Tuesday, June 19, 2012

Anak Susuanku

Alhamdulillah, adik Nad dah selamat lahirkan seorang baby boy tengahari semalam seberat 3.18kg secara pembedahan.

Tapi oleh sebab adik Nad masih tak larat dan kena baring selama 24 jam selepas pembedahan, Nad offer diri utk breastfeed babynya. Alhamdulillah Adik Nad dan hubby nya setuju memandangkan seboleh-bolenhnya nak baby nya fully bf.

Nad mula2 segan juga nak offer sebab kita tak tahu apa yang new mom n father ni fikirkan, kan. Last minute kami buat decision. Tak janji2 pun sblm tu. Nad pun mmg fully bf Zahin dan susu masih banyak lagi Alhamdulillah.

Sebenarnya Nad berbesar hati sangat jadi ibu susuan baby adik Nad. Tak sangka diorg setuju nak kasi Nad bf anak mereka dan so open. Nad memang happy sgt sebab dah lama Nad terfikir nak tolong mereka yg dlm kesusahan dlm konteks bf la kan. Tapi Nad xdpt dermakan stok susu kat sesiapa sebab Nad mmg tak buat stok susu utk Zahin, memang direct feed sahaja.

Smlm dpt la breastfeed baby 4x every 2-3 hrs. Nervous jgk la sbb dh lama xpegang n bf newborn kn. Zahin pun dah nk masuk 2 tahun lg 3 bln stgh. Hehe tp baby adik Nad mmg terer walaupun susu tgh laju dia tak tersedak pun. Kuat menyusu btol budak tu. Hihi. Bahagia rasanya bila tgk baby calm and contented je after bf. Ada 2 sessions tu dia bersin sekali pas bf. Ada skali tu dia terus preeettt haha. Kenyang lah tu :)

Arini hopefully adik Nad dpt bf baby nya sbb she is lucky susu dia mmg dh ada sikit before deliver lg. Nad dulu xde lgsg. Hari ketiga baru ada susu. Tapi tu semua tak patahkn semangat utk fully bf. Yg penting niat, ilmu, usaha, dan keazaman yg tggi utk fully bf. Yg lain tu terserah padaNya :)

Sunday, June 17, 2012

Selamat Tinggal, Kerteh!

Assalamualaikum semua :)

Harini hari Ahad tapi Nad kat Besut skrg di rumah parents Nad. Encik Gajah dah bertolak balik Kerteh dah semalam sbb harini kerja.


Actually Nad nak bagitahu yang tak lama lagi Nad akan berpindah ke Miri, Sarawak. Encik Gajah kena transfer sana. Dia akan lapor diri 1 Julai nanti insyaAllah. Nad kena duk Besut ni sebab hari Selasa nanti Encik Gajah fly ke Miri dekat seminggu jugak kat sana utk familiarisation visit. Nak tengok rumah sewa kami kat sana.

Barang2 Baby Geniuses,  kebanyakannya Nad dah bawak ke Besut. Tapi ada yang tak muat masuk kete aritu so kena bawak lagi iAllah esok atau lusa. So now Baby Geniuses beroperasi dari Besut :) sesiapa nak COD area Besut bolehlah contact Nad ye. Esok atau lusa Nad akan berada di Kuala Terengganu sebab adik Nad nak bersalin. Nak COD kat KT pun boleh iAllah. No fon Nad 012 229 5680. Boleh sms or Whatsapp k.

Oh lupa pulak Nad nak bagitau. Nad dan Zahin akan ke Miri after raya. Hihi. Lama betul Nad kat Besut kan. After bincang ngan Encik Gajah, inilah yang terbaik buat kami. Sebab nanti Encik Gajah nak siapkan rumah kat sana sebelum Zahin datang. Lepastu by the time rumah siap, dah bulan pose plak. Satu hal plak nak cari tiket balik raya. Hihi. So inilah kata sepakat kami. Thanks so much Abi!

Sejak Nad bagitau nak pindah Miri, Nad selalu diajukan soalan ni especially customers lah kan hehe: "Masih bisnes tak kat Miri nanti?" Hehe..mestilah bisnes lagi. Bisnes online ni senang. Duduk mana2 pun tak kisah. Especially customers Shaklee Nad. Tak perlu risau k. Nanti Shaklee di semenanjung akan poskan kat korang nanti :) nad submit order tru email je kat Shaklee. Takyah pergi cawangan ke apa hehehe. My blog readers yang belum shopping kat Baby Geniuses, you should do so! Same goes to Shaklee products. Tak kenal maka tak cinta. Yang dah jatuh cinta memang akan repeat order :) nak tahu lebih lanjut boleh visit Sihat Comel Ceria k :)

Oh actually nak cerita pasal bisul Zahin. Hehe iAllah next entry k.

Saturday, June 02, 2012

Petua Menyembuhkan Bisul?

Assalamualaikum semua.

Mesti ramai yang tengah bercuti or balik kampung sekarang ni kan. Nad, Encik Gajah, dan Zahin pun ada kat Bangi sekarang ni. Encik Gajah dapat cuti sampai Ahad :)

Tadi baru lepas pergi klinik sebab Zahin tumbuh bisul kat kaki. Sian dia kecik kecik dah kena bisul. Orang kata bisul ni sebab darah kotor kan? Tapi Zahin baru 1y 8m takkan darah kotor kot? Isk3.

And baru tahu tadi rupanya Encik Gajah kecik kecik dulu pun sama, kata Tok Wan Zahin. Ooo patutlah kot. Bisul pun ada keturunan ye? Tapi Zahin pun ada eczema sama macam Abi dia jugak. Nak wat mcmana kan, Ummi Zahin pun ada resdung jugak so Zahin mmg expected akan kena juga (eczema dan resdung dlm group yang sama). Redha je :)

Balik dari klinik tadi Mak Wan Zahin sapukan kapur kat keliling bisul Zahin. Kejap je kapur tu kering. Maksudnua mmg panas kat keliling bisul tu. kesian Zahin. Memang keras pun kalau tekan kat situ.

Doktor kasi ubat antibiotik untuk makan dan sapu. Yang ubat sapu tu ada steroid so seboleh bolehnya taknak pakai sebab tak elok for long term. Harap harap esok ok la lepas sapu kapur ni.

Anyone yang pernah alami or tahu macam mana nak surutkan bisul ni share lah ye. Terima kasih didahulukan :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails