Friday, October 19, 2012

Sedikit Sebanyak Tentang Saya dan Shaklee

Esok dah weekend. Sure semua orang seronok bila tiba weekend kan :) Tapi saya hari2 pun weekend juga. Duk rumah je. Hehe.

Duk kat Miri ni takde kereta untuk saya keluar. Pindah dari semenanjung bawak satu kereta je hubby bawak pergi kerja. Tapi Alhamdulillah bisnes saya berjalan macam biasa malah semakin baik.

Thank you to the one who creates internet! Thank you to Shaklee memberi peluang menjana income dari rumah. Dan yang paling penting, thank you ALLAH kerana menemukan saya dengan peluang ini.

Semuanya bermula kerana nak memberi yang terbaik buat permata hati, iaitu susu ibu. Akhirnya selepas setahun consume dan merasa keberkesanannya (bukan susu je bertambah, malah my overall health semakin baik. Sejak sekolah rendah dulu saya selalu tak sihat), saya pun tergerak hati untuk register as a Shaklee Independent Distributor. Tapi tak terus aktif menjual pun.

Namun bila tengok orang lain boleh pergi jauh dengan Shaklee, barulah bersemangat dan serius berbisnes pada Mac yang lalu. Biasalah, selagi tak tengok sendiri, susah skit nak percaya kan. Hehe. Now apa yang saya dapat dah setanding dengan kalau saya continue kerja dulu (5 tahun kerja, with degree qualification). Rasa dah cukup baik dah untuk saya yang baru 7 bulan berbisnes. Hubby pulak yang jeles. Hihihi.

Yang paling best, tak payah cari orang, kejar family and friends untuk mencapai kejayaan. Bila kita dah sendiri matang dalam bisnes ni, insyaAllah orang yang cari kita.

Paling manis bila tengok 'anak-anak' mula merasa kemanisan bisnes ini. Manisnya bersabar. Tak perlu modal ribu-ribu, tak perlu berhutang untuk memulakan bisnes. Hanya dengan rm65 shj cukup untuk memulakan langkah pertama. Dengan syarat kita sudah jatuh cinta dengan produk Shaklee. Sudah merasa kehebatannya. Dan paling penting, Tiada siapa yang akan push untuk buat sale, melainkan diri kita sendiri.

Thanks to mentor2, Master Iffah dan Master Shareeza yang memberi guidance dunia dan akhirat. Memberi contoh terbaik buat anak2 buah. Bukan sekadar sales dan duit semata2. Pengisian rohani, motivasi, tak pernah lupa untuk dikongsikan bersama. Walaupun hanya di alam maya, tapi terasa sangat dekat di hati. tak perlu keluar rumah untuk meeting dan sebagainya. Sangat respect mereka kerana semakin berjaya semakin tunduk. Mcm padi bukan lalang.

Tapi semua ni bukanlah sekelip mata. Saya pun bermula dari bawah. Pernah merasa 2 dan 3 angka juga. Namun berkat kesabaran dan kesungguhan, Alhamdulillah saya berada di sini :)

Panjang pulak berceloteh. Actually nak update status je tapi dah panjang macam ni terpaksalah bubuh kat blog. Hihi.

Happy weekend everyone :) Assalamualaikum.

Oktober 2012: Saya orang Miri :D

Tuesday, October 09, 2012

Zahin Dah 2 Tahun

Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah 26 September 2012 yang lalu Muhammad Az Zahin dah pun menginjak 2 tahun!

Rupa Zahin pada usia 2 tahun. Kita nak ambik gambar dia, dia pun sibuk jugak nak pegang kamera :P

Malam tu kami pergi makan kat Secret Recipe, Permy Mall. (Eh! Lupa nak citer kami dah pindah Miri..haha nnt la Nad citer di lain entry :P)
Abi dan Ummi belanja Zahin makan sempena bday :P
Tengah suap Zahin makan spageti sbenanye ni :)
Bersungguh2 dia bercerita hehe
Haha comel je buat muka gitu. Makan kek
Makan eskrem pulak
Banyak nye Ummi dan Abi yang makan sbenonye :P

Pastu bawak Zahin main2 kat kids play area. RM3 skali masuk. Main lah sampai penat kat dalam tu. Akhirnya kami yang penat. Zahin nak main lagi! Haha..



So dengan meningkatnya umur Zahin ke 2 tahun, maka selesailah tanggungjawab Nad menysukan Zahin. Sedih bila mengenangkannya. Tapi so far Zahin belum lagi wean-off. Kalau boleh nak wean-off naturally. Dalam proses jugak nak ajar minum susu lain. Mencabar gak la. Yang tu kita citer kat entry lain k! iAllah :)

Nad akhiri dengan gambar cheeky my boy nih hehe..


Tuesday, August 14, 2012

Amalan Sedekah dan Memuliakan Tetamu

Assalamualaikum.
Salam 25 Ramadhan.

Today Nad nak share satu cerita yang Nad terbaca tentang amalan bersedekah dan memuliakan tetamu. Rasa tersentuh dan tergerak hati untuk share sebab dah nak dekat nak raya ni + kita masih di dalam bulan Ramadhan. Boleh baca entry Nad sebelum ni tentang bersedekah di bulan Ramadhan (duit raya yang sepatutnya).


Dipotong Tangan Kerana Memberi Sedekah

Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata,

"Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T." 

Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalau memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus.

Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya.

Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri.

Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata,

"Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri." 

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu,

"Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu."

Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan.

Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita.

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud,

"Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T. 

Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah S.W.T."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud,

"Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat." Credits.


Apa yang Nad nak bagitau di sini ialah, sementara kita masih berada dalam bulan Ramadhan ni, jangan lupa untuk bersedekah. Sebab bualn Ramadhan ialah bulan BONUS. Bukan kat dunia je dapat BONUS. Kat akhirat lagi BERGANDA-GANDA BONUSNYA. Kita tahu sendiri mana satu lagi menguntungkan, kan..

Lagi satu, lagi beberapa hari nak raya kan. Tentu ada orang datang rumah. Macam kat kawasan kampung rumah parents Nad ni memang ramai orang yang tak berapa sempurna hidupnya. Miskin dan tak senang macam kita. Jadi janganlah rasa jijik dengan mereka atau men'double standard'kan mereka mentang2lah mereka miskin. Tapi kita sepatutnya memuliakan mereka sebab mereka tetamu kita. Duit raya kasi lebih sikit kat orang-orang macam ni especially anak2 mereka. Bukan beri duit lebih kat orang yang dah pun hidup senang. Bukan tak boleh tapi mereka yang susah ni lebih utama. Betul tak?

Oklah. Ni bukan peringatan utk kawan2 je tapi sebenarnya peringatan untuk diri sendiri juga insyaAllah. Sama-samalah mengingati satu sama lain :)


Monday, August 06, 2012

'Duit Raya' yang Sepatutnya Dalam Islam

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah dah separuh jalan kita mengharungi Ramadhan. Lagi setengah bulan kita akan berjumpa Syawal. Tanya diri sendiri adakah kita mempergunakan sebaiknya Ramadhan kali ini?

Btw Nad duk mengira-ngira budget duit raya tadi. Pastu terfikir la nak google tentang panduan memberi duit raya. Bukanlah tak pernah kasi duit raya tapi tergerak hati nak tahu yang bagaimana yang sebenarnya yang sespatut diamalkan dalam Islam.


Try baca ni:

Isu Duit Raya
Isu memberikan duit raya kepada kanak-kanak terdapat pro dan kontranya. Bagi saya, hukumnya berubah-ubah mengikut keadaan pemberi dan penerima.
Perspektif Baik :
Jika dilihat dari persepktif baik, ia dapat memupuk semangat dan sifat menderma sebagai bukti hasil keberkatan yang diperolehi dari tarbiyah Ramadhan.
Malah, sebenarnya ia lebih baik jika di berikan sebelum tamatnya Ramadhan, ia bertepatan dengan hadith Nabi s.a.w dari Ibn Abbas r.a yang menyebut :-
كان النبي صلى الله عليه وسلم أجود الناس بالخير , وكان أجود ما يكون في رمضان , حين يلقاه جبريل , وكان يلقاه كل ليلة في رمضان حتى ينسلخ , يعرض عليه النبي القران , فإذا لقيه جبريل كان أجود بالخير من الريح المرسلة
Ertinya : "Adalah Nabi SAW adalah manusia yang paling bagus dan pemurah dengan segala jenis kebaikan, dan Nabi paling pemurah adalah di bulan Ramadhan, dimana ketika bertemu Jibrail yang datang di setiap hari di bulan ramadhan membentangkan (menyemak) al-Quran dari Nabi SAW, apabila ditemui Jibrail maka Nabi akan menjadi paling pemurah dengan kebaikan lebih dari angin yang bertiup" (Riwayat Al-Bukhari)
Justeru,  sekiranya ia dapat diberikan dalam bulan Ramadhan sebagai sedeqah sudah tentu keberkatan pahalanya berlipat kali ganda berbanding memberikannya di bulan syawal.
Oleh kerana kemungkinan pada hariraya sahaja kebanyakkan kita dapat berkumpul sekeluarga, mungkin kerana itulah akhirnya duit sedeqah kepada ahli keluarga yang eloknya diberikan di akhir Ramadhan itu menjadi ‘duit raya di hari raya'.
Saya harap masyarakat yang mengamalkannya akan memperbetulkan niat mereka dengan memasang niat ia sebagai sedeqah dari bulan Ramadhan dan bukan sekadar adat hari raya semata-mata.
Perspektif Negatif
Ia boleh menjadi amat buruk dan sewajarnya di jauhi apabila : -
1) Seseorang memberikannya dengan niat ingin menunjuk-nunjuk kekayaannya dengan menayangkan jumlah yang diberinya dan ada pula yang terpaksa berhutang demi memberikan ‘duit raya'. Ini tidaklah di benarkan sama sekali menurut Islam.
Justeru, perbezaan niat seseorang menentukan samada pemberian duit rayanya menjadi ibadat atau tidak.
2) Terdapat juga ‘duit raya rasuah' yang mungkin diberikan oleh ahli perniagaan kepada pegawai tertentu bagi mempengaruhi keputusan pegawai itu di kemudian hari. Ia adalah tidak dibenarkan sama sekali di dalam Islam.
3) Disebutkan juga, duit raya sebegini boleh membawa kesan negatif kepada kanak-kanak yang bersifat materialistik dan mengkritik individu yang tidak memberikan duit raya kepada mereka.
Ini boleh menjadikan kanak-kanak lebih bersifat rakus dengan harta dunia di setiap kali tiba hari raya. Pandangan ini ada benarnya.
Walaupun demikian, pada hemat saya faktor sebegini sukar untuk menjadikan seluruh amalan pemberian duit raya sebagai haram. Bagi mengelakkannya dari jatuh kepada haram, si pemberi mestilah mengingatkan penerima agar bersyukur dengan apa jua jumlah yang didermakan dan berhati-hati dengan keseronokan sementara dari fitnah bernama ‘duit' dan ‘wang' ini.
Jika seseorang itu lebih cenderung kepada pendapat ianya haram. Wajiblah ia untuk menahan diri dari memberikan sebarang duit raya kepada kanak-kanak. Tiada ertinya ia mengatakannya haram, dalam masa yang sama ia sendiri masih memberikannya sewaktu hariraya.
Justeru, pada hemat saya, pandangan membenarkan dengan syarat-syarat tertentu adalah lebih ringan dan mampu dilaksanakan oleh masyarakat hari ini yang telah membudayakannya sebagai amalan tahunan. Apa yang perlu dilakukan hanyalah ‘adjust' niat, dan beberapa hal lain agar pemberian itu menjadi sebuah sedeqah yang berguna buat ahli keluarga terdekat, pemberi dan penerima.
4) Bagi mereka yang amat sensitif isu halal haram, saya kira adalah amat terpuji jika dapat dipastikan sampul duit raya itu bukan dari mana-mana bank dan institusi kewangan konvensional yang haram.
Ini kerana ia boleh dianggap mempromosikan perbankan Riba yang amat haram. Ia jelas termasuk dalam larangan Allah s.w.t dan Nabi s.a.w dari memberikan bantuan dan promosi kepada perkara yang haram.
Sebuah hadis menyebut :
لعَنَ رسولُ اللَّهِ في الخمرِ عشرةً عاصِرَها ومُعتصِرَها وشارِبها وحامِلَها والمحمولَةَ إِليهِ وساقيَها وبائعهَا وآكلَ ثمنِها والمشتَري لها والمشترى لهُ
Ertinya  : Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Ibn majah, 2/1122 ; Tirmidzi, Hadis Gharib ; Albani : Hasan Sohih)
Keterangan : Walaupun hadith ini menyebut bab arak, tetapi ia merangkumi item haram yang lain berdasarkan kepada kaedah Qiyas dalam Islam.

Sebuah Hadith lagi : ertinya
قال لَعَنَ رسول اللَّهِ آكِلَ الرِّبَا وَمُؤْكِلَهُ قال قلت وَكَاتِبَهُ وَشَاهِدَيْهِ
Ertinya : "Dilaknati Rasulullah SAW pemakan riba, dan pemberi makan, saksinya dan penulisnya" ( Riwayat Abu Daud, no 3333, At-Tirmidzi & Albani : Hasan Sohih )
Justeru, jika ia berlaku juga, saya bimbang pahala hasil sedeqah duit raya itu pastinya tergugat. Ia sama seperti memberi duit raya menggunakan sampul duit yang tertulis jenama arak. Apa pandangan anda?.

Dipetik dari zaharuddin.net. Boleh baca juga di artikel yang sama tentang mercun dan ucapan maaf zahir batin di sini.



So, seeloknya kita bersedah di bulan Ramadhan berbanding setelah keluar dari Ramadhan. Bersamalah kita perbetulkan niat dan mengikut apa yang dianjurkan Islam. Bukan sekadar mengikut adat :)

Wallahu a'lam.

Thursday, July 12, 2012

Zahin 1 tahun 9 bulan

Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah harini ada sepupu Nad umur 5 tahun kat rumah ni. Zahin duk mengekor je dia so ada la masa skit nak update blog ni. Hehe.

Syukur sekali lagi, Zahin dah berusia 1 tahun 9 bulan pada 26 Jun yang lalu. Now dah 21.5mths la :P Another 2.5 mths to go to fully bf him insyaAllah.

"Yeayy saya dah 1 tahun 9 bulan harini dan saya masih menyusu dengan Ummi
sebab susu ibu ialah susu terbaik di dunia :)"


Zahin dah besar. Baru Nad perasan. Sejak bf anak adik Nad, baru Nad sedar Zahin dah besar. Dulu Nad tak penah fikir Zahin dah besar. Pada Nad dia kecik lagi. Cepatnya masa berlalu.

Zahin dah pandai cakap sehari sebelum 'adik' dia lahir. Dah pandai buat apa yg disuruh.

Zahin tengah siram pokok bunga kat rumah Nyang (moyang dia)

Zahin & Baby Zikri :)

Ahad lepas Nad dapat jumpa kawan-kawan sejak Form 1. Masing2 dah ada anak :)


Dalam gambar ni, rambut Zahin agak kelakar sebab Nad potong sendiri seminggu sebelum tu haha. Zahin pakai kasut Arsyad (anak bestfren Nad yang paling kanan dlm gambar). Dia takmo bukak. Hehe. Seronok jumpa kawan lama :)

Tuesday, June 19, 2012

Anak Susuanku

Alhamdulillah, adik Nad dah selamat lahirkan seorang baby boy tengahari semalam seberat 3.18kg secara pembedahan.

Tapi oleh sebab adik Nad masih tak larat dan kena baring selama 24 jam selepas pembedahan, Nad offer diri utk breastfeed babynya. Alhamdulillah Adik Nad dan hubby nya setuju memandangkan seboleh-bolenhnya nak baby nya fully bf.

Nad mula2 segan juga nak offer sebab kita tak tahu apa yang new mom n father ni fikirkan, kan. Last minute kami buat decision. Tak janji2 pun sblm tu. Nad pun mmg fully bf Zahin dan susu masih banyak lagi Alhamdulillah.

Sebenarnya Nad berbesar hati sangat jadi ibu susuan baby adik Nad. Tak sangka diorg setuju nak kasi Nad bf anak mereka dan so open. Nad memang happy sgt sebab dah lama Nad terfikir nak tolong mereka yg dlm kesusahan dlm konteks bf la kan. Tapi Nad xdpt dermakan stok susu kat sesiapa sebab Nad mmg tak buat stok susu utk Zahin, memang direct feed sahaja.

Smlm dpt la breastfeed baby 4x every 2-3 hrs. Nervous jgk la sbb dh lama xpegang n bf newborn kn. Zahin pun dah nk masuk 2 tahun lg 3 bln stgh. Hehe tp baby adik Nad mmg terer walaupun susu tgh laju dia tak tersedak pun. Kuat menyusu btol budak tu. Hihi. Bahagia rasanya bila tgk baby calm and contented je after bf. Ada 2 sessions tu dia bersin sekali pas bf. Ada skali tu dia terus preeettt haha. Kenyang lah tu :)

Arini hopefully adik Nad dpt bf baby nya sbb she is lucky susu dia mmg dh ada sikit before deliver lg. Nad dulu xde lgsg. Hari ketiga baru ada susu. Tapi tu semua tak patahkn semangat utk fully bf. Yg penting niat, ilmu, usaha, dan keazaman yg tggi utk fully bf. Yg lain tu terserah padaNya :)

Sunday, June 17, 2012

Selamat Tinggal, Kerteh!

Assalamualaikum semua :)

Harini hari Ahad tapi Nad kat Besut skrg di rumah parents Nad. Encik Gajah dah bertolak balik Kerteh dah semalam sbb harini kerja.


Actually Nad nak bagitahu yang tak lama lagi Nad akan berpindah ke Miri, Sarawak. Encik Gajah kena transfer sana. Dia akan lapor diri 1 Julai nanti insyaAllah. Nad kena duk Besut ni sebab hari Selasa nanti Encik Gajah fly ke Miri dekat seminggu jugak kat sana utk familiarisation visit. Nak tengok rumah sewa kami kat sana.

Barang2 Baby Geniuses,  kebanyakannya Nad dah bawak ke Besut. Tapi ada yang tak muat masuk kete aritu so kena bawak lagi iAllah esok atau lusa. So now Baby Geniuses beroperasi dari Besut :) sesiapa nak COD area Besut bolehlah contact Nad ye. Esok atau lusa Nad akan berada di Kuala Terengganu sebab adik Nad nak bersalin. Nak COD kat KT pun boleh iAllah. No fon Nad 012 229 5680. Boleh sms or Whatsapp k.

Oh lupa pulak Nad nak bagitau. Nad dan Zahin akan ke Miri after raya. Hihi. Lama betul Nad kat Besut kan. After bincang ngan Encik Gajah, inilah yang terbaik buat kami. Sebab nanti Encik Gajah nak siapkan rumah kat sana sebelum Zahin datang. Lepastu by the time rumah siap, dah bulan pose plak. Satu hal plak nak cari tiket balik raya. Hihi. So inilah kata sepakat kami. Thanks so much Abi!

Sejak Nad bagitau nak pindah Miri, Nad selalu diajukan soalan ni especially customers lah kan hehe: "Masih bisnes tak kat Miri nanti?" Hehe..mestilah bisnes lagi. Bisnes online ni senang. Duduk mana2 pun tak kisah. Especially customers Shaklee Nad. Tak perlu risau k. Nanti Shaklee di semenanjung akan poskan kat korang nanti :) nad submit order tru email je kat Shaklee. Takyah pergi cawangan ke apa hehehe. My blog readers yang belum shopping kat Baby Geniuses, you should do so! Same goes to Shaklee products. Tak kenal maka tak cinta. Yang dah jatuh cinta memang akan repeat order :) nak tahu lebih lanjut boleh visit Sihat Comel Ceria k :)

Oh actually nak cerita pasal bisul Zahin. Hehe iAllah next entry k.

Saturday, June 02, 2012

Petua Menyembuhkan Bisul?

Assalamualaikum semua.

Mesti ramai yang tengah bercuti or balik kampung sekarang ni kan. Nad, Encik Gajah, dan Zahin pun ada kat Bangi sekarang ni. Encik Gajah dapat cuti sampai Ahad :)

Tadi baru lepas pergi klinik sebab Zahin tumbuh bisul kat kaki. Sian dia kecik kecik dah kena bisul. Orang kata bisul ni sebab darah kotor kan? Tapi Zahin baru 1y 8m takkan darah kotor kot? Isk3.

And baru tahu tadi rupanya Encik Gajah kecik kecik dulu pun sama, kata Tok Wan Zahin. Ooo patutlah kot. Bisul pun ada keturunan ye? Tapi Zahin pun ada eczema sama macam Abi dia jugak. Nak wat mcmana kan, Ummi Zahin pun ada resdung jugak so Zahin mmg expected akan kena juga (eczema dan resdung dlm group yang sama). Redha je :)

Balik dari klinik tadi Mak Wan Zahin sapukan kapur kat keliling bisul Zahin. Kejap je kapur tu kering. Maksudnua mmg panas kat keliling bisul tu. kesian Zahin. Memang keras pun kalau tekan kat situ.

Doktor kasi ubat antibiotik untuk makan dan sapu. Yang ubat sapu tu ada steroid so seboleh bolehnya taknak pakai sebab tak elok for long term. Harap harap esok ok la lepas sapu kapur ni.

Anyone yang pernah alami or tahu macam mana nak surutkan bisul ni share lah ye. Terima kasih didahulukan :)

Tuesday, May 22, 2012

Video Zahin 1y7m Nak Berkenalan Dengan Cat

Assalamualaikum semua :)

Abaya yang Nad cerita kat entry sebelum ni dah sampai hari Sabtu lepas. Alhamdulillah puas hati except salah satu tu lengan dia panjang sikit.

Nak share video Zahin ngan cat. Zahin suka sangat cat. Selalu panggil cat 'nyauuuu...nyauuuu.." Hehe.


Thursday, May 17, 2012

Siapa Minat Abaya?

Assalamualaikum.

Dah lama tak berbelog.

Saja nak cerita. Semalam Nad baru beli 2 pasang Abaya. Sempena pakcik Nad (yang sebaya ngan Nad) nak kawin hujung bulan ni.

Actually dah buat dah pun baju untuk majlis tu. Sehelai dah ada dah. Sehelai lagi baru je siap. Tak sempat tengok lagi pun sebab tempah kat kampung. Dua-dua baju kurung moden. Tapi rasa tergerak hati nak pakai yang lebih sopan. Rindu juga nak pakai shawl.

Just nak share ngan readers (if ada lagi) kat mana Nad beli abaya ni.



Nad beli abaya ni kat www.missabaya.com. Pics credits to Miss Abaya.

Nad suka abaya kat Miss Abaya ni sebab design dia simple. Takdelah gah sangat. Kat tempat lain takde jumpa yang berkenan.

Dua-dua ni open front meaning ada snap button dari atas sampai bawah so sesuai untuk breastfeeding moms. Katanya kena pakai something light inside contohnya jeans or kain. Harga pulak ok lah. Abaya memang pricey skit kan.

Bila Nad email tuan kedai pun cepat je reply. So setakat ni memuaskan :) Tengah tunggu abaya ni sampai maybe Sabtu ni kot sebab esok Terengganu dah weekend.

So sesiapa yang sedang mencari abaya yang simple, cantik, dan affordable bolehlah visit link kat atas ni ye :)

Take care! Assalamualaikum.

Wednesday, April 18, 2012

Sihat Comel Ceria

Assalamualaikum dan Selamat Pagi :)

Sihat comel ceria tu ape? Hehe.


Iya, blog baru Nad :)

http://sihatcomelceria.blogspot.com/

Yang lebih berkisar tentang breastfeeding dan health supplements. Hihi. Yang kat atas ni ialah gambar header yang Nad nak letak mula-mula.

Amacam, nampak cukup sihat, comel, dan ceria tak? Haha.

Tapi bila dah letak cam banyak sangat pulak. So I'll just go with this one:


Ok tak? Hehe..

Please pay a visit there and give your support ya :) Thanks so much all!

P/S: Kini Nad dah ada 3 blogs yang nak di menten selalu! Haha.. (macam tambah 3 anak lagi) :P

Friday, April 13, 2012

Zahin 1y 6m: Jalan-jalan Di Pantai Kemasik

Assalamualaikum.

Lama betul tak update kat blog ni.

Zahin dah berusia 1 tahun 6 bulan pada 26 Mac yang lepas. Alhamdulillah he is still being fully breastfed :)

Gigi dah 16 batang masa umur 1 tahun 3 bulan. Tapi masa tu keluar eczema dia. Sebenarnya dah boleh agak dah sebab Abi Zahin memang ada eczema. Tapi syukur tak lah teruk sangat memandangkan masih menyusu badan dan Ummi pun jaga makan dan makan supplements untuk kurangkan eczema.

Sekarang dah banyak cakap. Kita cakap 3 patah, berpatah-patah dia reply. Tapi dalam bahasa dia la. Kadang-kadang Ummi dan Abi pun tak faham. Cakap bersungguh-sungguh pulak tu. Comel je. Hehe.

Tak banyak perkataan yang boleh disebut dengan jelas. Tapi dah pandai sembahyang (angkat takbir, rukuk, sujud) dan tadah tangan doa selepas solat dan sebelum makan :)

Oklah ni gambar2 masa pergi Pantai Kemasik tadi. Saja bawak Zahin jalan2 sana sebab jarang weekend kami kat Kerteh ni. Biasanya balik kampung Besut or balik Bangi or ikut Abi outstation kat KLCC. Hehe.

So inilah gambar terbaru Zahin (dan Ummi. hehe).

Baru sampai :)
Haiwan feveret. Haruslah say Hi dulu :)
Ummi dan anak teruna.
Sibuk dengan kayu dia tu :P

Wednesday, January 04, 2012

Rumah Baru Zahin

Jemput masuk, jangan malu-malu :)


Published with Blogger-droid v2.0.2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails