Friday, August 19, 2011

Zahin Berusia 10 Bulan - Part 1

Alhamdulillah 26 Julai yang lalu Zahin dah pun berusia 10 bulan :) Now dah pun 10 bulan 3 minggu.

Updates tentang Zahin 9-10 bulan:

1. Baru je masuk 9 bulan tu tumbuh lagi sebatang gigi untuk menjadikan 8 batang gigi seperti sekarang :D




Tolong abaikan muka kami yang comot sebab masa ni kat kampung Tampin (kampung Mak Encik Gajah), baru lepas jalan-jalan kat halaman rumah pusaka yang luas. Tu yang berlemuih dua-dua :D


2. Berat adalah 9kg.



Hari pertama Zahin berusia 9 bulan :)


3. Masa usia 9 bulan 5 hari, boleh berdiri sendiri tanpa pegang furniture. Paling lama yg dapat rekod ialah 20 saat. Masa ni balik kampung kat Besut. Dia duk ralit tengok Ayah Su Anas dia duk pusing2 bola tu yang dia tak sedar dia berdiri lama. Tapi kena standby jauh skit dari dia, kalau tak, mesti dia mcm nak berpegang gak kat kita. Hehe. Kat seblah Zahin tu ialah adik saya yang no. 2.




4. Masa 9 bulan 2 minggu, tetibe Zahin jalan banyak skit. Mula-mula dia ralit duk tengok bunga. Masa tu dia tengah berdiri. Saya mcm suruh dia pergi kat bunga tu sebab Zahin ni memang suka sangat kat bunga. Skali dia jalan daa! Tak sangka gak la sebab sebelum tu dia jalan setapak dua je. Tetiba haritu banyak langkah pulak sebab excited nak gi kat bunga.

Ni yang saya dapat rekod. Tapi saya umpan dengan purse saya. Zahin memang suka gigit purse ni. Sbb tu saya umpan dengan purse saya ni. Haha. Maybe sebab kaler merah kot. Abaikan muka Ummi Zahin yang terlebih excited tu :P





Dapat 7 langkah je hehe


Okeh Zahin dah bangun tdo. Nanti Nad sambung kat Part 2 pulak hehehe...harap yang tertunggu2 entry Nad berpuas hati dengan update sejengkal ni :P

4 comments:

  1. YA ALLAH embamnyaaa..geram akak tgk.

    ReplyDelete
  2. Huwaaa sedih xdpy tgk video comel zahin huhu.

    ReplyDelete
  3. bestnya dah nk jalan =)

    tak sabar nk tggu fahiim hanania plak.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails