Wednesday, February 16, 2011

Wanita & Tiroid, Serabut

TIROID adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian-bahagian badan dan juga merbahaya untuk kesihatan.

Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Rawatan untuk penyakit ini bagaimanapun selamat serta mudah.

Leher perlu diperhatikan kerana kelenjar tiroid akan bergerak dengan tindakan menelan. Jika dipegang, boleh dirasai bentuk kelenjar dan juga pergerakannya dengan menelan.

Penyakit tiroid semasa mengandung: Penyakit tiroid memberikan risiko pada anda dan juga kandungan. Sebab itulah pentingnya anda menjalani pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung.

Ada juga sesetengah ibu mengalami masalah tiroid selepas bersalin. Ini dipanggil sebagai postpartum tiroiditis. Lazimnya paras hormon tiroid ibu terbabit kembali ke paras normal dengan pantas.


Full article here.

Semalam lil' Zahin suara serak dan sengau macam suara orang flu so pergi klinik. Dia ada demam sikit 37.7 degree celcius dan badan dia ada merah-merah. Kat depan badan doktor kata nampak macam small pox tapi kat belakang badan nampak macam allergic. Doktor kasi ubat selesema yang cover sekali allergic, ubat demam, titis hidung in case hidung tersumbat, dan ubat sapu. Cepat sembuh ya, anakku.

Saya pun jumpa doktor jugak sebab ada biji kat dalam leher. Doktor kata itu tiroid tapi tak tahu berbahaya ke tak. So Jumaat ni saya kena pergi Kuantan Medical Centre (KMC) untuk pemeriksaan lanjut. Berdoa sangat tak serius :(

Rasa serabut pulak rasanya bila fikir what if saya kena warded. Saya tak pernah lagi berpisah dengan lil' Zahin :( Saya baru nak start pump in case terpaksa berpisah dengan dia nanti. Lagi serabut bila pikir nak ke dia minum EBM through botol? Last time dia minum guna botol masa umur dia 1 bulan. Dan siapa nak jaga dia pulak nanti. Dahlah Kuantan jauh dari rumah saya dan rumah parents saya.

Hospital boleh tolong jagakan baby kita ke ek? Saya ada nampak Nursery dan Day Care charges kat website KMC. Tak pernah masuk hospital selain nak beranak haritu :(


Tak sanggup berjauhan dengan buah hati saya ni :(


Patutnya weekend ni Encik Gajah kena hantar saya dan lil' Zahin balik Besut sebab dia dah start super busy kat ofis dan akan balik malam sampai next week. Suppose saya akan stay rumah parents saya for 1 week until Encik Gajah dah tak super busy. Kalau tak kena warded pulak, nak kena balik Besut on the same day ke?

Sian pulak kat lil' Zahin penat. Kerteh-Kuantan 1.5hours, nak balik Kerteh balik 1.5hours. Kerteh-Besut 3hours. 6 hours dalam kereta je. Tak campur lagi waktu menunggu doktor. Hari Sabtu pulak Encik Gajah ada meeting.

Kalau duk pikir pasal what-ifs tu sampai bila pun tak tenang. Apapun kena gi check dulu macamana. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan.

14 comments:

  1. insyaAllah harap semua dipermudahkan,
    :)

    if msuk wad
    inform yek..
    bley dtg tgk :)

    ReplyDelete
  2. Insyaallah nad, xde ape2 kot...

    banyak2 berdoa ek..
    shud be everything ok

    ReplyDelete
  3. Insyallah xde pape. Think positive je tau. Doa asna utk akak. Aminn =)

    ReplyDelete
  4. tiroid mmg dah ade situ..cuma kalo die dah berbiji mean die dah 'luar' dari biasa die sepatutnya.die tak de rawat y khusus tak silap saya,kalo tak silap la.sbb adik pun tiroid...banyk g gejala2 tiroid ni.sbb die dah tiroid tu dan die sorang pengamal perubatan bertauliah die dah mnta kat mak slowkan makan sayur2 y kaler putih.sbb die berupaya membesarkan tiroid.dan nasihat adik gak,makan la sayur2 hijau banyak.adik pun ade brubat kampung...usaha ok??setiap sakit ALLAH dan buat ubat tak kira la cara mana ubatnya..kcli MATI

    ReplyDelete
  5. gi cek dulu ehhh..nad doakan semoga segalanya dipermudahkan..so takdela lil zahin berjauhan lame ngan mummynye.. aminn

    ReplyDelete
  6. insyaAllah seme ok. dont worry dear :)

    ReplyDelete
  7. insyaallah xde pape..amin~~sy doakan akak sihat sokmo

    ReplyDelete
  8. inSyallah takde pape,better check dulu nad :) harap semua dipermudahkan...

    comeiii lil zahin dengan legging :)

    ReplyDelete
  9. insyaallah sabar ya kak.. ada hikmahnya.. semoga semuanya selamat..
    sayang akk.. ros tahu akk msti kuat :)

    ReplyDelete
  10. akak pon ade tiroid pas bsalin ank sulung..hypertirod...
    cam nad ni..biasanya cek dlu..amik drh n cek level tiroid tu..kalau x truk kna follow mkn ubt...alhmdulillah skrg ni akak dah back to normal...

    ReplyDelete
  11. teke care nad.hopefully takde apa2 yang serius jadi.doa byk2 k..

    ReplyDelete
  12. tenang nad..insyaallah everything will be ok..kalau zahin x mo minum botol, boleh bagi pakai syringe or sippy cup..don't worry k..take care..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails