Tuesday, May 24, 2011

Zahin Baca (Makan) Buku


Amboi anak teruna sorang ni. Tengah baca buku ke tengah posing ni? Hehe.

Zahin suka baca buku tapi at the same time suka jugak makan buku. Adakah ini normal untuk baby seusia Zahin? Dah baca buku, lepastu geram kat buku. Gigit-gigit buku. Nyam nyam! Sebab tu lah Ummi beli cloth books untuk Zahin. Nak makan? Haa makan laa. Tak kesah punnn :P Tapi make sure lap dulu dengan baby wipes before kasi kat dia kan. Hehe. Kalau tak, jenuh nak menjerit. "Noooo! Nooo!" Adeh. Mesti Zahin dah bosan dengar perkataan tu kan. Huuu T_T


Cloth book for babies by Priddy Books. Dapatkan 1 set (4 books) hari ini. RM26 sahaja untuk semua ni~ Wee~ (Tak termasuk postage). Jemput ke blogshop saya atau facebook page untuk details :)

Tuesday, May 17, 2011

Zahin Berusia 7 Bulan

Assalamualaikum. Ada sesiapa rindu saya tak? Haha :P

Setelah mengalami masalah dengan Streamyx internet connection, akhirnya last week kami pasang new cable dalam rumah sewa kami ni. Download laju giler! Hehe. Puas hati! Bayar RM50 je :)

Okeh berbalik kepada tajuk sebenar. Zahin sekarang sudah 7 bulan 3 minggu dah. Baru nak update haha. Punye lah bizi kan Ummi dia ni :P Konon2 je tu :P

Berat timbang masa 7 bulan ialah 8.3kg. Sedih jugaklah sebab naik 0.3kg je. Tapi logiklah jugak sebab walaupun dia dah start makan tapi dia teramatlah bizi sehingga tidur pun macam pikir banyak kali. Bertambahlah ke-panda-an mata Ummi nya ini. Fuuuu~ @-@


Ini kes takmo tidur lah ni. Ummi letak Zahin dalam bakul sebab geram sangat. Huhu :P


Last 2 weeks dia demam. Siang tu badan panas sikit2 je. Tapi tetibe macam panas sangat tengah malam tu. Cuak jugaklah. Mungkin sebab dia pakai baju tebal masa tu. Terus bukak baju dia, tutup kipas, dan letak kain lembap kat ketiak dan dahi dia. Lap-lap sikit badan dia. Takut dia sejuk pulak sebab masa tu dalam pukul 4 pagi. Kasi makan ubat, tak lama lepas tu dan tak panas sangat dah.

Risau jugak sebab masa demam tu dia taknak makan. Sebab doktor kata dia sakit tekak. Tu yang takde selera nak makan. Kalau kasi makan, dia akan tutup mulut dia kemas2. Takmo bukak. Kalau makanan kita dia nak pulak. Isk3. Alhamdulillah kejap je demam, 3 hari. Tapi seminggu juga taknak makan. Nasib baik dia kuat menyusu. Ummi dia lah yang asyik kelaparan. Takpelah demi anak :)


Muka budak demam. Pakai singlet dan diaper je. Seksi sket hehe


Tapi rupanya ada skill baru yang dia dapat lepas demam tu. Dia dah melangkah keliling rumah sekarang ni. Belum boleh jalan sendiri lagi. Kena pegang dia. Pastu kita ikut dia lah nak pergi jalan-jalan kat mana. Nanti kaki dah ke depan, badan tak sempat kejar. Haha. Lenguh pinggang duk terbongkok pegang dia yang pendek tu :P Tempat yang dia suka pergi ialah dapur. Suka makan ke suka masak agaknya? Hehe.

Sekarang dah pandai sepak bola lepastu ikut bola tu pergi mana pastu sepak lagi. Pastu ikut lagi pastu sepak lagi. Tak perlu lah ulang ayat tu berkali2 kat sini ye. Paham2 jelah kan. Hehe.

Duduk pun dah pandai dah. Cuma merangkak je belum ada tanda-tanda lagi. Haha. Pastu nak berjalan dah yer? Ish3. Hehe.

Mat cermin. Pantang nampak muka dia kat cermin je, terus sengih macam kerang busuk. Haha. Memang lawak tengok dia sengih tu. Beriya benor. Sengih selebar-lebarnya. Nampaklah gigi 2 batang tu kan. Hehe. Even dia tengah menangis or bad mood sekalipun, mesti nak sengih gak kalau depan cermin. Haha. Senang je kan. Asal bad mood je saya bawak dia pergi depan cermin. Hehe.

Pastu yang rasa takjub jugakla bila dia tahu cermin tu sebenarnya ialah reflection. Sebab ada sekali tu saya pergi belakang dia, dia nampak la saya dalam cermin. Lepastu dia pusing kepala tengok saya kat belakang dia. Pastu sengih kat saya pulak. Hehe.

Pastu dah nampak yang dia suka buku. Kalau dia nampak buku, mesti dia nak. Dah baca sikit lepastu nak masuk mulut hehe. Tapi takpelah yang penting dia sukakan buku. Tak sia-sia Ummi dia jadi tokey storybook pillows hehehe :P

Sekarang juga Zahin suka menggigit. Macam nak tumbuh gigi lagi je. Tapi sampai sekarang takde nampak bertambah pun. Duk 2 batang kat situ jugak. Hehe.


11:30 malam tak tidur lagi. Duk menggigit teether


Tak interested pun dengan mainan kat dalam bekas. Bekas tu pulak yang digigitnya


Tu jelah kot yang saya teringat update pasal anak bujang saya tu.


Wajah terbaru Zahin, dah ada rambut. Ummi ngan Abi pun nak enterprem skali :)

Friday, May 06, 2011

Zahin Lelaki Gumbira

Video Zahin gelak2 lagi :)

Wednesday, May 04, 2011

Kenapa oh Kenapa?

Bila nak surfing kat laptop tak boleh, kat PC boleh plak. Isk. Ni kat PC lah ni. Baru lah boleh blogwalking, surfing, dan update blog dengan aman. Kalau tak, ala kadar jelah.

Sebenarnya banyak nak cerita. Tentang Zahin, pasal tiroid, pasal bisnes. Hehe. Tapi takpe kita layan video budak cinonet (panggilan Abi kat Zahin hehe) ni dulu ye :D



Dalam video ni saya mengajuk dia punya bunyi merengek haha. Saya dengar sendiri pun lawak. Suka memalukan diri sendiri kan? -_-" Tapi takpelah suka tgk budak cinonet ni gelak hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails