Tuesday, May 25, 2010

Baby Bump at 20 Weeks


20 minggu :)

Alhamdulillah, sudah 20 minggu rupanya usia kandungan. Perut pun dah obvious kebuncitannya. Lagi 20 minggu untuk dilalui, lepas tu insyaAllah dapat jumpa baby yang suka main kickboxing dalam perut sekarang nih. Sampai terbonjol-bonjol perutku hehe. Tapi kalau baby duk senyap je saya pulak yang risau. Kickboxing lah selalu ye baby! Ummi suke! Hehe.

Semalam masa scan, tak confirm lagi jantina. Next time kot~ Tapi sebelum gi scan tuh Encik Gajah yang excited duk tanya-tanya saya,

'Kali ni kalau scan dah boleh tahu baby perempuan ke lelaki, kan?', sambil muka sengih-sengih. Hehe.

Baguslah dia excited. Saya excited jugak tapi takmau excited sangat kang saya yang terlebih sedih kalau tak dapat tahu nanti. Macam kejadian sonogram machine rosak haritu. Sedey sangat~ Tapi tengok sekarang, saya rilek je walaupun belum dapat tahu jantina baby. Hehe. Asalkan baby sihat walafiat :)

Baby membesar dengan normal, Alhamdulillah. Cuma gambar scan tu hanya menunjukkan kepala baby je. Tak payah la saya letak sini kot. Nak letak gambar mak baby mata panda ada lah.


Malam semalam, baru balik dari klinik lepas scan baby :D

Monday, May 24, 2010

Pegang Baby Orang Je Dulu

Sepupu saya ni, baby Aijaz Wafry dah besar sikit. Sekarang dah 2 bulan, muka dah jadi panjang sebab selalu tidur meniarap. Mak dia kasi tidur meniarap sebab dia selalu terkejut masa tidur. Dulu kecik je masa tengok dia kat Majlis Aqiqah dia.

Gambar ni diambil Jumaat lepas masa balik Besut. Ada kenduri kesyukuran sikit. By this time berat saya dah 57 kg!! Fuh~


Empuk ya sofa Aijaz duduk ni~ Hehe.


Hiyaah! Baby Aijaz tumbuk muka sendiri. Kenapa agak-agaknya? :P

Jadi bakal-bakal ibu yang mahu anaknya muka panjang dan mengalami masalah selalu terkezut masa tidur, sila kasi baby tidur meniarap selalu ye. Hehe.

Thursday, May 20, 2010

Baby Bump at 19 Weeks & Tendangan Pertama Bayi


On my 19th week of pregnancy

Mungkin ada yang dah pernah tengok gambar ni kat facebook saya. Yang kat sebelah tu ialah Iena, dia kawan saya dan Encik Gajah sejak dari UTP lagi. Dia datang Kerteh awal minggu ni atas urusan kerja jadi kami arrange kan makan malam sama-sama kat kedai makan dekat area depan Awana Kijal since Iena stay kat situ.

Puan Iena ni pun pregnant gak, usia kandungan kurang sebulan dari saya. Tapi Encik Gajah dan Iena cakap perut Iena lagi besar dari perutku. Ah sedey. Masa ni mungkin kecik, tengok-tengok nanti besar giler baru nangis hehe :P

Untuk minggu ni tak berkesempatan ambil gambar side profile untuk memaparkan kebuncitan yang lebih clear. Next week InsyaAllah saya post ok? :)


Pertambahan Berat Badan

Setakat ni, pertambahan berat adalah seperti berikut:

Sebelum pregnant: 50 kg
2 bulan: 52 kg
3 bulan: 53 kg
4 bulan: 55 kg

Setakat ni kenaikan berat badan dalam keadaan normal saja, hopefully lepas ni pun macam tu lah, taknak lah terlebih atau terkurang. Rasanya maksimum total kenaikan badan yang normal ialah 15 kg.


Tendangan Pertama

First time saya dapat rasa tendangan baby ialah pada minggu ke-17, iaitu sewaktu menonton Adamaya. Mula-mula macam tak percaya sebab saya sangka ianya akan dirasakan lebih lambat dari tu. Tapi hati saya kuat mengatakan rasa tu sememangnya tendangan dari baby, dan bukan benda lain seperti angin atau sebagainya sebab rasa dia lain sikit dan perut saya tengah kenyang masa tu.

Lama kelamaan saya jadi yakin sebab 2-3 hari lepas tu baby aktif (pergerakan dapat dirasakan) pada waktu yang lebih kurang sama setiap hari iaitu pagi, tengahari, senja, dan menjelang tengah malam. Waktu tak aktif ialah waktu saya makan dan lepas tu mungkin sebab baby pun kekenyangan kot :P


Hiyaaahh!!

Mula-mula tu dia suka tendang bahagian bawah perut, especially di sebelah kiri. Sekarang dia suka tendang kat area pusat saya pulak. Tapi rasanya semua bahagian kat perut ni dah ditendangnya kot. Haha. Tapi saya tak rasa sakit pun. Saya boleh describe tendangan tu macam ada orang sentuh dengan jari je :) Tapi kadang kalau saya letak tangan kat perut dan masa tu baby tendang, rasa cam bergegar pun ada gak perut ni, tapi memang tak sakit la.

Perasaan memang tak tergambar. Masa ni baru lah rasa real sangat bahawa ada baby kat dalam perut :D Dan sampai hari ni, baby sangat aktif bergerak! Baby suka tendang kat tempat saya pakai ketat sikit contohnya getah seluar. Pantang ketat sikit sure dia tendang kat area situ. Padahal bukan ketat sangat pun, kang londeh pulak seluar saya. Hehe.

Tapi apa pun memang rasa bahagia sangat, kadang-kadang perasaan tu rasa macam baby dah lahir je. Contohnya macam lepas saya buat sesuatu kerja dan nak rehat, tiba-tiba saya teringat eh mana baby? Bila pikir, baru teringat yang baby kat dalam perut lagi. Hehe. Saya sendiri pun kurang paham kenapa saya jadi macam tu. Mungkin excited sangat kot :P

That's all for now. Lepas Encik Gajah balik kerja jap lagi kami akan bertolak ke Besut. Doakan perjalanan kami selamat yer :)

Wednesday, May 19, 2010

Sebelum Pregnant vs. Sewaktu Pregnant

Kali ni saya nak ceritakan tentang perbezaan yang saya lalui sebelum pregnant dan sewaktu saya pregnant ni.

1. Tabiat Membaca

Kalau sebelum ni saya malas membaca, sekarang ni sebaliknya. Novel-novel yang sebelum ni tak pernah habis (biasanya baca sekerat jer), sekarang ni dah boleh ulang balik lagi. Hehe.

Masa mula-mula start tabiat membaca ni ialah sebelum tidur masa first trimester. Masa tu sebab susah nak tidur. Jadi saya akan membaca sampai saya mengantuk. Tapi nanti apa yang saya baca akan di flashback dalam mimpi.

Dan pada waktu siang pula, saya rehat-rehat je sebab tak boleh nak buat kerja sangat. Buat satu kerja je dah mengah. Kalau push sangat nanti saya rasa nak pitam. Jadi kena selang seli dengan rehat kalau nak buat kerja lain lepas tu. Kesimpulannya saya jadi banyak rehat je. Bila surfing internet dan tengok tv pun dah jadi suatu yang bosan, aktiviti paling seswai ialah membaca :)


Tambahan pula, bila dah pregnant ni, perasaan ingin tahu sangat tinggi tentang pregnancy dan baby. Jadi, apa lagi? Membaca lah :D


Ini lah buku kegemaran saya sekarang :) Semua persoalan dan jawapan tentang pregnancy ada kat dalam buku ni

2. Mengigau

Dulu-dulu ada satu masa yang saya agak kerap mengigau, iaitu masa saya sedang praktikal. Rumet saya selalu cakap saya mengigau, tapi saya tak sedar pun :P

Tapi lepas tu takde dah sehingga lah saya pregnant ni, ada lah 2-3 kali saya mengigau dan saya ingat. Esoknya mesti saya tanya Encik Gajah untuk kompem kan. Ada sekali tu kami tengok muvi Planet 51 kat rumah. 2-3 malam lepas tu saya mengigau pasal salah satu lawak kat dalam cite tu sebab kami pun ada gurau pasal benda tu jugak.

Saya mengigau, saya gelak-gelak dan sebut pasal 'antenna'. Dalam muvi tu menceritakan pasal makhluk asing kat Planet 51 ni tetibe dikunjungi oleh manusia. Makhluk asing ni memang ada antenna setiap sorang, biasanya kat kepala. Ada sekali tu manusia tu ter-naked dan makhluk asing tu nampak manusia tu punya tuuut, dan sangkakan tu ialah antenna manusia tu lah. Diorang pelik kenapa antenna manusia tu kat situ bukan kat kepala. Hahaha. Kalau tak paham sila tengok cite tu sendiri k. Lawak jugak :D


Sememangnya sewaktu pregnant ni ialah masa emosi tidak stabil. Begitu juga apa yang kita fikirkan dalam otak kita. Sejak pregnant ni rasanya belum ada lagi tidur saya tak mimpi apa-apa. Sebab tu lah jadi tidur tak nyenyak, tambah-tambah lagi terjaga malam sebab nak terkencing masa first trimester.

Masa tu bangun pagi pun rasa lemah sangat. Jadi konpem lah tidur balik sampai kat tengahari hehe. Dahlah selalu penat kan. Jadi tidur pun memang banyak dari biasa :P Tapi bila dah masuk second trimester ni Alhamdulillah bab tidur dah takde masalah sangat. Bangun pagi pun rasa segar je, except mimpi macam-macam malam-malam tu masih ada lagi.

3. Tabiat Makan & Minum

Kalau dulu, lauk ayam masak merah ialah kegemaran saya, makan tetiap hari pun takpe. Sekarang tidak lagi! Bila bayangkan je pun rasa muak sangat. Sekarang saya suka kari, masak lemak cili padi, dan asam pedas~

Lepas tu, sekarang saya selalu terliur dengan telur. Goreng pon sodap. Kalau Mak Mentua masakkan sambal tumis telur itik, pergh, lagi sodap. Makan lauk tu satu je pun takpe. Hehe.


Minta maaf kalau perut korang berkeroncong. Hehe

Bab minum pulak, saya sekarang selalu minum susu. Sememangnya orang pregnant kena minum susu 2-3 gelas sehari, kata doktor. Dulu saya jarang sangat minum susu. Bukan tak suka tapi rasa tak penting dan rasanya takdelah sedap sangat sehingga menjadi minuman feveret, kecuali kalau perisa coklat, hehe. Tapi sekarang kena lah jadi minuman feveret. Untuk kebaikan saya dan baby kat dalam perut ni jugak :)

Bila dah selalu minum rasanya dah bertambah jadi sedap setiap hari. Biasanya saya akan makan koko crunch pagi-pagi dengan susu. Malam sebelum tidur akan minum segelas lagi. Kelebihan minum susu setiap hari yang saya dapat rasakan ialah rasa lapar berkurangan. Saya minum Dutch Lady Low-fat Milk :)


Tetiap hari jugak saya minum air orange Peel Fresh segelas sehari. Ini ialah tips untuk mendapat baby berkulit cantik :D Biasanya saya minum air ni dengan ubat tambah darah. Sebab nurse nasihatkan makan ubat tu dengan jus untuk penyerapan maksimum ke dalam badan~

4. Tabiat Memasak


Masa mula-mula pindah Kerteh, saya agak selalu la masak. Encik Gajah pun selalu tak sabar nak balik makan tengahari nak tengok saya masak apa. Hehe. Tapi sejak pregnant, saya tak berapa sehat jadi saya tak masak dah.

Bila dah bertambah sihat pada trimester kedua, saya cuba memasak kembali tapi rasanya macam tak sesedap dulu. Lidah macam rasa lain. Mungkin saya je kot yang rasa macam tu sebab saya tengok Encik Gajah sedap je makan :P Jadinya perasaan mahu memasak berkurangan dah berbanding sebelum pregnant dulu.

Tambahan pula, saya pandai masak makanan yang dulunya saya suka makan cthnya yang tumis-tumis. Now bila selera dah bertukar, susahlah bila takde skill nak masak makanan kegemaran yang baru. Rasanya kena belajar lah lepas ni masak kari, masak lemak cili padi, dan asam pedas~



Rasanya ini sahajalah yang dapat saya ceritakan buat masa sekarang. Lagipun dah panjang berjela. Haha. Kalau ada lagi saya akan buat part 2 pulak k :)

Tuesday, May 11, 2010

Saya Anak Manja

Saya bukan anak kepada Puan Manja atau Encik Manja. Saya anak Puan Salina nih:









2 hari sudah berlalunya Hari Ibu. Memang selalu teringat kat Ummi saya ni sebab baby saya asyik tendang-tendang saya sejak usia baby 17 minggu. Agaknya dulu pun saya duk tendang-tendang Ummi saya macam ni lah jugak ek. Hehe.

Selamat Hari Ibu untuk Ummi, tahun depan Selamat Hari Nenek pulak ;)

Saturday, May 08, 2010

Untuk Orang Gila Gelang














Kalau kawan-kawan berminat dengan gelang-gelang macam kat atas ni, bolehlah ke sini untuk mengetahui harga yang ditawarkan dan design-design lain yang ada :)

Kalau tak berkenan dengan design-design yang ada pun, boleh order design macam mana yang kawan-kawan nak tau! Kalau nak buat sendiri pun boleh, kat situ juga menjual 'barang-barang mentah' untuk buat gelang ni hehe.

Sekian saja iklan untuk kali ini dan selamat bershopping! :D

Tuesday, May 04, 2010

Bagaimana Saya Menghabiskan Hujung Minggu Cuti Hari Pekerja?

1. Balik kampung! Kat Kampung Raja, Besut la mana lagi ;)

2. Ke negeri jiran, iaitu Kelantan untuk menghadiri kenduri kahwin Wan Haiera, ex-schoolmate di Pasir Puteh. Tapi tak dapat bergambar dengan pengantin sebab masa tu pengantin tengah sibuk mekap dan mengejar masa untuk sanding.

Tapi dapat jumpa kawan lama, Che Azunie. Dari MRSMPC jugak :D


Lama betul tak jumpa Che ni, sejak 2002 (SPM) :D
Dan yang kembung-kembung kat perut tu bukan perut saya, tapi effect kipas angin hehe.


Bergambar di depan pelamin orang yang belum dirasmikan lagi.
Suka hati je kan :P
Yang lain-lain tu kawan-kawan Che Azunie.

2. Meneruskan perjalanan ke Kota Bharu pula untuk menghadiri kenduri kahwin ex-housemate Encik Gajah yang bernama Masri. Kenduri diadakan di apartment Pelangi Mall, tingkat 10. Bes sangat sebab wedding ni dibuat outdoor, macam party pun ada, sikit-sikit macam garden wedding :D Lepastu angin kuat giler bertiup, kata tingkat 10 hehe.


Pengantin lama bersama pengantin baru :)


Ish sape la bulat sangat ni. Sebenarnya nak amik gambar merpati dalam sangkar dan kerusi pengantin yang bunga-bunga tu. Suka tengok :D


Ini pulak anak ex-housemate Encik Gajah yang menghadiri kenduri tu jugak. Comey kan? Bulat mata dia tengok kamera. Hehe. Nama dia Farah Arianna, 11 bulan.


Hehe, tak abis lagi Arianna merenung kamera :P

3. On the way balik Besut, singgah rumah makcik di Kubang Kerian sebab nak visit sepupu saya yang baru je dapat baby :D


Baby ni berumur 44 hari :) Nama dia Nur Syauqina Mawaddah. Tu kat belakang tu mak dia :D

4. Sebelum sampai rumah, saya singgah di Alor Lintang, singgah rumah Atok belah Abah untuk menculik sepupu saya yang berusia 7 bulan. Hehe.


Hai! Nama saya Adiba Kamila, saya baru lepas dimandikan kakak buncet iaitu Puan nadxoxo.


Abang buncet ni asyik ambik gambar saya je lah. Saya baru siap pakai pampers ni. Seksi tau.


Okeh saya dah siap, kakak buncet dah pakaikan baju tidur saya. Nak tidur dah :D

Dan malam tu tidur saya tak nyenyak duk menjaga budak kecik ni. Dapat sakit pinggang pulak tuh sebab tidur atas lantai sebab nak tidur sebelah buai budak kecik ni. Haha padan muka saya. Baru tahu macam mana jaga budak ye :D

Itulah caranya saya menghabiskan cuti hujung minggu 1 Mei tahun ini. Bagaimana dengan anda?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails