Saturday, August 27, 2011

Saya Dah 11 Bulan & Saya Nak Raya


Assalamualaikum pembaca blog Ummi.

Semalam saya berusia 11 bulan. Kat atas ni gambar saya semalam. Saya sedang jalan-jalan kat depan rumah Mak Wan saya kat Bangi. Saya memang suka bunga. Tak kira lah bunga plastik ke bunga betul. Semua saya suka. Gambar kat atas ni saya sedang 'eksperimen' bunga kertas Mak Wan saya nak tengok adakah ianya plastik atau tak. Rupanya yang betul..seronok saya sebab dapat tarik bunga Mak Wan. Mak Wan tak marah pun sebab saya sorang je cucu dia.

Dulu masa saya tak reti jalan lagi, saya tengok dari jauh je bunga-bunga yang saya suka. Lepastu saya cakap-cakap dengan bunga tu. Bunga tu respond kat saya dengan senyum atau tegur saya. Ummi gelak je sebab tak nampak bunga tu respond kat saya. Takpelah Ummi kan orang dewasa. Mesti dia tak paham dunia saya.

Semalam kat rumah Mak Wan saya suka sangat, asyik jalan je tak berenti sebab rumah Mak Wan ni luas. Tapi saya seronok sangat sampaikan saya lupa nak tidur dan minum susu. Bila bawak masuk dalam bilik, Ummi suruh tidur pun saya asyik jalan je. Lepastu saya ambik henfon Ummi saya letak kat telinga saya, saya ingatkan ada orang call saya.

Kalau Ummi cakap 'no' saya saja je takmau dengar. Saja nak uji tahap kesabaran Ummi. Semalam saya gigit jari Ummi kuat-kuat sampai sengal hingga ke malam. Saya saja nak test gigi saya. Rupanya gigi saya memang kuat.

Esok Ummi cakap kami nak balik beraya di Kedah. Kedah tu rumah Tok Nek (moyang) saya. Kalau ada banyak bunga tentu seronok kan!

Ok lah Ummi suruh saya mandi ni. Nanti kalau Ummi tengah tidur, boleh saya curi-curi buat entry kat blog Ummi lagi. Sebelum tu saya nak ucapkan Selamat Hari Raya & mintak maafkan Ummi saya yang selalu tak update blog. Hehe. Bye!

3 comments:

  1. vahhh chomeyynyerr.. ehehe

    selamat hariraya cikpuannadxoxo tewww.. ehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails