Thursday, May 17, 2012

Siapa Minat Abaya?

Assalamualaikum.

Dah lama tak berbelog.

Saja nak cerita. Semalam Nad baru beli 2 pasang Abaya. Sempena pakcik Nad (yang sebaya ngan Nad) nak kawin hujung bulan ni.

Actually dah buat dah pun baju untuk majlis tu. Sehelai dah ada dah. Sehelai lagi baru je siap. Tak sempat tengok lagi pun sebab tempah kat kampung. Dua-dua baju kurung moden. Tapi rasa tergerak hati nak pakai yang lebih sopan. Rindu juga nak pakai shawl.

Just nak share ngan readers (if ada lagi) kat mana Nad beli abaya ni.



Nad beli abaya ni kat www.missabaya.com. Pics credits to Miss Abaya.

Nad suka abaya kat Miss Abaya ni sebab design dia simple. Takdelah gah sangat. Kat tempat lain takde jumpa yang berkenan.

Dua-dua ni open front meaning ada snap button dari atas sampai bawah so sesuai untuk breastfeeding moms. Katanya kena pakai something light inside contohnya jeans or kain. Harga pulak ok lah. Abaya memang pricey skit kan.

Bila Nad email tuan kedai pun cepat je reply. So setakat ni memuaskan :) Tengah tunggu abaya ni sampai maybe Sabtu ni kot sebab esok Terengganu dah weekend.

So sesiapa yang sedang mencari abaya yang simple, cantik, dan affordable bolehlah visit link kat atas ni ye :)

Take care! Assalamualaikum.

2 comments:

  1. cantek.. sesuai dgn nad yg kecik molek :P unt ibu ngandung sesuai x :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails