Monday, February 28, 2011

Zahin Berusia 5 Bulan

Alhamdulillah, 2 hari lepas lil' Zahin dah pun berusia 5 bulan. Rabu lepas pergi inject, berat ialah 7.2 kg :D Isi makin banyak tapi nanges jugak kejap masa inject. Hehe. Masa inject 3 bulan rilek je :P

Last week, 10 hari lepak kat rumah parents saya di Besut. Masa tu rasa tak larat sangat dah nak mendodoi dia tidur malam-malam pakai cara manual yang macam saya cerita kat entry ni sebab dia dah makin berat. Encik Gajah suggest try pakai buai. Saya pun fikir mungkin buai lah penyelesaiannya kot. So pinjam la sepupu saya punya yang ada kat rumah Nenek saya kat sebelah rumah tu.

Mula-mula dia tidur bila letak dalam tu sebab masa tu dia dah ngantuk sangat. Tapi tidur 15 minit je. Dia tak suka duk dalam tu sebab macam gayat. Tapi 2-3 kali lepas tu dia dah tak gayat, siap gelak-gelak lagi tengok sekeliling. Dia ingat letak dalam tu untuk main-main kot sebab dia macam melambung-lambung kan. Haha. So tak jadi beli buai. Lega Umminya ni :P

Pada masa yang sama, saya dah jumpa cara baru mendodoi dia. Tak payah guna kekuatan fizikal macam selalu. Just peluk dan tepuk-tepuk dia sambil nyanyi-nyanyi. Tu je. Tak payah berdiri pun. Senang pulak. Hehe. Alhamdulillah!

Bila meniarap dia dah pandai mengengsot. Ada satu malam tu nasib baik tak jatuh katil. Sebab dia kan tidur meniarap. Sikittttt je lagi nak jatuh. Alhamdulillah tersedar sebab dia keluar bunyi-bunyi sedang struggle mengengsot. Fuh cuak sangat. Lepastu saya tido bahagian tepi katil untuk jadi penghadang. Encik Gajah takleh tidur sekatil dah. Pengorbanan seorang ayah :P

Mungkin sebab saya dah tak pakaikan dia stokin/booties kot. Tu yang dia berasa tapak kaki dia tu. Tapi ok ke ek? Nampak dia macam perut tak selesa je 2-3 hari ni. Kembung sebab tak pakai stokin ke ye? :s Kaki dia pun kuat berpeluh. Kenapa yer? :/

Kalau waktu berbaring pulak, dia suka angkat kaki dan pegang. Tapi tak steady lagi. Dapat pegang kejap, then lepas. Nak kuruskan perut yer, Zahin? :P



Pastu masa nursing, dia suka sangat gigit dan tarik. Terjerit-jerit Ummi nya nih. Aduiii. Agaknya nak tumbuh gigi kot. Ada nampak putih-putih macam gigi nak keluar kat gusi bawah. 2 batang plak tu. Kalau dapat jari Abi dia, dia gigit sungguh-sungguh!

Sejak 3 bulan, lil' Zahin suka lompat-lompat. Tapi sekarang dia suka melompat dengan lebih dahsyat lagi! Dahlah makin berat, aduiii lenguh tangan. Pergi klinik aritu dia duk lompat-lompat depan doktor, nak periksa pun tak boleh :P

Last week suara dia serak kan. Alhamdulillah tak sampai seminggu dah hilang. Tapi sehari dua sebelum hilang serak dia tu, dia menjerit-jerit. Bukan nangis. Haha. Tak reti nak describe.



Kalau orang makan, dia akan tenung je kat makanan tu atau kat orang tu. Haha. Kesian tau! Sabar ye Zahin, bulan depan Ummi kasi makan yer! Tapi Ummi kena study dulu nak kasi Zahin makan apa. Tak boleh lah sama dengan Ummi dan Abi punya makanan :)


Bam-bam tak duduk diam :P

Thursday, February 24, 2011

Video Lil Zahin Gumbira



Masa ni lepas majlis kat Bangi haritu. Masa majlis, memang cuaca panas. Lepastu ramai pulak duk pegang-pegang dia. Lepas sorang, sorang. Almaklumlah majlis dia kan. Hehe.

Rata-rata cakap badan lil' Zahin pejal/solid dan kaki dia kuat. Bila ditanya campur FM ke tak dan dah start makan ke? Semestinya lah jawapannya tidak :) Rasa puas hati dapat breastfeed hihi :D Eh terpesong cakap pasal BF plak :P

Mood lil' Zahin dalam video ni elok sebab dah masuk bilik dan bukak aircond. Lepastu nak mandi kasi dia selesa nak tido dah rehat.

One of my favourite videos yang dipasang if nak pump :D

Tuesday, February 22, 2011

Satu Family Layan Kamera


Faces of 4 mo lil' Zahin :)

Ini ialah hasil daripada mak bapaknya..


Hehehe. Masa ni saya pregnant 6 months :D


Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan. Haha :P Lahir je lil' Zahin ni dah tenung kamera macam ni..


Lil' Zahin 22 hours after birth


:D

Sunday, February 20, 2011

Video Sembur Menyembur



Macamana rambut saya tak gugur? Hehe. Bila dah alami sendiri baru lah tahu ada jugak kebenaran kata-kata orang-orang tua :D Tapi saya dah selamat cantas rambut Khamis lepas. Lega rasanya tak nampak dah rambut bertaburan. Nasib tak botakkan macam lil' Zahin je. Hehe.


Tapi kalau hot macam ni pun okay jugak :P

Dah Pergi Klinik Tadi

Salam semua. Tadi saya dah pergi ke klinik biasa untuk dapatkan reference letter ke KTS seperti yang saya bagitahu kat entry lepas.

Doktor confirm kan itu memang tiroid. Dia suggest saya operate buang. Dia kata jangan takut, doktor akan toreh sikit je and buang sebab benda tu kat bawah kulit je. Dia kata kalau tak buang, nanti tapak tangan akan kuat berpeluh, malam-malam susah nak tidur sebab kepanasan, dan badan tak akan naik walaupun makan banyak.



Tapi katanya benda ni tak urgent. Nanti hospital akan bagitahu bila boleh operate tapi bergantung atas masa kita jugak free ke tak. Ok la kan, kita pun boleh plan. But first hospital kena ambil darah dan urine dulu untuk check level tiroksin dalam badan.

Saya tanya doktor if tak operate boleh ke tak? Dia kata boleh jugak. Once hospital dah amik darah dan urine kita, if lucky diorang akan kasi ubat je. Tapi kena selalu pergi hospital lepas tu sebab diorang nak update level tiroksin tu. Hmm mana-mana pun ok je bagi saya. Sebab KTS tak dekat dengan rumah pun kalau nak selalu pergi. Tapi apapun doktor tu bukan doktor KTS pun. Kita tengok kat KTS nanti macamana pulak.

So hari Isnin saya akan pergi ke KTS untuk diorang ambil darah dan urine saya. Itu ajelah update untuk harini :)


Lil' Zahin teman Ummi pergi klinik tapi tdo je hehe


Ummi tengah tunggu giliran. Lil' Zahin mimpi tengah minum susu :P

Thursday, February 17, 2011

Change of Plans

Salam semua. Sekarang saya dah kat Besut. Malam tadi bertolak dari Kerteh jam 11pm dan sampai di Besut jam 1:45am. Bertolak lambat sebab Encik Gajah balik rumah jam 9:45pm. Sian dia penat. Lepastu nak drive lagi.

Patutnya balik Besut lepas pergi KMC macam yang saya cerita kat entry lepas kan. Tapi tiba-tiba semalam bos Encik Gajah suruh dia pergi team building kat Kuala Terengganu yang berlangsung harini sampai Sabtu ni. So last minute kena tukar plan. Dia hantar saya dan lil' Zahin ke Besut semalam. Pagi ni dia dah bertolak pergi KT untuk team building tu.

Pasal nak check tiroid tu pulak, nampaknya kena pergi klinik biasa lagi untuk dapat reference letter, sebab kali ni nak pergi KTS jelah kot yang paling dekat. Lega sikit rasanya kalau pergi KTS sebab lil' Zahin parents saya boleh jagakan if anything. Takpun tak pergi kot, depends doktor tu cakap apa pulak. Petang ni baru nak pergi klinik. Nanti saya update k!

Thanks sangat-sangat pada semua yang komen kat entry lepas. Yang mendoakan, memberi semangat, dan berkongsi pengalaman. Rasa lega sikit. Tak kurang juga sahabat yang sms. Terima kasih ya! Untung ada kawan-kawan macam korang semua :)

Pasal lil' Zahin pulak, suara dia masih serak. Kepala kadang panas sikit, kadang tak. Tapi bintik-bintik kat badan dia dah takde dan dia tetap aktif macam biasa. Alhamdulillah. Agaknya memang betul allergic kot. Saya tak pulak sapu ubat sapu yang doktor kasi tu. Sebab ubat selesema tu cover sekali ngan allergic kan.

Harap lil' Zahin cepat-cepat sembuh, Ummi pulak takde pape, dan Abi tabah menghadapi kebizian. Ameen.

Wednesday, February 16, 2011

Wanita & Tiroid, Serabut

TIROID adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian-bahagian badan dan juga merbahaya untuk kesihatan.

Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Rawatan untuk penyakit ini bagaimanapun selamat serta mudah.

Leher perlu diperhatikan kerana kelenjar tiroid akan bergerak dengan tindakan menelan. Jika dipegang, boleh dirasai bentuk kelenjar dan juga pergerakannya dengan menelan.

Penyakit tiroid semasa mengandung: Penyakit tiroid memberikan risiko pada anda dan juga kandungan. Sebab itulah pentingnya anda menjalani pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung.

Ada juga sesetengah ibu mengalami masalah tiroid selepas bersalin. Ini dipanggil sebagai postpartum tiroiditis. Lazimnya paras hormon tiroid ibu terbabit kembali ke paras normal dengan pantas.


Full article here.

Semalam lil' Zahin suara serak dan sengau macam suara orang flu so pergi klinik. Dia ada demam sikit 37.7 degree celcius dan badan dia ada merah-merah. Kat depan badan doktor kata nampak macam small pox tapi kat belakang badan nampak macam allergic. Doktor kasi ubat selesema yang cover sekali allergic, ubat demam, titis hidung in case hidung tersumbat, dan ubat sapu. Cepat sembuh ya, anakku.

Saya pun jumpa doktor jugak sebab ada biji kat dalam leher. Doktor kata itu tiroid tapi tak tahu berbahaya ke tak. So Jumaat ni saya kena pergi Kuantan Medical Centre (KMC) untuk pemeriksaan lanjut. Berdoa sangat tak serius :(

Rasa serabut pulak rasanya bila fikir what if saya kena warded. Saya tak pernah lagi berpisah dengan lil' Zahin :( Saya baru nak start pump in case terpaksa berpisah dengan dia nanti. Lagi serabut bila pikir nak ke dia minum EBM through botol? Last time dia minum guna botol masa umur dia 1 bulan. Dan siapa nak jaga dia pulak nanti. Dahlah Kuantan jauh dari rumah saya dan rumah parents saya.

Hospital boleh tolong jagakan baby kita ke ek? Saya ada nampak Nursery dan Day Care charges kat website KMC. Tak pernah masuk hospital selain nak beranak haritu :(


Tak sanggup berjauhan dengan buah hati saya ni :(


Patutnya weekend ni Encik Gajah kena hantar saya dan lil' Zahin balik Besut sebab dia dah start super busy kat ofis dan akan balik malam sampai next week. Suppose saya akan stay rumah parents saya for 1 week until Encik Gajah dah tak super busy. Kalau tak kena warded pulak, nak kena balik Besut on the same day ke?

Sian pulak kat lil' Zahin penat. Kerteh-Kuantan 1.5hours, nak balik Kerteh balik 1.5hours. Kerteh-Besut 3hours. 6 hours dalam kereta je. Tak campur lagi waktu menunggu doktor. Hari Sabtu pulak Encik Gajah ada meeting.

Kalau duk pikir pasal what-ifs tu sampai bila pun tak tenang. Apapun kena gi check dulu macamana. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan.

Tuesday, February 15, 2011

Video Lil Zahin Close Up 4.5 Months Old



Lain sangat lil' Zahin masa dalam video dia berusia 1 bulan dengan yang ni kan? Hehe. Dah besar anak Ummi :D Alhamdulillah.

Monday, February 14, 2011

Proses Membotakkan Lil' Zahin


Saya punya FIL iaitu Tok Wan Zahin did the honor sambil Ummi dukung sleeping lil' Zahin


Lentok kat bahu Ummi. Sedap tidur sebab sejuk je rasa kepala kena basahkan dengan air


Rambut halus-halus lil' Zahin untuk ditimbang di kedai emas nanti :D Tapi yang ni yang belum siap lagi~


Ummi dah lenguh tengkuk, letak lil' Zahin meniarap pulak. Tok Wan sambung cukur lagi


Dah nak siap dah. Gambar ni nampak kepala lil' Zahin macam telur dinosour haha :P


End result, licin bersinar tanpa sebarang rambut :)


The whole process took 1 hour to complete! Hehe. Thanks Tok Wan mencukur dengan bersungguh-sungguh :D

Sunday, February 13, 2011

Majlis Meraikan Lil' Zahin di Bangi

Tok Wan & Mak Wan lil' Zahin buat satu majlis untuk cucu mereka ni pada Sabtu, 5 Februari 2011 bersamaan 2 Rabiulawal 1432H. Atok nenek di Besut dah pernah buat Majlis Aqiqah & Cukur Jambul haritu. Kali ni saje lah atok nenek bangi pulak nak raikan cucu yang sorang ni kan. Hehe.

Majlis dimulakan dengan marhaban dan gunting rambut sikit-sikit.


Geng Marhaban. 30++ orang


Mak Wan Zahin potong rambut Zahin


Letak kat mulut lil' Zahin kismis cicah air zam-zam :P


Alhamdulillah. Sepanjang marhaban dan potong-potong rambut Zahin tu, dia tidur je. Kat dalam buai tu pun dia tidur je walaupun orang marhaban duk nyanyi-nyanyi. Hehe.





Muka-muka penat lil' Zahin selepas majlis:





Ni pulak cradle pinjam yang Mak Wan Zahin decorate:



Thanks Mak Wan & Tok Wan Zahin buat majlis untuk Zahin. Banyak betul duit dan hadiah orang kasi. Murah rezeki Zahin. Thanks kepada yang murah hati tu yer :) Mudah-mudahan Zahin jadi anak yang soleh dan insan yang berjaya dunia akhirat. InsyaAllah.

Saturday, February 12, 2011

Tips Supaya Bayi Tidur Awal

Ingat lagi tak entry yang saya cerita pasal saya happy bila lil' Zahin tidur awal tu? Hehe. Lepastu bila balik ke rumah Kerteh, dia tidur lambat balik. -_-"

Tapi the next weekend tu iaitu last weekend, kami balik Bangi, dia tidur awal! Sebab petang-petang bawak dia keluar bersiar-siar naik stroller kat luar rumah Tokwan & Makwan dia tu. By 8pm dia dah merengek nak susu lepastu dah lentok dan tak bangun main-main dah. Kalau terjaga pun nak susu je :D

Masa tu saya ingat bila balik Kerteh balik, dia akan tidur lambat semula macam yang terjadi masa lepas balik dari Besut. Tapi tidak! Dia tidur awal everyday! Kul 8 minum susu, lepastu tidur dah. Paling lambat pun by 10pm memang kompem dah kat atas katil dah. Hehe. Sebab saya make sure dia ambil angin kat luar rumah petang-petang :D

Harini pulak kami seharian keluar jalan-jalan. Siang pergi East-Coast Mall, Kuantan. Malam pulak pergi Mesra Mall. By 10pm dia dah tidur jugak. Hehe. Alhamdulillah syukur :)


Zzzz.. Anak bujang saya sedang tidur :)


Kiranya tips membawa keluar baby keluar bersiar-siar pada waktu petang adalah terbukti berkesan. Satu lagi tips, kena make sure baby bangun awal. Thanks to MIL yang kasi tips ni sebab dia ada terbaca kat paper bahagian kesihatan :)

So sesiapa yang ada masalah baby suka tidur lambat, bolehlah try apply tips ni k! Selamat mencuba :)

Wednesday, February 09, 2011

Ummiku 47 Tahun



Selamat hari lahir yang ke-47, Ummi!

Terima kasih atas pengorbanan Ummi selama ni. Melahir dan membesarkan Yo dan adik-adik. Sekarang Yo tahu betapa susahnya nak menjaga seorang anak, inikan pula 6 orang. Apatah lagi Ummi dah mengandung 10 kali. Yo tahu Ummi seorang ibu yang tabah dan penyabar.

Ampunkan dosa-dosa Yo dari Yo lahir sampai lah sekarang. Yo tahu Yo banyak mengecewakan Ummi. Halalkan susu Ummi yang Yo minum.

Semoga Allah merahmati hidup Ummi, memurahkan rezeki Ummi. Yo doakan Ummi sihat selalu, bahagia di dunia & akhirat.

Ameen.

Sikat Tidak Berguna Lagi

Alhamdulillah. Setel majlis lil' Zahin kat Bangi Sabtu lepas. Nanti update later pasal tu k. Sekarang Zahin dah botak lichin. Sikat tak diperlukan lagi :D Hopefully tak lama lah sebab harap-harap rambut Zahin cepat tumbuh dengan sihat dan kuat. Hehe.


Lil' Zahin's new look with the same sweet smile :)


Close up :P


Now Ummi tak risau dah rambut Zahin masuk mulut Zahin. Hehe.

Friday, February 04, 2011

Meniarap Mengadap Best Friend

Pocoyo memang best friend lil' Zahin. Hari-hari mesti nak mengadap best friend dia tu. Tengok lah ni. Mengadap best friend sambil meniarap. Hehe.


Bukan main lagi budak kecik ni! Hehe


Meh tengok video dia pulak.



Dah lenguh meniarap, nanges :P

Thursday, February 03, 2011

Tahun Baru Arnab di Bangi


Zahin nak ucapkan Gong Xi Fa Chai!


Selamat tahun arnab! Weekend panjang 4 hari, jadi pagi tadi kami bertolak balik Bangi. Ayah mentua baru start kerja kat Instep 1 Feb, so kami balik sama-sama. Jam 0830 bertolak, jam 1230 sampai di Bangi. Laju Tok Wan Zahin drive. Ummi Zahin suka sebab cepat sampai. Hehe. Berhenti sekali selama 15 minit di Kijal sebab tukar pampers budak kecik.


Abi tukar pampers Zahin. Zahin posing untuk kamera


Perjalanan smooth, Alhamdulillah. Yang sesak ialah arah bertentangan. Lil' Zahin pulak tidur dalam car seat dia selama 1.5 jam straight. Ok lah tu. Catatan terlama setakat ni :D


Pipi gegar-gegar haha :P


Esok kena kemas rumah sebab lusa nak buat majlis untuk lil' Zahin :)

Wednesday, February 02, 2011

Zahin & Girlfriend Lagi

Sebelum ni dah pernah rakam aksi Zahin & Fathiah masa umur 2 bulan. Jom tengok masa umur 4 bulan pulak :D

Kalau masa 2 bulan Fathiah berat 6kg dan Zahin pulak 4.6kg, sekarang Fathiah 6.7kg dan Zahin pulak 6.5kg. Hehe.


Fathiah: Jom Zahin ambik gambar~


Fathiah: Zahin, cuba tengok tu.. *cubit lengan Zahin*


Zahin: Ooo Fathiah cubit Zahin ek. Nah! Rasakan!
Fathiah: Uwaaaa!!


Haha. Lakonan semata-mata tu. Sebenarnya Fathiah bad mood sebab nak tidur. Mak dia hantar Fathiah kat rumah parents saya jap sebab Mak Fathiah nak pergi ambik abang Fathiah kat sekolah.

Bila di analisis, *ehem* Fathiah lebih tinggi dari Zahin. Haha. Zahin nampak debab sebab dia lebih "compact". Haha. Badan Zahin ni macam seketul tau. Kaki dan tangan Zahin pun lagi debab. Ikut Ummi dia masa kecik-kecik lah tu haha. Kalau tak caya tengok kat sini dan sini :P

Tuesday, February 01, 2011

Happy 3rd Birthday, Blog!

Actually semalam nak wish tapi tak sempat. So happy belated 3rd birthday to nadxoxo.blogspot.com :)

Header pun saya dah tukar baru semalam. Tapi not totally new sebab the same picture just tambah gambar lil' Zahin dan tulisan sikit :P


New header.
Puan nadxoxo + Encik Gajah = Lil' Zahin :)


Amacam, ok tak? :D

Bila ingat-ingat balik, asalnya saya blogging sebab saja suka-suka. Orang ada blog, kita pun nak ada jugak. Sebab nampak macam best je bercerita kat blog. Hias blog pun best jugak. Rasa macam hias rumah :D

Mula-mula tu cerita tentang kehidupan seharian dan kerja. Masa tu tak sure lagi bila nak tunang ke kahwin ke. Hanya tahu saya akan kahwin dengan Encik Gajah saya. Hehe. Later bila dah tahu bila nak tunang, cerita pasal persiapan tunang pulak. Bila dah tunang, cerita pasal budget pertunangan pulak :D

Dah setel tunang, cerita pasal persediaan kahwin pulak. Bila dah kahwin, cerita pasal kehidupan sebagai wife pulak. Hehe. Bila dah pregnant, cerita pasal pregnancy pulak. Masa tu lah yang paling banyak update blog sebab duk kat rumah je :D

Dan masa tu lah tetiba banyak info kat blog ni hehe. Seronok masa tu sebab orang lain pun found this blog helpful :) Kiranya blog ni bukan untuk saya je lah. Untuk orang lain juga :) Gembira sebab makin ramai kawan merangkumi pregnant woman & mommies pulak :D Kalau sebelum tu ramai kawan blogger yang single lagi hihi.

Bila dah ada anak sekarang ni, manjang je cerita pasal anak pulak kan. Hehe. Nak wat camne kan, inilah kerja saya sekarang; mengadap si kecik saya ni lah :)

Apa-apa pun, saya harap saya dapat terus blogging sampai lah...hurm sampai bila yer? Harapnya selama yang boleh la. Sebab banyak memori kat dalam ni. Macam diari pun ada jugak. Hehe. Dan semoga blog ni semakin berguna untuk semua. Dan semoga kawan blog semakin ramai~

Enjoy reading my blog :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails