Saturday, August 27, 2011

Saya Dah 11 Bulan & Saya Nak Raya


Assalamualaikum pembaca blog Ummi.

Semalam saya berusia 11 bulan. Kat atas ni gambar saya semalam. Saya sedang jalan-jalan kat depan rumah Mak Wan saya kat Bangi. Saya memang suka bunga. Tak kira lah bunga plastik ke bunga betul. Semua saya suka. Gambar kat atas ni saya sedang 'eksperimen' bunga kertas Mak Wan saya nak tengok adakah ianya plastik atau tak. Rupanya yang betul..seronok saya sebab dapat tarik bunga Mak Wan. Mak Wan tak marah pun sebab saya sorang je cucu dia.

Dulu masa saya tak reti jalan lagi, saya tengok dari jauh je bunga-bunga yang saya suka. Lepastu saya cakap-cakap dengan bunga tu. Bunga tu respond kat saya dengan senyum atau tegur saya. Ummi gelak je sebab tak nampak bunga tu respond kat saya. Takpelah Ummi kan orang dewasa. Mesti dia tak paham dunia saya.

Semalam kat rumah Mak Wan saya suka sangat, asyik jalan je tak berenti sebab rumah Mak Wan ni luas. Tapi saya seronok sangat sampaikan saya lupa nak tidur dan minum susu. Bila bawak masuk dalam bilik, Ummi suruh tidur pun saya asyik jalan je. Lepastu saya ambik henfon Ummi saya letak kat telinga saya, saya ingatkan ada orang call saya.

Kalau Ummi cakap 'no' saya saja je takmau dengar. Saja nak uji tahap kesabaran Ummi. Semalam saya gigit jari Ummi kuat-kuat sampai sengal hingga ke malam. Saya saja nak test gigi saya. Rupanya gigi saya memang kuat.

Esok Ummi cakap kami nak balik beraya di Kedah. Kedah tu rumah Tok Nek (moyang) saya. Kalau ada banyak bunga tentu seronok kan!

Ok lah Ummi suruh saya mandi ni. Nanti kalau Ummi tengah tidur, boleh saya curi-curi buat entry kat blog Ummi lagi. Sebelum tu saya nak ucapkan Selamat Hari Raya & mintak maafkan Ummi saya yang selalu tak update blog. Hehe. Bye!

Monday, August 22, 2011

Menyorok Dalam Selimut

Zahin ni kalau masuk bilik, dia plg suka main kat stand fan. Dia suka tarik wayar kipas yg trjuntai. Kat situ jugalah ada 1 lampu tidur yg kurus tinggi yg dia sll tolak sampai jatuh kat atas katil. So mmg bahaya.

Kat situ jugalah kat bucu dinding, kat seblah tu pulak ada almari baju. Kiranya mmg sempit la. Tapi Zahin suka jugak duk celah tu. Kadang2 situ berhabuk. So x kasi dia main situ.

So apa yg saya buat ialah ajak dia main nyorok2 dlm selimut. Bkn main seronok dia. Everytime dia nk main benda yg saya x kasi, sy akn ajak dia nyorok dlm selimut. Main cikucak hehe.

Saya dapat idea ni sbb saya teringat masa kecik2 dulu main nyorok dlm selimut ngn adik2. Hihi. Now boleh apply kat anak plak hehe. Ada sesiapa yg ada pengalaman yg sama? ;)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Diskaun 10% di Baby Geniuses Online Shop! :D

*Sticky entry. Pls scroll down for my latest entry.


Assalamualaikum semua :)


Walaupun saya jarang sangat update blog, hehe tapi saya nak ajak kawan-kawan semua untuk tidak lepaskan peluang ini:


Get 10% discount on ALL ITEMS by promoting  our Facebook link  (http://www.facebook.com/baby.geniuses
on your Facebook Wall! 
Yeayy!! :D


Promotion starts now and will end 20th August 11:59pm.


**This promotion is excluding postage :) 
**Purchase RM70 and above (after discount) will get FREE postage!




Jangan lepaskan peluang ni tau! Saya jarang buat SALE sebab actually barang-barang di Baby Geniuses Online Shop dah sememangnya murah :) Lepas 10% off, laaaagi murah. Hihi. 


Kalau balik kampung time raya nanti sangkut jem sekurang-kurangnya boleh baby main dengan educational toys atau bacakan diorang soft books yang dibeli tu kan ;)


Selamat shopping untuk anak-anak anda yang genius-genius tu :D


Jom klik Baby Geniuses Online Shop ramai-ramai :)

Friday, August 19, 2011

Zahin Berusia 10 Bulan - Part 1

Alhamdulillah 26 Julai yang lalu Zahin dah pun berusia 10 bulan :) Now dah pun 10 bulan 3 minggu.

Updates tentang Zahin 9-10 bulan:

1. Baru je masuk 9 bulan tu tumbuh lagi sebatang gigi untuk menjadikan 8 batang gigi seperti sekarang :D




Tolong abaikan muka kami yang comot sebab masa ni kat kampung Tampin (kampung Mak Encik Gajah), baru lepas jalan-jalan kat halaman rumah pusaka yang luas. Tu yang berlemuih dua-dua :D


2. Berat adalah 9kg.



Hari pertama Zahin berusia 9 bulan :)


3. Masa usia 9 bulan 5 hari, boleh berdiri sendiri tanpa pegang furniture. Paling lama yg dapat rekod ialah 20 saat. Masa ni balik kampung kat Besut. Dia duk ralit tengok Ayah Su Anas dia duk pusing2 bola tu yang dia tak sedar dia berdiri lama. Tapi kena standby jauh skit dari dia, kalau tak, mesti dia mcm nak berpegang gak kat kita. Hehe. Kat seblah Zahin tu ialah adik saya yang no. 2.




4. Masa 9 bulan 2 minggu, tetibe Zahin jalan banyak skit. Mula-mula dia ralit duk tengok bunga. Masa tu dia tengah berdiri. Saya mcm suruh dia pergi kat bunga tu sebab Zahin ni memang suka sangat kat bunga. Skali dia jalan daa! Tak sangka gak la sebab sebelum tu dia jalan setapak dua je. Tetiba haritu banyak langkah pulak sebab excited nak gi kat bunga.

Ni yang saya dapat rekod. Tapi saya umpan dengan purse saya. Zahin memang suka gigit purse ni. Sbb tu saya umpan dengan purse saya ni. Haha. Maybe sebab kaler merah kot. Abaikan muka Ummi Zahin yang terlebih excited tu :P





Dapat 7 langkah je hehe


Okeh Zahin dah bangun tdo. Nanti Nad sambung kat Part 2 pulak hehehe...harap yang tertunggu2 entry Nad berpuas hati dengan update sejengkal ni :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails