Saturday, January 29, 2011

Kena Pergi Yun Nam Hair Care

Rambut lil' Zahin used to be agak banyak..


22 hours after birth


Tapi sekarang dah jadi macam ni..


Selepas 120 hari


Lil' Zahin tak pernah kena cukur kepala lagi. Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul tu pun potong rambut dia sikit-sikit je.

Meh Zahin Ummi hantar pergi Yun Nam Hair Care nak tak? Hehehe :P

Sekarang rambut dia bukan kat atas kepala je. Ada kat dalam bath tub dia, tempat tidur dia, tempat golek-golek dia, kat dalam rocker, kat topi dia..pendek kata di mana-mana sahaja kepala dia pernah berada. Haha.

Kat mulut dia pun ada sebab tangan dia selalu gak lalu kat kepala dia, then rambut lekat kat situ dan akan sampai di mulut dia sebab dia kan suka hisap jari. Isk3

Takpelah Zahin, next week cukur botak terus ye! Baru macho. Hehe :D

Friday, January 28, 2011

Masalah Rutin Tidur

Masuk malam ni, dah 3 malam dah lil' Zahin tidur awal. First day dia tidur pukul 9 malam. The next day pukul 10 malam dan malam ni 10:15 malam :D Alhamdulillah, happy rasanya :)

Sebelum ni biasanya lil' Zahin akan tidur around pukul 12 tengah malam ke 1 pagi. Paling awal pun pukul 11 malam. Tu pun sekali je kot seingat saya. Masa tu badan Ummi dan Abi dia pun dah penat. Lil' Zahin ni kalau nak dodoi dia, kena guna cara manual iaitu dukung dia so that kepala dia kat bahu kita, kita henjut-henjut badan sambil tepuk belakang dia.

Fuh kalau saya tak cukup makan dan rehat, memang la kesabaran di tahap yang rendah. Hehe. Tapi takdelah marah dia kan. Cuma emo lah sikit di dalam hati sendiri kalau anak takmau tidur walaupun dah di dodoikan. Lagi kita dodoi lagi bulat mata dia. Kalau letak nangis pulak tu. Isk3 nasib baik comel. *Semua baby pun comel*

So sekarang bila lil' Zahin tidur awal, macamana lah Ummi dia ni tak happy semacam? Hehe.

Tapi sekarang ni kan kami di rumah parents saya di Besut. Harap-harap bila balik Kerteh semula pun lil' Zahin akan tidur awal macam ni. Kita tengok macam mana malam-malam lepas ni pulak :D

Ni Ummi dia pun dah ngantuk ni. Nak join lil' Zahin yang tengah nyenyak tidur kat sebelah ni. Hehe. Tata! :D

Wednesday, January 26, 2011

Zahin Menang Tempat Pertama

Alhamdulillah. Lil' Zahin menang tempat pertama dalam Happy Baby Contest by Ina Hashim :D Tak sangka boleh menang! Sebab top 5 semua ceria-ceria dan gambar lagi clear dan cantik.

Bila Kak Ina bagitau kat shoutbox "Nad...u r one of the winners", saya budget dapat nombor 3 dah (paling last antara yang menang). Agaknya rezeki lil' Zahin sempena berusia 4 bulan harini lah kot :D

Ni kali kedua menang contest yang dianjurkan oleh kawan blogger. First time menang ialah dalam contest yang dianjurkan oleh Radiusite, dapat tempat kedua :D Tu pun dah lama dah, masa nak dekat nak kawen hehe :D


The happy baby - gambar kemenangan lil' Zahin :D


Keputusan penuh kat sini.

Saya bakal menerima 1 keping cloth diaper Coolababy sebagai hadiah :D Dah lama mengidam nak pakaikan lil' Zahin cloth diaper tapi tak tercapai sampai sekarang. Mungkin inilah permulaannya :)

Zahin Berusia 4 Bulan

Harini lil' Zahin dah 4 bulan :D

Isnin lepas lil' Zahin kena inject untuk 3 bulan punya. Lambat sebab masa dia 3 bulan saya bagitau doktor yang dalam hidung lil' Zahin ada bunyi, macam flu tapi takde pulak meleleh. Bunyi pun masa malam dan pagi; waktu sejuk je. Doktor swasta tu tak check pun terus bagi ubat flu dan demam. So tak inject la masa tu.

Bila dah kasi lil' Zahin makan pun nampak macam sama je. Bila pergi klinik swasta yang lain, rupanya lil' Zahin tak flu pun. (Ada tak sesiapa yang pernah experience benda yang sama?) So patut takde masalah nak inject.

Tapi dia punya ubat untuk inject lain dari kat KK punya sebab masa 2 bulan punya kat KK Kampung Raja sebab kami masih kat kampung lagi masa tu. Doktor tu kata inject 2, 3, dan 5 bulan kena kat tempat sama sebab dia 3 serangkai. Dia suggest saya pergi KK jugak.

So inject kali ni first time buat dekat KK Kerteh. Saya cuak jugak la sebab masa kat klinik tu lil' Zahin asyik lompat-lompat je. Saya terpaksa kasi dia duduk. Kalau dia berdiri sure nak lompat-lompat punya. Lepastu kan nak kena inject kat peha. Takut la dia makin sakit pulak.

Tapi bila kena inject, lil' Zahin tak nangis langsung. Sikit pun tak. Ajaib betul rasanya. Haha. Atau mungkinkah Ummi dia ni yang terlebih risau? Mungkin sebab lil' Zahin punya peha dah cukup gebu kot untuk menampung kesakitan injection. Hehe.

Berat lil' Zahin untuk hampir 4 bulan ialah 6.5kg, which naik 0.5 kg je in 3 weeks time. Walaupun agak keciwa sedikit tapi actually expected tak naik banyak sebab lil' Zahin kurang menyusu berbanding biasa dan banyak main. Lepas bangun pagi esoknya, badan lil' Zahin panas sikit tapi by petang dah okay. Alhamdulillah :)

Next jabs saya fikir just teruskan kat situ je sebab nurse kat situ baik-baik belaka. Siap ada 2 orang chop suruh saya datang wat pap-smear kat situ bila lil' Zahin 6 bulan nanti. Haha. Takpelah walaupun saya kena drive sendiri dengan lil' Zahin je. KK tu actually dekat je pun :P


My lil' Zahin at 4 months old :D

Tuesday, January 25, 2011

Kaki Kena Potong

Harini hari Selasa. Malam semalam saya sampai di Besut. Encik Gajah hantar saya & lil' Zahin ke Kuala Terengganu, lepas tu Abah saya ambil saya kat situ dan bawak balik Besut. Jam 11 malam saya sampai di Besut.

Encik Gajah ada training di KLCC esok. Saya takmo lah duduk berdua je kat rumah Kerteh tanpa Encik Gajah. 2 malam dia takde. Petang tadi dia naik Firefly ke KL. Pagi Khamis baru flight ke Kerteh semula. Petang Khamis insyaAllah dia join saya dan lil' Zahin di Besut :)

Balik ni pun actually nak tengok Chubah (ayah kepada Abah saya) kat HUSM. Mula-mula Chubah kena potong jari kaki yang tengah sebab kencing manis. Tapi after dah operate buang jari kaki tu, kuman masih ada. Seminggu lebih lepastu Chubah kena potong kaki pulak, bawah sikit dari lutut. Saya belum pergi tengok lagi ni sebab Abah ada kursus dari Ahad sampai Khamis ni. Nampaknya Jumaat ni lah baru dapat pergi jenguk Chubah kat HUSM.

Selain kencing manis, Chubah masih ditahan di hospital sebab ada asthma jugak. Memang keturunan kami ada penyakit asthma. Abah ada, saya pun ada masa kecil. Tapi bila dah besar ni dah takde. Cuma sebelum kawen haritu tiba-tiba datang balik kejap. Arwah mak kepada Abah saya pun meninggal sebab asthma.

Doakan yang terbaik untuk Chubah ya. Semoga Chubah dapat cepat balik rumah. Sian dia lama-lama kat hospital. Tahun ni umur Chubah dah 81 tahun.

Air Dragon Ball


Ummi: Jom Zahin gi minum air Dragon Ball!
Zahin: Uuu bunyi macam best *drool*


Yeay yeay Zahin nak gi minum air Dragon Ball~


Air Dragon Ball Fruit


Ala, Ummi tak kasi Zahin minum pon..
Zahin boleh tengok je, tak boleh minum *sad*


Kedai air dragon ball fruit ni dekat dengan UiTM Dungun. Nama kedai tu Lie's Corner. Sedap! Rasa dia macam eskrem :D

Teringat masa gi makan kat kedai tu time pregnant. Ada sekumpulan lelaki muda duduk di satu meja dan cakap di antara diorang pasal 'Dragon Ball' lepastu macam tunjuk kat perut saya. Geramnya dalam hati tapi takpelah saya bangga je berperut buncet! :)

Monday, January 24, 2011

Baby Muka Blur

Baby Muka Blur Contest


Muka blur lil' Zahin:



Nama Anak: Muhammad Az Zahin
Tarikh Lahir Anak: 26th September 2010
Nama Ibu: Nurul Nadiah
Ayat Power: "Huh?" (blur)


Tarikh tutup: 25 Jan 2011 (Esok!) :D

Nak tag Ibu Rafique, Mami Hadeef, Mama Amani, Mummy 'Aish, Ibu Imans :)

Nak tengok syarat-syarat penyertaan boleh klik kat gambar contest kat atas tu :D

P/S: Thanks Puan Sufeenan sebab tag saya :)

Sunday, January 23, 2011

Nursing in Public

Akhirnya saya dah ada nursing cover! Saya beli dari Chomel Nursing Cover.




Bf kat McD. Ummi pun nak isi perut jugak, bukan Zahin je :P

Ukuran nursing cover ni ialah 31 inci x 26 inci.

Nursing cover ni tak ada boning macam nursing cover Kak Niah ni tapi kat peek-a-boo window tu nursing cover ni ada something yang keras juga tapi masih boleh dilipat :)

Ada adjustable strap untuk supaya senang nak adjust mengikut kemahuan :D

Boleh jugak jadikan selimut baby :)

Saturday, January 22, 2011

Wedding Weekend

Lepas beli car seat lil' Zahin, Sabtu esoknya kami bersama parents Encik Gajah ke kenduri kawen kawan saya dan Encik Gajah masa kat UTP.

Dapat jumpa kawan-kawan masa kat UTP iaitu Sean, Adek, Zhu, dan Mat. Jumpa Jamie & Iena plak kat parking sebab diorang dah nak balik dah masa tu :( Kami sampai lambat. Haha. Tak dapat nak main-main dengan anak diorang. Isk3. Paceek dan Chemun pun tak sempat jugak.

Dengan pengantin iaitu Intan M tak dapat jumpa bermesraan jugak tapi sempat la lambai-lambai je kat diorang yang berada di atas pentas masa tengah bergambar dengan family diorang. Tahniah Intan & Syazwan :)

Tak dapat bergambar dengan pengantin, bergambar dengan banner ajo lah masa dah nak balik tu. Lil' Zahin tido sebelum dan selepas masuk dewan haha. Macam tekan button je :P



Oh that was the first wedding attended by lil' Zahin :)

Hari esoknya iaitu Ahad, sepupu Encik Gajah pulak kawen. Yup Encik Gajah amik cuti hari tu.


Bersama pengantin & sebahagian kecil family Encik Gajah


Dengan 2 pupu lil' Zahin, 6 mths old baby Danial Iqbal


Lil' Zahin tido je kat wedding tu haha


Congrats Abg Fakhri & Kak Ogy :)

Shopping Car Seat

Last weekend kami balik Bangi. Hari Jumaat tetibe mak ayah Encik Gajah ajak pergi Sogo sebab ada Sogo Member Day. Ayah mentuaku mahu beli kasut hehe. Memang sedang elok lah sebab kami nak cari car seat untuk lil' Zahin :D

Lepas solat Jumaat, kami bertolak ke Sogo. Orang memang ramai lah kan as expected. Alhamdulillah, dapat beli car seat murah! Bought Sweet Cherry CS800 Eternal Car Seat macam kat entry ni dengan harga RM307, which normal price is RM439! Suka :D


With head support, lil' Zahin nampak macam terpenyek je haha


Dah remove head support, lega skit nampak :D
Lil' Zahin lepak atas car seat sambil tengok berita :P


Letak head support kat stroller :D
Muka tak ikhlas ni :P


On the way balik dari Sogo, car seat tak muat masuk boot jadi kena letak kat seat belakang bersama saya, MIL, dan lil' Zahin! Sempit! Haha. Dahlah jam on the way balik tu. Zahin plak meragam. Hadoi.

Barang baby ni memang besar-besar kan? Kalau travel, penuh ngan barang dia je :P Tu baru anak sorang tuh! Nampaknya nak kena beli bas lah lepas ni kalau nak anak ramai haha :P

Friday, January 21, 2011

Transformasi

From this..



..to this



..sempena 3rd birthday of this blog hujung bulan ni :)

Tetap mengekalkan warna putih sebagai warna utama :D

Amacam, ok tak? Pakai template designer blogger saja. Senang sangat!

Tapi header tak sempat tukar lagi :P

Friday, January 14, 2011

I Need A Soother

I need a soother. Not for me but for lil Zahin, of course..

Malam ini secara rasminya persepsi saya terhadap puting atau soother berubah. Saya sudah membuat keputusan untuk membelikan soother untuk lil Zahin atas sebab-sebab tertentu.

Hanya ibu yang mengenal anaknya.

*Sigh* Pasrah.


Soother, I need you!

Thursday, January 13, 2011

Si Pemikir

Sebenarnya lil Zahin sepatutnya dinamakan dengan nama lain iaitu Muhammad Al-Harith. Nama Harith tu memang dah lama saya berkenan. Sejak 3-4 tahun sebelum lil Zahin wujud lagi. Haha. Maksud nama tu pun elok iaitu yang kuat/berusaha. Maksud nama tu based on apa yang terjumpa di internet la.

Masa lil Zahin dalam perut pun duk panggil dia 'baby' atau 'Harith'. Hehe :P

Tapi bila ditanya pada Ustaz Man yang pernah beri selusuh bersalin dulu tu, dia kata nama Harith tu kalau tak sebut betul-betul nanti makna dia akan jadi lain. Yelah kan, bunyi 'th' kat hujung tu kadang akan jadi 's' pulak nanti. Tu dah bawak maksud lain dah tu. Sebab ejaan yang sepatutnya diberi perhatian ialah menggunakan huruf jawi kan.

Disebabkan family saya sepakat kurang berkenan dengan maksud nama yang mungkin tersalah panggil tu, jadinya saya kenalah cari nama lain.

Ummi saya suggest nama 'Zahin' sebab dia suka sangat nama tu. Maksudnya pun elok dari apa yang kami baca di dalam buku iaitu yang cerdik. Saya pun suka nama tu cumanya saya adik saya yang nombor 5 tu namanya Zarin Zulaikha. Bunyinya dekat sangat nanti nak panggil konfius pulak. Lagipun saya tahu ada classmate adik saya nama dia 'Zahin' jugak. Hehe.

Tapi sebab takde nama lain dah yang saya berkenan masa tu, saya pun fikir-fikir saya rasa macam kena pulak nama tu dengan lil Zahin. Sebab dia nampak cerdik je sebagai seorang bayi yang baru lahir masa tu jadi saya pun setuju lah. Mungkin nama tu memang untuk dia. Sori lah saya memuji anak sendiri kat sini tapi tu adalah berdasarkan pengalaman saya lah. Saya takdelah cakap anak orang lain tak cerdik kan hehe.

Bila refer balik Ustaz Man, dia kata nama 'Zahin' ialah yang bijaksana atau pemikir. So akhirnya dapatlah nama budak ni Muhammad Az Zahin :)


Ejaan Muhammad Az Zahin dalam jawi


Lil Zahin si pemikir :D

Edited: Letak banner Contest Nama Baby Saya yang dianjurkan oleh Idma Textile.

Tuesday, January 11, 2011

Bloggers, Jom Exchange Link!

Salam semua!

Blog list saya dah pindahkan ke suatu tempat yang lain. Saya akan kumpulkan semua kat situ. Puas sikit nak tengok update besar-besar berbanding letak kat sidebar blog ni jer :D

Ada lagi yang saya belum letak kat situ tapi blog list ada kat pages kat bawah header tuuu :) Nanti saya pindahkan ek! Jangan risau :)



Jom tengok blog list saya dan exchange link! Klik gambar kat atas ni k :)

Jangan lupa tinggalkan jejak anda :D

Monday, January 10, 2011

Reconsider Car Seat

Dulu saya pernah post entry tentang baby travelling needs. I was planning to buy Sweet Cherry SCR7 Carrier Carseat since ia boleh pakai dengan Sweet Cherry SCR5 Stroller.


Sweet Cherry SCR7 Carrier Carseat in Sweet Cherry SCR5 Stroller. Credits

Stroller tu dah dibeli tapi saya reconsider since car seat tu boleh pakai sampai berat baby 13kg je iaitu lebih kurang umur 1 tahun.

Kalau boleh nak cari yang boleh pakai walaupun lil Zahin umur lebih setahun. Sebab kami memang selalu travel jauh iaitu dari Kerteh-Besut dan Kerteh-Bangi yang ambil masa 3-5 jam.

Bila saya survey online, saya jumpa car seat ni:


Sweet Cherry CS800 Eternal Carseat. Credits

Saya rasa car seat ni okay sebab boleh pakai from newborn until 18kg, lebih kurang umur 4 tahun. And dia ada head support. Harga pulak affordable iaitu RM439 kat sini dan RM379 kat sini. Kalau cari kat Jusco harga around tu lah kot :D

Ada tak sesiapa yang ada experience dengan car seat ni? Ke anak korang pakai car seat apa ye? Share lah ek :) Thanks!

Terkena Minyak Panas

Salam dan selamat pagi semua :)

Tips harini ialah berkenaan kalau terkena minyak panas :D

Ok, kalau terkena minyak panas, jangan basuh dengan air tau. Lap dulu dengan tisu. Lepastu ambil lendir aloe vera, sapu sampai dah tak rasa panas.


Aloe vera. Credits


Aloe vera gel. Credits

Pastu ulang sapu 2-3 kali sehari selama 1-2 minggu. Insyaallah kawasan yang terkena minyak panas tu akan kembali recover seperti asal dan yg paling penting TIADA PARUT LANGSUNG :D

Sunday, January 09, 2011

Jom Belajar, Zahin!


Jom gi skolah! :D

Buku belajar untuk lil Zahin baru ada sikit:


Flash cards Huruf-huruf Hijaiyah al-Barqy, dibeli dari sini.
RM19.90 + RM6 postage fee.


Credits


Book of fruits


Book of vegetables

2 buku kat atas ni pulak Makwan Zahin (my MIL) yang hadiahkan. RM6.90 each, beli kat Popular bookstore. Actually tulis situ for kids tapi gambar dia ok je untuk baby :)


Buku-buku dan flash cards lil Zahin

Definitely need to buy more! Lil Zahin pun dah bosan agaknya duk ulang benda sama je :P Apa yang korang beli untuk pembelajaran baby korang ya? And kat mana? :D

Tangan Lembut Jer

Salam dan selamat pagi, kawan-kawan! :D

Tips harini ialah untuk mendapatkan tangan yg halus mulus pulak. Memang tak best kalau nak bersalam-salam dengan orang kalau tangan kasar kan. Nak-nak kalau bersalaman dengan bakal mak mentua. Tapi itu tandanya kita rajin buat kerja eh? Haha :P

Ok cara untuk dapatkan tapak tangan yang halus, first sekali kena cuci tangan bersih-bersih.


Lepastu, ambil seulas bawang merah, buang kulit, dan potong dua. Tonyohkan bawang merah tu ke tapak tangan anda menyeluruh. Biarkan seketika sebelum cuci bersih-bersih. Amalkan selalu. Boleh tgk result dia lepas beberapa minggu kemudian :)


Bawang merah untuk tangan yang halus mulus. Credits

Selamat mencuba!

Saturday, January 08, 2011

Tudung Ekspres

Sekarang dah susah betul nak jumpa orang pakai tudung bawal kan? Kedai tudung pun susah nak jumpa yang jual tudung bawal sekarang. Semua pakat jual tudung ekspres. Saya punya supplier tudung masa saya jual tudung kat ofis dulu pun dah tak jual tudung bawal dah sebab jual tudung ekspres pulak. Saya memang suka tudung bawal sebab serap peluh dan tak panas. Memang selesa.


Tudung bawal

Shawl pun kegemaran saya jugak. Tapi complicated la sikit bila dah ada baby ni. Ambik masa sikit nak pakai dan nak kena gosok lagi. Dan yang paling penting, kang dah elok wrap kepala dengan shawl nanti kena tarik dengan baby pulak. Haha.


Shawl

Kalau tudung ekspres, memang senang. Tak payah gosok. Terus pakai je. Tapi actually awalnya saya tak berapa gemar tudung ekspres ni. Sebab saya rasa muka saya nampak lain sikit berbanding bila pakai tudung bawal. Kain dia pun panas sikit. Tak pernah lagi jumpa yang betul-betul serap peluh. Maybe mahal sikit kot kalau ada?

Tapi disebabkan ianya sangat convenient, saya pun mula consider. Tu pun tak banyak style dan corak yang saya berkenan. Nasib baik ada satu blogshop ni yang ada tudung ekspres yang cantik-cantik. Memang saya suka lah corak-corak yang diorang jual. Blogshop tu ialah Sugarscarf.


First tudung ekspres yang saya beli


Second tudung


Yang latest. Tak pakai lagi :P

Baru ada 3 tudung ekspres yang saya beli dari diorang. Tu pun 3 kali beli. Sebab everytime nak beli more than 1 sure ada yang dah habis stok. Sebab blogshop tu memang laku sangat! Pendek kata kalau nak dapatkan desired tudung tu mestilah order sebaik sahaja mereka update. Haha.


Tudung ekspres

Lepas ni kena tambah lagi koleksi tudung ekspres. Tengah tunggu Sugarscarf update! Haha.

Dah Hensem Balik Dah

Haritu dah tak hensem sebab tercakar dahi sendiri. Lepastu saya sapu gel gamat je.

Esoknya tu ada 1 nandek kat dahi haha. Saya tak letak langsung gel gamat lagi sebab lupe. Ish teruk betul Ummi Zahin ni kan.


Oh noooo!!

Tapi tengok-tengok esoknya lagi dah hilang. Alhamdulillah takde parut. Dah hensem balik! :P


Lebih hensem dan lebih seksi! Haha

Badan Bau Asham!

Mesti tak selesa kan kalau badan berbau? Nak-nak kalau kita dah boleh bau sendiri. Kalau dah macam tu, hmpphh orang lain lagi lah kan hoho. So kali ni saya nak share tips untuk hilangkan bau badan secara semulajadi yang diambil dari kawan saya :)

Ambil beberapa biji bunga cengkih (4-5 biji) kemudian rendam dalam air suam dalam cawan. Lepastu minum. Amalkan seminggu 2 kali. Boleh dapat instant result :D

Sape tak kenal bunga cengkih?


Ini lah bunga cengkih. Semua pun kenal kan hehe :D Credits

Selamat mencuba! :)

Friday, January 07, 2011

Nak Buncet Balik

Rindunya saat-saat kebuncetan sewaktu mengandungkan lil Zahin..


11 weeks


15 weeks


20 weeks


22 weeks


28 weeks


34 weeks


35 weeks

Tapi bukanlah dalam masa terdekat. Hehe :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails