Sunday, June 17, 2012

Selamat Tinggal, Kerteh!

Assalamualaikum semua :)

Harini hari Ahad tapi Nad kat Besut skrg di rumah parents Nad. Encik Gajah dah bertolak balik Kerteh dah semalam sbb harini kerja.


Actually Nad nak bagitahu yang tak lama lagi Nad akan berpindah ke Miri, Sarawak. Encik Gajah kena transfer sana. Dia akan lapor diri 1 Julai nanti insyaAllah. Nad kena duk Besut ni sebab hari Selasa nanti Encik Gajah fly ke Miri dekat seminggu jugak kat sana utk familiarisation visit. Nak tengok rumah sewa kami kat sana.

Barang2 Baby Geniuses,  kebanyakannya Nad dah bawak ke Besut. Tapi ada yang tak muat masuk kete aritu so kena bawak lagi iAllah esok atau lusa. So now Baby Geniuses beroperasi dari Besut :) sesiapa nak COD area Besut bolehlah contact Nad ye. Esok atau lusa Nad akan berada di Kuala Terengganu sebab adik Nad nak bersalin. Nak COD kat KT pun boleh iAllah. No fon Nad 012 229 5680. Boleh sms or Whatsapp k.

Oh lupa pulak Nad nak bagitau. Nad dan Zahin akan ke Miri after raya. Hihi. Lama betul Nad kat Besut kan. After bincang ngan Encik Gajah, inilah yang terbaik buat kami. Sebab nanti Encik Gajah nak siapkan rumah kat sana sebelum Zahin datang. Lepastu by the time rumah siap, dah bulan pose plak. Satu hal plak nak cari tiket balik raya. Hihi. So inilah kata sepakat kami. Thanks so much Abi!

Sejak Nad bagitau nak pindah Miri, Nad selalu diajukan soalan ni especially customers lah kan hehe: "Masih bisnes tak kat Miri nanti?" Hehe..mestilah bisnes lagi. Bisnes online ni senang. Duduk mana2 pun tak kisah. Especially customers Shaklee Nad. Tak perlu risau k. Nanti Shaklee di semenanjung akan poskan kat korang nanti :) nad submit order tru email je kat Shaklee. Takyah pergi cawangan ke apa hehehe. My blog readers yang belum shopping kat Baby Geniuses, you should do so! Same goes to Shaklee products. Tak kenal maka tak cinta. Yang dah jatuh cinta memang akan repeat order :) nak tahu lebih lanjut boleh visit Sihat Comel Ceria k :)

Oh actually nak cerita pasal bisul Zahin. Hehe iAllah next entry k.

2 comments:

  1. owh! nanti jadi orang miri la yek..hehehe

    ReplyDelete
  2. Miri? Miri lg sangap nad dari Kerteh. tp takpe, insyaallah nad akan ok. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails