 646.

Moga bermanfaat!

4 comments:

  1. Tq nad for sharing. Mmg tgh usha2 gak ni.

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  3. nk kene beli juga ni..aeisya nk masuk 3 thn dah..hehe

    ReplyDelete
  4. Cikna beli yg mattress waterproof tu je kt giant... Kira murahla utk king size rm100

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails