Friday, October 19, 2012

Sedikit Sebanyak Tentang Saya dan Shaklee

Esok dah weekend. Sure semua orang seronok bila tiba weekend kan :) Tapi saya hari2 pun weekend juga. Duk rumah je. Hehe.

Duk kat Miri ni takde kereta untuk saya keluar. Pindah dari semenanjung bawak satu kereta je hubby bawak pergi kerja. Tapi Alhamdulillah bisnes saya berjalan macam biasa malah semakin baik.

Thank you to the one who creates internet! Thank you to Shaklee memberi peluang menjana income dari rumah. Dan yang paling penting, thank you ALLAH kerana menemukan saya dengan peluang ini.

Semuanya bermula kerana nak memberi yang terbaik buat permata hati, iaitu susu ibu. Akhirnya selepas setahun consume dan merasa keberkesanannya (bukan susu je bertambah, malah my overall health semakin baik. Sejak sekolah rendah dulu saya selalu tak sihat), saya pun tergerak hati untuk register as a Shaklee Independent Distributor. Tapi tak terus aktif menjual pun.

Namun bila tengok orang lain boleh pergi jauh dengan Shaklee, barulah bersemangat dan serius berbisnes pada Mac yang lalu. Biasalah, selagi tak tengok sendiri, susah skit nak percaya kan. Hehe. Now apa yang saya dapat dah setanding dengan kalau saya continue kerja dulu (5 tahun kerja, with degree qualification). Rasa dah cukup baik dah untuk saya yang baru 7 bulan berbisnes. Hubby pulak yang jeles. Hihihi.

Yang paling best, tak payah cari orang, kejar family and friends untuk mencapai kejayaan. Bila kita dah sendiri matang dalam bisnes ni, insyaAllah orang yang cari kita.

Paling manis bila tengok 'anak-anak' mula merasa kemanisan bisnes ini. Manisnya bersabar. Tak perlu modal ribu-ribu, tak perlu berhutang untuk memulakan bisnes. Hanya dengan rm65 shj cukup untuk memulakan langkah pertama. Dengan syarat kita sudah jatuh cinta dengan produk Shaklee. Sudah merasa kehebatannya. Dan paling penting, Tiada siapa yang akan push untuk buat sale, melainkan diri kita sendiri.

Thanks to mentor2, Master Iffah dan Master Shareeza yang memberi guidance dunia dan akhirat. Memberi contoh terbaik buat anak2 buah. Bukan sekadar sales dan duit semata2. Pengisian rohani, motivasi, tak pernah lupa untuk dikongsikan bersama. Walaupun hanya di alam maya, tapi terasa sangat dekat di hati. tak perlu keluar rumah untuk meeting dan sebagainya. Sangat respect mereka kerana semakin berjaya semakin tunduk. Mcm padi bukan lalang.

Tapi semua ni bukanlah sekelip mata. Saya pun bermula dari bawah. Pernah merasa 2 dan 3 angka juga. Namun berkat kesabaran dan kesungguhan, Alhamdulillah saya berada di sini :)

Panjang pulak berceloteh. Actually nak update status je tapi dah panjang macam ni terpaksalah bubuh kat blog. Hihi.

Happy weekend everyone :) Assalamualaikum.

Oktober 2012: Saya orang Miri :D

2 comments:

  1. tahniah nad..noli pon baru nk mengorak lgkah dlm shaklee :)

    ReplyDelete
  2. Takde apa yang nak ditahniahkan lagi Noli. Hihi. Biasa2 je. Yang lain lagi hebat :) All the best Noli. Nanti Noli pun hebat :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails