Thursday, March 31, 2011

Chubah Dah Takde

Chubah dah kembali ke rahmatullah pada Isnin lepas, 28 Mac 2011 jam 10:45 pagi. Saya pernah cerita pasal Chubah kena potong kaki kat entry ni. Semoga arwah Chubah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Dulu Chubah la yang buatkan air selusuh untuk saya :'(

Aki dah takde, Chubah pun dah pergi. Sekarang saya hanya ada Nenek dan Ma (wife Chubah, mak tiri Abah). Semoga mereka sihat-sihat selalu.

Friday, March 25, 2011

2 Storybook Pillows RM60 Sahaja! :)

Yeay! Dengan RM60 sahaja, dah boleh dapat 2 biji storybook pillows :) Jemput ke blogshop saya untuk tahu dengan lebih lanjut :)

Harini nak pergi KMC. Ada appointment dengan doktor untuk kali kedua. Kali pertama pergi 3 minggu lepas. Harap semuanya ok harini, ameen :)

Tuesday, March 22, 2011

Family Pic - Now & Then

Zahin dah nak masuk 6 bulan, baru ada 2 keping gambar bertiga. Sob sob.


Ni masa Zahin 5 bulan 3 minggu
Muncung je budak kecik ni :P


Ni pulak masa Zahin 1 bulan 2 minggu
Masa ni pulak Zahin tengah mengantuk

Actually ada satu lagi gambar..


Zahin 35 weeks in Ummi's belly :D
Tak tahu lah Zahin duk wat apa dalam tu masa ni :P


Ada tak orang nak ambil gambar kami bertiga yang proper skit? :P

Monday, March 21, 2011

Menjual Zirafah, Buaya, Singa, dan Kuda Belang


3D Campbell Soft Books Cosy Cuddlers Collection


Giraffe


Crocodile


Lion


Zebra


Sila lawati blogshop saya di Baby Geniuses Online Shop by nadxoxo for more info :)

Wednesday, March 16, 2011

Tak Dan

Tak dan (tak sempat) nak update blog. Connection internet tak berapa stabil. Mungkin sebab tsunami di Jepun. Takziah buat orang-orang di sana :(

Lil' Zahin pulak sejak seminggu ni dia kurang tidur. Tidur lambat tapi bangun awal. Siang pulak tak tidur banyak pun. Rasanya tak cukup 15 jam total sleep hours. Maybe dia busy sangat kan, macam-macam nak buat. Budak sedang membesar :)

Ummi dia pulak sibuk dengan bisnes. Hehe. Actually saya dah mula berniaga :) Jual barang-barang untuk baby's learning macam cloth books dan developmental toys. For now saya jual storybook pillow dan developmental toy yang ada counting book kat dalam. Alhamdulillah sambutan memberangsangkan :D Storybook pillow ni saya tengah tunggu stock ke-3 sampai. Mungkin harini atau esok. Kalau habis pun akan sentiasa restock. Cloth books pun on the way. Hehe.

Mula berniaga pada malam 8 March lalu. Dah seminggu :) Jual kat facebook je dulu. Sebab senang jual dekat orang-orang yang kita kenal dulu. Hehe tapi ada gak yang add saya semata-mata nak beli storybook pillow tu sebab dia nampak kawan dia kena tag kat gambar storybook pillow tu. Hihi.

Blog untuk online shop saya ni actually dah buat sehari sebelum mula berniaga di facebook. Now baru nak bagitau orang :D Jemput ke Baby Geniuses Online Shop by nadxoxo ye :)


Jemput ke online shop Puan nadxoxo ni :D


Ini budak kecik dengan storybook pillow dia :)


'Ulat' buku :P


Main-main dengan Mr. Elephant yang dia pilih sendiri. Memang dasar anak Gajah kan hehehe


Ada juga blogger mommies yang lain yang baru berbisnes macam saya :D Macam Ciare, Mrs Aishiteiru, dan Mama Amani tapi Mama Amani berniaga kat facebook je dulu :) Jangan lupa jenguk blogshop diorang jugak :D

Terima kasih kat kawan-kawan yang menjadi customer, memberi testimonial, dan amik gambar anak dengan storybook + Mr. Elephant + Mr. Giraffe :D

Friday, March 11, 2011

Cuba Teka Kenapa Zahin Gelak?



Cuba teka kenapa lil' Zahin gelak dalam video nih? Hehe.

Monday, March 07, 2011

Itu Semua Saya!

Puan nadxoxo
Saya seorang blogger. Ini nama saya kat blog :) Sesiapa yang sedang membaca bebelan saya di sini sure dah tahu kan :P Actually nadxoxo je, tapi bila dah kahwin kena lah up sket jadi Puan nadxoxo :D

Sayang
Nama panggilan Encik Gajah untuk saya sejak berpacaran hehe :P

Ummi
Of course lil' Zahin tak boleh panggil lagi sebab dia baru 5 bulan. Tapi saya bahasakan diri saya kat dia dengan nama ini :) Harap lil' Zahin cepat boleh sebut 'Ummi' :)

Yo
Saya bahasakan diri dengan nama ini dengan family saya :D Ada orang kata brutal. Haha. Dari nama Nurul, pelat jadi Yo. Lagi teruk masa kecik-kecik dulu jadi 'Lo' ok haha. Ini Ummi dan Abah saya cerita :P

Nurul
Nama family mentua panggil. Ayu kan nama ni haha. Actually Ummi dan Abah saya panggil saya nama ni jugak tapi dia jadi 'Nuro' sebab ikut loghat Kelate :P

Kakak
Adik-adik saya yang 5 orang itu panggil saya dengan nama ini. Sungguh kekakakkan (sisterly) kan! :P

Kak Yo
Nama sepupu yang lebih muda panggil saya :D

Nadiah
Panggilan masa kat sekolah. Sorang dua yang rapat je panggil Nad sebab dia malas nak panggil panjang haha. Sebenarnya prefer orang panggil Nadiah compared to Nad sebab Nadiah ada maksud iaitu yang mulia :) Tapi sekarang ni kadang saya sendiri bahasakan diri Nad sebab senang haha :P

Nad
Panggilan masa kat universiti, time kerja dulu, dan alam maya juga. Beberapa orang je yang sudi panggil Nadiah sekarang ni haha

Macam-macam nama panggilan kan? Sorang mesti lebih dari 2. Macamana dengan anda? :)

Saturday, March 05, 2011

Vampire Hisap Darah Kat Leher Saya

Bersiaran jam 3 pagi di Bangi :)

Rabu lepas tetiba thyroid saya yang bengkak tu dah mula rasa sakit. Saya perasan ia semakin membesar. Memang rasa takut dan risau bila dah start sakit tu. Sakit bila sentuh di leher, menelan, menguap, berpaling, dan aktiviti2 yang melibatkan leher. Actually takdelah sakit sangat-sangat, more to rasa tak selesa. Tapi kalau lil' Zahin tepuk kat situ memang sakit la huhu.

Malam tu jugak ke klinik. Dan telah di refer ke KMC (again). Saya terpaksa akur sebab appointment di KTS 10 Mac ni. Saya dah tak boleh tunggu lama.

So siang tadi dah visit specialist di KMC. Jumpa general surgeon, Dr. J.S Lee. Baik orangnya, buat saya senang hati. Dia buat ultrasound dan sedut cecair dalam thyroid saya yang bengkak tu. Macamana dia sedut? Guna picagari. Jarum masuk leher saya. Ngeri. Macam vampire. Tapi sakit sikit je. Macam kena inject lah. Tapi masa dia buat tu saya tak boleh menelan la. So sebelum dia masuk jarum kat leher tu saya telan siap-siap hehe. Lepastu terus thyroid yang bengkak tu kecut! I got to see cecair yang disedut tu. Warna hitam dan cair.

Thyroid saya ada 2 parts, cecair dan pepejal. Dia kata kalau ada cecair je senang. Dia sedut dan ia kecut and done! Tapi in my case, takut the pepejal part akan keluarkan cecair tu lagi walaupun cecair tu dah disedut kali ni. Apapun next 3 weeks akan jumpa dia lagi tengok macam mana. Ada 3 kali chance untuk sedut cecair tu. If it happens again the 4th time, kena buang thyroid tu. Apapun dia kena test dulu cecair thyroid yang disedut tu. Chances are 80% benda tu tak bahaya. If ada problem, dia akan call. If takde problem, dia akan cerita details in the next appointment. Result akan keluar in 1 week time. So lets pray that dia tak call. Ameen!

Saya ada terbaca kat several websites tentang kaitan hypothyroid dengan soy protein. Saya kan memang ambik Shaklee ESP macam saya cerita kat entry ni. So saya share dengan doktor tu nak tanya pendapat dia. Dia kata tak pernah pulak dengar. Dia kata should be no problem. Tapi saya cuba stop dulu now until next appointment tengok ada beza tak. Hope bukan sebab ESP tu lah sebab ESP tu dah sebati dengan saya sejak saya breastfeed lil' Zahin. Dah 4.5 months saya consume everyday. Lagipun tak tahu lagi apa jenis thyroid saya ni. Vitamins saya akan tetap ambil sebab kalau tak, badan akan rasa cepat penat.

Masa kat dalam bilik dengan doktor, tak rasa sakit sangat thyroid tu lepas disedut. Tapi masa menunggu nak dibawa ke lab untuk ambil darah untuk check level thyroid, dah mula rasa tak best. Rasa lagi sakit dari sebelum cecair tu disedut. Doktor tak kasi ubat tahan sakit sebab masa dalam bilik dia tu saya tak rasa sakit. Nasib baik ada bawa ubat tahan sakit dari klinik yang refer saya ke KMC tu. Makan masa otw balik Bangi. After almost 2 hours baru selesa nak bercakap. Siap boleh nyanyi2 lagi kat lil' Zahin yang keluarkan macam2 bunyi sebab bosan duk dalam kereta. Yelah kan, kat 12 hours jugak travel baru lah sampai Bangi. Sian budak kecik tu hehe.

Sekarang lepas dah rehat sikit, rasa a lot better. Ada rasa sikit je tak selesa bila menelan. Alhamdulillah.

Wednesday, March 02, 2011

Tumbuh Gigi

Budak kecik kat rumah saya ni bukan satu-satunya orang yang nak tumbuh gigi. Ummi dia pun sibuk nak tumbuh gigi jugak. Khamis lepas masa kat Besut, tiba-tiba rasa sakit gusi kat hujung selepas gigi geraham last. Tapi takdelah sakit sangat. Masih boleh makan dengan gumbira.

Keesokan harinya, bangun tidur je rasa sakit sangat kat situ. Kat rahang pun rasa sakit. Pipi pulak bengkak. Bila cuba tengok kat gusi tempat sakit tu, nampak macam sama je dengan belah yang satu lagi. So bila tanya-tanya Ummi saya, dia kata mungkin ulcer tapi tak nampak, ataupun beguk. Actually kami panggil 'bekok keng' (bengkak keng). Haha.

Saya tanya adik saya yang baru lepas kena beguk, tapi description dia tak berapa sama dengan sakit yang saya alami. Risau juga masa tu bila Ummi saya cakap pasal thyroid tu pulak, mana tahu ada kaitan ke kan sebab dua2 tu kat belah kiri.

Tapi bila tengok kali ke-3 baru saya nampak kat gusi yang sakit tu merekah dan gusi kat gigi geraham last saya tu bengkak. Bila tanya kawan-kawan, rupanya itu ialah symptom nak tumbuh wisdom tooth. Memandangkan hari tu hari Jumaat, terpaksa lah tunggu hari Sabtu baru dapat jumpa doktor sebab hari Jumaat kat Terengganu kan cuti.

So Sabtu lepas saya jumpa dentist, masa tu sakit sangat dah. Dentist sahkan memang betul wisdom tooth nak keluar. Punyelah lama tunggu turn, 2 jam baru dapat jumpa doktor. Tapi jumpa nya 5 minit je haha. Tapi takpe saya dapat input yang saya tak akan dapat kat tempat lain dan dapat ubat tahan sakit dan antibiotik.

Hari-hari lepas tu sakit makin berkurangan sampai lah harini ada lagi sakit tapi sikit-sikit je. Tak sangka pulak lepas dah ada anak sorang baru nak keluar wisdom tooth. Ingatkan tak keluar langsung hehe. Tapi sampai harini saya duk intai tak nampak-nampak lagi wisdom tooth saya tu :P

Jom Tengok TV, Zahin!

Kalo tengok TV, sekarang ni selalu bukak Astro Channel 610 (TVIQ) dan 610 (Tutor TV) untuk lil' Zahin. Takpelah belajar UPSR pun hehe. Kalau nak masuk waktu solat, bukak Channel 106 (Oasis), ada zikir-zikir. Kadang-kadang bukak channel 862 (Radio Opus) untuk classical music.

Petang tadi saya nak pergi solat Asar, so saya try la letak dia depan TV. Kat TVIQ masa tu ada storytelling. Saya pergi tandas buat apa yang patut, amik wuduk, solat Asar. Lepas solat saya masih lagi tak dengar suara dia. Senyap je depan TV. Bila saya tengok, dia memang concentrate habis la kat storytelling tu. Lama jugak la sampai leh gosok baju kerja Abi dia pulak lepas tu baru lah dia bunyi-bunyi sebab dah bosan. Kalau tak, tunggu dia tidur baru saya boleh solat. Tak boleh tinggal :P

Juga pasang alunan ayat-ayat quran dari henfon/komputer tak kira masa :D

Dan ini video siang tadi. Ummi ajar ABC dan 123. Lepastu dia pun nak cakap jugak. Hehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails