Saturday, June 02, 2012

Petua Menyembuhkan Bisul?

Assalamualaikum semua.

Mesti ramai yang tengah bercuti or balik kampung sekarang ni kan. Nad, Encik Gajah, dan Zahin pun ada kat Bangi sekarang ni. Encik Gajah dapat cuti sampai Ahad :)

Tadi baru lepas pergi klinik sebab Zahin tumbuh bisul kat kaki. Sian dia kecik kecik dah kena bisul. Orang kata bisul ni sebab darah kotor kan? Tapi Zahin baru 1y 8m takkan darah kotor kot? Isk3.

And baru tahu tadi rupanya Encik Gajah kecik kecik dulu pun sama, kata Tok Wan Zahin. Ooo patutlah kot. Bisul pun ada keturunan ye? Tapi Zahin pun ada eczema sama macam Abi dia jugak. Nak wat mcmana kan, Ummi Zahin pun ada resdung jugak so Zahin mmg expected akan kena juga (eczema dan resdung dlm group yang sama). Redha je :)

Balik dari klinik tadi Mak Wan Zahin sapukan kapur kat keliling bisul Zahin. Kejap je kapur tu kering. Maksudnua mmg panas kat keliling bisul tu. kesian Zahin. Memang keras pun kalau tekan kat situ.

Doktor kasi ubat antibiotik untuk makan dan sapu. Yang ubat sapu tu ada steroid so seboleh bolehnya taknak pakai sebab tak elok for long term. Harap harap esok ok la lepas sapu kapur ni.

Anyone yang pernah alami or tahu macam mana nak surutkan bisul ni share lah ye. Terima kasih didahulukan :)

4 comments:

  1. sy pernah kena.
    petua mak sy amek cuka+nila sikit. lepas tu sapu keliling bisul tu. sejuk je rasa.

    ReplyDelete
  2. Oh yeke. Thx ye Aimee. InsyaAllah esok try.

    ReplyDelete
  3. Ala, siannye zahin.
    Ct guna ubat dr sensei cina.. Jenis biji2 kecik, letak airbpanas/suam then tekap kt bisul. Tuk kecut / tarik mata bisul.
    Kalau g sensei tu mintak ubat bisul je. Dia jual ikt gram.

    ReplyDelete
  4. dulu ms kecik selalu kena.ayah beli ubat tampal kt bisul tu.yg penting ibu dia tu.take care zahin cayang :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails