Saturday, December 17, 2011

Nad Kurus?


Haha sampai macam tu sekali ek :") Lain bebenor Nad dulu dan Nad sekarang ye. Sampai lama betul kawan tu fikir :P

Actually kawan yang tegur ni ialah ofismate Nad dulu masa kerja kat Cyberjaya. Last jumpa rasanya hujung 2009 lah sebab Nad resign Dec 2009. Masa tu tak pregnant lagi :)

Masa Nad pregnant, tak pernah jumpa dia. Tiba-tiba jumpa last week (dia je nampak Nad, Nad tak perasan dia). Hehe.

Cerah? Haha rasa nak tergelak pun ada. Masa first several months duduk Kerteh ni, maid MIL tegur Nad semakin gelap (maid ok yang tegur! haha). Sebab duk area tepi pantai kan hehe.

Tapi mungkin jugak lah makin cerah. Semuanya bermula after lahirkan Zahin. You are what you eat. Ececeh. Nanti Nad citer dalam next entry ye :P

Bab kurus pulak, bukan dia sorang je yang tegur hihi.

Ni gambar sehari sebelum kawan Nad tu nampak Nad:

Adegan Ummi kena cubit ngan Zahin kat leher. Sakit! :P

Tapi actually bukan banyak sangat pun beza berat badan sebelum pregnant dan selepas deliver. Kurang 5 kg je :P Haha ramai duk tanya apa rahsia Nad kurus walaupun sudah beranak satu. Next entry jugak Nad cite ek :P

Have a nice weekend everyone :)

Sunday, December 04, 2011

Saya Suka Polka dot!

Polka dot is a pattern consisting of an array of filled circles, generally equally sized and spaced relatively closely in relation to their diameters.

Blog Puan nadxoxo berwajah baru :)

Blogshopku, Baby Geniuses juga berwajah baru :D
I loveeee polka dots! :D
Sebab polkadot sangat comel!
Siapa setuju? :D

Monday, November 14, 2011

Welcome to Baby Geniuses Online Shop :)

I am a WAHM :)

Assalamualaikum semua :)

Inilah pemandangan kedai dalam rumah saya :D
Hari2 saya duk sibuk dengan benda ni la sampai tak terupdate blog ni :P
(Selain melayan budak kecik)

Jemput la mai shopping online :D


Apa yang ada?

Soft books
Board books
Educational toys
Evamatic mat
Storybook pillows

Thursday, November 03, 2011

Boyfriend Saya Punya First Gambar Paspot

Pic taken on 24th Oct 2011 :)

BIODATA

Nama: Muhammad Az Zahin
Nama Ibu: Puan nadxoxo
DOB: 26 September 2010
Tinggi: 73cm
Berat: 9 kg
Makanan/Minuman Kegemaran: Susu Ibu
Rancangan Kegemaran: Indahnya Iman @ Astro Oasis



Hehehe sian Zahin, Ummi letak gambar paspot tekejut dia ni :P Mata bulat, badan pun bulat hihi. Ada gambar yang dia senyum sikit tapi mata kelain pulak so takleh pakai. Hihi. Hensem tak saya? Butang baju sampai atas :P

Saturday, October 29, 2011

Anak Manja Ummi

Anak Ummi yang sorang ni. Semenjak msk umur setahun ni dah pandai nk manja ngan Ummi. Dah pandai prefer Ummi dari Abi utk dodoikn mlm2. Pttnya lps Ummi menyusu, Abi la yang pulak yg bertugas dodoikn. Tp tak, nk Ummi jugak. Selagi Ummi x dodoikn selagi tu la Zahin buat konsert. Bila Ummi dukung je terus Zahin lentok kat bahu Ummi. Otomatik konsert stop.

Mlm2 kdg Zahin dh lalok lps menyusu, Ummi ltk la seblah n tepuk2 suruh tido. Tp Zahin bgn gi dekat Ummi n tdo peluk Ummi. Alahai sweetnya anakku ini. Mana belajar ni Sayang? Kepala Zahin diletak atas lengan Ummi. Zahin yg tdo meniarap akn pusing kepala kiri kanan, kiri kanan sbb nk selesakn diri sbb lengan Ummi tak empuk. Hehe.

Akhirnya Ummi tarik lengan Ummi sbb kesian. Zahin xmarah sbb tgh lalok. Lama2 Zahin adjust cari posisi dan location yg paling bes ialah di ketiak Ummi. Tangan atas dada Ummi. Peluk Ummi. Akhirnya tdo lena :)

Mungkin ini lah penangan anak yang breastfeeding kan? Dia akan rapat dengan ibunya :) Semoga Ummi dapat meneruskan penyusuan susu ibu sepenuhnya terhadap Zahin sehingga Zahin berusia 2 tahun seperti yang tertulis dalam Al-Quran. Ameen :)

Kalau ada kawan2/silent readers yang nak tanya tentang breastfeeding kat Nad boleh la email Nad kat n_nadiah@yahoo.com. I'll be happy to help you :)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, October 23, 2011

Aktiviti Menggosok Gigi Zahin & Abi

Abi: Zahin, gosokla gigi sebelum tido
Zahin: Ok Abi!
Zahin: *gosok gigi*
Abi: Good boy!
Zahin: Meh Zahin gosokkan gigi Abi pulak :D
Abi: *layan jela*
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, September 17, 2011

Berat Terbaru Ummi dan Zahin

Sebelum pregnant, berat saya 50kg. Tinggi 156cm je hehe. Right before deliver Zahin, berat 66kg. Naik 16kg. Hihi.

Zahin masa lahir berat 3kg. Now Zahin 11.5mo berat 10kg, aktif dan xmkn. Hanya minum susu ibu je. Berat saya pulak 45kg (semakin lama semakin menurun).

Dah kurus kering sekarang, sbb menyusukan Zahin dan penat jaga budak aktif ni. Nasib baik isi kat pipi tak turun se drastik kat badan :p

Walaubagaimana pun tetap syukur Alhamdulillah :)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, August 27, 2011

Saya Dah 11 Bulan & Saya Nak Raya


Assalamualaikum pembaca blog Ummi.

Semalam saya berusia 11 bulan. Kat atas ni gambar saya semalam. Saya sedang jalan-jalan kat depan rumah Mak Wan saya kat Bangi. Saya memang suka bunga. Tak kira lah bunga plastik ke bunga betul. Semua saya suka. Gambar kat atas ni saya sedang 'eksperimen' bunga kertas Mak Wan saya nak tengok adakah ianya plastik atau tak. Rupanya yang betul..seronok saya sebab dapat tarik bunga Mak Wan. Mak Wan tak marah pun sebab saya sorang je cucu dia.

Dulu masa saya tak reti jalan lagi, saya tengok dari jauh je bunga-bunga yang saya suka. Lepastu saya cakap-cakap dengan bunga tu. Bunga tu respond kat saya dengan senyum atau tegur saya. Ummi gelak je sebab tak nampak bunga tu respond kat saya. Takpelah Ummi kan orang dewasa. Mesti dia tak paham dunia saya.

Semalam kat rumah Mak Wan saya suka sangat, asyik jalan je tak berenti sebab rumah Mak Wan ni luas. Tapi saya seronok sangat sampaikan saya lupa nak tidur dan minum susu. Bila bawak masuk dalam bilik, Ummi suruh tidur pun saya asyik jalan je. Lepastu saya ambik henfon Ummi saya letak kat telinga saya, saya ingatkan ada orang call saya.

Kalau Ummi cakap 'no' saya saja je takmau dengar. Saja nak uji tahap kesabaran Ummi. Semalam saya gigit jari Ummi kuat-kuat sampai sengal hingga ke malam. Saya saja nak test gigi saya. Rupanya gigi saya memang kuat.

Esok Ummi cakap kami nak balik beraya di Kedah. Kedah tu rumah Tok Nek (moyang) saya. Kalau ada banyak bunga tentu seronok kan!

Ok lah Ummi suruh saya mandi ni. Nanti kalau Ummi tengah tidur, boleh saya curi-curi buat entry kat blog Ummi lagi. Sebelum tu saya nak ucapkan Selamat Hari Raya & mintak maafkan Ummi saya yang selalu tak update blog. Hehe. Bye!

Monday, August 22, 2011

Menyorok Dalam Selimut

Zahin ni kalau masuk bilik, dia plg suka main kat stand fan. Dia suka tarik wayar kipas yg trjuntai. Kat situ jugalah ada 1 lampu tidur yg kurus tinggi yg dia sll tolak sampai jatuh kat atas katil. So mmg bahaya.

Kat situ jugalah kat bucu dinding, kat seblah tu pulak ada almari baju. Kiranya mmg sempit la. Tapi Zahin suka jugak duk celah tu. Kadang2 situ berhabuk. So x kasi dia main situ.

So apa yg saya buat ialah ajak dia main nyorok2 dlm selimut. Bkn main seronok dia. Everytime dia nk main benda yg saya x kasi, sy akn ajak dia nyorok dlm selimut. Main cikucak hehe.

Saya dapat idea ni sbb saya teringat masa kecik2 dulu main nyorok dlm selimut ngn adik2. Hihi. Now boleh apply kat anak plak hehe. Ada sesiapa yg ada pengalaman yg sama? ;)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Diskaun 10% di Baby Geniuses Online Shop! :D

*Sticky entry. Pls scroll down for my latest entry.


Assalamualaikum semua :)


Walaupun saya jarang sangat update blog, hehe tapi saya nak ajak kawan-kawan semua untuk tidak lepaskan peluang ini:


Get 10% discount on ALL ITEMS by promoting  our Facebook link  (http://www.facebook.com/baby.geniuses
on your Facebook Wall! 
Yeayy!! :D


Promotion starts now and will end 20th August 11:59pm.


**This promotion is excluding postage :) 
**Purchase RM70 and above (after discount) will get FREE postage!




Jangan lepaskan peluang ni tau! Saya jarang buat SALE sebab actually barang-barang di Baby Geniuses Online Shop dah sememangnya murah :) Lepas 10% off, laaaagi murah. Hihi. 


Kalau balik kampung time raya nanti sangkut jem sekurang-kurangnya boleh baby main dengan educational toys atau bacakan diorang soft books yang dibeli tu kan ;)


Selamat shopping untuk anak-anak anda yang genius-genius tu :D


Jom klik Baby Geniuses Online Shop ramai-ramai :)

Friday, August 19, 2011

Zahin Berusia 10 Bulan - Part 1

Alhamdulillah 26 Julai yang lalu Zahin dah pun berusia 10 bulan :) Now dah pun 10 bulan 3 minggu.

Updates tentang Zahin 9-10 bulan:

1. Baru je masuk 9 bulan tu tumbuh lagi sebatang gigi untuk menjadikan 8 batang gigi seperti sekarang :D




Tolong abaikan muka kami yang comot sebab masa ni kat kampung Tampin (kampung Mak Encik Gajah), baru lepas jalan-jalan kat halaman rumah pusaka yang luas. Tu yang berlemuih dua-dua :D


2. Berat adalah 9kg.



Hari pertama Zahin berusia 9 bulan :)


3. Masa usia 9 bulan 5 hari, boleh berdiri sendiri tanpa pegang furniture. Paling lama yg dapat rekod ialah 20 saat. Masa ni balik kampung kat Besut. Dia duk ralit tengok Ayah Su Anas dia duk pusing2 bola tu yang dia tak sedar dia berdiri lama. Tapi kena standby jauh skit dari dia, kalau tak, mesti dia mcm nak berpegang gak kat kita. Hehe. Kat seblah Zahin tu ialah adik saya yang no. 2.




4. Masa 9 bulan 2 minggu, tetibe Zahin jalan banyak skit. Mula-mula dia ralit duk tengok bunga. Masa tu dia tengah berdiri. Saya mcm suruh dia pergi kat bunga tu sebab Zahin ni memang suka sangat kat bunga. Skali dia jalan daa! Tak sangka gak la sebab sebelum tu dia jalan setapak dua je. Tetiba haritu banyak langkah pulak sebab excited nak gi kat bunga.

Ni yang saya dapat rekod. Tapi saya umpan dengan purse saya. Zahin memang suka gigit purse ni. Sbb tu saya umpan dengan purse saya ni. Haha. Maybe sebab kaler merah kot. Abaikan muka Ummi Zahin yang terlebih excited tu :P





Dapat 7 langkah je hehe


Okeh Zahin dah bangun tdo. Nanti Nad sambung kat Part 2 pulak hehehe...harap yang tertunggu2 entry Nad berpuas hati dengan update sejengkal ni :P

Sunday, July 24, 2011

Perkembangan Zahin 8 - 9 bulan

Esok Zahin masuk 10 bulan :) Last update ialah masa Zahin berusia 7 bulan 3 minggu. Berat masa 8 bulan ialah 8.5kg.

Perkembangan Lil' Zahin 8-9 Bulan:

1. Tumbuh 5 batang gigi!

Masa 6 bulan tumbuh 2 gigi pertama Zahin kat bawah. Masuk je 8 bulan, dia tambah lagi 4 batang kat atas. Sehari sebelum masuk 9 bulan, tumbuh lagi sebatang kat bawah. So total gigi ialah 7 batang masa tu :D

Zahin gosok gigi lepas makan :D


Sebab tumbuh banyak gigi sekali gus, badan Zahin mcm suam-suam je sepanjang 8 bulan tu. Tak selesa kot tumbuh gigi. Gatal gusi. Menggigit jelah kerjanya.

Masa gigi 3 batang :)



2. Suka berdiri dan cruising

Kesinambungan dari usia 7 bulan yang dia suka berjalan tapi nak kita pegangkan tangan dia tu, masa 8 bulan Zahin suka berdiri dan pegang-pegang furniture untuk jalan (cuising).

Sampai senget walker tu ha hehehe

Berdiri kat bakul :)


3. Dah pandai nak ikut orang gi jalan!

Ni kes dengar Abi start kerete kat luar


4. Dah pandai duduk dan merangkak

Zahin betul-betul merangkak dengan stabil pada usia 8 bulan 3 minggu, Agak lambat la hehe..


5. Suka gigit sudu masa makan


Tapi makin sikit dia makan :( maybe sebab tumbuh gigi banyak2 skali.

6. Tiba-tiba behave dalam car-seat dia!

Ini yang buat Ummi happy ni. Hehe. Alhamdulillah..dah boleh duduk diam-diam dalam car-seat except nak susu kena la bukak ambik jugak dia. Hehe..

Tuesday, July 05, 2011

Tak Dapekkkk

Baru hati berbunga nak update blog skali budak kicik sudah bangun la. Ummi rela tak join Zahin tdo sbb nak update blog skali update tak dapek, tdo kejap pun tak dapek. Camno?

Wednesday, June 15, 2011

Zahin Nak Adik Tak?


Last week asyik rasa nak makan je. Lepastu ada satu hari tu banyak buang angin :P Pastu ada satu hari tu gatal-gatal tapak kaki. Semua tu dialami masa pregnant kan Zahin. Period pulak tak kunjung tiba. Zahin pun ada kelihatan isap ibu jari kaki. Haih. Dah mula redha dah masa tu. Zahin baru 8 bulan. Redha jelah kalau-kalau tetibe Zahin dapat adik tahun depan. Mesti ada hikmah di sebalik yang terjadi. Nama anak dah pikir dah. Fuh memang redha sangat dah tu.

Tapi nasib lah period datang juga akhirnya hihi. Syukur lah jugak. Sebab kalau boleh Ummi nak fokus kat Zahin dulu :)

Saturday, June 04, 2011

Available Soft Books for Babies at Baby Geniuses Online Shop


Circle book


Square book


Triangle book


Zahin tengah main dengan Circle book dia.
Shapes books ni jenama SoftPlay.
Circle book ni bukan je soft book semata-mata, siap ada bunyi loceng lagi kat dalam :)
Shapes lain pulak ada squeaking sound.
Ada 10 mukasurat termasuk cover.
RM15 je satu. Beli banyak, jimat banyak :)


Belajar mengira sambil berseronok :)


Belajar menyanyi sambil tambah vocab dengan rhymes book ni.
Dua-dua yang kat atas ni pun brand SoftPlay mcm shapes book tu.
Ada bunyi crinkle kat buku ni :)
Ada 8 mukasurat termasuk muka depan
Besar jugak buku ni, 21cm x 21 cm.
RM18 je satu. Kalau beli dua RM34 je :)


Zahin tengah 'study' rhymes book dia :P


Jungle activity bumper book.
1 page dia sama besar dengan counting book/rhymes book kat atas ni.
So panjang la buku ni.
Walaupun takde wording tapi ada gambar 3 haiwan yang comel seperti dalam gambar.
Biar baby berkenalan dengan hippo, gajah, dan singa :)
Ada mirror, crinkle sound, dan different textures untuk baby explore.
Boleh letak kat baby cot jugak.
Dan yang paling best, ada chirping sound! :)
RM28 sahaja. Kalau nak murah lagi, boleh beli dengan counting book/rhymes book kat atas ni, so ada 3 buku, harga RM60 sahaja. Jimat kan? Hehe.


3D Campbell Soft books
Tengok pun dah mmg comel kan? Hehe.
Kat dalam lukisan dia sangat comel, Jo Lodge yang lukis.
Yang ni tengah Sale skrg, RM12 je satu. Kalau beli banyak, lagi murah :)


Fuzzy Bee


Trucks


Squishy Turtle


Fluyffy Chick

4 soft books kat atas ni by Priddy Books.
RM8 je satu! Dahla terang warna dia.
Sangatlah sesuai untuk mata baby.
Lukisan pun comel! Mak pulak yang excited. Hehe
Kalau beli 1 set (4 books), RM26 je :)

Klik Baby Geniuses Online Shop bahagian soft books untuk membeli belah untuk baby kesayangan korang :)

Tuesday, May 24, 2011

Zahin Baca (Makan) Buku


Amboi anak teruna sorang ni. Tengah baca buku ke tengah posing ni? Hehe.

Zahin suka baca buku tapi at the same time suka jugak makan buku. Adakah ini normal untuk baby seusia Zahin? Dah baca buku, lepastu geram kat buku. Gigit-gigit buku. Nyam nyam! Sebab tu lah Ummi beli cloth books untuk Zahin. Nak makan? Haa makan laa. Tak kesah punnn :P Tapi make sure lap dulu dengan baby wipes before kasi kat dia kan. Hehe. Kalau tak, jenuh nak menjerit. "Noooo! Nooo!" Adeh. Mesti Zahin dah bosan dengar perkataan tu kan. Huuu T_T


Cloth book for babies by Priddy Books. Dapatkan 1 set (4 books) hari ini. RM26 sahaja untuk semua ni~ Wee~ (Tak termasuk postage). Jemput ke blogshop saya atau facebook page untuk details :)

Tuesday, May 17, 2011

Zahin Berusia 7 Bulan

Assalamualaikum. Ada sesiapa rindu saya tak? Haha :P

Setelah mengalami masalah dengan Streamyx internet connection, akhirnya last week kami pasang new cable dalam rumah sewa kami ni. Download laju giler! Hehe. Puas hati! Bayar RM50 je :)

Okeh berbalik kepada tajuk sebenar. Zahin sekarang sudah 7 bulan 3 minggu dah. Baru nak update haha. Punye lah bizi kan Ummi dia ni :P Konon2 je tu :P

Berat timbang masa 7 bulan ialah 8.3kg. Sedih jugaklah sebab naik 0.3kg je. Tapi logiklah jugak sebab walaupun dia dah start makan tapi dia teramatlah bizi sehingga tidur pun macam pikir banyak kali. Bertambahlah ke-panda-an mata Ummi nya ini. Fuuuu~ @-@


Ini kes takmo tidur lah ni. Ummi letak Zahin dalam bakul sebab geram sangat. Huhu :P


Last 2 weeks dia demam. Siang tu badan panas sikit2 je. Tapi tetibe macam panas sangat tengah malam tu. Cuak jugaklah. Mungkin sebab dia pakai baju tebal masa tu. Terus bukak baju dia, tutup kipas, dan letak kain lembap kat ketiak dan dahi dia. Lap-lap sikit badan dia. Takut dia sejuk pulak sebab masa tu dalam pukul 4 pagi. Kasi makan ubat, tak lama lepas tu dan tak panas sangat dah.

Risau jugak sebab masa demam tu dia taknak makan. Sebab doktor kata dia sakit tekak. Tu yang takde selera nak makan. Kalau kasi makan, dia akan tutup mulut dia kemas2. Takmo bukak. Kalau makanan kita dia nak pulak. Isk3. Alhamdulillah kejap je demam, 3 hari. Tapi seminggu juga taknak makan. Nasib baik dia kuat menyusu. Ummi dia lah yang asyik kelaparan. Takpelah demi anak :)


Muka budak demam. Pakai singlet dan diaper je. Seksi sket hehe


Tapi rupanya ada skill baru yang dia dapat lepas demam tu. Dia dah melangkah keliling rumah sekarang ni. Belum boleh jalan sendiri lagi. Kena pegang dia. Pastu kita ikut dia lah nak pergi jalan-jalan kat mana. Nanti kaki dah ke depan, badan tak sempat kejar. Haha. Lenguh pinggang duk terbongkok pegang dia yang pendek tu :P Tempat yang dia suka pergi ialah dapur. Suka makan ke suka masak agaknya? Hehe.

Sekarang dah pandai sepak bola lepastu ikut bola tu pergi mana pastu sepak lagi. Pastu ikut lagi pastu sepak lagi. Tak perlu lah ulang ayat tu berkali2 kat sini ye. Paham2 jelah kan. Hehe.

Duduk pun dah pandai dah. Cuma merangkak je belum ada tanda-tanda lagi. Haha. Pastu nak berjalan dah yer? Ish3. Hehe.

Mat cermin. Pantang nampak muka dia kat cermin je, terus sengih macam kerang busuk. Haha. Memang lawak tengok dia sengih tu. Beriya benor. Sengih selebar-lebarnya. Nampaklah gigi 2 batang tu kan. Hehe. Even dia tengah menangis or bad mood sekalipun, mesti nak sengih gak kalau depan cermin. Haha. Senang je kan. Asal bad mood je saya bawak dia pergi depan cermin. Hehe.

Pastu yang rasa takjub jugakla bila dia tahu cermin tu sebenarnya ialah reflection. Sebab ada sekali tu saya pergi belakang dia, dia nampak la saya dalam cermin. Lepastu dia pusing kepala tengok saya kat belakang dia. Pastu sengih kat saya pulak. Hehe.

Pastu dah nampak yang dia suka buku. Kalau dia nampak buku, mesti dia nak. Dah baca sikit lepastu nak masuk mulut hehe. Tapi takpelah yang penting dia sukakan buku. Tak sia-sia Ummi dia jadi tokey storybook pillows hehehe :P

Sekarang juga Zahin suka menggigit. Macam nak tumbuh gigi lagi je. Tapi sampai sekarang takde nampak bertambah pun. Duk 2 batang kat situ jugak. Hehe.


11:30 malam tak tidur lagi. Duk menggigit teether


Tak interested pun dengan mainan kat dalam bekas. Bekas tu pulak yang digigitnya


Tu jelah kot yang saya teringat update pasal anak bujang saya tu.


Wajah terbaru Zahin, dah ada rambut. Ummi ngan Abi pun nak enterprem skali :)

Friday, May 06, 2011

Zahin Lelaki Gumbira

Video Zahin gelak2 lagi :)

Wednesday, May 04, 2011

Kenapa oh Kenapa?

Bila nak surfing kat laptop tak boleh, kat PC boleh plak. Isk. Ni kat PC lah ni. Baru lah boleh blogwalking, surfing, dan update blog dengan aman. Kalau tak, ala kadar jelah.

Sebenarnya banyak nak cerita. Tentang Zahin, pasal tiroid, pasal bisnes. Hehe. Tapi takpe kita layan video budak cinonet (panggilan Abi kat Zahin hehe) ni dulu ye :D



Dalam video ni saya mengajuk dia punya bunyi merengek haha. Saya dengar sendiri pun lawak. Suka memalukan diri sendiri kan? -_-" Tapi takpelah suka tgk budak cinonet ni gelak hihi

Wednesday, April 20, 2011

Storybook Pillow - Disney Princess Stories SOLD OUT


10 pcs of storybook pillow arrived yesterday :)


Front page is not in English but stories inside are in English :)


Size comparison with storybook pillow Clifford


Child-safe velcro closings


Page 1
Written by Liza Baker
Illustrated by Robbin Cuddy


Page 2 & 3
Snow White and the Seven Dwarfs - A Friend in Need


Page 4 & 5
The Little Mermaid - A Special Surprise


Page 6 & 7


Page 8 & 9
Cinderella - The Dance Lesson


Page 10


Back


Story time and bedtime become one in this charming, plush, comfy pillow. It's an entire classic storybook tucked into a big, hugable bedside companion for your little ones. Great for learning to read, they'll love curling up with their favorite stories and making reading cozy, while gaining great skills for life.

Descriptions:

- Contains 3 stories (Snow White, The Little Mermaid, and Cinderella)
- 10 full colour pages
- Pillow measures approx. 46cm high by 30cm wide (approx 18" x 12") when closed and 64cm (25") wide when opened. Besar punya! :)
- Child safe velcro closings & soft, thick & easy to care for padded cover and inside pages
- Pillow care instructions: Dry Clean or spot clean only. Machine washing not recommended. Materials 100% Polyester fibre
** Note: Might have dirt at the edge of the pages. This item is not returnable & exchangeable. Buyers who cannot accept this condition pls do not order

Price: RM66/piece + RM6 postage (WM) + RM3 (EM)

Visit http://baby-geniuses.blogspot.com to order :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails