Tuesday, November 30, 2010

Mengenali Kamu Dengan Lebih Dekat

"Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits, or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tagged the person who tagged you. If I tag you, its because i want to know more about you."

Aww..so Nieza nak tahu lebih lagi pasal saya lah kan? Hehe. Actually saya pernah buat tag yang lebih kurang macam ni dulu kat entry 16 Random Things About Me dan 7 Fakta Tentang Saya tapi takpe saya buat fakta lain pulak ek :D

25 Facts About Puan Nadxoxo :) (Nieza sila fokus yer! Haha)

01 Dilahirkan dan dibesarkan di Besut, Terengganu
02 Currently stay kat Kerteh, Terengganu
03 Ketinggian 156 cm :P
04 Berat max 66 kg sebelum lil Zahin lahir
05 Lahir pada Aug 1985
06 Anak pertama dari 6 adik beradik
07 Mula berbasikal pada umur 4 tahun
08 Mula bersekolah juga pada umur 4 tahun di Tabika KEMAS
09 Pada umur 5 dan 6 tahun pula bersekolah di Tadika Yayasan Islam Terengganu
10 Bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja
11 Lower form di MRSM YT Besut
12 Upper form di MRSM Pengkalan Chepa, science stream
13 Masuk UTP pada Jan 2003
14 Ambil kos Information System
15 Habis degree pada early June 2007
16 Start kerja mid June 2007
17 Berenti kerja mid Dec 2009
18 Kenal Encik Gajah kat UTP
19 Bertunang pada Aug 2008
20 Berkahwin pada Oct 2009
21 Zuriat pertama ialah lil Zahin
22 1st experience deliver baby pada Sept 2010
23 Fav colour is white. 2nd fav is black! :D
24 Lagi suka mengadap komputer dari tengok TV
25 Started blogging in Jan 2008 :)

I wanna know more about:
Deena
Ainul
Juelee
Afzan Ranai
Ros
Aniem
Mrs Nageb
Miss N

Monday, November 29, 2010

Zahin & Girlfriend


Zahin: Aww malunyer!
Girlfriend: Ish malu-malu plak..menyampah!


Zahin: Hihi dia pandang sini la~


Zahin: Jom ambil gambar. Senyum~
Girlfriend: Okey :D

Hehe actually girlfriend tu ialah anak jiran belakang rumah. Baby tu namanya Fathiah. Lahir selang sehari je lepas Zahin lahir :D

Ini aksi diorang yang dapat direkodkan. Tapi suara kena mute sebab suara saya kuat sangat. Haha. Kalau perasan lil Zahin ada gelak. Hihi suke sangat lah tu! :P

Sunday, November 28, 2010

Dah Aqiqah Dah

Alhamdulillah, Majlis Aqiqah & Cukur Jambul lil Zahin sudah selamat dilangsungkan pada Jumaat, 19 November 2010 bersamaan 12 Zulhijjah 1431H.

Tapi tak cukur pun, potong sikit-sikit saje :D

Majlis dimulakan dengan tahlil. Lepas tu semua yang hadir berselawat ke atas nabi. Encik Gajah bawak lil Zahin untuk semua orang usap kepala si kecik tu.

Lepas tu lil Zahin diletakkan di atas tilam di tengah majlis, di depan Ustaz Man yang akan 'membelah mulut' lil Zahin. 'Belah mulut' maksudnya kasi baby rasa kurma & air zam-zam yer, bukan memotong mulut hehe :P

Sepanjang majlis, lil Zahin tido jer tapi dah nak dekat habis tu dia terjaga dan merengek sebab sudah lapar mahu susu. Haha.


Semua orang usap kepala Zahin


Zahin: Abi, Zahin malu la ramai2 orang ni
Abi: Rilek la Zahin. Buat-buat cool je


Zahin: Ok ni la pose paling cool Zahin


Zahin: Zzzz...


Ustaz Man: Baiklah, marilah kita mulakan dengan acara 'belah mulut'
Zahin: Zzzz...


Zahin: Oh no! Apesal tetiba Zahin kat atas tilam lak ni? Abi, where are youuuu?


Zahin: Oh tu dia Abi. Abi..help me...


Zahin: Oooohh tidak!


Zahin: Uwaaa!


Abi: Kuci kuci..jangan nanges, anak Abi kan tough
Zahin: Humm humm


Ustaz Man: Ok kasi makan kurma dulu yer
Zahin: >.<
Ustaz Man: Bismillahirrahmanirrahimmmmm
Pakcik kat belakang: Ohmaigod. Jangan terpotong telinga budak tu sudahhh


Abi: Ok dah setel dah
Zahin: Fuh legaaaa


Abi: Mwahhhxxx! Good boy!
Zahin: Psst..Abi, Zahin nak upah susu :D


Zahin: Dah-dah la tu Ummi..Zahin nak upah susu niiiiiii
Ummi: Oklah, ni satu je gambar Ummi harini dengan Zahin tau!

Friday, November 26, 2010

Zahin Berusia 2 Bulan

26 haribulan menjengah lagi, kini Zahin sudah pun berusia 2 bulan. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dikurniakan nikmat ini :)

2 hari lepas pergi klinik kerajaan untuk inject Zahin. Sebelum pergi klinik dah bf dia siap-siap. Tapi dia tak tido pun lepas bf. Perjalanan ke klinik adalah tak sampai 5 minit.


Sebelum ke klinik

Masa dah sampai klinik pun tak tido jugak. Cuak jugak sebab last time masa inject sebulan, dia tido time inject so takdela menyukarkan proses inject kan. Tiba-tiba Zahin nak bf lagi. Tengok macam lambat lagi jer turn jadi pergi bf Zahin dulu.

Dah masuk bilik inject pun dia belum tido lagi tapi masa tu dia dah merengek nak tido. Dodoi-dodoi sikit trus tido and terus nurse inject kat peha. Zahin nanges kejap then sambung tido balik. Hehe. Good boy :)

Nurse kasi ubat demam in case baby demam. Saya kasi Zahin makan ubat tu 1 kali je hari tu untuk tahan sakit pastu takde dah. Cuma saya up kan intake Vitamin C untuk merendahkan peluang Zahin demam.

Berat Zahin sekarang 4.65kg, which is naik 650g in 2 weeks time. Masa 1st month, same amount tapi ambik masa sebulan. Haha. Alhamdulillah. Berat dia pun kalau tengok graf dah above average. Haritu atas sikit je dari minimum normal weight. Mungkin sebab sebelum ni dia jaundice kot. Now jaundice pun dah takde, confirm dengan doktor semalam. Syukur :)

This is my 2-month-old lil Zahin:





Kids & Baby Photo Contest

Telah di tag oleh Puan Deena untuk menyertai contest yang dianjurkan oleh blog ini :)


Banner contest

Hadiah yang ditawarkan ialah white gold earring dari Lazo Diamond :D

Actually dah tahu pasal contest ni before kena tag sebab haritu adikku duk sibuk cari gambar jugak untuk masuk contest ni. Dan dia telah mempertaruhkan gambar kakaknya ini sewaktu zaman muda mudi. Haha.

Ok lah, kini giliran saya pulak mempertaruhkan gambar di bawah:


Gambar ni ialah gambar Zahin di masa hadapan. Eh bukan. Ni gambar saya masa saya berumur setahun kot. Sebenarnya pernah letak gambar ni kat entry ni dulu :D

Ya, saya adalah berjantina perempuan tetapi berlagak lelaki sebab tu lah terjadinya seperti gambar di atas. Saya pun sudah lupa kenapa terjadi sebegitu rupa sebab mana kan pula seseorang ingat kejadian2 yang berlaku kepadanya sewaktu berumur setahun. Ke ada? Hehe.

Sebab syarat penyertaan kena tag 8 orang jadi saya nak tag Amanda Eltiqaz, Wahida Shukeri, Cik Selamah Kundang, Cik Sue, Noli, Rizaros, Fatihah Azmi, dan Miss Izah :D

Tarikh tutup penyertaan ialah 15 Disember 2010. All the best semua :)

Wednesday, November 24, 2010

Cara Zahin Menyambut Aidiladha

Aidiladha tahun ni ialah Aidiladha & hari raya pertama dalam hidup Zahin. Zahin pergi rumah moyang belah Tok Mi & Tok Bah. Dekat je :D

Mari kita lihat bagaimana Zahin meraikannya:


Zahin & Cik Tim dia sebelum pegi jalan-jalan


Kat rumah Nyang belah Tok Mi


Zahin & Ummi kat rumah Nyang belah Tok Bah


Zahin & Abi


Zahin dengan Ummi & Abi

Ya, Zahin meraikan Aidiladha merangkap raya pertama dalam hidupnya dengan tidur. Walaupun sekeliling bising, tiada apa dapat menghalang :)

Saturday, November 13, 2010

Carta Tumbesaran Bayi Lelaki & Perempuan

Risau jugak bila baby orang lain naik banyak berat berbanding Zahin. Zahin naik 1 kg je in 44 days. But when I refer to
Average Weight Gain for Breastfed Babies (Metric), Alhamdulillah normal saja :)

Boleh jugak refer kat chart ni for baby boy:


Yelah, takut jugak kan mana tahu Zahin tak cukup nutrient yang diperlukan kan. Kat bawah ni pulak untuk baby girl:


Kat website tu jugak ada macam-macam info yang sangat berguna especially for new mommies:

Is Baby Getting Enough Milk?

My baby is fussy! Is something wrong?

Growth Spurts

Understanding milk production

Thursday, November 11, 2010

Maxi Dress for Pregnant & Nursing Mommies

You can get them at www.hijabiboutique.net :)

I already bought one for myself last raya.

Maxi Dresses For Pregnant Mommies


RM95


RM95

Click here to view more maternity maxi dress collections.

Maxi Dresses For Nursing Mommies


RM99


RM70


RM70

Click here to view more nursing maxi dress collections.

Happy shopping! :D

Tuesday, November 09, 2010

44 Hari

Semalam hari ke-44 saya berpantang. Hari terakhir :)

Semalam Az Zahin berusia 44 hari, berat sudah 4 kg :)

Semalam 44 hari selepas saya deliver, masih lagi ada 4 kg untuk ke pre-pregnancy weight~ :P


Zahin & Abi pada hari ke-43


Zahin & Ummi pada hari ke-44

Saturday, November 06, 2010

Nursing Wear Pertama Saya

Susah jugak nak cari nursing wear yang berkenan di hati dan murah. Tapi akhirnya jumpa jugak :D Ini 2 nursing wear pertama saya:




Saya beli kat www.littlewhiz.com. Kat situ juga ada nursing bra yang cantik, selesa, dan lebih murah dari online shop yang lain sebab sekarang tengah sale :) Cepat-cepat! Saya pun dah rembat :P

Sekarang tengah menunggu lagi 2 helai nursing wear. Hihi.




Yang ini pulak saya beli dari www.autumnz.com. Kat situ pulak dia kasi free shipping kalau belian above RM50 tapi applicable to Peninsular Malaysia only.

Nampaknya 4 helai nursing wear ni semua jenama Autumnz :P Kalau jumpa yang berkenan kat online shop lain, sure harga +-RM100. Haih. Korang beli nursing wear kat mana ek?

All pics credit to www.autumnz.com.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails