Saturday, March 05, 2011

Vampire Hisap Darah Kat Leher Saya

Bersiaran jam 3 pagi di Bangi :)

Rabu lepas tetiba thyroid saya yang bengkak tu dah mula rasa sakit. Saya perasan ia semakin membesar. Memang rasa takut dan risau bila dah start sakit tu. Sakit bila sentuh di leher, menelan, menguap, berpaling, dan aktiviti2 yang melibatkan leher. Actually takdelah sakit sangat-sangat, more to rasa tak selesa. Tapi kalau lil' Zahin tepuk kat situ memang sakit la huhu.

Malam tu jugak ke klinik. Dan telah di refer ke KMC (again). Saya terpaksa akur sebab appointment di KTS 10 Mac ni. Saya dah tak boleh tunggu lama.

So siang tadi dah visit specialist di KMC. Jumpa general surgeon, Dr. J.S Lee. Baik orangnya, buat saya senang hati. Dia buat ultrasound dan sedut cecair dalam thyroid saya yang bengkak tu. Macamana dia sedut? Guna picagari. Jarum masuk leher saya. Ngeri. Macam vampire. Tapi sakit sikit je. Macam kena inject lah. Tapi masa dia buat tu saya tak boleh menelan la. So sebelum dia masuk jarum kat leher tu saya telan siap-siap hehe. Lepastu terus thyroid yang bengkak tu kecut! I got to see cecair yang disedut tu. Warna hitam dan cair.

Thyroid saya ada 2 parts, cecair dan pepejal. Dia kata kalau ada cecair je senang. Dia sedut dan ia kecut and done! Tapi in my case, takut the pepejal part akan keluarkan cecair tu lagi walaupun cecair tu dah disedut kali ni. Apapun next 3 weeks akan jumpa dia lagi tengok macam mana. Ada 3 kali chance untuk sedut cecair tu. If it happens again the 4th time, kena buang thyroid tu. Apapun dia kena test dulu cecair thyroid yang disedut tu. Chances are 80% benda tu tak bahaya. If ada problem, dia akan call. If takde problem, dia akan cerita details in the next appointment. Result akan keluar in 1 week time. So lets pray that dia tak call. Ameen!

Saya ada terbaca kat several websites tentang kaitan hypothyroid dengan soy protein. Saya kan memang ambik Shaklee ESP macam saya cerita kat entry ni. So saya share dengan doktor tu nak tanya pendapat dia. Dia kata tak pernah pulak dengar. Dia kata should be no problem. Tapi saya cuba stop dulu now until next appointment tengok ada beza tak. Hope bukan sebab ESP tu lah sebab ESP tu dah sebati dengan saya sejak saya breastfeed lil' Zahin. Dah 4.5 months saya consume everyday. Lagipun tak tahu lagi apa jenis thyroid saya ni. Vitamins saya akan tetap ambil sebab kalau tak, badan akan rasa cepat penat.

Masa kat dalam bilik dengan doktor, tak rasa sakit sangat thyroid tu lepas disedut. Tapi masa menunggu nak dibawa ke lab untuk ambil darah untuk check level thyroid, dah mula rasa tak best. Rasa lagi sakit dari sebelum cecair tu disedut. Doktor tak kasi ubat tahan sakit sebab masa dalam bilik dia tu saya tak rasa sakit. Nasib baik ada bawa ubat tahan sakit dari klinik yang refer saya ke KMC tu. Makan masa otw balik Bangi. After almost 2 hours baru selesa nak bercakap. Siap boleh nyanyi2 lagi kat lil' Zahin yang keluarkan macam2 bunyi sebab bosan duk dalam kereta. Yelah kan, kat 12 hours jugak travel baru lah sampai Bangi. Sian budak kecik tu hehe.

Sekarang lepas dah rehat sikit, rasa a lot better. Ada rasa sikit je tak selesa bila menelan. Alhamdulillah.

3 comments:

  1. All the best nad :) semoga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  2. ngerinye dengar cite u nad...
    harap2 nad cpt2 sembuh yer...ksian zahin nnt xde org nk jaga...
    cayok2!!!

    ReplyDelete
  3. hadoiiiyyaaii..seriaau dengarnye..take care ye nad..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails