Wednesday, September 29, 2010

Pengalaman Bersalin Anak Pertamaku Muhammad Az Zahin

Ahad, 26 September 2010

0645: Cramp kat ari-ari macam period pain.
0745: Mula rasa contraction sikit-sikit yang berselang 10 minit.
0815: Baru perasan ada darah di panties. Mandi, bersiap, dan breakfast. Contraction every 5 minutes.
0900: Ke Klinik Kerajaan Kampung Raja. Bukaan 1-2 cm.
0930: Bertolak ke Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS) dengan parents dan Nenek dari Besut.
1100: Sampai di KTS. Bukaan 3-4 cm.
1130: Dimasukkan ke labour room.
1155: Bukaan 8 cm. Air ketuban keluar membuak-buak. Mula rasa contraction yang tak terkata sakitnya every 3 minutes.
1245: Encik Gajah sampai di labour room dari Kerteh. Start push.
1329: Our baby boy lahir seberat 3 kg through normal delivery. Alhamdulillah :)

Monday, September 27, 2010

Dream Comes True

Alhamdulillah.

Dah lama mengidam nak jadi seorang ibu. Akhirnya tercapai jugak semalam :)



Bayi Lelaki
Lahir pada 26 September 2010 / 17 Syawal 1431H
Jam 1:29 PM
di Kuala Terengganu Specialist
Berat 3 KG
Panjang 50 cm
Ukur lilit kepala 33 cm
Normal delivery

Nama akan diberitahu kemudian bila dah register :)

Kat hospital lagi ni. Petang sikit dah leh balik hehe.

Saturday, September 25, 2010

Kaki Nak Pecah

Kaki Bengkak Tak Surut

Start balik kampung raya haritu, kaki dah bengkak yang jenis tak surut-surut even saya baring dan tinggikan kaki selama semalaman. Kalau surut pun sikit sangat. Sampai sekarang ni pun still sama lagi.

Jadi waktu beraya topik kaki bengkak saya ni adalah antara topik hangat. Hehe. Mesti orang tegur punya bila tengok kaki saya yang bengkak ni selain dari perut yang sangatlah 'bengkak' juga :P


Bukan kaki saya. Tapi lebih kurang la kebengkakannya. Cuma jari-jari kaki semua jadi rapat hoho. Credits

Sandal/selipar mestilah dah tak muat. Tapi terpaksa pakai la jugak sebab takkan nak beli selipar baru kot, lagi bape minggu je saya akan berkaki gemuk sebegini :P So sabar jelah~ Oh tapi bila saya pakai selipar Abah yang bersaiz 11 tu memang sangat selesa la walaupun terlebih panjang :P

Sekarang saya sudah redha dengan keadaan kaki yang sangatlah gemuk ini. Nak buat macam mana kan, dah di hujung pregnancy macam ni lah rupenye kaki ibu-ibu mengandung. Tunggu baby keluar surut lah dia :)

Kaki Macam Nak Pecah

Beberapa hari lepas, dengan kaki yang tersedia bengkak macam ni, saya termengadap komputer lama sikit. Lepastu bila jalan je, kaki rasa macam nak pecah! Serius! Masa tu cuak jugak lah. Terus bagitahu Ummi saya. Ummi suruh saya pergi tinggikan kaki je in which saya terus buat sebab cuak sangat hehe.

Tapi sempat lagi Ummi saya tu cakap yang kaki saya macam kaki kura-kura! Haha.

Kaki macam kaki Encik Kura-Kura! Credits

Friday, September 24, 2010

Si Kecil Sudah Berat

Harini kandungan saya sudah mencecah 37 minggu 4 hari. Tadi pergi checkup kat KTS buat kali ketiga. Heret sekali Ummi saya, Abah, dan 2 adik-adik ke KT hehe. Tapi diorang tak teman la saya pergi checkup kan. Diorang drop je saya dan Encik Gajah kat KTS lepas tu pegi shopping :P

Berat Ummi & Baby

Berat sekarang sudah 66 kg; total weight gain ialah 16 kg hoho. Selamat Hari Raya :P

Berat baby pun naik banyak jugak la since last checkup 2 weeks back. Naik 0.5kg menjadikan berat baby 3 kg sekarang. Baby pun raya sama ngan Ummi :D

Lepastu kena nasihat dengan doktor suruh jaga makan sebab baby senang naik berat dia especially di akhir-akhir pregnancy macam sekarang. Dia pesan kena kurangkan pengambilan gula, contohnya nasi etc. Memang sejak balik kampung ni apa yang dihidangkan itu la yang saya makan. Tak limit dah macam kat Kerteh sebelum ni :P

Dia risau baby besar sebab saya ada lagi 3 minggu until due date. Dahlah saya ni tinggi pun sedang-sedang aje katanya, jadi baby pun berat kena lah sedang-sedang aje hehe. Kalau tak jaga makan, baby boleh naik up to 0.5 kg per week!


Risaunya saya, cepatlah baby keluar! Susah jugak nak control makan kot :P

Makin Aktif

Haish, tapi dari pembacaan saya kalau baby kurang bergerak tu salah satu tanda-tanda dia nak keluar dah. Tapi si kecil dalam perut ni macam makin aktif nampaknya sejak akhir-akhir ni. Ish3, susah la Ummi kalau macam ni :P

Tapi masa saya lahir dulu berat saya 3.4 kg! Ummi saya dahlah lagi rendah dah kurus dari saya. Hehe.

17 days to go. Semoga saya berjaya meng-control makan :P

Thursday, September 23, 2010

Kawan Sejak Tadika

8 Syawal haritu, kawan lama saya, Kay datang beraya kat rumah. Saya dan Kay berkawan sejak sekolah tadika lagi. Sekarang Kay dah ada sorang anak bernama Fareen, berumur setahun setengah dan saya pulak menunggu masa nak melahirkan ;)


Kay & saya sewaktu lawatan ke Planetarium Terengganu lepas peperiksaan UPSR 1997


Saya, Kay, dan Fareen Raya 2010


Aksi-aksi Fareen ;)

Bukan saya dan Kay je yang seronok. Fareen pun seronok jugak beraya. Siap main masak-masak lagi hehe. Kalau anak Aunty pun perempuan jugak macam Fareen, boleh la join Fareen main masak-masak. Kalau boy, kene ajak main bola lah ek, Fareen ye! :P

Tuesday, September 21, 2010

UPSR Harini

Harini, esok, dan lusa adik saya, Zarin Zulaikha menduduki peperiksaan UPSR.


Harini (Selasa) ada paper BM Kefahaman, BM Penulisan, dan Matematik Kertas 2. Esok (Rabu) pulak paper Matematik Kertas 1. Dan hari terakhir, lusa (Khamis), ada paper Sains dan English. Lepas tu ada Ujian Aptitud pulak.

Semoga berjaya! Jangan jawab mengarut macam ni yer!


-_-" Credits

Monday, September 20, 2010

Our Unborn Baby's Hiccup Video

Akhirnya dapat gak merakamkan baby dalam perut ni tersedu semalam setelah sekian lama mencuba. Sebelum ni kalau rakam pun, tak nampak sangat sebab rakam dengan henfon je. Kali ni nampak lebih obvious dari biasa. Yeay!


Sebenarnya dah lama rasa baby hiccup dalam perut. Tapi tak ingat sejak bila. Tapi hari-hari boleh rasa la sejak dia mula-mula hiccup. Rasa tu tak sama macam dia kick or punch, sebab ianya rhythmic. Maksudnya dia ada selang yang tetap antara hiccups lebih kurang 2-3 seconds.

Masa mula-mula tu, tak tahu ianya ialah hiccup. Tapi lepas banyak membaca, baru lah tahu. Pelik jugak kalau baby pandai kick or punch ikut timing kan. Haha.

Tapi everytime si kecil dalam perut ni hiccup, memang seronok! Rasa terhibur. Sebab rasa comel je bila bayangkan dia hiccup :D

Tapi biasanya kalau baby tak berapa aktif, maybe waktu dia tidur ke, tapi lepas tu tiba-tiba dia start hiccup, lepas tu mesti dia akan gerak-gerak skit. Agaknya tak berapa selesa kot hiccup banyak-banyak. Hehe. Kalau perasan, dalam video kat atas ni pun macam tu.

Baby's hiccup in womb is totally normal. I've read somewhere yang ianya utk menguatkan lungs baby. Dan sebenarnya ialah persediaan untuk hidup di luar perut ibunya juga nanti :)

Sunday, September 19, 2010

Berpisah Sementara & Bilik Baby

Raya ke-4, malam tu Encik Gajah dah bertolak ke Kerteh sebab hari Selasa & Rabu dia kena kerja dah. Hari Khamis cuti 1 Malaysia, dia balik Bangi sebab hari Sabtu tu sebab mentua saya buat open house. Takpe, kasi can suami beraya dengan parents dia pulak kan :)

Dah lama tak tidur sorang. Terpaksa lah membiasakan diri. Susah jugak, tidur pun bukak lampu. Sebab saya penakut haha.

Lepas tu takde orang nak urut saya sebelum tidur. Terpaksa mintak khidmat adik-adik. Tapi semalam semua adik-adik dah balik hostel. Yang tinggal yang kecik-kecik je, sorang nak UPSR, sorang lagi baru darjah 4. Takde tukang urut persendirian dah.

Bilik Baby

Esoknya saya kemas-kemas bilik. Masukkan baju-baju saya dalam almari. Lepas tu rearrange sikit susunan perabot dalam bilik kasi luas sebab barang baby makan space bilik tu. Katil dah rapatkan ke dinding sebab lebih mesra baby :D




Sebenarnya bukanlah bilik baby sepenuhnya. Ianya ialah bilik baby dan Ummi & Abi baby! Hehe.

Sekarang dah lega. Dah boleh beranak. Hehe.

Friday, September 17, 2010

Berjumpa Wan Hanafi Su

Pada malam 4 Syawal, saya, Abah, Encik Gajah, dan 2 adik saya yang paling kecil pergi ke Majlis Hari Raya APPKR (Angkatan Pemuda Pemudi Kampung Raja) di Bangunan APPKR tak jauh dari rumah.


Anas & Encik Gajah; jejaka-jejaka kesayangan


2 adik paling kecil, Zarin & Anas

Zarin masuk pertandingan pakaian beragam untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Hehe.


Kanak-kanak yang menyertai pertandingan~


Dan Zarin menang tempat kedua! Haha.

Wan Hanafi Su juga memeriahkan majlis dengan bermain alat muziknya. Tak sure apa. Seruling kot? Macam besar je hehe.

Beliau merupakan antara orang terawal yang menyertai team drama & muzik APPKR sebab dia berasal dari Besut.


Wan Hanafi Su


Kami bergambar dengan Wan Hanafi Su sebelum pulang~

Thursday, September 16, 2010

Jalan-jalan Pada 3 Syawal

Hari Raya ke-3 saya berjalan dari tengahari sampai malam. Hehe.


Mula-mula pergi rumah Gee kat Kampung Tok Saboh


Dapat makan Buah Rambai kat rumah Gee :) Credits


Lepas tu angkut Gee sekali pergi rumah Aida pulak tak jauh dari rumah Gee :D Aida ialah kawan kami kat MRSMPC~


Ada Puding Kastad kat rumah Aida hehe. Credits


Angkut lagi Gee pergi rumah kawan sekolah rendah kami, Akhmal. Yang ni kat Kampung Raja pulak~

Gee dah tak jumpa Akhmal selama 13 tahun! Waa~~ Last time saya jumpa Akhmal pulak 1-2 tahun lepas.


Hehe seronok :)

Malam punya jalan-jalan ada kat next entry pulak yer hehe :D

Oh lupe nak bagitau kat rumah ada Roti Jala pada hari raya ketiga. Nyum2 :D


Roti Jala bersama Kari Ayam :) Credits

Wednesday, September 15, 2010

Lontong & Mi Kari

Untuk raya kedua, pagi-pagi dapat makan Lontong di rumah nenek :) First time makan lontong! Haha.


Kuah Lontong bersama Nasi Himpit~ Credits

Lepastu tengahari makan Mi Kari masakan Ummi di rumah sendiri :)


Mi Kari. Credits

Ada tetamu datang:


Pok Mat, Gee, dan adik Gee, Ruslina

Pok Mat ialah kawan masa kat MRSM-YT Besut, tak jumpa sejak Form 3. Manakala Gee pulak kawan sejak sekolah rendah tapi rapat masa kat MRSM-YT Besut & MRSMPC. Setahun tak jumpa hehe. Thanks korang sebab datang :)


Bergambar dengan tuan rumah sebelum pulang

Maaflah muka tuan rumah tak secantik orang datang beraya. Tak sempat nak tempek apa-apa langsung. Hehe. Jumpa lagi yer! Nanti datang tengok baby pulak :D

Tuesday, September 14, 2010

Orang Buncet Pun Nak Beraya Juga


Perut saya yang bulat!


Pertama kali beraya Aidilfitri bersama Encik Gajah kesayangan :)


Ummi & Abah saya yang sedondon :D


Satu-satunya adik lelaki, Si Lengchai Telinga Chapang


Family photo yang senget skit :P
Maaf baju raya lari tema hehe

Tahun ni, pada raya pertama family saya hidang Nasi Dagang untuk tetamu yang datang. Memang tiap-tiap tahun macam tu :)


Nasi Dagang bersama lauk Ikan Aya & Acar :) Credits

Sunday, September 12, 2010

Barang Terakhir Baby & Finalized Baby Checklist

Barang baby terakhir yang saya beli sebelum Si Kecil dalam perut ni keluar ialah botol susu ni:


Tommee Tippee: Closer to Nature PP Bottle 5oz - BPA FREE (Twin Pack). Credits

Saya beli online kat sini dengan harga RM 39.12 excluding postage.

Sebelum ni saya dah pernah beli 1 set of 3 bottles for RM10 masa first time shopping untuk baby tapi masa tu tak tahu pun pasal BPA-Free & Anti-Colic bottles. Now dah tahu kena lah beli yang elok untuk Si Kecil kan :)


Finalized Baby Checklist

Ini ialah checklist sebenar iaitu yang benar-benar diperlukan hehe. Ada certain baby items yang saya pernah tulis dalam entri-entri sebelum ni. Contohnya di mana nak beli dan review tentang barang tersebut. Sila klik untuk melihatnya:

Clothes
* Long sleeve/short sleeve/sleeveless rompers
* Leg/hand warmers
* Baju tidur
* Baju lubang-lubang
* Mittens + booties
* Hats
* Barut
* Bedung
* Tempat jemur baju baby
* Bakul baby
* Baby laundry detergent

Feeding
* Breast pump & storage bottles
* Feeding bottles + teats
* Bottle & teat brush
* Bib
* Burp cloths
* Pacifier
* Nursing pillow

Bathing/Baby Care
* Bath tub/basin
* Safety bath mat
* Baby shampoo/bath/lotion/talcum/baby oil
* Diaper rash cream
* Cotton buds
* Cotton balls
* Towels
* Changing mat
* Baby wipes
* Brush & comb
* Nasal aspirator
* Baby nail clipper
* Thermometer
* Disposable diapers
* Traditional cloth diaper
* Minyak telon/Yuyi

Beddings
* Set tilam kekabu baby
* Blanket
* Mosquito net
* Baby bouncer

Travel
* Stroller + car seat
* Baby-on-board sticker
* Baby sling
* Diaper bag with changing pad

For Me
* Disposable & washable nursing pads
* Nursing bras
* Nipple cream
* Maternity pads
* Nipple shields
* Massage oil
* Warm socks
* Nursing tops
* Disposable briefs
* Set bersalin & bengkung


So kepada Si Kecil dalam perut, bila dah sampai masa sila keluar cepat-cepat k! Semua barang dah sedia, insyaAllah :) Jangan buat Ummi & Abi tunggu lama-lama tau! :*

Saturday, September 11, 2010

Gambar Scan Baby: 35 Minggu 3 Hari

Salam 2 Syawal kawan-kawan :)

Masa on the way balik kampung hari Khamis lepas, saya singgah di KTS untuk checkup. Berat saya turun balik 1 kg kepada 64 kg. Tapi Alhamdulillah baby dah seberat 2.5 kg dan kepala baby dah engage (head has dropped below the pelvic bone). Hehe.


Si kecil at 35 weeks 3 days

Nampak tak muka baby tu? Hehe. Kalau tak nampak mari kita close up.


Macam muka sapa ni? :D

Bila doktor kata baby dah engage tu, rasa sungguh excited! Hihi. Doktor pun kata, kalau deliver masa raya pun takde masalah. Tapi nak la beraya dulu. Next week or next 2 weeks baby keluar lah yer! Wah ada hati nak beranak awal hehe.


Baby says Selamat Hari Raya aunties & uncles!

Thursday, September 09, 2010

Bersyukur Dengan Nikmat-Nya

Selamat Menyambut Aidilfitri 1431 H kepada semua pembaca blog ini. Yang selalu komen mahupun silent reader.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa kegembiraan kepada semua. Namun dalam pada itu, jangan lupa pada yang kurang bernasib baik.

Jangan lupa untuk mensyukuri nikmatnya yang melimpah ruah terhadap kita.


“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”
Surah Ibrahim: 7

Semoga Allah menerima ibadah kita di bulan Ramadhan yang lalu, amin.


P/S: Entri ni auto publish, sebab sekarang saya on the way balik ke Besut. Sebelum tu singgah di KT untuk checkup di KTS. Doakan perjalanan kami selamat. Terima kasih.

Wednesday, September 08, 2010

Pergi Dengan Senyuman

Rentetan dari entri semalam. Jam 2:46 petang semalam saya menerima SMS dari Ina:

"Thanks Nadiah dan semua kawan-kawan lain. Harap-harap saya tabah. Arwah dah selamat kebumi jam 12 td..dia pergi dengan senyum. Doakan dia agar ditempatkan di kalangan orang beriman. Maafkan dia andai ada salah silap"

Alhamdulillah. Hati saya sedikit lega dengan SMS tersebut, knowing that she's feeling better now walaupun mungkin masih dalam keadaan trauma.


Pergi Dengan Senyuman

Salah seorang rakan sekolah kami yang bertugas di hospital di mana arwah diuruskan menyampaikan berita ini di facebook:


Arwah pergi dengan senyuman

Subhanallah. Sememangnya sewaktu hidupnya, arwah merupakan seorang yang alim di kalangan rakan-rakan dan disenangi ramai. Pemergian arwah pun di dalam bulan Ramadhan yang mulia.

Bagaimanalah agaknya nasib kita pula nanti.

Tuesday, September 07, 2010

Besarnya Dugaanmu, Ya Allah

Dalam kegembiraan nak menyambut hari raya beberapa hari saja lagi, saya dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan.

Suami kawan baik saya Ina, Al-Hafiz bin Morsalin telah kembali ke rahmatullah dalam kemalangan jalan raya di Setiu semalam (27 Ramadhan 1431 H).

Ina turut terlibat di dalam kemalangan tersebut, tetapi hanya cedera ringan. Glad to know that she's fine physically walaupun pada awalnya saya ada mendengar khabar angin yang Ina dimasukkan ke ICU. Baby mereka, Arshad ada di rumah mentua Ina ketika kemalangan berlaku.

Ya Allah sungguh besar ujianMu kali ini. Dalam keadaanku yang emosi tidak menentu ini, datang pula berita sebegini. Walaupun bukan pada diriku, tapi kepada orang yang sangat dekat di hatiku. Kau tabahkanlah hati Ina, Ya Allah..

Ina & Al-Hafiz merupakan kawan saya sejak dari sekolah menengah. Setelah mula berkawan dengan Ina, baru saya found out yang kami sebenarnya 3 pupu.

Last time saya jumpa Ina, Al-Hafiz, dan baby mereka ialah pada Jun yang lepas ketika mereka singgah di rumah saya sewaktu on the way ke Putrajaya.

Masih ingat lagi ketika arwah jatuh cinta kat Ina, ketika mereka bertunang, berkahwin, dan akhirnya melahirkan cahaya mata pertama, semuanya saya rakamkan di dalam blog ini.

Doa saya tak putus untuk Ina, semoga dia tabah menghadapi ujian Allah ini. Harapan saya, agar ujian ini membuat Ina menjadi a stronger person. Semoga Ina redha dengan qada' dan qadar-Nya.

Semoga roh arwah tenang di sana, dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang bertaqwa. Ameen.

Al-fatihah untuk Al-Hafiz bin Morsalin (1985-2010).

Monday, September 06, 2010

Bapa Yang Excited & Belly at 35 Weeks

Harini kandungan saya dah berusia 35 minggu. Alhamdulillah :)

Pagi tadi saya bagitahu Encik Gajah, "Abang, harini dah 35 weeks!"

"Baby dah beshar!!" katanya excited sambil pegang dan kiss kiss perut saya.

Saya senyum je, tapi dalam hati saya, "Ummi nya pun besar jugak.." Haha.

Minggu-minggu sebelum ni pun macam tu lah, tiap kali menginjak week baru mesti pakai ayat 'baby dah besar' tuh. Haha.


Semuanya Tentang Baby

Kalau saya baru sudah mandi, mesti Encik Gajah pegang perut saya dan cakap kat baby, "Baby dah wangi yer?" Padahal saya yang wangi.

Kalau dia baru balik dari kerja pulak, "Baby apa khabar harini? Sehat tak? Ooo penat yer buat kerja rumah.." Padahal saya yang penat buat kerja rumah.

Dan lebih kurang macam tu lah jugak di situasi lain-lain. Saya yang buat sesuatu tapi baby jugak yang ditegurnya. Hehe. Tapi tak kisah lah. Saya pun hepi je tengok :D


35 Weeks Belly

Ini gambar saya baru balik checkup tengahari ni :)


35 weeks belly. Masih boleh pakai dress orang kurus :P
Oh this week bertambah 1 kg :)


Kepala lebih besar dari perut :P

Sunday, September 05, 2010

Nyamuk Sayang Saya

Nyamuk sayang saya sebab nyamuk tak gigit saya pun sejak saya pregnant. Ke sejak saya pindah duduk dengan Encik Gajah ek? Saya tak ingat la.

Yang pasti, masa Encik Gajah sibuk kene gigit dengan nyamuk, saya macam pelik tengok dia sebab saya langsung tak kena gigit! Hehe.

Ke sebab darah saya tak semanis Encik Gajah ek? Haha.

Tapi bila pagi tadi masa sahur Encik Gajah tanya saya pasal Vicks, sebab dia nak sapu kat tempat kena gigit nyamuk tu, saya teringat kat satu benda ni:


Zam-Buk. Credits

Dulu masa kecik-kecik kalau kena gigit nyamuk, mesti Ummi saya sapu Zam-Buk ni. Sikit-sikit Zam-Buk. Sikit-sikit Zam-Buk. Eh bunyi macam jeles lah pulak. Haha. Takdelah, nak bagitahu betapa pentingnya Zam-Buk dalam hidup kami sekeluarga dulu. Hehe.

Tapi dah lama sangat dah tak pakai. Kat rumah parents saya sekarang pun dah takde dah.

Saya pun tak pasti ianya masih dijual ke tak sekarang ni kat Malaysia. Tapi bila saya Google pasal Zam-Buk ni, kat luar negara ada je jual. Boleh beli online lagi.

Hurm. Nostalgia sungguh! :D

Saturday, September 04, 2010

Potong Kuku Pun Ada Tertib

Sejak pregnant ni, memang cepat sungguh kuku panjang. Harini potong, lusa tengok dah panjang dah. Especially kuku tangan. Nasib baik lah kuku kaki masih bertumbuh dengan kadar normal. Kalau tak, jenuh gak nak potong selang sehari. Dahlah perut buncet. Hehe.

Bercakap tentang potong kuku ni, sebenarnya potong kuku pun ada tertib jugak dalam Islam. Kalau yang dah tahu tu, baguslah. Kalau tak tahu, sila tengok gambar kat bawah ni:


Saya pun baru tahu pasal ni bila tengok kat facebook semalam. Hehe. Takpe, kalau tak tahu, belajar. Lepas tu amalkan. Baru dapat pahala bila ikut sunnah Nabi ni, kan? :)

Kalau susah nak ingat, sebelum potong kuku tu tengok balik gambar ni. Lama-lama sure ingat punya. Hehe :D Selamat beribadat~

Friday, September 03, 2010

Menangis Seharian

Saya dah mula mengalami mood swing kembali.

Kali terakhir yang saya ingat saya menangis over benda yang sangat kecil ialah pada 1st trimester. Tak payah la nak cerita pasal apa kan. Buat malu jer nanti.

Dan semalam, kesensitifan itu dah kembali. Sensitif pada bende yang tak patut sensitif dah satu hal. Sensitif pada bende yang sememangnya menyedihkan pun satu hal.

Ada 2 benda yang membuatkan saya menangis semalam. Tengahari dah menangis-nangis. Dah lah lama saya menangis. Malam pas berbuka pun menangis-nangis lagi sebab benda lain pulak :( Oleh sebab saya jenis menangis lama, saya terasa macam the whole saya mengalirkan air mata. Mata lebam, bengkak dan kepala pun sakit.


Dalam hati, saya sendiri pun rasa pelik. Kenapa saya senang sangat menangis ni? Tapi apa yang saya tahu, saya mahu menangis. Tak boleh tahan. Dan saya biarkan saja air mata saya mengalir.

Lepas dah menangis baru teringat, saya ada terbaca tentang 3rd trimester mood swing tapi saya tak ingat kat mana.

Now bila saya google balik, memang betul ada. Rupanya saya terbaca kat sini. Boleh jugak baca kat sini.

Sebab apa boleh jadi macam ni? Encik Hormon yang bersalah! Tapi semuanya untuk kebaikan ibu mengandung dan si kecil di dalam perut ni.

Tapi apa-apa pun, yang penting ialah suami/family/kawan-kawan around kena faham and be supportive. Itu sahaja yang diperlukan oleh ibu-ibu mengandung di saat ini.

"Ideas for Dad:
Mom is feeling huge and clumsy now. She may be weepy and vulnerable or extremely moody. Tell her how beautiful she is and what a wonderful mom she'll be. Serve her breakfast in bed and help her feel like the special woman she is"


-Copied from here.

Thursday, September 02, 2010

Pusat Terkeluar

Entri kali ini berkisar tentang pusat. Ya, pusat yang kat tengah perut saya dan kamu tu. Hehe.

Kebanyakan kita mempunyai pusat yang terkedalam atau "innie" navel. Cuba check pusat anda sekarang. Hehe.


Check pusat~ Credits

Ok, kalau dah check, bagus. Semua ada pusat yer? Kalau takde pusat maksudnya kamu geng Kyle XY :P

Pada yang tak tahu, pregnancy boleh menyebabkan pusat anda itu terkeluar (stick out) atau "outie" navel macam ini:


Credits

atau yang lebih extreme, macam ini


Credits

Berdasarkan pembacaan saya, biasanya ketika 5 months pregnant dah boleh jadi pusat macam ni. Anda fikir ianya nampak buruk? Cuba fikir positif. Bila ianya terkeluar, bolehlah kita bersihkan kekotoran kat pusat tu kan? Hehe.

Tapi jangan risau, lepas deliver nanti ianya akan kembali ke asal. Sementara tu, sila 'memakainya' dengan bangga sebagai salah satu 'badge of honor' :)

Tak semua orang dapat "outie" navel ni ketika pregnant. Kalau yang tak jadi macam ni lagi, jangan risau! Sebab saya punya pun sampai sekarang, 8.5 months pregnant pun pusat masih flat lagi :P


Pusat saya masih flat lagi pada minggu ke-34 kandungan :)

"Innie"
ke "outie" ke, just enjoy your pregnancy! :)

Sekian~

Wednesday, September 01, 2010

Kawan Lama & Baby Bump at 34 Weeks

Alhamdulillah, semalam jam 3 petang saya dan Encik Gajah selamat sampai ke Kerteh semula setelah 5 hari kat Bangi. Sempat lah makan masakan mentua selama 4 kali berbuka dan sahur hihi.

Oh tapi bila dah sampai Kerteh ni, hidup saya dah tak aman lagi. Sebab bunyi mercun kembali menggegarkan jantung saya bermula lepas Asar sampailah lepas Isyak seperti yang saya cerita kat entri ni. Waktu sekolah, waktu berbuka, dan waktu tidur je aman jap. Kat Bangi takde pun meletup-meletup ni.

Kawan Lama

Malam sebelum bertolak balik Kerteh, saya sempat jumpa kawan lama saya iaitu Cik Jie. Dia schoolmate saya masa lower form kat MRSMYT Besut. Kami dating kat kedai mamak kat area Bangi jugak since dia pun menyewa dekat-dekat situ jugak. Saya teringin nak makan roti canai dan teh tarik :P


Roti canai dan teh tarik ;) Credits

Cik Jie pulak teringin nak tengok dan pegang perut saya yang bulat nih. Haha. Memang first thing yang dia buat lepas jumpa saya dan salam-salam dengan saya ialah pegang perut saya. Saya harap Cik Jie sudah hepi sekarang :D


Cik Jie dan saya setelah kekenyangan~

Thanks Cik Jie membelanja saya dan Encik Gajah makan dan spent time with us. Lepasni jumpa lagi harap-harap saya sudah selim dan cun macam Cik Jie. Hehe. And all the best with your new job! :)

Baby Bump at 34 Weeks


My 34 weeks pregnancy belly :)

My latest weight masa checkup was 64kg, as of last week. Turun sekilo dari 2 minggu sebelumnya :P Mungkin sebab puasa kot. Jumaat ni insyaAllah checkup kat KTS sekali lagi.

Berapa agaknya berat baby sekarang yer? Kalau tengok ticker kat atas ni, should be around 2.6 kg. Mana tak sakit pinggang, susah nak tidur, sesak nafas, dan sakit kaki kan kalau duk bawak si kecik ni seberat tu? Hehe. Tapi excited nak jumpa baby Jumaat nih! Mesti dah makin tembam :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails