Tuesday, May 17, 2011

Zahin Berusia 7 Bulan

Assalamualaikum. Ada sesiapa rindu saya tak? Haha :P

Setelah mengalami masalah dengan Streamyx internet connection, akhirnya last week kami pasang new cable dalam rumah sewa kami ni. Download laju giler! Hehe. Puas hati! Bayar RM50 je :)

Okeh berbalik kepada tajuk sebenar. Zahin sekarang sudah 7 bulan 3 minggu dah. Baru nak update haha. Punye lah bizi kan Ummi dia ni :P Konon2 je tu :P

Berat timbang masa 7 bulan ialah 8.3kg. Sedih jugaklah sebab naik 0.3kg je. Tapi logiklah jugak sebab walaupun dia dah start makan tapi dia teramatlah bizi sehingga tidur pun macam pikir banyak kali. Bertambahlah ke-panda-an mata Ummi nya ini. Fuuuu~ @-@


Ini kes takmo tidur lah ni. Ummi letak Zahin dalam bakul sebab geram sangat. Huhu :P


Last 2 weeks dia demam. Siang tu badan panas sikit2 je. Tapi tetibe macam panas sangat tengah malam tu. Cuak jugaklah. Mungkin sebab dia pakai baju tebal masa tu. Terus bukak baju dia, tutup kipas, dan letak kain lembap kat ketiak dan dahi dia. Lap-lap sikit badan dia. Takut dia sejuk pulak sebab masa tu dalam pukul 4 pagi. Kasi makan ubat, tak lama lepas tu dan tak panas sangat dah.

Risau jugak sebab masa demam tu dia taknak makan. Sebab doktor kata dia sakit tekak. Tu yang takde selera nak makan. Kalau kasi makan, dia akan tutup mulut dia kemas2. Takmo bukak. Kalau makanan kita dia nak pulak. Isk3. Alhamdulillah kejap je demam, 3 hari. Tapi seminggu juga taknak makan. Nasib baik dia kuat menyusu. Ummi dia lah yang asyik kelaparan. Takpelah demi anak :)


Muka budak demam. Pakai singlet dan diaper je. Seksi sket hehe


Tapi rupanya ada skill baru yang dia dapat lepas demam tu. Dia dah melangkah keliling rumah sekarang ni. Belum boleh jalan sendiri lagi. Kena pegang dia. Pastu kita ikut dia lah nak pergi jalan-jalan kat mana. Nanti kaki dah ke depan, badan tak sempat kejar. Haha. Lenguh pinggang duk terbongkok pegang dia yang pendek tu :P Tempat yang dia suka pergi ialah dapur. Suka makan ke suka masak agaknya? Hehe.

Sekarang dah pandai sepak bola lepastu ikut bola tu pergi mana pastu sepak lagi. Pastu ikut lagi pastu sepak lagi. Tak perlu lah ulang ayat tu berkali2 kat sini ye. Paham2 jelah kan. Hehe.

Duduk pun dah pandai dah. Cuma merangkak je belum ada tanda-tanda lagi. Haha. Pastu nak berjalan dah yer? Ish3. Hehe.

Mat cermin. Pantang nampak muka dia kat cermin je, terus sengih macam kerang busuk. Haha. Memang lawak tengok dia sengih tu. Beriya benor. Sengih selebar-lebarnya. Nampaklah gigi 2 batang tu kan. Hehe. Even dia tengah menangis or bad mood sekalipun, mesti nak sengih gak kalau depan cermin. Haha. Senang je kan. Asal bad mood je saya bawak dia pergi depan cermin. Hehe.

Pastu yang rasa takjub jugakla bila dia tahu cermin tu sebenarnya ialah reflection. Sebab ada sekali tu saya pergi belakang dia, dia nampak la saya dalam cermin. Lepastu dia pusing kepala tengok saya kat belakang dia. Pastu sengih kat saya pulak. Hehe.

Pastu dah nampak yang dia suka buku. Kalau dia nampak buku, mesti dia nak. Dah baca sikit lepastu nak masuk mulut hehe. Tapi takpelah yang penting dia sukakan buku. Tak sia-sia Ummi dia jadi tokey storybook pillows hehehe :P

Sekarang juga Zahin suka menggigit. Macam nak tumbuh gigi lagi je. Tapi sampai sekarang takde nampak bertambah pun. Duk 2 batang kat situ jugak. Hehe.


11:30 malam tak tidur lagi. Duk menggigit teether


Tak interested pun dengan mainan kat dalam bekas. Bekas tu pulak yang digigitnya


Tu jelah kot yang saya teringat update pasal anak bujang saya tu.


Wajah terbaru Zahin, dah ada rambut. Ummi ngan Abi pun nak enterprem skali :)

11 comments:

  1. bby mmg suka tgk cermin agknya pastu gelak2..husna pun gtu..tp kelakar tgk sbb die mcm impressed jer

    ReplyDelete
  2. Zahin nk terus jln kot..advance..hehe..dh byk rambut dia...

    ReplyDelete
  3. org tua kata demam alih angin la lau gitu... :)

    ReplyDelete
  4. comel je gmbr zahin gigit kunci tu. :)

    ReplyDelete
  5. wah 8.3 kg utk 7 bln yer..semangat gak tuh..nazra br 7.5kg 11 bln..huh...hehe comel zahin dlm bakul tau.

    ReplyDelete
  6. bila anak sdare yg i jaga takmo tidor2, or buas sgt, i letak dlm 'kandang'. hakhakhak. tgk nad letak zahin dlm bakul nak tgelak rasa, sbb kma buat benda sama kat anak sdare time penat fuhhh -_-

    ReplyDelete
  7. hehe. zahin sgt aktif! mesti penat nad nak kejar ek. nasib baik la nad tak keja..leh jugak rehat2 klau ada masa kan.

    bila dia makin besar, mata dia sebijik nad, pastu senyum dia ikut amir ek. hehe. cute~

    All the best nad~

    ReplyDelete
  8. nad....
    im ur silent reader...off topik jap..nk tnye psl stroller..nad pki scr5 ke?byk mkn space x,ble ltk dlm bonet kete?
    sbb sy ingt nk pki scr5 ngn car seat scr7..
    time kasey...

    ReplyDelete
  9. Hi,

    Yup Nad pakai SCR5. A'a agak mkn space la nad rasa. Muat masuk bonet kete Perdana. Kete Kenari xmuat huu~ Harap membantu :)

    ReplyDelete
  10. thnks nad...
    hmm...kalo wira aeroback msti ngm2 kan?keliseku mmg tolak tepi la xleh msk

    ReplyDelete
  11. zahin 7 bulan 8 kilo? mantap lah tu. imaan setahun 7 kilo je. hihi. nampak mcm zahin cepat jalan. sedia je lah kalau dia dpt kaki nanti. ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails