Monday, August 30, 2010

Baju Raya Lari Tema

Salam. Dah hari ke-20 dah kita berpuasa. Rasa sekejap je Ramadhan tahun ni berlalu walaupun saya berpuasa dalam keadaan mengandung. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Rasanya Ramadhan kali ni la yang paling cepat berlalu.

So tidaklah terlalu awal untuk saya bertanya apakah warna tema raya korang tahun ni? Hehe.

Lepas bertanya Ummi saya, rupa-rupanya warna tema family kami tahun ni ialah putih-biru. Hoho. Saya lambat tanya. Masa tu saya dah siap-siap dah beli dress ni online:


Baju raya saya yang bukan berwarna putih mahupun biru. Credits

Psst..Kalau korang selalu window shopping online mesti selalu terjumpa baju ni kan? Haha. Takpelah, saya redha kalau ada yang tersama baju nanti. Asalkan muat perutku yang buncet ini :D

Memang kontra sungguh warna baju ni dengan warna putih. Of course saya taknak pakai baju raya warna putih untuk raya tahun ni sebab saya kan buncet dan tembam. Kalau pakai putih, lagi lah menyerlahkan ciri-ciri tersebut. Walaupun warna putih ialah warna kegemaran saya. Sob sob.

Tapi takpe, saya gigih mencari warna biru untuk tudung pula. Nak jugak la masuk tema kan.

Setelah seminggu dua men-survey dan menanti blogshop-blogshop update dengan penuh kesabaran, akhirnya semalam berjumpalah saya dengan satu shawl yang berwarna biru dan yang saya berkenan:


Tudung raya. Credits

Saya tahu warna shawl ini tidak 100% biru tapi ok la kan ada warna biru? Hehe. Saya suka shawl ni sebab nampak ceria. Tapi saya dah tahu dah kalau saya pakai memang la tak secantik macam model shawl ini pakai. Redha lagi..

So setel la baju raya saya tahun ni. Haha. Sori ye Ummi, orang mengandung leh kasi kelonggaran kan? :P

Sebenarnya ada lagi baju raya untuk tahun ni. Eh, kata raya sebulan kan. Haha.

Satu lagi baju raya, mak ayah Encik Gajah yang hadiahkan. Awal tahun haritu lagi diorang dah belikan saya jubah dari Syria masa pergi sana. Pak Mentua yang pilihkan jubah tu, ok. Dia kata kalau menantu dia ni pakai tentu cantik. Aww terharu :P

Jubah tu sangatlah meriah sehingga tidak sesuai dipakai pada hari-hari biasa. Kalau dipakai juga, nanti orang ingat saya melaram tak kena tempat pula. Sebab tu lah jubah tu jadi jubah raya. Warna jubah tu pink-purple gitu. Dapat jugak 2 shawl hehe. Thanks pak & mak mentuaku~ :D

Satu lagi baju raya ialah baju yang tak berapa raya sebab saya dah pakai dah 2-3 kali haha. Baju tu ialah baju dalam entri ni. Baju tu ialah baju kurung pahang. Memang kasi kembang-kembang punya, al-maklumlah tuan yang nak pakai raya nanti pun kembang juga kan.

Dah, tu je baju raya tahun ni. 3 pasang jer pun. Bukan 5, 10, mahupun 30 ok. Hehe. Baju raya korang dah beli?

Sunday, August 29, 2010

First Time Pergi Bazar Ramadhan

Semalam first time pergi Bazar Ramadhan. Hari ke-18 berpuasa baru nak pergi hehe. Pergi yang dekat belakang Billion Bangi.

Keluar rumah kul 2:30 petang menuju ke Metro Kajang bersama Encik Gajah. Sekali bila dah sampai sana, parking penuh dan jalan sesak. Terus patah balik. Pastu pergi Billion Bangi. Dapat lah selai seluar dan selai long cardigan :D Terima kasih Encik Gajah~

Kat kul 4 keluar dari Billion, terus gi bazar. Cuaca sangat amat panas! Tapi teruskan juga perjalanan untuk membeli 2 pencuci mulut yang akan disiarkan di bottom of the entry. Hehehe.

Sebelum tu kita keroncongkan perut dulu dengan melihat gambar juadah berbuka saya dan keluarga mentua semalam:

Lauk Pauk


Sambal Udang Petai. Credits


Gulai Telur Itik. Credits


Kangkung Goreng Belacan. Credits


Kerabu Mangga. Credits

Lauk pauk semua home-made :)


Air


Air Tebu. Yang ni kompem tak buat sendiri. Hehe. Credits


Air Carrot Susu made by Encik Gajah ;) Credits


Pencuci Mulut Hasil Pembelian di Bazar Ramadhan


Puding Kastad untuk Encik Gajah. Credits


Puding Caramel untuk saya! Nyum nyum! Mengidam! Hehe. Credits

Balik je dari bazar terus flat kat atas katil. Penat sungguh! Sampai tak sompek nak tolong mak mentua masak :P Ish ish tak malu betul~ Tu yang malas nak gi bazar tu kan. Eh macam rajin sangat menolong mentua masak kononnye haha.

Tapi saya memang kurang gemar pun nak pergi bazar ramadhan sebab banyak sangat pilihan. Nanti kompius nak beli apa. Lepas tu kalau beli pun, belum tentu sedap.

Macam tahun lepas masa masih single, saya pergi bazar 2 kali je. Tu pun temankan housemate. Kalau tak, tak pergi langsung lah jawabnya. Padahal bazar ramadhan kat tepi flat saya je. Saya lagi prefer beli kat kedai makan yang saya biasa makan yang kompem sedap. Hehe.

Korang mesti hari-hari pergi bazar kan? Hehe.

Saturday, August 28, 2010

Perut Memulas

Salam dan Selamat Hari Sabtu :)

Sekarang saya kat rumah parents Encik Gajah di Bangi. Kul 7 pagi semalam bertolak dari Kerteh, kul 11 pagi sampai Bangi dengan selamat, Alhamdulillah~

So semalam first time berbuka dengan family Encik Gajah sebagai seoarang menantu. Sebab masa belum kawin selalu je berbuka dengan family dia walaupun dengan ketiadaan Encik Gajah hehe.

Dapat la saya makan Kari Ayam & sayur goreng masakan Mak Encik Gajah. Kari Ayam tu Encik Gajah la yang request. Dah lama tak makan kari la tuh hehe. Ayah Encik Gajah pulak masak Ikan Kerapu Merah Stim :) Air pulak ialah air tembikai blend yang Encik Gajah buat. Encik Gajah memang terer bab buat air hihi.

Petang tu sebelum pergi Bazaar Ramadhan, Ayah Encik Gajah tanya saya nak pesan kuih apa, saya cakap nak kuih Tepung Pelita :D So dapat la makan Tepung Pelita made in Bangi semalam. Hehe. Selain kuih tu, Ayah Encik Gajah beli jugak Murtabak dan Roti John.

Perut Memulas

Malam tu dalam kul 10 malam, perut saya start memulas. Sakit yang amat sangat sampai terfikir macam mana lah rasa sakit nak beranak nanti :( Menitik jugak la air mata menahan sakit. Tapi saya masuk tandas 2 kali je. Last sakit perut kul 1 pagi kot. Alhamdulillah tak lama.

Tapi bila sakit perut masa pregnant ni adelah sedikit tensen sebab takleh tekan kat perut untuk menahan sakit. Minyak panas pun takleh letak kat perut. So letak kat betis dan tapak kaki je.

Penyebab

Saya perasan orang lain kat rumah ni takde pun sakit perut macam saya. So saya fikir balik apa yang saya makan, diorang tak makan. Baru saya teringat yang saya sorang je makan kuah murtabak yang warna pink tuh sebab diorang memang tak makan murtabak dengan kuah.


Murtabak & kuah pink. Credits

Nasib saya makan 1 keping kecik je murtabak tu. Tu pun dah sakit perut gila-gila. Huuu. Pasni saya tak makan dah kot murtabak dengan kuah dia. Makan murtabak aje :(

Friday, August 27, 2010

Inspirasi Dalam Mendidik Anak

Sangat teruja bila tengok kanak-kanak berumur 3 tahun sudah membaca Al-Quran dan menghafal 30 Surah Al-Quran, manakala yang berumur 1 tahun sudah mengenal huruf-huruf hijaiyah. Saya bercakap tentang Darwisya Adrianna & Darwish Adrian, anak kepada Puan Mazlina.


Darwisya Adrianna, baru nak masuk 3 tahun masa ni


Darwish Adrian, 1 tahun

Ada banyak lagi video Darwisya memperdengarkan surah dari Al-Quran di majlis-majlis tertentu termasuklah surah yang panjang yang saya sendiri pun tak hafal. Boleh tengok kat sini.

Maklumat tentang Darwisya & Darwish yang diambil dari blog Puan Mazlina:

Darwisya Adrianna

Darwisya Adrianna adalah anak pertama saya. Dilahirkan pada bulan Oktober 2006 di sebuah hospital di Petaling Jaya. Boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu serta sedang belajar Bahasa Arab. Seorang kanak-kanak yang boleh dikatakan lambat berjalan dan lambat bercakap jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain. Suka menonton TV dan rancangan kegemaran adalah BARNEY and Friends, dan Dora the Explorer.. Kini umurnya 3 tahun (2009), dia sudah boleh memBACA Quran dan telah mengHAFAL 30 surah alquran (anugerah Sijil Hafazan 30 surah terakhir dari Akademi Darul Huffaz)


Darwish Adrian

Darwish Adrian adalah anak kedua saya. Seorang anak lelaki yang dilahirkan pada bulan Mac 2008 di sebuah hospital di Kelang. Dia suka menghisap jari dan bayi yang sangat mudah dijaga berbanding kakaknya waktu kecil dulu. Mula belajar huruf hijaiyah berbaris fathah pada umurnya 6 bulan. Bulan ini (Julai 2009) umurnya 1 tahun 3 bulan dan sudah mengenal kesemua 26 huruf hijaiyah bertanda atas/fathah kecuali huruf 'za' dan 'la'. Sasaran saya semoga dia boleh membaca alquran lebih awal dari kakaknya dan dapat menghafal surah lebih banyak dari kakaknya. Saya berdoa semoga dia dapat menghafal 30 surah terakhir sebelum umurnya mencapai 3 tahun nanti dengan menggunakan kaedah yang sama. InsyaAllah.


Banyak perkara yang Puan Mazlina kongsikan di blog nya tentang cara dia mengajar anak-anaknya:

1. Kaedah mengajar bayi
2. Pengaruh TV
3. Memanfaatkan TV
4. Kenapa Bersegera Mendidik
5. Bahasa Dan Perkembangan Otak
6. Doa dan Harapan
7. Mengajar Bayi Menghafal
8. Koleksi Video
9. Pemakanan Dari Bayi

Bila saya tengok blog Puan Mazlina ni, memang rasa inspired sangat, tak sabar rasanya nak ajar anak macam dia. Saya tak tahu sejauh mana kemampuan saya. Sebab semua ni bergantung kepada kesabaran juga. Almaklumlah orang muda, walaupun dah ada anak nanti, darah masih panas lagi. Takut semangat je lebih, tapi tak sabar. Hehe.

Semoga menjadi inspirasi untuk kawan-kawan juga :)

Sekian.

Thursday, August 26, 2010

Wajah Bakal Anak Kami


Kalau baby girl, inilah hasilnya. Siap ada topi lagi~


Ni pulak kalau baby boy

Apa ni, muka baby dua-dua ni sama je tengok. Haha. Tapi muka baby memang lebih kurang je kan boy or girl? Bila besar sikit baru nampak ketara kan hehe.

Nampaknya dari hasil di atas, rambut anak kami bakal kaler perang. Wah, macam anak orang putih! Hehe. Tapi Encik Gajah masa kecik-kecik memang rambut dia perang pun~

Kening pula, oh tak ikut langsung Encik Gajah. Totally ikut bakal ibunya a.k.a takde kening haha. Mata & hidung pulak macam gabungan keduanya tapi part mata tu lebih kepada Encik Gajah. Mulut dan dagu pulak macam ikut saya je. Haha.

Saya tunjuk kat Encik Gajah benda ni, dia kata macam matang je muka baby nih. Saya pun rasa macam tu jugak. Tapi saya tak rasa pun bakal baby kami ada rupa macam ni. Sebab nampak sangat cam orang putihnya. Kami kan Melayu sejati. Haha.

Saje je seronok-seronok buat benda nih sebab dapat emel dari www.thebump.com untuk buat benda ni. Kalau korang pun nak try boleh klik sini :D Selamat berseronok!


P/S: Kalau nak tengok rupa saya masa baby, boleh la tengok kat entri ni. Hihi :P

Wednesday, August 25, 2010

Raya Aidilfitri Tahun Ini

Sekejap je dah hari ke-15 berpuasa, kan? Alhamdulillah xde lobang lagi setakat ni. Hehe.

Kawan-kawan dah decide nak raya belah mana tahun ni? Kampung sendiri or kampung husband? Hehe. Ni ialah soalan yang penting ok. Especially yang first time raya dengan husband macam saya :D

Actually takdelah first time saya beraya dengan husband, since last year punya Aidiladha saya dah merasa beraya dengan Encik Gajah dah pun. Tapi raya Aidiladha dengan raya Aidilfitri tak sama! Sebab raya Aidilfitri mestilah lagi meriah :) Walaupun orang selalu cakap yang kat Pantai Timur, raya Aidiladha lagi meriah kan. Hehe.


Raya Aidiladha 2009 :)

Initially, kami plan tahun lepas punya Aidiladha raya kat kampung saya, lepas tu raya Aidilfitri tahun ni raya kat kampung Encik Gajah pulak. Sebabnya saya nak dahulukan Encik Gajah, supaya raya yang besar macam Aidilfitri ni beraya di belah dia lah.

Tetapi tup-tup saya pregnant, dan due date sangatlah dekat dengan raya Aidilfitri tahun ni. Masa raya tu saya dah 35th week. So terpaksalah menukar plan tadi. Jadinya tahun ni raya memihak kepada saya lagi lah. Hihi.


Yatta!! Credits

Apa yang lagi best ialah, raya tahun ni saya bakal raya selama sebulan kat kampung! Sebab once dah balik Besut nanti, terus standby kat sana sampai la baby keluar dan habis pantang :D Waa lama betul lepak kat kampung!

Saya rasa sejak saya Form 1 sampai la sekarang saya tak pernah lagi lepak kat kampung lama-lama sebab duk asrama sampai Form 5. Lepas SPM pun tak dapat lepak lama sebab rezeki dapat masuk awal tahun ke universiti. Lepas grad pulak, duk rumah seminggu lepastu dah start keje. Bila dah start keje tu, lagi lah susah nak cuti lama-lama kan!

Now saya dah bergelar suri rumah, bolehlah saya lepak kat kampung lama-lama. Tu pun ada valid reason la kan. Takkan nak tinggal husband saje-saje je :P

Tapi sedih dan kesian bila fikirkan Encik Gajah kena duduk Kerteh sorang-sorang nanti. Dahlah siap janji nak balik Besut tengok saya every weekend sampai saya deliver. Hopefully cepatlah baby keluar after 36th week tu so that Encik Gajah tak keseorangan lama-lama dan kami pun dapat jumpa si kecik ni cepat :)


Terima kasih Encik Gajah! Sabar ek, nanti kita raya Aidiladha tahun ni ngan baby kat Bangi yer :) Amin~

Tuesday, August 24, 2010

Persoalan & Jawapan Tentang Penyimpanan Susu Ibu

Soalan & jawapan tentang penyimpanan susu ibu di bawah ialah dari sini. Terima kasih pada yang share :)

SOALAN:
Berapa lama susu saya boleh bertahan dalam:
a) Suhu bilik
b) Peti ais (1 pintu)
c) Peti ais bawah (2 pintu)
d) Peti ais atas (2 pintu)
e) Deep freezer

JAWAPAN:
Lama mana bertahannya susu ibu bergantung kepada suhu peti ais, cuaca di Malaysia, dan juga kekerapan kita membuka tutup peti ais. Banyak pendapat mengenai soal berapa lama susu boleh bertahan ini. Jadi jawapan ini telah Ummi sesuaikan dengan suhu di Malaysia dan juga berdasarkan kekerapan kita membuka tutup pintu ais dan juga pengalaman Ummi sendiri (setelah dibuat experiment n error berkali2). So inilah jawapan Ummi yang Ummi rasakan paling sesuai:

a) Suhu bilik - Boleh bertahan selama 4 jam atau paling lama 5 jam sahaja (Ummi dah buat experimen pun sbb Ummi expressing pumping)

b) Peti ais (1 pintu) - Paling lama bertahan selama 2 minggu sahaja. Kerana suhu bagi peti ais 1 pintu berbeza dengan yang 2 pintu. Ini kerana peti ais 2 pintu jika dibuka pintu bawah, susu di bhg atas tidak berubah. Sedangkan peti ais 1 pintu merangkumi kedua-dua bahagian sekaligus.

c) Peti ais bawah (2 pintu) - Paling lama bertahan selama 72 jam tetapi Ummi lebih suka amalkan 48 jam sahaja.

d) Peti ais atas (2 pintu) - Paling lama bertahan selama 3-6 bulan, bergantung kepada kekerapan membuka pintunya. Semakin kerap dibuka, semakin kurang jangka hayatnya. Ummi ambil 3 bulan sahaja.

e) Deep freezer - Paling lama bertahan selama 6-12 bulan. (Lamakan? Subhanallah). Juga bergantung kepada kekerapan pintunya di buka.

Info tambahan: Susu dari peti ais yang telah di cairkan (thawed), hendaklah digunakan dalam tempoh 24 jam dari ianya cair sepenuhnya. Dan apa yg Ummi paparkan di atas hanyalah sebagai panduan sahaja. Apapun sekiranya susu kalian masih tidak berbau dan tidak berubah rasa (kita lebih tau dah basi ke belum), walaupun sudah terlebih tarikh, ianya masih selamat digunakan. InsyaAllah. Dan harus juga Ummi ingatkan bahawa susu yg disimpan di bahagian dalam peti ais adalah lebih baik dari yang disimpan di tepi pintu peti ais.


SOALAN:
Berapa lama susu yang telah dipanaskan boleh digunakan?

JAWAPAN:
Ummi lebih suka bahagikan kepada 2 keadaan:

a) Susu fresh (susu yg di sejukkan di bahagian bawah peti ais) - Selepas dipanaskan, jika baby dah minum, bertahan selama 1-2 jam. Dan jika baby tak minum lagi, bertahan 3-4 jam.

b) Susu beku (thawed) - Selepas dipanaskan, bertahan 1 jam sahaja dan sekiranya tidak habis perlu dibuang.

Susu yang telah diminum baby tidak boleh digunakan semula kerana air liur baby juga ada bacteria dan enzyme. Dan mengapa susu beku bertahan sekejap berbanding susu fresh? Ini adalah kerana proses pembekuan tu sebenarnya mengubah/memusnahkan beberapa komponen dlm susu.


SOALAN:
Bagaimana cara terbaik untuk panaskan susu ibu?

JAWAPAN:
Sebenarnya the best way adalah dengan merendam botol susu ke dalam air suam selama 2 atau 3 kali sehingga suhunya menyamai suhu badan. Dan sekiranya ingin memudahkan kerja, boleh juga di panaskan menggunakan warmer. Harus diingat, JANGAN panaskan susu dengan merebus susu dengan air yg menggelegak, menggunakan microwave dan melebihi suhu 70 degree celcius. Ini akan merosakkan khasiat yang terdapat dalam susu tersebut.


SOALAN:
Bolehkah saya mencampurkan susu jam 2 petang dengan 6 petang?

JAWAPAN:
Sebenarnya Ummi tidak berapa menggalakkan untuk susu dicampurkan. Tetapi sebagai panduan kerana kuantiti pengepaman adakalanya tidak sama, kadang-kadang sedikit dan adakalanya banyak.

So, jawapan Ummi ialah BOLEH. Dengan syarat:
1. Susu-susu yg dicampurkan itu hendaklah dalam tempoh 24 jam sahaja. Maksudnya masa perahan tarikh yg sama.
2. Susu yg baru diperah hendaklah disejukkan terlebih dahulu dalam bekas lain sekitar 2-3 jam. Apabila suhu kedua-dua susu yg ingin dicampurkan tersebut telah sama, baru lah boleh di campurkan keduanya.


SOALAN:
Bolehkah susu yang saya baru perah, kemudian saya berikan anak saya minum. Tetapi tidak habis. Bolehkah saya simpan bakinya di dalam peti ais dan saya panaskan semula untuk di gunakan?

JAWAPAN:
Actually Ummi tidak begitu menggalakkannya tetapi berdasarkan pengalaman Ummi sendiri, BOLEH. Dengan syarat:

Contoh: Kita pam dapat sekitar 4 oz, asingkan 2 oz untuk anak minum dan 2 oz standby kalau tak cukup. Susu yg belum diminum ini masih boleh disejukkan dan di panaskan semula untuk digunakan. Dan bagi yg telah diminum tadi, Ummi tak galakkan simpan sebab campuran air liur baby turut mengandungi bakteria dan enzyme. Kita lebih tahu banyak mana anak kita perlukan. So, asingkan siap-siap.


Semoga berguna untuk bakal breastfeeding mommies out there :)

Monday, August 23, 2010

Eksperimen di Bulan Puasa

Lepas 3 hari pertama berpuasa yang pening-pening tu, saya dan Encik Gajah buat eksperimen. Kalau tak makan kuih muih yang manis sewaktu berbuka mesti saya tak pening. So hari seterusnya tu dia tak beli kuih muih yang manis seperti kuih lompat tikam dah untuk berbuka. Dia beli lauk je :(


Dan kebetulan pulak saya dah tak pening lepas 'eksperimen' tu sampai lah sekarang. Alhamdulillah! So mungkin betullah kot. Mungkin badan terkejut lah kot tiba-tiba glukosa tinggi dalam darah bila makan manis bila berbuka. Masa berpuasa glucose rendah kan. Teori mana lah yang kami pakai ni. Suka hati je buat kesimpulan. Sila jangan terpedaya :P


Tapi lepas tu dari hari Ahad sampai Khamis Encik Gajah ada training, jadi dia dapat bekal lauk pauk lengkap sekali dengan kuih untuk berbuka. Kuih tu yang kategori manis lah, macam kuih seri muka. Sepanjang minggu berbuka dengan kuih muih macamtu takde pulak pening. So kesimpulan dari ekperimen kami tadi automatik salah. Haha.


Alhamdulillah, dalam bulan puasa ni saya agak konsisten dengan meminum air masak sebanyak 2 liter setiap hari. Rasanya ada dua hari je kot saya minum 1.5 liter je. Kalau nak lebih dari 2 liter, tak larat kot sebab nanti lagi kerap lah saya berulang alik ke tandas malam-malam. Dah lah kena bangun sahur pulak kan. Ngantuk ~_~

So saya harap expecting mothers yang lain pun sehat-sehat aje di bulan puasa ni ye. Ganbatte! Semoga penuh puasa kita tahun ni yer hehe.

Sunday, August 22, 2010

Boom!!

Masuk je malam 1 Ramadhan haritu, dah boleh dengar bunyi mercun kat depan rumah ni. Tiap malam 'meletup' sejak bulan puasa ni. Tak payah tunggu raya. Petang-petang lepas Asar pun ada. Masa lepas azan Maghrib je takde. Yelah, semua duk ralit berbuka. Hehe.


Mercun apa tah ni. Gambar diambil dari carian di Google

Kalau jenis mercun yang macam dalam perayaan orang cina punya tu takpelah, takdelah kuat mana bunyi dia. Tapi kalau yang jenis macam bunyi bom tu, haish, macam nak tercabut jantung rasanya. Nasib baby dalam perut tak terkejut sama. *Bagus baby, biar Ummi sorang yang tokojut sudah*

Tak Biasa

Saya ni dah lah jenis tak suka bising-bising ni. Buat kerja ketang ketung pun tak biasa. Pendek kata memang jenis orang yang suka akan kedamaian. Eceh. Kalau kat rumah kampung sana, lagi lah. Bukak TV pun tak boleh kuat-kuat, nanti Ummi kitorang suruh slow kan volume.

Dulu masa rumah kami masih diperbuat dari kayu, jalan pun tak boleh laju-laju sebab nanti bunyi lantai rumah bising kruk krek kruk krek. Cakap pun tak boleh jerit-jerit. Nanti jiran dengar, kata Ummi. Ummi marah kitorg pun suara dia tak tinggi. Muka je serius. Hehe. Begitulah umpamanya cara saya dibesarkan.

Berbeza Pendapat

Berbalik kepada cerita mercun tadi. Malam kelmarin sedang saya dan Encik Gajah berborak, tiba-tiba dengar bunyi mercun yang macam bom tu.

nadxoxo: Ish bising betullah! (muncung 1 inci)
Encik Gajah: Abang suka je (muka tenang)
nadxoxo: Sekarang takde baby ok lah. Bayangkan kalau ada baby, cranky the whole day, tiba2 masa dia baru je nak terlena, bunyi boom macamtu. Tak ke tensen kalau baby terjaga balik?
Encik Gajah: Letaklah ear muffs kat telinga dia
nadxoxo: .....(muncung tambah lagi seinci)



Dalam hati saya bersyukur sebenarnya baby lahir lepas raya. Takdelah bunyi mercun-mercun dah masa tu kan. Next year punya raya pun baby dah agak besar dah. Eh tapi nanti Raya Aidiladha, rasanya ada jugak budak main mercun kot. Haih. Nampaknya kena beli earmuffs banyak-banyak lah ye. Haha.


Eh macam comel lah pulak. Haha. Credits

So apa pandangan korang tentang mercun? Korang tak berapa suka mercun macam saya atau satu geng dengan Encik Gajah yang suka 'meriah-meriah' gitu?

Saturday, August 21, 2010

How To Hide Long Tail When Using Ring Sling

Yeah saya baru tahu macam mana nak sorok kain yang panjang tu bila pakai ring sling! Sebelum ni tengok hasil akhir je dalam gambar tapi taktau macamana boleh jadi macam tu. Hehe.

Sila saksikan video kat bawah ni. Oh video ni dalam bahasa asing tapi boleh tengok cara dia buat :D



Takdelah nampak berjela atau serabut kan :D

Harap-harap dapat membantu ibu-ibu yang berminat untuk membeli ring sling!

Sekian.

Friday, August 20, 2010

Suara Macam Kambing

Happy 17th birthday Kak Chik!


Dari kiri: Kak Chik, Encik Gajah, Anas, nadxoxo, Zarin, Kak Ngah.
Adik beradik saya. Tak cukup sorang nih.


Ha ni lah yang tertinggal tu, Hatim dan saya

Suara Macam Kambing

Sampai sekarang masih terngiang-ngiang lagi suara Kak Chik nangis masa mula-mula keluar dari perut Ummi 17 tahun lalu. Seriously bunyi macam kambing. Haha. Sori lah perkataan kambing tu bunyi macam tak best tapi memang bunyi cam kekambingan lah. Haha.

Masa tu Ummi beranak kat rumah je. Semalaman Ummi sakit nak beranak, akhirnya pagi 20 Ogos 1993 lahirlah budak nih. Suka lah saya sebab dia lahir 10 hari lepas birthday saya. Saya pun terjerit2 lah kat kawan-kawan jiran depan rumah bagitahu Ummi dah beranak kerana sungguh hepi.

Kami semua ingatkan baby boy sebab masa Kak Chik dalam perut Ummi dia sangatlah ganaz berbanding sewaktu Ummi mengandungkan yang lain. Lagipun kami 3 beradik masa tuh semua perempuan. Jadi anak ke-4 Ummi mengharapkan anak lelaki.

Pertumbuhan Rambut dan Badan Agak Terbantut

Tapi tup-tup keluar perempuan. Walaupun budak perempuan, Kak Chik masa kecik2 dia punya rambut tak tumbuh panjang. Pendek je sokmo. Macam budak laki. Badan pun tak bertumbuh jugak macam rambutnya. Haha.

So dia sangat kecik masa kecik2 dulu. Sampaikan nama panggilan yang asalnya Izzatul (nama dia) jadi Kak Chik sebab badan dia kecik. Padahal dia anak no-4. Sepatutnya anak ke-3 lah dipanggil Kak Chik kan.

Fotostet Abah

Tapi bila stat Darjah 4 gitu dia sudah tidak kecik. Semakin hari semakin chubby. Orang akan selalu cakap Kak Chik nih fotostet Abah sebab berisi macam Abah. Hehe.

Tapi sekarang dia dah slim sikit bila masuk upper form sebab dia selalu masuk kawad kat sekolah dan haritu siap makan Jus Mate :P

So to Kak Chik, sila buat yang terbaik SPM nanti okeh! Ada hadiah menanti iaitu anak sedara untuk dijaga! Hehehe.

Sekian.

Thursday, August 19, 2010

Video Scan Baby Yang Bersujud Apabila Dibacakan Ayat Al-Quran

Saya terjumpa video ni masa tengah surfing tentang amalan membaca al-quran sewaktu mengandung.


Baby yang pada mulanya aktif, tapi bila diperdengarkan bacaan al-quran kepadanya, dia menjadi lebih calm. Dan kedudukan baby pun lain berbanding waktu awalnya - baby seolah bersujud.



Subhanallah. Inilah fitrah manusia.

Sama-samalah selalu baca quran untuk ibu2 mengandung, sebab kita kan tak period masa pregnant. Hehe. Dan jum bertadarus di bulan Ramadhan yang mulia ini :)

Yang tak pregnant pun sama la :D

Peringatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan~

Wednesday, August 18, 2010

Terkenang

Tarikh harini ialah tarikh tunang 2 tahun lepas :D




Kenangan 18 Ogos 2008 :)

Dan harini jugak sepupu Encik Gajah telah selamat melahirkan baby lelaki seberat 3.4kg jam 1:43 petang tadi. Alhamdulillah :) Gambar belum dapat lagi :D

Turn yang akan beranak next dalam family Encik Gajah ialah saya~ Permudahkanlah urusanku Ya Allah!


P/S: 2 entry tuh harini :P

Baby Traveling Needs

1. Baby Sling

Baby sling ada banyak jenis. Ada Pouch Sling, Ring Sling, Wrap Sling, dan Backpacks and Soft Carriers.

Saya pilih ring sling sebab:

1. Pouch sling ada size which depends pada ketinggian orang yang carry tu. Tak flexible
2. Harga soft carriers mahal
3. Wrap sling - saya tak jumpa pulak orang jual
4. Ring sling ni sebab dia ada adjustable ring
5. Boleh breastfeed sambil pakai sling, tak payah ada nursing cover
6. Boleh pakai sampai usia anak 2 tahun
7. Boleh pakai dalam macam-macam posisi depends on usia bayi dan keselesaan

Saya beli ring sling brand Kasihku Sayangku kat mamayayazone.com. Kos termasuk postage ialah RM78.


Comel kan? Tapi saya punya plain je warna oren :D Credits


Posisi yang berlainan menggunakan ring sling. Credits

More info on baby sling including its safety, boleh klik sini dan sini.


2. Stroller & Car Seat

Walaupun dah ada baby sling, mungkin kami nak beli stroller jugak kot. Ingat tak dalam entry ni Encik Gajah & emaknya telah menggodek-godek stroller di Jusco? Haha. Inilah stroller nya.


Sweet Cherry SCR5 Stroller. Credits

Harga paling murah yang saya jumpa online ialah RM410 untuk stroller ni kat sini. Tapi saya rasa kat Jusco haritu lagi murah sebab tengah sale, tak sampai RM400 pun :D

Saya suka yang ni sebab tayar yang kat belakang dia besar dan macam 3-wheeled, senang nak bergerak. Furthermore, stroller ni..


Tak bulky bila nak simpan


Boleh menghadap belakang jugak


Dan boleh dipakai dengan Sweet Cherry SCR7 Carrier Carseat!


Sweet Cherry SCR7 Carrier Carseat. Credits

Jadi car seat inilah yang menjadi pilihan hati :)

Harga car seat ni paling murah yang saya jumpa online ialah RM214 kat sini. Postage fee pulak saya tak pasti.


Cooler Bag & Ice Pack

Yang ini pun belum beli lagi. Tengok keadaan lepas baby dah keluar nanti. Kalau beli, saya mungkin beli yang ini


Jingle Jungle Travel Cooler Bag. RM10.32 kat sini + Jingle Jungle Reusable Ice Pack (3 Pack). RM12.72 kat sini.

Yang ni boleh muat 1 botol je

ATAU


Jingle Jungle Stylo Exec Cooler Bag. RM23.12 kat sini + Jingle Jungle Reusable Ice Pack (4 Pack). RM15.92 kat sini.

Ini pulak boleh muat 6 botol.

So far fabulousmom.com menawarkan harga paling rendah untuk cooler bag & ice pack ni :D


Diaper bag with changing pad

Yang ni saya beli jenama Simple Dimple dengan harga RM59.90 excluding postage kat sini. Kali ni Encik Gajah pulak yang pilih sebab dia yang nak bawak nanti. Hehe.


Simple Dimple Shield Back Pack - Black

Tuesday, August 17, 2010

8th Month Belly & Donat

Alhamdulillah, semalam dah masuk 32 minggu (8th month) pregnancy saya. Sekejap je rasanya. Tapi rasa lambat je nak jumpa si kecik dalam perut ni. Hehe.

Last week masa checkup, total weight gain ialah 15 kg sudah! Kalau orang lain dah beranak dah nadxoxo oi! Haha. Tapi takpe, hidup mesti diteruskan haha. Sila gelak untuk menghepikan diri sendiri.


65 kg me at 8th month of pregnancy

Ni masa baru lepas beli lauk berbuka semalam. Pakai seluar trek je keluar. Selesa dan tak panas :P

Gambar berkualiti rendah sebab dirakam menggunakan henfon saja. Dan saya memang kurang terer mengambil gambar sendiri di depan cermin. Hehe. Yelah, nak tunggu Encik Gajah balik kerja, lambat lagi dia nak sampai. Sebab saya pegi beli lauk pukul 4 lebih :D

Donat

Tahu tak apa itu donat? Hehe. Semalam saya berbuka ada makan donat macam dalam gambar kat bawah ni. Saya beli 3 bijik singgit.


Donat :) Credits

Tapi sebenarnya saya bukan nak cakap pasal donat yang sedap dimakan tu. Saya nak cakap pasal donat di perut saya. Sila kerutkan muka jika anda confuse.


Bayangkan perut saya yang buncet menjadi bentuk donat ini - tenggelam di tengah, timbul di tepi-tepi. Credits

Janganlah pula korang bayangkan perut saya ni boleh dimakan macam donat ni. Nanti habislah saya. Dahlah isi banyak. Goreng pun sodap.

Kejadian yang saya panggil donat ini ialah kerana kedudukan si kecik dalam perut ni. Bukanlah selalu jadi macam ni. Cuma kadang-kadang.

Entah macamana dia lepak dalam perut saya sehingga rupa perut saya dah rupa macam donat. Tapi takdelah perfect macam rupa donat tu. Cuma ia amat mirip sebijik donat.

Saya selalu tergelak dan menggeleng-gelengkan kepala kalau saya tengok perut saya macam donat. Lepas tu jerit kat Encik Gajah, "Abang! Donat!" lalu menunjukkan ke arah perut sendiri. Bukan ke meja makan.

Sekian.

Monday, August 16, 2010

Selusuh Bersalin / Doa & Zikir Mudah Bersalin

Masa kenduri doa selamat kat kampung haritu, saya ada belajar doa/zikir dari sepupu kepada Abah, yang juga seorang ustaz, untuk memudahkan proses kelahiran.


Sedang tekun belajar :P

Takde siapa yang taknak senang deliver. Tiap-tiap kali doa mesti mintak Allah permudahkan bersalin nanti, betul tak? So ni saya nak kongsi dengan kawan-kawan apa yang saya dapat :)

Actually saya dapat sekeping kertas. Kat atas sekali dia tulis 'Selusuh Bersalin'. Kat bawah ni apa yang tertulis kat kertas tu:

-MULA-



1. Surah Al-Fatihah (7 kali)


2. Ya Khafid (1000 kali)


Al-Khafid (Yang Maha Menjatuhkan). Jika diamalkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

3. Al-Abasa : 20


"Kemudian jalannya dimudahkan"

4. Al-Anbia' : 87-89


"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"


Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami)


Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakariya, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi"

5. Allahumma bihaqqi maryam, wa bihaqqi man unzilat 'alaihi suuratu maryam, khaffif 'anni aalaamil makhaadth, birahmatika ya arhamarraahimiin.

Maksudnya: "Ya Allah, dengan berkat Siti Maryam, dan dengan berkat Nabi Muhammad yang diturunkan Surah Maryam kepadanya, ringankanlah kesakitanku dengan rahmatMu Ya Allah Yang Maha Penyayang"

6. Rabbi yassir, wala tu assir, ya kariim, wa atmim bil khair.

Maksudnya: "Ya Allah, berilah segala kemudahan kepadaku, janganlah Engkau beri kesusahan, wahai Allah Yang Maha Pemurah, dan sempurnakanlah semua hajatku dengan sebaik-baiknya"

-TAMAT-

Ok, nampak banyak kan? Kalau tak amalkan semua pun takpe, yang paling penting amalkan yang no. 3 warna oren tu. Memang pendek habis lah kan. Hehe. Amalkan selalu time free-free. Sambil surfing ke, sambil rehat-rehat ke, sebelum tido ke. Pendek kata bila-bila teringat je baca lah.

Ustaz tu kata, bila nak makan or nak minum pun boleh baca kat makanan/minuman tu then baru makan/minum :) So, selamat mengamalkan!

Semoga kita semua ni mudah deliver nanti ek. Mudah-mudahan..amin!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails