Friday, January 28, 2011

Masalah Rutin Tidur

Masuk malam ni, dah 3 malam dah lil' Zahin tidur awal. First day dia tidur pukul 9 malam. The next day pukul 10 malam dan malam ni 10:15 malam :D Alhamdulillah, happy rasanya :)

Sebelum ni biasanya lil' Zahin akan tidur around pukul 12 tengah malam ke 1 pagi. Paling awal pun pukul 11 malam. Tu pun sekali je kot seingat saya. Masa tu badan Ummi dan Abi dia pun dah penat. Lil' Zahin ni kalau nak dodoi dia, kena guna cara manual iaitu dukung dia so that kepala dia kat bahu kita, kita henjut-henjut badan sambil tepuk belakang dia.

Fuh kalau saya tak cukup makan dan rehat, memang la kesabaran di tahap yang rendah. Hehe. Tapi takdelah marah dia kan. Cuma emo lah sikit di dalam hati sendiri kalau anak takmau tidur walaupun dah di dodoikan. Lagi kita dodoi lagi bulat mata dia. Kalau letak nangis pulak tu. Isk3 nasib baik comel. *Semua baby pun comel*

So sekarang bila lil' Zahin tidur awal, macamana lah Ummi dia ni tak happy semacam? Hehe.

Tapi sekarang ni kan kami di rumah parents saya di Besut. Harap-harap bila balik Kerteh semula pun lil' Zahin akan tidur awal macam ni. Kita tengok macam mana malam-malam lepas ni pulak :D

Ni Ummi dia pun dah ngantuk ni. Nak join lil' Zahin yang tengah nyenyak tidur kat sebelah ni. Hehe. Tata! :D

6 comments:

  1. hehe.. berusahalah menidurkan zahin. latih dia utk tido awal.. kalo tak jadik cm aku... susah tdo malam wahaha :P

    ReplyDelete
  2. nad....bb sumtime mmg cmtu.. suke tukar time tdo...dia x kan biarkan mak dia selesa ngan jadual yg sedia ada...wahahahahaha

    sj nk ngetest ummi dia...kuikuikuikui

    ReplyDelete
  3. nak kena routine kan masa tido zahin..kurangkan masa tido siang, banyakkan main..bila dia penat, dia akan tido malam awal..=)

    ReplyDelete
  4. Nad,alalala lil Zahin tengah sedap nak ajak main2 tuh..huhu..Alhamdulillah Mareesa kengkadang je tidur lambat,dia mmg suke tidur awal,balik nursery then I bagi direct BF kat dia je,dia dah start mengantuk dah :) terus tidur and bangun tetngah malam mintak susu lagi plak..huhu

    ReplyDelete
  5. Nad...samala dgn humairah. maybe skrg musim hujan kot. sedap tdo awal.hehehe. time kta baby mcm tu la agaknya kan. kalo tak nak tdo tu, makin bulatla matanya. huhu. kdg2 geram rasanya bila kta dah ngantuk.

    ReplyDelete
  6. hahaha mmg stress kalo kita beria dodoi tp matanya luas lg..aduh..tp lg stress kalo asik meraung nk tido..aduh..husna mcm tu ar..mlm2 nk tido meraung dlu..satu bgnn dgr..nasib baik jnis xbgn meraung tgh malam

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails