Wednesday, April 18, 2012

Sihat Comel Ceria

Assalamualaikum dan Selamat Pagi :)

Sihat comel ceria tu ape? Hehe.


Iya, blog baru Nad :)

http://sihatcomelceria.blogspot.com/

Yang lebih berkisar tentang breastfeeding dan health supplements. Hihi. Yang kat atas ni ialah gambar header yang Nad nak letak mula-mula.

Amacam, nampak cukup sihat, comel, dan ceria tak? Haha.

Tapi bila dah letak cam banyak sangat pulak. So I'll just go with this one:


Ok tak? Hehe..

Please pay a visit there and give your support ya :) Thanks so much all!

P/S: Kini Nad dah ada 3 blogs yang nak di menten selalu! Haha.. (macam tambah 3 anak lagi) :P

Friday, April 13, 2012

Zahin 1y 6m: Jalan-jalan Di Pantai Kemasik

Assalamualaikum.

Lama betul tak update kat blog ni.

Zahin dah berusia 1 tahun 6 bulan pada 26 Mac yang lepas. Alhamdulillah he is still being fully breastfed :)

Gigi dah 16 batang masa umur 1 tahun 3 bulan. Tapi masa tu keluar eczema dia. Sebenarnya dah boleh agak dah sebab Abi Zahin memang ada eczema. Tapi syukur tak lah teruk sangat memandangkan masih menyusu badan dan Ummi pun jaga makan dan makan supplements untuk kurangkan eczema.

Sekarang dah banyak cakap. Kita cakap 3 patah, berpatah-patah dia reply. Tapi dalam bahasa dia la. Kadang-kadang Ummi dan Abi pun tak faham. Cakap bersungguh-sungguh pulak tu. Comel je. Hehe.

Tak banyak perkataan yang boleh disebut dengan jelas. Tapi dah pandai sembahyang (angkat takbir, rukuk, sujud) dan tadah tangan doa selepas solat dan sebelum makan :)

Oklah ni gambar2 masa pergi Pantai Kemasik tadi. Saja bawak Zahin jalan2 sana sebab jarang weekend kami kat Kerteh ni. Biasanya balik kampung Besut or balik Bangi or ikut Abi outstation kat KLCC. Hehe.

So inilah gambar terbaru Zahin (dan Ummi. hehe).

Baru sampai :)
Haiwan feveret. Haruslah say Hi dulu :)
Ummi dan anak teruna.
Sibuk dengan kayu dia tu :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails