Thursday, May 28, 2015

Apa Itu Birth Plan dan Bagaimana Nak Buat?

Harini Nad checkup di Hospital Pakar An-Nur, Bangi untuk minggu ke-38 pregnancy dengan Dr. Khamsiah :)

Alhamdulillah berat tak cecah 7 series lagi :D Almaklumlah tak pernah pregnant cecah 38 weeks lagi sebelum ni. Hehe. Minggu ni naik 500gram je, last week naik 1 kg :D

Berat baby maintain 2.7 kg. Tapi ni anggaran sahaja. Machine pun tak perfect kan :) Tapi lepastu doktor kata, perut awak besar ni, dia double check, machine tetap tunjuk berat yang sama :D

Baby aktif lagi cuma bermula semalam Nad rasa baby dah kurang aktif sikit berbanding sebelum-sebelum ni. Dari apa yang Nad baca, tu salah satu tanda nak bersalin juga.

Dan baby dah engage! Alhamdulillah finally. Hehe.

Doktor pun bagitahu kaki Nad dah bengkak :D Pakai kasut lembut dan stokin nipis pun berbekas. Tapi actually tak sebengkak masa pregnant kan Zahin dulu. Bila berpijak rasa nak pecah je kaki ni. Hehe. Asbab amalkan Ostematrix Shaklee. Alhamdulillah Allah izinkan.

Our Birth Plan

Tadi print siap-siap dan tunjuk kat Dr. Khamsiah. Alhamdulillah mostly dia memang setuju dan amalkan di Hospital Pakar An-Nur. Cuma ada beberapa requests sahaja yang dia tak dapat nak fulfill. Tapi Alhamdulillah tu pun Nad rasa syukur sangat dah :)

Our Birth Plan - Approved and signed by Dr. Khamsiah :)
Apakah Birth Plan?

Sebelum ni Nad tak pernah buat birth plan pun walaupun ini ialah pregnancy ke-3 Nad! Hehe. Masa tu tak cukup ilmu bersalin lagi. Yang Nad banyak baca ialah mostly on Pregnancy, memang rajin sangat baca buku What to Expect When You Are Expecting masa first pregnancy. Siap bawak pergi checkup di Klinik Kerajaan. Sambil menunggu boleh baca :)

Alhamdulillah di 3rd pregnancy ni barulah tahu tentang ilmu Gentle Birth (kelahiran alami) setelah 2 hari crash course kelas Amani Birth dengan Kak Yat. Mula-mula kawan se-Shaklee yang ajak. Nanti inshaAllah Nad cerita di lain entry tentang kelas ni k :)

So dari situlah timbulnya kesedaran untuk buat birth plan ni. Tujuannya ialah untuk memberitahu doktor apa preferences kita masa bersalin. Kalau sebelum ni yang Nad tahu hanya serah diri sahaja kat hospital. Tak tahu pula ada choices yang lebih baik.

So dalam Birth Plan ni lah kita senaraikan apa yang kita nak.

Bagaimana Nak Buat Birth Plan?

1. Atas sekali tulis tajuk Birth Plan,  nama, IC, dan nama doktor yang bertugas.

2. Bahagikan kepada 3 bahagian iaitu:
      • Stage 1: During Labor (masa tengah layan surge (contraction)
      • Stage 2: Delivery of Baby (sewaktu nak keluarkan baby)
      • Stage 3: Delivery of Placenta (sewaktu nak keluarkan uri) 
3. Pada setiap stage tu kita listkan apa preferences kita.

Contoh Birth Plan

BIRTH PLAN
Name: Anna Khairina
IC No: 900601-11-1234
Consultant: Dr. Khamsiah

Stage 1: During Labour

To walk or move freely during labour
To have vaginal exams as minimum as possible
To decline IV and self-hydrate, freely eat and shower
To have intermittent fetal monitoring
To decline pain relief
To have amniotic sac rupture on its own
To allow spouse as the only man present in the room
To be fully consulted before the introduction of any medical procedure

Stage 2: Delivery of Baby

To freely choose my birth position
To decline episiotomy
To have baby immediately put on my chest for skin-to-skin contact with baby
To delay cord clamping (wait until cord stop pulsating before cutting the cord)
To delay baby's first bath (allow vernix to be absorbed naturally into baby’s skin)
To tahnik baby then immediately breastfeed to aid delivery of placenta
To decline vaccination and Vitamin K for baby
To be in-room with baby at all times
To have Apgar Score assessment done without baby taken away from my chest
To have baby weighted in the room in my presence
To breastfeed exclusively
To be fully consulted before the introduction of any medical procedure

Stage 3: Delivery of Placenta

To have natural placenta delivery - no drugs
To be fully consulted before the introduction of any medical procedure

---> Make sure anda faham apa yang anda tulis. Jangan main copy paste je k! :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails