Monday, February 28, 2011

Zahin Berusia 5 Bulan

Alhamdulillah, 2 hari lepas lil' Zahin dah pun berusia 5 bulan. Rabu lepas pergi inject, berat ialah 7.2 kg :D Isi makin banyak tapi nanges jugak kejap masa inject. Hehe. Masa inject 3 bulan rilek je :P

Last week, 10 hari lepak kat rumah parents saya di Besut. Masa tu rasa tak larat sangat dah nak mendodoi dia tidur malam-malam pakai cara manual yang macam saya cerita kat entry ni sebab dia dah makin berat. Encik Gajah suggest try pakai buai. Saya pun fikir mungkin buai lah penyelesaiannya kot. So pinjam la sepupu saya punya yang ada kat rumah Nenek saya kat sebelah rumah tu.

Mula-mula dia tidur bila letak dalam tu sebab masa tu dia dah ngantuk sangat. Tapi tidur 15 minit je. Dia tak suka duk dalam tu sebab macam gayat. Tapi 2-3 kali lepas tu dia dah tak gayat, siap gelak-gelak lagi tengok sekeliling. Dia ingat letak dalam tu untuk main-main kot sebab dia macam melambung-lambung kan. Haha. So tak jadi beli buai. Lega Umminya ni :P

Pada masa yang sama, saya dah jumpa cara baru mendodoi dia. Tak payah guna kekuatan fizikal macam selalu. Just peluk dan tepuk-tepuk dia sambil nyanyi-nyanyi. Tu je. Tak payah berdiri pun. Senang pulak. Hehe. Alhamdulillah!

Bila meniarap dia dah pandai mengengsot. Ada satu malam tu nasib baik tak jatuh katil. Sebab dia kan tidur meniarap. Sikittttt je lagi nak jatuh. Alhamdulillah tersedar sebab dia keluar bunyi-bunyi sedang struggle mengengsot. Fuh cuak sangat. Lepastu saya tido bahagian tepi katil untuk jadi penghadang. Encik Gajah takleh tidur sekatil dah. Pengorbanan seorang ayah :P

Mungkin sebab saya dah tak pakaikan dia stokin/booties kot. Tu yang dia berasa tapak kaki dia tu. Tapi ok ke ek? Nampak dia macam perut tak selesa je 2-3 hari ni. Kembung sebab tak pakai stokin ke ye? :s Kaki dia pun kuat berpeluh. Kenapa yer? :/

Kalau waktu berbaring pulak, dia suka angkat kaki dan pegang. Tapi tak steady lagi. Dapat pegang kejap, then lepas. Nak kuruskan perut yer, Zahin? :P



Pastu masa nursing, dia suka sangat gigit dan tarik. Terjerit-jerit Ummi nya nih. Aduiii. Agaknya nak tumbuh gigi kot. Ada nampak putih-putih macam gigi nak keluar kat gusi bawah. 2 batang plak tu. Kalau dapat jari Abi dia, dia gigit sungguh-sungguh!

Sejak 3 bulan, lil' Zahin suka lompat-lompat. Tapi sekarang dia suka melompat dengan lebih dahsyat lagi! Dahlah makin berat, aduiii lenguh tangan. Pergi klinik aritu dia duk lompat-lompat depan doktor, nak periksa pun tak boleh :P

Last week suara dia serak kan. Alhamdulillah tak sampai seminggu dah hilang. Tapi sehari dua sebelum hilang serak dia tu, dia menjerit-jerit. Bukan nangis. Haha. Tak reti nak describe.



Kalau orang makan, dia akan tenung je kat makanan tu atau kat orang tu. Haha. Kesian tau! Sabar ye Zahin, bulan depan Ummi kasi makan yer! Tapi Ummi kena study dulu nak kasi Zahin makan apa. Tak boleh lah sama dengan Ummi dan Abi punya makanan :)


Bam-bam tak duduk diam :P

8 comments:

  1. Firas Zahin still pakai stokin smp sekarang...siang n malam :P

    ReplyDelete
  2. lama nad tak update blog... :) btoi lh, diorg slalu tgk kalo kita dok tgh makan..sian plak... zahin dh 5 bln, si darwish br nk msuk 4 bln... lg 2month to go!!

    ReplyDelete
  3. aah la nad.. cam xpakai booties tu.. fya pon kaki dia jadik sejuk bpeluh. n perot akan kembung. kalo pakai sian lak kaki dia cam xmbesar je. dh cam kecik lak kat bhg buku lali tu.. xtau dh cane nak buat. pakai stin kaki kecik plak..

    ReplyDelete
  4. lawak btul zahin..rasanya mmg kaki baby kuat berpeluh la..my dotter cmtu gak..mcm baru mandi gayanya..overal lebih kurg jer gayanya anak kita ni..hihihi seronok kan jd ibu bila monitor pencapaian anak

    ReplyDelete
  5. pasal socks deena rasa x pe kot..tapi malam pakaikan laa..but deena still pakaikan socks kat rafique..kekadang jer x pakai, kasik kaki dia bernafas sket..

    ada orang kata kalau baby asyek pegang kaki camtu dah nak dapat adik..hahahaha..;-D

    ReplyDelete
  6. hehe.. alahai.. comelnyer zahin..

    ReplyDelete
  7. Kak Ina, oh yeke. Nad kena pakaikan balik kot stokin kat dia. Kesian plak asik tak sedap perut.

    Syuhaila, a'ah bz sket ;) hehe sekejap je kan diorang membesar :)

    fatrina, a'a kaki zahin pun kecik kat pergelangan. tapi rasanya bukan sebab stokin kot. tapi sebab betis dia debab. hehe. nad nak pakaikan balik stokin kat dia smpi dia besar skit.

    aziyana, oo yeke. ok la zahin ada geng. hehe. mmg bes kan tgk anak membesar :)

    deena, tulah kesian jugak 24 jam dia pakai socks kan. dia kan dah mula lasak kan. nak adik? haih jaga sorang pun kelam kabut lagi :P

    ReplyDelete
  8. salam perkenalan nad.. pasal booties tu, seelok nye pkai kan die...lg2 nk tdo mlm, my MIL ckp nnti sng masuk angin, mcm kite berpantang tu la huhu...if pkai booties ketat kat pergelangan tu...pkai kan stokin tu, skang byk jual socks bb yg cute miut...bb aishah 2month tu pn if jenjln pkai socks, smart ckit huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails