Thursday, May 28, 2015

MSE Legacy Sdn. Bhd. is Our New Baby :)

Alhamdulillah tahun lepas pada bulan Jun 2014, Nad dan Encik Gajah telah menubuhkan syarikat bersama yang dinamakan MSE Legacy Sdn. Bhd.

Kenapa tubuhkan syarikat?

Salah satu sebabnya ialah untuk lebih memudahkan kami uruskan kewangan, income tax, dan sebagainya. Alhamdulillah sejak berkecimpung dalam Shaklee, kami dimurahkan rezeki dalam bentuk kewangan. (Rezeki ada pelbagai bentuk kan :)).

Logo Syarikat

Baru-baru ini kami buat logo syarikat:

Tempah dengan this young and talented designer, Farhan Yusoff.

Sebelum-sebelum ni pun dah beberapa kali deal dengan Farhan. Actually dia kawan adik Nad. So sambil tolong student kan. Dan Alhamdulillah hasil kerjanya pun Nad suka. Cuma lebih baik kita senangkan kerja dia dengan memberi info exactly logo or design macamana yang kita suka. So dia boleh nampak bayangan macamana nak design. Contohnya cari gambar yang kita suka di Google dan tunjuk pada dia. Nanti dia gabung-gabung dan jadilah seperti yang diingini :D

Sebelum ni dia buatkan header blog Nad yang satu lagi iaitu sihatcomelceria.blogspot.com :)

Logo syarikat ni paling cepat dia buat. Rasanya 2 hari je kot. Sebab masa tu nak kejar masa sebelum dia pindah ke Kuching untuk kerja design di sana. Alhamdulillah walaupun pantas tapi cekap!

So kalau berkenan dengan hasil kerja beliau, boleh PM dia di FB ya :) ---> Farhan Yusoff.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails