Wednesday, March 02, 2011

Tumbuh Gigi

Budak kecik kat rumah saya ni bukan satu-satunya orang yang nak tumbuh gigi. Ummi dia pun sibuk nak tumbuh gigi jugak. Khamis lepas masa kat Besut, tiba-tiba rasa sakit gusi kat hujung selepas gigi geraham last. Tapi takdelah sakit sangat. Masih boleh makan dengan gumbira.

Keesokan harinya, bangun tidur je rasa sakit sangat kat situ. Kat rahang pun rasa sakit. Pipi pulak bengkak. Bila cuba tengok kat gusi tempat sakit tu, nampak macam sama je dengan belah yang satu lagi. So bila tanya-tanya Ummi saya, dia kata mungkin ulcer tapi tak nampak, ataupun beguk. Actually kami panggil 'bekok keng' (bengkak keng). Haha.

Saya tanya adik saya yang baru lepas kena beguk, tapi description dia tak berapa sama dengan sakit yang saya alami. Risau juga masa tu bila Ummi saya cakap pasal thyroid tu pulak, mana tahu ada kaitan ke kan sebab dua2 tu kat belah kiri.

Tapi bila tengok kali ke-3 baru saya nampak kat gusi yang sakit tu merekah dan gusi kat gigi geraham last saya tu bengkak. Bila tanya kawan-kawan, rupanya itu ialah symptom nak tumbuh wisdom tooth. Memandangkan hari tu hari Jumaat, terpaksa lah tunggu hari Sabtu baru dapat jumpa doktor sebab hari Jumaat kat Terengganu kan cuti.

So Sabtu lepas saya jumpa dentist, masa tu sakit sangat dah. Dentist sahkan memang betul wisdom tooth nak keluar. Punyelah lama tunggu turn, 2 jam baru dapat jumpa doktor. Tapi jumpa nya 5 minit je haha. Tapi takpe saya dapat input yang saya tak akan dapat kat tempat lain dan dapat ubat tahan sakit dan antibiotik.

Hari-hari lepas tu sakit makin berkurangan sampai lah harini ada lagi sakit tapi sikit-sikit je. Tak sangka pulak lepas dah ada anak sorang baru nak keluar wisdom tooth. Ingatkan tak keluar langsung hehe. Tapi sampai harini saya duk intai tak nampak-nampak lagi wisdom tooth saya tu :P

5 comments:

  1. hehhehe.. xpe gigi bru tahan lama.. :) ros msa nk preggy ari tu jd mcm kak nad... demem skali.. lpas sminggu tau kata prgnt :) heheheh

    ReplyDelete
  2. baru nak besar eh???hahaha..mak salu kate dulu tak naik gigi bngsu tak leh kawen sbb kira tak dewasa g...ni ape kes puan and daha de anak sorang dah ni???balik kena bagitau mak..hahaha

    ReplyDelete
  3. gigi bongsu nk tumbuh eyh? memang merana tau klu nk tumbuh gigi bongsu. sy belum kena, tp husband and ofismate dh penah kena. sampai nk demam dbuatnya

    ReplyDelete
  4. deena x tumbuh agi..ingat time hubby dulu, sampai demam laah dia gara2 nak tumbuh geraham bongsu tuhh..

    ReplyDelete
  5. Eyy amy punsakit gusi..but gigi tu dh lama dh tumbuh cuma gusi bengkak sampai tutup suku gigi belakang tu..tk leh kunyah langsung!!!lepas jmp dentist,amik antibiotik ubt sapu etc..dah kurang..sekaang br leh mkn nasi itu pun tk leh kunyah betul lg...huh..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails