Friday, October 29, 2010

Zahin Berusia Sebulan

Selasa lepas lil Zahin dah berusia sebulan. Berat dah 3.64kg. Alhamdulillah. Sempena sebulan usianya, dia mahu berkata sesuatu..



Hehe..nak susu sebenarnya ;)

Sunday, October 24, 2010

Jaundice & Breastfeeding Battle

Salam. Lama tak update blog. Tak dapat nak spend masa lama-lama online jadi tak dapatlah nak menulis kat sini. Sebab kalau nak update blog tu sure amik masa punya. Update pendek-pendek boleh la macam entry sebelum ni. Tapi kalau nak upload gambar lil Zahin kat facebook sempat la :P Kejap je tu hehe.

Jaundice

Harini usia lil Zahin dah 29 hari, Alhamdulillah. Lil Zahin kena jaundice masa usia dia 3 hari tapi baru sikit, 8.9 je. Tapi hari ke-5 bacaan naik mendadak jadi 15 so terus kena admitted kat KTS 4 hari 3 malam. Sian anak Ummi kena jemur bawah lampu sampai kurang putih :P

Jaundice dia naik turun sampailah hari ke-21, trend dah makin menurun hingga harini. Tapi still tak betul-betul jaundice-free lagi. Kesian lil Zahin dah tak terkira berapa kali kena cucuk kat tumit nak amik darah untuk check jaundice. Tu tak termasuk amik darah kat tangan yang banyak & amik sampel air kencing untuk memastikan kuning dia tak effect hati dan dia punya fungsi tiroid takde masalah. Tapi Alhamdulillah, result menunjukkan semuanya ok :)

Breastfeeding Battle

Masa lil Zahin baru lahir, pihak hospital tak terus kasi kat saya untuk BF. Diorang keep lil Zahin dalam nursery untuk kasi oksigen kat baby. Memang semua baby baru lahir diorang buat macam tu. Dan akan berada kat situ sekurang-kurangnya 24 jam dari waktu baby lahir. Dan diorang feed lil Zahin dengan FM. Pagi esoknya baru lil Zahin dihantar ke bilik saya untuk saya BF.

Rasa kecewa jugaklah sebab first susu yang lil Zahin minum bukanlah susu saya. Tapi saya redha sebab susu pun belum keluar lagi masa tu. Maybe ada hikmahnya. Saya kasi jugak dia hisap untuk stimulate pengeluaran susu. Petang tu dapat balik rumah. Susu masih takde, kasi FM sebab taknak kasi lil Zahin lapar. Saya start amik spirulina untuk banyakkan susu.

Hari ke-3, susu baru ada dan Alhamdulillah tak perlu FM dah. Tapi hari tu lah lil Zahin start jaundice sikit. Hari seterusnya pun dapat fully BF lil Zahin tapi hari ke-5 jaundice dia naik sekali ganda menjadi 15. Terpaksa warded 4 hari 3 malam. Saya mintak bilik kat KTS sebab nak BF lil Zahin, Alhamdulillah ada satu, rezeki kami lah tu.

Tapi untuk maximise waktu lil Zahin di bawah lampu, diorang kasi FM jugak sebab FM buat baby cepat kenyang. Dan kalau dihantar ke bilik saya untuk saya BF, memang akan ambil masa lebih lama. Saya redha. At least lil Zahin merasa juga susu saya. Lepas 4 hari 3 malam, jaundice lil Zahin turun ke 10.1 dan dibenarkan pulang.

Kat rumah, saya sambung BF lil Zahin macam biasa. Jaundice dia naik turun tapi tak melebihi parasa bahaya. Tapi yang saya agak risau ialah bila lil Zahin tak poo poo 10 hari. Memang susu ibu senang dihadam dan normal kalau baby tak poo poo beberapa hari tapi lil Zahin perlu poo poo sebab nak reduce jaundice. Hari last dia poo poo ialah masa keluar hospital dan warna poo poo dia masih gelap. Yang sehat ialah kaler kuning.

Hari ke-18, jaundice masih ada. Doktor suruh saya kasi FM kat lil Zahin for 2 days. Hari first kasi FM, lil Zahin poo poo. Hepinya masa tu tengok dia meneran. Tapi warna gelap jugak. Next day, poo poo lagi dan Alhamdulillah poo poo warna gelap + kuning. Sekali poo poo tu macam 2 kali punya. Haha. Syukur dan hepi sangat masa tu. Next day dah boleh nampak kat mata putih dia tu dah kurang kuningnya. Bila next check jaundice, memang dah menurun sampai lah sekarang, syukur :)

Masa saya stop BF for 2 days tu, saya pam susu saya dan simpan. Mana lah tahu nanti ada emergency terpaksa tinggal lil Zahin jap, leh la pakai. Tapi saya tak konsisten sangat pump macam lil Zahin punya demand nak susu. Hasilnya lepas tu penghasilan susu saya merudum. Saya rasa demand lil Zahin pun makin tinggi sebab dia makin besar jadi lagilah rasa makin tak cukup susu badan. Dan satu lagi saya ada berenti amik spirulina masa jaundice lil Zahin tinggi sebab nak tengok ada kesan ke atas jaundice dia tak. Memang takde kena mengena dengan jaundice pun.

First day susu saya kurang tu, saya pakai susu yang di pump tu. Sampai habis. Isk isk. Hari seterusnya, terpaksa campur BF n FM until today. Sedih sebenarnya. Tapi saya masih berusaha untuk membanyakkan susu balik sampai saya fully BF lil Zahin balik.

Selain minum banyak air (3 liter sehari), saya pastikan saya banyak minum susu dan cukup makan selain tak stress. Dah sambung balik makan spirulina. Harini hari ke-4 saya try produk Shaklee untuk boost milk supply. Setakat ni milk supply dah bertambah baik but still tak boleh nak fully BF. Masih campur lagi.

Tak sangka besar jugak dugaan nak BF ni. Memang tabik spring kat ibu-ibu yang berjaya BF anak sampai umur 2 tahun. Saya bercita-cita mahu mencontohi mereka walaupun ada campur FM sekarang.


Doa saya agar susu saya bertambah banyak dan cukup untuk si kecik ni. Amin

Saturday, October 09, 2010

Ucapan Dari Lil Zahin

Happy 1st Anniversary, Ummi & Abi!

Semoga bahagia dengan kehadiran saya :D



Love,
Lil Zahin

Saturday, October 02, 2010

Drama di Hari Kelahiran Lil Zahin by Encik Gajah

Jika sebelum ni saya ceritakan pengalaman saya bersalin, kali ni Encik Gajah pulak nak ceritakan pengalaman dia pulak ;)


Sabtu, 25 September 2010

2000: Bertolak dari Besut ke Kerteh. Hari Ahad dah nak kerja dah.
2320: Sampai di rumah Kerteh. Baru perasan kunci rumah tertinggal di Besut :(
2330: Terpaksa bertolak ke Kuala Terengganu untuk jumpa Abah supaya boleh ambil kunci rumah dari Abah.

Ahad, 26 September 2010

0100: Sampai di Kuala Terengganu. Ambil kunci rumah dari Abah. Check in hotel sebab dah tak larat sangat. Kena tidur dulu.
0640: Bertolak dari Kuala Terengganu ke Kerteh sebab kena masuk kerja.
0830: Sampai di rumah Kerteh untuk bersiap pergi kerja. Pada masa yang sama dapat call dari wife, nak pergi ke Klinik Kerajaan sebab dah ada tanda-tanda bersalin. Wife suruh tidur dulu untuk rehatkan badan.
1120: Bertolak dari Kerteh ke Kuala Terengganu Specialist (KTS).
1245: Sampai di KTS.
1329: Our baby boy lahir :)

Total perjalanan hampir 670 KM dalam masa 14 jam. Inilah dugaan yg terpaksa di tempuhi oleh Abi budak kat bawah ni:


Ummi and Abi love you, Muhammad Az-Zahin!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails