Monday, June 28, 2010

Frame Gambar Kawen

Saya nak hias rumah, jadi saya ingat nak framekan besar-besar salah satu gambar kat bawah ni. Korang rasa mana satu yang paling seswai ek? Tolong saya decide~ :D











Tuesday, June 22, 2010

Riuh Sekampung!

Ahad malam Isnin, Fiffy ajak dinner rumah dia kat Dungun. Sebab Aimi datang Paka dari KL. Sepatutnya Jep & Ehsan dan Jakas datang sekali tapi tak dapat hadir.

Walaupun hujan lebat gila on the way pergi rumah Fiffy, tapi saya dan Encik Gajah gagahi jua demi makan free! Haha. Tipu je. Nak jumpa Aimi sebenarnya. Aimi sila terharu :P

Aimi ni havoc orangnya. Kalau tak caye sila tengok blog dia. Ada macam-macam cerita lawak sepanjang dia jadi stewardess MAS. Fiffy pun lebey kurang jugak. Sebab tu malam tu perut saya rasa cramp jap sebab banyak gelak ngan diorang.


Tuan rumah - Fiffy & Leman


Aimi, Fiffy, nadxoxo
mewakili orang yang dah tunang, dah kawen, dan dah nak beranak :P


Encik Gajah dan isteri ;)


Takut tak??


Peace semua!


Gossip penuh sopan santun


Sodap! Konyang den makan!


Bermanja-manja sebelum pulang :D

Lepak sampai kat kul 12 jugak la. Haha. Terima kasih Fiffy! Lain kali boleh ajak lagi ;)


P/S: Baju ni la yg saya beli kat Chic Shawl. Saya dah penah cite kat entry ni. First time pakai nih :D

Monday, June 21, 2010

Saya Sedang Menyusu

Harini kandungan saya dah masuk 6 bulan. Alhamdulillah.

Ini gambar saya sedang menyusukan sepupu Encik Gajah yang berusia 9 bulan.


Amacam? Ada gaya seorang ibu tak? Hehe.

Friday, June 18, 2010

Tetamu Istimewa Saya

Malam semalam saya ada tetamu istimewa :)


Happy nya saya tak terkata dapat jumpa Baby Arshad dan Ummi & Abi nya. 3 hari lagi usia Baby Arshad 3 bulan. Rambut sekarang dah cacak-cacak. Hehe. Baby Arshad ni anak best friend saya, Ina :D

Diorang on the way ke Putrajaya dari KT, so singgah makan malam n solat di rumah saya~


Baby Arshad baru lepas tukar baju tidur


Baby Arshad dan Ummi nya


Baby Arshad takmo tengok kamera la. Ish3. Tapi kita sama-sama bam-bam kan Arshad? Hehe


Aunty Nurul, Ummi Arshad dan Baby Arshad

Thursday, June 17, 2010

Dah Minum Air Gula Dah

First of all nak bagitahu yang ini ialah entry yang ke 301! :D

Okeh semalam dah pergi minum air gula. Pada yang tak tahu, ini ialah procedure untuk menentukan ada diabetes atau tidak. Nama gelemer dia ialah MOGTT.

Setahu saya, ada beberapa sebab yang menyebabkan kena minum air gula ni. Pertama, berat naik mendadak semasa pregnant dalam masa yang singkat. Ini kes saya lah ni. Uhuk2. Kedua, untuk pregnant woman jugak, if ada genetic diabetes. Dan ketiga, pregnant di usia 35 tahun ke atas. Kalau salah tolong betulkan ;)

Apa yang kita kena buat? Before minum air gula, malam sebelum tu bermula 12 tengah malam kena puasa sampailah esok pagi masa gi klinik tu. Tak boleh makan atau minum air yang manis. Air masak je boleh minum.

Sewaktu di klinik, mula-mula nurse akan ambil darah. Lepas tu kena minum air gula. Air gula tu lebih kurang 3/4 gelas macam kat kedai makan tu. Diorang kasi jugak air masak dalam gelas lain, 1/4 je dari satu gelas yang kecik macam gelas budak tadika kot.

Rasa air gula semestinya manis, dah nama pun gula kan. Hehe. Tapi amat manis. Saya bayangkan air gula yang pekat, tapi bila minum sbenanye takdelah sepekat yang saya bayangkan. Tapi memang manis sangat, sampaikan bila selang seli dengan air masak yang dia kasi tu, rasa air masak tu macam masin je. Haha. Saya minum sikit-sikit sebab takut termuntah kalau minum laju-laju. Kalau muntah kena minum lagi. Lagi naya.

Then kena tunggu sejam setengah sebelum dia ambil darah kali kedua. Masa menunggu tu tak boleh merayau-rayau. Kena duk diam-diam je. Nasib baik saya bawak buku. Jadi peneman untuk mengelak bosan. Result akan keluar around 2 weeks.

Harap-harap saya takde diabetes. Takutnya tunggu result nih..

Wednesday, June 16, 2010

Nak Pergi Minum Air Gula

Salam. Morning :)

Harini saya bangun awal sebab saya kena pergi minum air gula kat klinik. Baby dah kejut saya awal-awal dah suruh saya bangun sembahyang Subuh lepas tu leh siap-siap gi klinik. Appointment kul 8, kena ada kat sana kul 7:50. Klinik 5 minit je dari rumah :D

Rajin sungguh baby saya ni. Dah lah tidur pun lambat malam semalam. Lagi saya nak tidur, lagi lah saya merasa kaki dan lutut dia. Ish ish ish. Tapi takpe saya suka :D Terima kasih baby :)

Oh semalam saya gi klinik untuk timbang berat. Saya naik 1 kg je for the past 2 weeks. Tapi kena minum air gula jugak :( Sebab nurse cakap total weight gain saya melebihi 6 kg iaitu 9 kg dah. Sedih sangat sebab saya jaga makan sangat sampai agak stress untuk 2 minggu lepas. Rasa kesian kat diri sendiri n baby pun ada jugak :(

Saya tak puas hati lah jugak sebenarnya sebab semalam tetiba diorang cakap saya kena naik 1 kg je sebulan. Masa saya 4 bulan saya naik 2 kg takde plak cakap pape. Grrr..

Tapi takpelah. Saya just fikir diorang concern sebab tu lah kena check if ada diabetes ke tak. Just fikir ni as a normal procedure je. Untuk diorang bantu saya jugak kan if ada pape.

Ok lah nak siap-siap. Ganbatte untuk diri sendiri!!

Monday, June 14, 2010

Orang Lain Kahwin, Orang Lain Yang Penat

Salam semua. Weekend baru ni saya spend kat belah mentua di Bangi. Tapi saya dan Encik Gajah tak berada di Bangi all the time sebab hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad semuanya ada kenduri di Shah Alam dan Selayang. Sepupu Encik Gajah kahwin. Ada 2 pasang pengantin.

Semalam baru sampai Kerteh jam 12 tengah malam. Penat sangat sebab lepas je majlis sanding kami terus bertolak balik. Harini saya tak qada' tidur lagi.

Gambar orang penat (dan bulat):


Take one


Take two


Take three
22 weeks 5 days pregnant


Update:

Kalau berkenan ngan baju ni atau seumpamanya, leh la shopping kat puteri-fashion-korean.blogspot.com :)


Dah jom tidoq!

Thursday, June 10, 2010

Sebelum dan Selepas


Sebelum


Selepas

;)

Hehe. Elok je model kat atas tu slim bukan main tetibe saya yang buncet pakai. Jangan marah aa~ :P Masa ni 21 weeks 6 days pregnant.

Boleh lawati cutekoreanstyle.blogspot.com jika berminat dengan long dress ni. Item ni masih available lagi buat masa ni :D Kat situ ada banyak lagi baju comel-comel tau!

Korean style blogshop yang lain: thelongsleevecloset.blogspot.com dan puteri-fashion.blogspot.com. Selamat shopping! :D

Wednesday, June 09, 2010

Sarung Bantal Comel-comel!


Meleleh ayaq liuq tengok cushion covers comel-comel macam ni tau! Nak-nak yang kat Etsy tuh!

Ada sesiapa tau nak shopping cushion covers mcm ni kat mana? Hehe. Saya baru jer survey kat Kamdar je. Yelah, kat Mesra Mall ada Kamdar je pun kedai fabrik :P Ada gak la 1-2 yang berkenan di hati, murah pulak tu. Tapi belum beli lagi ;)

Tuesday, June 08, 2010

Ruang Tamu Idaman

Rumah sewa saya dan Encik Gajah di Kerteh ni pada asalnya fully-furnished, since tuan rumah pindah Sudan 2 tahun lalu. Kami start duduk sini tgh bulan 12 haritu. Tapi dalam sebulan lepas dia dan family dah balik Malaysia, kena kerja kat Miri pulak.

Jadi Khamis lepas diorang datang ambil barang-barang diorang kat rumah ni sampai kosong rumah. Tinggal barang yang tak boleh nak angkut je seperti almari buku yang penuh dengan buku dan set bilik tidur diorang yang dah 10 tahun usianya. Yelah barang lama kan, kalau dibawa ke sana ke mari nanti rosak pulak dia. Hehe.

Since rumah dah agak kosong, suka lah hati kami berdua sebab dah boleh decorate rumah ni sendiri. Sebelum ni barang tuan rumah banyak, nak tukar-tukar position perabot pun ruang agak terhad. Jadi kami just berpuas hati dengan kedudukan asal perabot aje which kami takdela suka sangat sebab rasa macam suram sikit rumah ni. Duduk 2 orang je pulak tu kan, rasa cuak la jugak masa mula-mula masuk. Lama-lama dah biasa :)

So saya ni yang sudah excited mahu decorate rumah ni mencarilah inspirasi untuk menghias rumah. Masuk harini dah 5 hari saya duk surfing pasal home deco je. Haha. So kat bawah ni ialah antara ruang tamu yang saya suka:


Amacam, ada yang macam korang suka jugak tak? :D

Basically, saya suka ruang tamu yang:

1. Banyak tingkap
2. Banyak warna putih. Warna feveret saya :D
3. Diserikan lagi dengan warna-warna ceria/lembut
4. Mesti ada karpet yang selesa. Kalau tak duduk atas sofa leh golek-golek atas karpet pulak~
5. Kat sofa ada bantal-bantal kecik yang agak penuh sofa hehe
6. Hiasan dinding yang simple tapi comel

Kesimpulannya korang leh kaitkan ruang tamu kesukaan saya dengan design blog nih. Banyak warna putih, simple, dan ada warna2 ceria untuk menaikkan seri hehe.

So korang suka ruang tamu yang macam mana pulak? ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails