Tuesday, January 25, 2011

Kaki Kena Potong

Harini hari Selasa. Malam semalam saya sampai di Besut. Encik Gajah hantar saya & lil' Zahin ke Kuala Terengganu, lepas tu Abah saya ambil saya kat situ dan bawak balik Besut. Jam 11 malam saya sampai di Besut.

Encik Gajah ada training di KLCC esok. Saya takmo lah duduk berdua je kat rumah Kerteh tanpa Encik Gajah. 2 malam dia takde. Petang tadi dia naik Firefly ke KL. Pagi Khamis baru flight ke Kerteh semula. Petang Khamis insyaAllah dia join saya dan lil' Zahin di Besut :)

Balik ni pun actually nak tengok Chubah (ayah kepada Abah saya) kat HUSM. Mula-mula Chubah kena potong jari kaki yang tengah sebab kencing manis. Tapi after dah operate buang jari kaki tu, kuman masih ada. Seminggu lebih lepastu Chubah kena potong kaki pulak, bawah sikit dari lutut. Saya belum pergi tengok lagi ni sebab Abah ada kursus dari Ahad sampai Khamis ni. Nampaknya Jumaat ni lah baru dapat pergi jenguk Chubah kat HUSM.

Selain kencing manis, Chubah masih ditahan di hospital sebab ada asthma jugak. Memang keturunan kami ada penyakit asthma. Abah ada, saya pun ada masa kecil. Tapi bila dah besar ni dah takde. Cuma sebelum kawen haritu tiba-tiba datang balik kejap. Arwah mak kepada Abah saya pun meninggal sebab asthma.

Doakan yang terbaik untuk Chubah ya. Semoga Chubah dapat cepat balik rumah. Sian dia lama-lama kat hospital. Tahun ni umur Chubah dah 81 tahun.

1 comment:

  1. hi....
    insyallah kite doakan chubah awk cepat sehat..arwah atok kite pun kencing manis...tapi dia potong jari kaki jekk..ibu jari..lame dia duk hospital..sebulan lebih..dr kat sana tetiap ari cuci luka dia..tarik kain gaus smp ke peha buang nanah..pastu da okay..alhamdulillah...pastu dia jaga mkn jekk..atuk kite dulu mkn nasik beras india..kite panggil nasi busuk..nasik tu takdek kanji katenye..okaylahh..kite doakan chubah awk cepat sehat yekkk ameenn

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails