Tuesday, February 01, 2011

Happy 3rd Birthday, Blog!

Actually semalam nak wish tapi tak sempat. So happy belated 3rd birthday to nadxoxo.blogspot.com :)

Header pun saya dah tukar baru semalam. Tapi not totally new sebab the same picture just tambah gambar lil' Zahin dan tulisan sikit :P


New header.
Puan nadxoxo + Encik Gajah = Lil' Zahin :)


Amacam, ok tak? :D

Bila ingat-ingat balik, asalnya saya blogging sebab saja suka-suka. Orang ada blog, kita pun nak ada jugak. Sebab nampak macam best je bercerita kat blog. Hias blog pun best jugak. Rasa macam hias rumah :D

Mula-mula tu cerita tentang kehidupan seharian dan kerja. Masa tu tak sure lagi bila nak tunang ke kahwin ke. Hanya tahu saya akan kahwin dengan Encik Gajah saya. Hehe. Later bila dah tahu bila nak tunang, cerita pasal persiapan tunang pulak. Bila dah tunang, cerita pasal budget pertunangan pulak :D

Dah setel tunang, cerita pasal persediaan kahwin pulak. Bila dah kahwin, cerita pasal kehidupan sebagai wife pulak. Hehe. Bila dah pregnant, cerita pasal pregnancy pulak. Masa tu lah yang paling banyak update blog sebab duk kat rumah je :D

Dan masa tu lah tetiba banyak info kat blog ni hehe. Seronok masa tu sebab orang lain pun found this blog helpful :) Kiranya blog ni bukan untuk saya je lah. Untuk orang lain juga :) Gembira sebab makin ramai kawan merangkumi pregnant woman & mommies pulak :D Kalau sebelum tu ramai kawan blogger yang single lagi hihi.

Bila dah ada anak sekarang ni, manjang je cerita pasal anak pulak kan. Hehe. Nak wat camne kan, inilah kerja saya sekarang; mengadap si kecik saya ni lah :)

Apa-apa pun, saya harap saya dapat terus blogging sampai lah...hurm sampai bila yer? Harapnya selama yang boleh la. Sebab banyak memori kat dalam ni. Macam diari pun ada jugak. Hehe. Dan semoga blog ni semakin berguna untuk semua. Dan semoga kawan blog semakin ramai~

Enjoy reading my blog :)

6 comments:

  1. cumel je header tu kak

    brblog lah kita smpai
    ari tua..kan..kan

    best blog ni..knl lbh
    rapat dgn kwn2 blog
    yg lain ;)

    ReplyDelete
  2. biaselah...

    blog punyer isi kandungan berubah ikut tuan nyer jugak. hehehe

    btw, blog ni mmg byk info. :D

    ReplyDelete
  3. congrats dh 3 thn dh yer... keep it up!! btw blog awk mmg byk gak info..besh2.. :)

    ReplyDelete
  4. Salam kenal adik nad
    Enjoy je baca ur blogg . Keep on blogging

    ReplyDelete
  5. so happy for you dear~ enjoy baca blog nad :)

    ReplyDelete
  6. Syahnia, hehe thx! Harap2nya camtulah :) Thx for ur support!

    Anna, betul3! Hehe gembira dpt kongsi info :)

    Mrs GordoEdi, thanks! :D

    Kak Farra, salam kenal juga!

    Mrs Nageb, thanks ya :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails