Wednesday, July 28, 2010

Shopping (Online) Untuk Si Kecil Part III

Wah banyak sungguh part-part ye. Hehe. Yo lah kan, kalau beli semua sekali gus tak ke berlubang besar poket nanti :P Poket Encik Gajah la, bukan poket saya. Hehe. Kalau beli sikit-sikit takdela terasa sangat kan :D

Rasanya dah 80% complete dah barang-barang ni. Cuma ada beberapa barang je lagi yang belum beli. Banyaknye kat barang saya la. Barang baby sikit je lagi yang tak cukup.

Setelah shopping lagi sekali, kali ni kat Jusco Cheras Selatan pulak, ini ialah updated checklist (yang warna purple tu beli online):

Clothes
* Long sleeve/short sleeve/sleeveless rompers
* Leg/hand warmers (nak beli online)
* Baju tidur
* Baju lubang2
* Mittens + booties
* Hats
* Barut
* Bedung
* Tempat jemur baju baby
* Bakul baby
* Baby laundry detergent

Feeding
* Breast pump & storage bottles
* Sterilizer
* Feeding bottles + teats
* Bottle & teat brush
* Bib
* Burp cloths
* Pacifier
* Rattle teether
* Nursing pillow

Bathing/Baby Care
* Bath tub/basin
* Safety bath mat
* Baby shampoo/bath/lotion/talcum
* Baby bedtime oil
* Diaper rash cream
* Cotton buds
* Cotton balls
* Towels
* Changing mat
* Baby wipes
* Brush & comb
* Nasal aspirator
* Baby nail clipper
* Thermometer
* Disposable diapers
* Modern cloth diaper
* Traditional cloth diaper
* Minyak telon/Yuyi

Beddings
* Mattress set (kekabu)
* Blanket
* Mosquito net
* Baby bouncer (nak cari yang besar skit)

Travel
* Stroller + car seat
* Baby-on-board sticker
* Baby sling
* Diaper bag with changing pad

For Me
* Disposable & washable nursing pads
* Nursing bras (kena tambah lagi beberapa helai)
* Nipple cream
* Maternity pads
* Nipple shields
* Massage oil
* Warm socks
* Nursing tops
* Disposable briefs
* Set bersalin


Breastpump + storage bottles + sterilizer tu agak baru decide nak beli atas nasihat bestfriend saya. Tapi since penggunaannya mungkin tak sebanyak working moms yang lain, mungkin saya beli murah-murah je kot. Yelah, saya kan suri rumah ajo. Hehe. Memang saya plan nak fully breastfeed baby nanti. Breastpump ni macam perlu je just in case kalau terpaksa tinggalkan baby kat orang lain (kalau boleh elak, nak elak). Lepastu takdelah baby kena ada dengan saya je every time saya nak kasi susu. Maknanya orang lain pun boleh kasi susu kat baby tapi still susu dari Umminya ni :D Apa pendapat korang ek?

Baby bouncer tuh ingat nak beli yang kain net je. Bukan yang ada mainan gantung-gantung tu. Kalau ikutkan hati memang nak beli yang ada mainan gantung-gantung tu tapi bila baca pengalaman orang kat internet ni, ramai yang suggest pakai yang net punya je sebab baby tak panas nanti. Harga pun jauh lebih murah. Cuma mak mentua saya suggest beli yang besar skit supaya nanti boleh tahan sampai baby dah agak besar. Ada size-size ek rupenye?

Stroller + car seat tu kami decide nak beli selepas baby dah keluar nanti. Memandangkan kami yang selalu travel ke Bangi dan Besut ni, rasanya penting gak ni. Brand Sweet Cherry macam ada yang affordable price punya. Haritu Encik Gajah dan mak dia dah explore2 stroller + car seat tuh kat Jusco. Haha. Suka diorang. Masa tu saya merayau cari barang baby yang tak cukup lagi. Tapi sementara nak beli tu, pakai la dulu baby sling tu :)

Set bersalin pulak, saya pun masih blur nak beli yang macam mana. Yang saya tahu saya dah ada set Premium Beautiful yang saya beli sebelum kahwin lagi. Bolehlah pakai masa pantang nanti :D Tapi saya belum tanya mak/mentua saya lagi pun pasal set bersalin ni. Apa ciri-ciri set bersalin yang bagus ek? Korang ada cadangan tak? Atau ada pengalaman menggunakan mana-mana produk set bersalin tertentu? Kongsi-kongsi lah ek :)

Btw, set tilam kekabu yang saya tempah online untuk baby saya dah siap hehehe. Tadaa~~


Harini orang tu poskan kat saya :) Ni saya cilok kat website orang tuh hehe. More pics boleh tengok kat sini :D Kain tu saya beli online jugak, hantar kat dia jahit macam yang saya cerita kat entri ni :) Tak sabar nak tengok dan pegang-pegang dan baring-baring (hehe) atas tilam tu bila dah sampai nanti :P

Sunday, July 25, 2010

Sakit Pinggang!

Dah 4 hari berturut-turut dah sakit pinggang tak hilang-hilang. Sebelum ni kalau sakit pinggang, bila tidur, letak bantal bawah kaki kalau baring on my back, dan letak bantal di antara kaki kalau mengiring, esoknya insyaAllah dah ok. Tapi kali ni, tak makan saman langsung.

Apalah saya ni, baru 4 hari tapi dah bising-bising kan? Tapi seriously, sakit.

Kalau sakit pinggang je masih boleh tahan lagi, tapi ini nak melangkah kaki pun sakit! Jalan pun macam penguin dah. Pastu kalau orang tengok sure nampak sarat sangat dah mengandung sebab jalan pun slow je macam berat je. Aduhai. Sememangnya pregnancy dan sakit pinggang tak dapat dipisahkan.

Kat bawah ni ada video macamana exercise untuk kurangkan sakit pinggang ketika pregnant. Siapa-siapa yang mengalami masalah seperti saya bolehlah amalkan.



Friday, July 23, 2010

Terima Kasih Sultan!

Terima kasih Sultan Terengganu! Sebab memberi cuti pada warga Terengganu 20 Julai lepas sempena Hari Keputeraan Baginda :D

Dengan itu dapatlah kami bercanda di pasiran Pantai Kemasik~ Hehe.


28 weeks 1 day belly :)


Kalau pegi pantai tak sah kalau takde gambar kaki :D


Semuanya pun bulat :P


Lelaki-lelaki posing di pantai


Jep & isteri - ingat lagi tak masa diorang kawin?


Sebelum pulang, jamu selera dengan ABC dulu :)

Monday, July 19, 2010

Hello 3rd Trimester!

Alhamdulillah, harini menandakan 28th week of my pregnancy. So, hello 3rd trimester! :D

Pejam celik pejam celik (makan-tdo-makan-tdo hehehe), dah 7th month dah baby dalam perut ni :) Lagi 12 week or less (hopefully tak overdue lah hehe) dapatlah peluk cium baby puas-puas!


Sekarang dah mula kerap pergi tandas macam first trimester dulu. Tapi kalau malam-malam tu adakalanya saya tahan je sampai tak tahan sangat baru saya bangun pergi tandas :P

Bukan apa, tandas dah lah tak attached to our room, lepas tu pulak tandas cangkung. Kalau nak tandas duduk kena naik tingkat atas. Malas nak panjat tangga + takut naik sorang tingkat atas malam-malam :P


Baby pulak semakin hari semakin padu tumbukan dan tendangannya. Tu belum masuk lagi skill menyiku nya pulak. Pergh, yang ni memang tajam. Sampai tokojut-tokojut den, kata orang N9. Disusuli pula dengan jeritan, 'Adoi!'. Tu Ummi baby la yang jerit, bukan baby. Haha, tu pun nak bagitau ke :P

Tapi yang saya rasa comel dan geram bila baby suka 'menyandar' kat belah kanan perut saya. Selalunya saya dapat rasa kepala saya kat bawah tulang rusuk kanan saya sebab keras semacam pastu tertonjol. Nanti saya pegang je kat area situ dan senyum sorang macam orang angau :P

Oklah kawan-kawan, setakat tu je update untuk hari ni, Selamat Malam dari 'Bini Gajah' dan 'Baby Gajah' :P

Sunday, July 18, 2010

Tak Beranak Lagi Dah Guna Nursing Pillow


Nursing pillow saya dah sampai :) Saya beli nursing pillow ni kat sini. Harga dia sekali dengan postage RM61.90 je. Murah kan? Sampai kat depan muka pintu pulak tu. Hehe.


Corak polka dot yang comel :D


Brand Bumble Bee.
Maaflah kuku kuning-kuning sikit sebab tengahari tu saya gaul ayam dengan kunyit. Saje je nak cakap rajin kat dapur kan. Haha

Saya dah test dah nursing pillow ni kat badan, puas hati. Cuma takde baby je lagi untuk di-test :P

Tapi ada orang dah pakai nursing pillow ni sebelum saya..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sedap sungguh dia tidur ye :P

Saturday, July 17, 2010

Almari Lama Nampak Baru

Bila menyewa kat rumah sewa ni, kadang-kadang tuan rumah tinggal barang dia, contohnya almari. Bukan almari baju, tapi almari yang biasa letak kat ruang tamu tu. Si penyewa pulak nak alih almari pun berat sebab banyak barang kepunyaan tuan rumah kat dalam almari. Nak-nak pulak duduk 2 orang je kat rumah sewa dengan isteri. Isteri pulak pregnant. Jadi memang tak dapatlah mengalih almari kepunyaan tuan rumah tu ke tempat lain. Hehe.

Sebenarnya nak cakap pasal almari tuan rumah kat rumah sewa saya ni. Almari ni dah lama. Kaca dia pun ada yang dah retak-retak dah. Barang kat dalam almari pulak tak menarik untuk dipertontonkan. Dah lah almari ni ada kat ruang tamu kan.

Jadi terpaksalah saya dan Encik Gajah buat macam ni:


Sebelum


Dah tampal pembalut hadiah corak kegemaran


Tara!!! Cantik tak? Hehe

Sebenarnya ini idea Encik Gajah sebab Mak dia pernah buat macam ni kat rumah Tok dia. Saya beli pembalut hadiah ni brand AEIOU sebab corak dia comel-comel semuanya! :D

Almari lama ni kalau tak nampak baru pun, at least nampak cantik sikit la kan. Takdelah tidak enak mata memandang. Tetamu datang pun kami tak segan ;)

Friday, July 16, 2010

Kisah Pada Hari Lahir ke-25 Suami

Hari lahir Encik Gajah kali ini ialah kali pertama setelah bergelar seorang suami :)

Malam sebelum birthday dia, sebelum jam 12 lagi dah ada sorang sepupu dia wish. Sebab kebetulan sepupu dia nak maklumkan kelahiran anak abang dia. Kiranya baby tu lahir sehari sebelum birthday Encik Gajah la. Hehe.


Ahmad Daniel Iqbal
Born on 13th July 2010

Masuk je jam 12 tengah malam saya tak wish pun birthday kat dia. Buat tak tahu je. Esok paginya pun saya tak wish jugak. Tengahari tu saya bagitau kat dia yang kononnya saya nak lunch dengan kawan, so tak dapat nak makan dengan dia.

Tapi sebenarnya saya dah pakat dengan officemates dia nak bawak dia pergi lunch dekat Pizza Hut dan surprise kan dia dengan kek. Hehe.

Saya sampai awal kat Pizza Hut dan order siap-siap untuk 8 orang makan, lepas tu pergi beli kek kat Secret Recipe. Saya bawak kek tu masuk Pizza Hut lepas tu menyorok kat bahagian birthday party sebab takde orang kat bahagian tu. Saya nyalakan lilin kek kat situ.

Masa tu boleh pulak orang Pizza Hut sorang pun takde lighter. Terpaksa lah saya buat muka tak malu pergi pinjam kat abang yang tengah hisap rokok kat luar Pizza Hut. Bila nak nyalakan lilin, baru saya ingat bahawa saya tak reti nyalakan lighter mahupun mancis. Terpaksa la mintak tolong waiter jugak untuk nyalakan lilin :P

Saya bawak keluar kek bila Encik Gajah dan officemates dia dah sampai Pizza Hut. Mula-mula dia tak nampak saya, bila saya dah sampai kat tepi dia baru dia perasan saya. Saya nyanyi satu line je lagu 'Happy Birthday to yooouuuuuu...' sebab takde orang nak nyanyi sama-sama dengan saya. Waiter kat Pizza Hut pun tak sporting nak nyanyikan sama-sama sebab diorang tak pernah buat. Tak sama macam kat KL :(

Muka Encik Gajah tak terkejut sangat, sebab dia dah nampak kereta saya kot sebelum sampai Pizza Hut tu, haha. Tapi lepas tu dia sengih je manjang pastu tanya-tanya macam 'bila korang plan ni?', 'mana kawan sayang yang sayang nak lunch sama-sama tu?' dan 'berapa ringgit harga kek tu?'. Haha. Macam budak kecik.

Jadi marilah kita tatapi gambar 4 keping masa kat Pizza Hut tu :D


Birthday cake untuk Encik Gajah


Encik Gajah dan Encik Jum


Encik Gajah dan isteri yang bulat macam corak tudungnya :P


Encik Gajah dan officemates

Terima kasih officemates Encik Gajah kerana memeriahkan birthday Encik Gajah dan belanja pizza. Saya plak belanja kek. Eh :P

Terima kasih gak kat Facebook sebab dengan Facebook la Encik Gajah dapat banyak birthday wishes. Dia suka sangat sebenarnya. Hehe. Dan terima kasih kat semua yang wish dan ingat birthday dia, sebab sebab sekurang-kurangnya saya tahu bukan saya sorang je yang saya kat dia :')

Thursday, July 15, 2010

Frame Gambar Kawen Part II

Ingat lagi tak entry ni?

Inilah hasilnya..jeng jeng jeng!!


Hias kat atas rak kasut kat tepi pintu masuk rumah :)


Bukan nak tunjuk sofa, nak tunjuk yang kat dinding tu, belah atas kiri gambar ni :D


Close up :D


Bukan nak tunjuk tv, tgk kat sebelah kanan tuh :P


Close up :D

Semuanya ada 8 frame gambar. Total cost beli semua frames ialah RM40 sahaja! Mana taknya, setiap satu harga RM5 je. Hehe. Beli kat kedai 5 ringgit (Hinode Shop kalau tak silap) :P Kualiti frames biasa-biasa je, kena lah dengan harganya kan. In fact, masa pasang gambar dalam frame tu, ada salah satu frame tu, kaca dia retak. So kami tak pakai kaca terus untuk satu frame tu.

Cuci Gambar

Kami cuci gambar-gambar ni kat Besut, kedai yang family saya dah biasa cuci gambar iaitu kedai Lin Hof di pekan Jerteh. Kat kampung saya memang gelemer la kedai gambar ni.

Kos cuci 8 keping gambar (with texture) ialah tak sampai RM200. Lupa the exact price, either RM170+ or RM190++ which consists of:

2 x 11R (yang kat dinding)
3 x 6R (frame putih + hitam kat atas rak kasut)
2 x S8R (frame biru)
1 x 5R (frame putih + hitam kat tepi TV)

Boleh refer kat sini kalau nak tahu ukuran cm/inch gambar supaya senang nak edit sebelum dicuci :) Tapi takyah kecikkan size gambar supaya bila cuci nanti gambar tak pecah-pecah.

Texture

Dan kalau korang tak tahu texture tu macam mana, sila refer gambar ni:


Frame ni lah yang kaca dia retak tu :P

Nampak tak texture pada gambar kat atas? Bila tgk dekat-dekat nampak macam tak smooth macam gambar print biasa kan? Tapi bila tengok dari jarak biasa, tak perasan pun :)

Bila gambar dah print, orang kedai tu tambah satu layer lagi iaitu texture ni lah. Tujuan dia ialah untuk gambar tu tahan lama. And yang saya perasan, kalau kita punya frame tu takde cermin pun, gambar tetap nampak lawa dan clear, actually lagi clear kalau xde cermin, sebab cermin memantulkan cahaya :)

Hanya Sementara

Sebenarnya saya main letak je dulu frame-frame tu kat mana yang rasa sesuai kat ruang tamu. Mesti korang pelik kan tengok frame yang kat dinding tu saya letak tinggi giler :P Tapi dah situ je yang ada paku. Sebab sebelum ni ada hiasan dinding yang lain kat situ tapi tuan rumah dah ambil. Haha.

Actually saya nak buat macam ni:


Tapi kena tunggu Encik Gajah cat dinding dulu. Maybe weekend ni kot baru boleh start mengecat. Cat pun dah beli dah. Nanti kalau dah jadi macam gambar kat atas ni, saya update lagi k. Hehe.

Oklah, semoga korang mendapat manfaat dari entry ni walaupun sikit. Akhir kata, marilah menghias rumah untuk kebahagiaan bersama :P

Wednesday, July 14, 2010

Selamat Hari Lahir, Encik Gajah!

Selamat Hari Lahir ke-25 buat suami saya, Encik Gajah :)

Terima kasih sebab
caring,
rajin tolong saya buat kerja rumah,
rajin jadi tok imam saya,
layankan saja kerenah saya masa pregnant,
rajin belikan makanan kalau saya tak masak,
rajin urut badan saya yang sakit-sakit especially sejak pregnant,
rajin sapu minyak zaitun kat badan saya taknak kasi stretch mark,
rajin kurangkan rasa sakit kalau kaki saya cramp malam-malam,
rajin teman pergi scan baby,
bekerja keras di ofis untuk menyara saya dan baby dalam perut,
berani halau kelawar dan lipas yang saya takuti kat rumah ni,
dan macam-macam sebab yang hanya kita berdua ketahui. Hehe.

Kamulah hero saya!


Saya doakan semua yang terbaik untuk hero saya ni :)

Tuesday, July 13, 2010

Baby Bump at 27 Weeks


27 weeks bump :)
Berat saya sekarang dah 60 kg. Ish3 :P

Perkembangan Si Kecil

Baby sangat aktif sejak seminggu yang lalu. Tak tahu bila dia duk diam. Lagi saya baring nak tidur, lagi lah dia aktif.

Tapi Alhamdulillah dalam seminggu ni jugak saya dah dapat tidur mengiring. Kalau tak, once saya mengiring je nanti rasa lah baby kuis-kuis kat bahagian saya mengiring tuh. Haha. Jadinya tak sedap hati nak mengiring. Pastu kena lah tidur baring macam biasa je.

Kadang tension jugak, sebab saya sakit belakang, jadi nak lah mengiring ke kanan atau ke kiri since meniarap memang tak boleh. Tapi baby has been a good girl/boy this week sebab kasi Ummi tido mengiring. Hehe. Selesa skit. Thanks baby! :D


Bukan baby saya :D

Baby Boy or Girl?

Masih belum diketahui lagi. Beli baju pun yang unisex punya. Baby girl or boy dua-dua boleh pakai :D

Since week 20, patut dah boleh tahu jantina. Dah 2 kali scan, kedudukan baby awkward. Doktor tak dapat nak pastikan jantina baby. Next week saya dan Encik Gajah plan nak gi scan lagi. Baby sila tunjukkan jantinamu ok! Haha.

Kaki Gemok

Semalam saya perasan kaki lebih bengkak dari biasa. Keadaan ni dipanggil edema or water retention. Ianya disebabkan oleh pengumpulan air dalam tisu. Nama gelemer ialah kaki sembab kot. Ke korang panggil apa ek? Hehe.

Sebelum ni kalau ada pun sikit sangat, takde beza ngan sebelum pregnant. Kaki saya memang jenis gemuk2 :P Badan nampak kecik tapi pakai kasut size 7 hehe. Tapi semalam memang nampak lain. Macam pernah tersepak apa je. Saya cuak dan terus baring dan letak bantal bawah kaki untuk tinggikan kedudukan kaki. Sekejap je dia dah kurang. Tapi bila pakai selipar still leh rasa perbezaan dengan sebelum ni.

Saya memang selalu duk depan komputer, kalah masa keje dulu :P Sebab tu lah tetibe jadi mcm tu semalam. Dah terkena macam ni baru nak cuak kan hehe.


Ok lah, lain kali saya bebel lagi :P

Next entry nak cite pasal gambar-gambar kahwin yang di framekan! Hehe.

Monday, July 12, 2010

Shopping (Online) Untuk Si Kecil Part II

Lepas dah shopping kat OU pada Sabtu lepas dan online shopping untuk baby, ni ialah updated list nya (dah buang mana yang dirasakan tak perlu atas nasihat kawan-kawan):

Clothes:
* Long sleeve/short sleeve/sleeveless rompers
* Leg/hand warmers
* Baju tidur
* Baju lubang2
* Socks
* Mittens + booties
* Hats
* Barut
* Bedung
* Tempat jemur baju baby
* Drawer for clothes
* Baby laundry detergent

Feeding:
* Feeding bottles + teats
* Bottle & teat brush
* Bib
* Burp cloths
* Pacifier
* Rattle teether
* Nursing pillow

Bathing/Baby Care:
* Bath tub/basin
* Safety bath mat
* Baby shampoo/bath/lotion/talcum
* Baby bedtime oil
* Diaper rash cream
* Cotton buds
* Cotton balls
* Towels
* Changing mat
* Baby wipes
* Brush & comb
* Nasal aspirator
* Baby nail clipper
* Thermometer
* Disposable diapers
* Modern cloth diaper
* Traditional cloth diaper
* Minyak telon/Yuyi

Beddings:
* Set tilam baby kekabu
* Blanket
* Mosquito net
* Baby bouncer

Travel:
* Car seat
* Baby-on-board sticker
* Baby sling
* Diaper bag with changing pad

For Mommy:
* Nursing pads
* Nursing bras
* Nipple cream
* Maternity pads
* Nipple shields
* Massage oil
* Warm socks
* Indoor slipper
* Nursing tops
* Disposable briefs
* Set bersalin


Nampaknya dah banyak dah yang dibeli berbanding last time kan :D Cuma bahagian untuk Ummi nya saja yang banyak lagi tak terbeli :P

Pada mereka yang sudah menjadi ibu, saya nak tanya pasal nursing bra tu. Adakah nak kena tunggu masa dah nak dekat bersalin baru beli sebab mana lah tahu memerlukan bra yang lebih besar ke nanti kan hehe. Or sekarang pun dah boleh beli ek? Tapi tak lama lagi saya nak masuk 3rd trimester dah pun. Siapa-siapa yang berpengalaman boleh kongsikan ek. Thx :)

Online Shopping for Baby

Ada jugak barang2 baby yang dibeli online seperti:

1. Rompers:
sirianakkucomel.blogspot.com dan My Lil Closet Collection di Facebook

2. Set tilam baby kekabu:
bilikjahit.anggunflora.com. Material untuk buat sarungnya saya beli sendiri kat fabricfanatics.blogspot.com dan tempah jahit sekali sama2 dengan tilam. Sekarang tengah dalam proses menjahit. Tak sabar nak tengok hasilnya :D

3. Baby sling:
www.mamayayazone.com

Leg/hand warmers, nursing pillow, modern cloth diaper, baby bouncer, dan diaper bag pun saya plan nak beli online jugak sebab saya tengok online lebih murah berbanding kat luar sana tu :D

Sunday, July 11, 2010

Perut Siapa Lagi Besar?

Saya dan Encik Gajah baru sampai Kerteh awal pagi tadi jam 1:30 am. Kami balik Bangi for the weekend. Jangan konfius pulak sebab kami punya weekend Jumaat dan Sabtu. Hehe.

Hari Sabtu haritu kami pegi Shah Alam, rumah makcik Encik Gajah. Lepas tu gi jumpa adik saya, Kak Ngah di Laman Sri Business Park sebab kedai Permata Hijrah baru bukak kat situ. Adik saya ni memang susah nak jumpa skit sejak dia keja dengan Permata Hijrah sebab duk travel sana sini. Terubat lah jugak kerinduan kat dia bila dapat jumpa ;)


Kak Ngah dengan uniform kerjanya :P

Lepas tu kami shopping barang baby kat OU. Hihi. Nanti saya cerita di lain entry ye :)

Hari Ahad pulak pegi rumah sewa lama saya kat Hentian Kajang sebab nak ambik barang yang tak terambik lagi. Hehe. Alhamdulillah larat lagi nak mendaki ke rumah sewa di tingkat 4 tuh. Siap naik turun 2 kali lagi semalam walaupun membawak si kecik dalam perut ni :D

Petang tu kami pegi Majlis Amal Hi-Tea kat PERMATA. Mak mentua saya yang organize :D

Saya selesema sejak semalam sebab mengemas kat rumah lama, barang saya dah berhabuk :P Harini pun badan rasa lenguh-lenguh je walaupun yang mengangkut barang ialah Encik Gajah hehe. Sebelum saya pegi berehat, tataplah aksi kami ni lepas majlis hi-tea semalam :D


Perut sape lagi besar? Haha.


26 weeks 5 days of pregnancy :D


Bakal mak ayah sapa lah ni :P

Thursday, July 01, 2010

Shopping Untuk Si Kecil

Yeay! Dah start beli barang baby dah Sabtu lepas :) Shopping kat Parkson East Coast Mall, Kuantan. Kebetulan pulak ada Baby Fair! Memang rezeki lah tu. Alhamdulillah :)

Mari kita lihat senarai barang yang perlu dibeli:

Clothes:
* Long sleeve/short sleeve/sleeveless rompers
* Sleepsuits
* Socks
* Scratch mittens
* Hats
* Receiving blankets
* Barut
* Bedung
* Drawer for clothes
* Baby laundry detergent

Feeding:
* Feeding bottles + teats
* Bottle & teat brush
* Bib
* Burp cloths
* Bottle drying rack
* Pacifier
* Rattle teether
* Nursing pillow

Bathing/Baby Care:
* Bath tub
* Safety bath mat
* Baby shampoo/bath/lotion/talcum
* Baby bedtime oil
* Diaper rash cream
* Cotton buds
* Cotton balls
* Towels
* Changing mat
* Baby wipes
* Brush & comb
* Nasal aspirator
* Baby nail clipper
* Thermometer
* Disposable diapers
* Minyak telon/Yuyi

Beddings:
* Baby cot
* Mattress (latex)
* Blankets
* Bedding sets
* Mosquito net

Travel:
* Stroller
* Car seat
* Baby-on-board sticker
* Baby sling
* Diaper bag + travel changing mat
* Head support cushion for stroller

For Mommy:
* Disposable/washable breast pads
* Nursing bras
* Nipple cream
* Maternity pads
* Nipple shields
* Massage oil
* Warm socks
* Indoor slipper
* Nursing tops
* Disposable briefs


List ni diambil dari The Pink Stilettos tapi dah tambah dan tolak mengikut keperluan sendiri. Thanks to her :D

Tapi ada gak dalam list ni rasa mcm tak sure perlu ke tak sebenarnya contohnya receiving blankets dan barang-barang di bahagian travel tuh. Pada yang berpengalaman boleh lah kasi pandangan ye. Saya rasa macam blur-blur lagi since ini ialah first pregnancy. Hehe.

Hmm..Rasa macam dah shopping banyak haritu tapi nampaknya banyaaakkkk lagi tak beli ni. Haha. Takpe-takpe shopping tu bes kan. Tapi lagi bes kalau shopping bayar pakai bulu jer takyah pakai duit hahaha :P

Ada sape-sape nak belanja? ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails