Wednesday, April 28, 2010

Telur Goreng, Kicap, dan Sos Cili


Ini nama dia telur goreng


Ini pulak nama dia nasi putih dan telur goreng taruk kicap dan sos cili

Makanan di atas ialah makanan yang membuatkan saya sikiiiit lagi nak meleleh air liur di kala teringatkannya sewaktu pregnant ni. Nasib baik senang je nak sediakan. Bukan takat senang je tapi tersangat amat senang. Hehe.

Korang tengok mungkin tak terliur kot tapi bukan saya :P

Orang pregnant ni memang pelik kan? Haha.

Sunday, April 25, 2010

Rekod Kesihatan Ibu

Sewaktu kandungan berusia 14 minggu, saya ke Klinik Kesihatan Kerteh untuk mendaftarkan pregnancy saya. Saya rasa macam agak lambat tapi sebab masa tu baru ada kesempatan untuk pergi mendaftar, lambat pun lambat lah.

Lagipun sebenarnya saya dah kali ketiga pergi ke sana. Kali pertama saya pergi, masa tu dah pukul 4:30 petang jadi dah lambat sangat nak daftar (klinik tutup pukul 5 petang). Nurse kat situ bagitahu, bila mendaftar kena ambil darah semua jadi lama lah jugak procedure untuk mendaftar sebenarnya, bukan sekadar isi borang je. (Saya ingat isi borang je hehe). So kena lah balik rumah dengan kuciwa.

Kali kedua pulak, saya pergi hari Khamis. Hari Khamis, kaunter pendaftaran untuk pregnancy tidak dibuka lah pulak. (Saya tak sure kalau kat Klinik Kesihatan kawasan lain). Hari Khamis untuk orang-orang yang buat appointment sahaja. Jadi pergi kali ketiga ni barulah dapat mendaftar.

Moral of the story - jangan pergi lambat sangat atau pergi Hari Khamis, ya! :D


Yang ni lah yang orang duk selalu panggil 'kad merah/pink' ni. Tapi bukan macam kad sangat pun sebab dia ada banyak pages, lebih macam buku, bukan sekeping macam kad :D Rekod Kesihatan Ibu ni hanya dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan a.k.a Klinik Kerajaan sahaja.

Kat dalam ni ada rekod pregnancy yang lepas termasuklah yang keguguran. Selain itu ada rekod perubatan, imunisasi, dan masalah perubatan keluarga.

Apa Yang Berlaku?

Setelah nurse meng-interview saya tentang maklumat tersebut, mereka meminta kebenaran untuk mengambil darah saya sebanyak 10ml. Ia adalah untuk tujuan ante natal screening (untuk mengetahui jika ada masalah rhesus, HIV, etc.). Saya kena tandatangan borang kebenaran untuk menyatakan persetujuan. Lepas tu darah saya pun disedut sebanyak 10ml~

Lepas tu berat saya ditimbang dan tekanan darah diambil. Kena buang air kecil kat satu stick tu untuk mengetahui air kencing saya mengandungi gula atau protein.

Lepas tu nurse memberi sesi kaunseling kepada saya tentang topik-topik pendidikan kesihatan. Antaranya ialah cara-cara yang betul pengambilan vitamin, aktiviti intim dengan suami ketika hamil, penjagaan payudara, dan kepentingan datang awal ke klinik.

Nurse bagitahu, sebaik-baiknya hendaklah mendaftarkan kandungan anda sebelum selewat-lewatnya ketika kandungan berusia 12 minggu. Lagi cepat lagi bagus!

Nak Pergi Daftar?

Untuk mendaftar, dokumen yang diperlukan ialah:

-Kad pengenalan isteri
-Kad pengenalan suami
-Gambar scan baby
-Surat perakuan nikah


Surat nikah yang dikeluarkan di Negeri Terengganu

Tapi kadang-kadang ada tempat yang tak minta pun dokumen ni, just kena isi borang sahaja. Tapi kalau nak safe silalah bawa, tak rugi pun :)

Pada yang belum mendaftarkan lagi pregnancy, sila lah buat secepat mungkin di Klinik Kesihatan yang berdekatan dengan tempat tinggal anda :)

Lepas dah dapat Rekod Kesihatan Ibu tu, sila lah bawa ke mana-mana sahaja anda pergi seperti anda membawa kad pengenalan anda, ya! Mana lah tahu kalau ada emergency, senang :)

Sekian laporan saya untuk kali ini, semoga bakal-bakal ibu especially first-timer macam saya ni mendapat manfaat dari entry ini :)

Wednesday, April 21, 2010

nadxoxo Ketika Kecil Part 4

Ini ialah sambungan siri nadxoxo Ketika Kecil. Dah lama tak sambung :P

Sila klik Part 1, Part 2, dan Part 3 jika mahu :D

Kali ni gambar saya dalam range umur 3-4 tahun. Main agak-agak je ni :D


Ada bau wangi tak? Tak wangi pun?
Penat tau lepas mandi rajin tempek bedak kat bawah leher lagi you. Haha.


Berdiri tegak!! Tutup mulut nanti lalat masuk!!


Aww bergaya dengan basikal baru, warna kuning lagi.
Yang penting kenalah maintain ayu, pakai baju kurung nak merempit!
Merempit dengan roda tambahan -_-"


Encik Gajah cakap "Ganaznya muka!!" bila tengok gambar ni.
Laa, ingatkan dia nak cakap kiut. Haha.


Hurm seronok pulak tengok gambar masa kecik-kecik ni especially masa pregnant ni. Wonder if my daughter will look like this nanti :D

Tuesday, April 20, 2010

Gambar Scan Baby: 12 Minggu

Scan kali ni ialah yang kali kedua. Berbanding dengan scan pertama dulu, dah boleh nampak baby dengan lebih clear berbanding masa pertama kali scan yang nampak bulat je. Masa tu heartbeat pun nampak tak nampak je :D

Tapi kali ni, nampak heartbeat baby sangat clear, dan sangatlah laju! Bila saya cakap kat doktor "Wah lajunya heartbeat baby, doktor!". Doktor kata, "Normal lah ni, 120 degupan per saat". Naseb baik mulut tak ternganga masa tu hehe.

Seperti yang saya bagitahu di entry sebelum ni, baby sangatlah aktif. Mula-mula nampak bahagian depan baby, sekejap dia dah pusing membelakangi kami. Masa tu nampak tulang belakang dia. Tangan kaki duk sibuk gerak-gerak. Aktif sungguh baby ni. Masa tu rasa lega dan bersyukur sangat!

Masa scan tu ialah selepas makan makan malam hidangan nasi goreng daging merah. Adakah makan daging membuatkan baby aktif sangat? Kalau ada sape-sape tahu tolong jawab ek :)

Doktor struggle jugak nak ambil gambar baby yang proper, satu sebab dia duk gerak-gerak, satu lagi sebab uri besar jadi dia cover baby. Doktor nak ukur saiz kepala untuk confirmkan usia baby pun susah jadinya.

Jadi gambar yang kat bawah ni jelah yang dapat diambil. Gambar ni saya dah crop supaya nampak lebih clear:


Tak paham? Hehe. Sila tengok gambar bawah ni pulak.


Yang bulat biru tu kepala dia, dan yang merah ialah tangan dia.

Sila bayangkan dia duk lambai-lambai kat kitorang masa tu hehe :P

Ada la sedikit kecewa sebab tak dapat hard copy gambar baby keseluruhan tapi takpe, yang penting saya dah nampak dia gerak-gerak tu kira dah Alhamdulillah dah :D

Doktor suruh saya datang sebulan selepas scan tu untuk dapat gambar lebih clear. Sebab doktor cakap, masa tu baby dah lebih besar dari uri sebab uri tak membesar dah. Harap-harap macam tu lah :)

Next scan will be next week! Tak sabar rasanya nak tengok baby lagi!

Monday, April 19, 2010

Baby Bump at 15 Weeks

Alhamdulillah, hari ini usia baby dalam kandungan sudah 15 minggu :)

Ini gambar kebuncetan malam semalam:


Wahh nampak cam besar kan kalau pegang perut macam ni? Hehe. Padahal orang yang nak tengok sangat perut saya ni (kalau pakai proper) mesti kuciwa sebab nampak macam tak pregnant pun :D


15-week fetus
Source: www.i-am-pregnant.com


Dan saiznya lebih kurang buah oren ni :D
Source: www.the-bump.com

Lebih kurang macam ni lah keadaan baby saya kat dalam perut ni agaknya :D

Sejak last week sampai sekarang saya ada rasa kadang-kadang macam sakit kat ari-ari tapi tak macam period pain. Dia macam memulas kot, saya pun tak reti nak describe macam mana. Tapi sekejap-sekejap je rasa tu datang dan takdelah kerap mana pun.

Tapi kalau rasa tu datang, saya selalu bayangkan baby tengah gerak-gerak pusing-pusing bergimnastik hehe :D Sebab masa baby 12 weeks haritu saya scan baby, dia sangatlah aktif pusing sana pusing sini sampai susah nak ambil gambar. Ikut genetik siapa lah agaknya :P Next entry saya letak gambar scan tu k :)

Bye for now :)

Sunday, April 18, 2010

Blog Berwajah Baru

Background

Yeay! Blog Puan nadxoxo ini sudah ber-background baru!


Background lama yang banyak love-love


Background lama yang lebih keibuan :D

Credits kat I Love My Blog Makeover website yang men-design bakcground yang cantek ni :)

Links

Selain dari background baru, saya juga telah mengalihkan links kawan-kawan kat page baru. Boleh klik 'Link Kawan-kawan' kat bawah header tu ye :D Ini supaya blog ini tak nampak crowded sangat dengan macam-macam benda kat column sebelah kanan ni, dan dengan itu akan mempercepatkan loading time.

Lagu Feveret

Korang juga boleh dengar lagu feveret saya iaitu dengan play lagu yang saya letak bawah pages yang saya baru tambah tadi tu. Tapi saya letak satu lagu jela dalam satu-satu masa.

Buat masa ni saya letak lagu I Will Always Love You by Connie Talbot. Encik Gajah yang perkenalkan saya dengan lagu comel ni. Kalau saya call dia, nanti lagu ni berkumandang la kat henpon dia tu. Hehe.

Jangan risau, lagu ni tak auto play supaya korang tak sakit hati. Haha. Kalau nak dengar baru tekan play ok? :D

Sekian, itu saja bebelan makcik nadxoxo buat masa ni. Lain kali mai lagi kalau nak baca bebelanku lagi :P

Wednesday, April 07, 2010

Pesen Orang Pregnant

'Pesen' dalam bahasa melayu pasar boleh diertikan sebagai, pertama; fesyen ataupun kedua; ragam, betul tak? :D

Sejak akhir-akhir ni kalau nak keluar rumah mesti resah gelisah sebab tak tahu nak pakai baju apa. Yang banyak pun sendat-sendat dan singkat-singkat :( Semua tu baju sebelum kahwin, dah lama dah tak pakai.

Yang tak masuk kumpulan itu ada lah dalam 6 helai. Yang tu semuanya sopan punya baju seswai ngan imej isteri dan perempuan mengandung. Tapi bila dah pusing-pusing pakai 6 helai baju tu jugak, pada suatu hari dengan moody-nya saya berkata kat Encik Gajah, 'Takde baju nak pakai lah nak pakai!' Ni ayat normal orang perempuan nih. Hehe.


Pastu masa tu jugak la Encik Gajah pergi ambil baju-baju saya yang sebelum kahwin tu. 'Ni banyak baju?' katanya sambil hulur baju-baju tu kat saya. Saya pun explain la kat dia, sejak kahwin saya tak pakai baju-baju tu dah, insaf~ Then baru lah dia paham, lepas tu dia pujuk saya nak gi beli baju baru. Adegan ni berlaku masa tu nak pergi makan kat Secret Recipe sebab saya mengidam Thai Style Fried Rice :D

Bila dah sampai kedai, masa tunggu makanan siap, rasa sebak secara tiba-tiba mengenangkan tiada baju yang nak dipakai jalan-jalan. Jalan cepat-cepat pergi toilet sebelum orang nampak saya menangis. Nasib baik toilet dekat je. Inilah pesen (ragam) orang pregnant, tetibe je emo atas sebab-sebab yang tak munasabah. Haha. Dah puas nangis dalam toilet, hepi pulak lepas dah dapat makan makanan idaman. Ish ish ish, macam-macam~

Bercakap pasal fesyen pulak, semalam saya dah beli secara online baju ni:


Credits: Chic Shawl

Comey tak? Model tu pakai sungguh comey. Encik Gajah pun approve :D (Sebenarnya tunjuk kat dia lepas dh buat payment haha). Wee~ Harap-harap muat la perut buncit saya bila pakai baju ni hehe.

Oh ingat tak baju yang saya pakai masa last day kat Satyam dan konon buat outdoor photoshoot tu? Baju tu macam baju pregnant kan? Tapi sebenarnya agak kecil di bahagian perut. Mungkin sampai 5 bulan boleh kot pakai. Lepastu pulak kena pakai seluar. Saya kalau boleh taknak pakai seluar memandangkan perut membesar :D

Banyak pulak membebel kali ni. Harap korang tak bosan sebab banyak sangat perkataan. Jadi saya sajikan dengan gambar-gambar 'baju pregnant' masa last day kat saytam tuh hehe.


Perut masih kempis sebab masa ni belum pregnant lagi :P


Eh yang ni tak nampak baju pun :P


Baju ni kena pakai inner~

Ok dah tu je. Tata~ :)

Tuesday, April 06, 2010

Gambar Scan Baby: 8 Minggu 6 Hari

Walaupun tak berapa nampak, tapi nak tunjuk jugak gambar baby ni :P Masa ni 8 weeks 6 days, first time scan :D


8 weeks 6 days in my womb :)

Yang bulat besar tu keseluruhan kandungan, diisi dengan air ketuban. Yang bulat kecil tu barulah baby saya :D Kecik je kan? Baru 2 cm besar dia masa ni. Heartbeat pun saya nampak tak nampak je masa doktor tunjuk kat skrin. Encik Gajah je yang nampak.

Lebih kurang besar ni lah baby saya:

Picture credits: www.thebump.com

Next time saya tunjuk gambar scan masa minggu ke-12 pulak k! :D

Monday, April 05, 2010

Majlis Pertunangan Fioxoxo

Masih ingat lagi entri nadxoxo vs. fioxoxo? Haha. Haritu saya pergi majlis pertunangan dia di Kemaman :D


Saya mata panda dan Cik Iqa bermekap sungguh ayu!


Anak dara Wan Iskandar yang cun-cun

Tahniah Cik Iqa! Ai lap yu eventhough u are engaged with Pak Supir now. Oh lupa nak bagitau bahawa tunangan Cik Iqa tu saya panggil dia Pak Supir atas sebab-sebab tertentu hehe :D Tunang gak akhirnya mereka yang comel ini setelah berpeleseran berpacaran selama 7 tahun :D

Rumah Cik Iqa sungguh cantik menawan hatiku tapi tak ambil gambar sebab takut dikatakan stalker pula. Hantaran juga kelihatan sweet semuanya sebab pakai kotak english style. Doorgift pun sepesen ngan hantaran dan saya sungguh gumbira sebab dapat gak satu kat saya hehe. Lepas tu pulak makcik-makcik Cik Iqa kasi bekal 6 bijik epal hijau dan beberapa jenis kuih lagi untuk saya bawak balik. Haha.

Para tetamu dijamu dengan nasi dagang dan laksa penang tapi saya makan nasi dagang je sebab baru je makan laksa penang petang tu kat tepi pantai Paka :D Perut saya sungguh hepi hari itu sebab dijamu dengan makanan yang bukan selalu jumpa hehe.

Nak tengok gambar masa dia nak mencecah 25 tahun (mestilah gambar saya pun ada haha) sila lihat entri ini :D

Thursday, April 01, 2010

Ini Membuatkan Saya Makan Banyak!

Lepas je balik dari kampung hujung tu untuk ambil surat nikah, 3 hari lepas tu iaitu hari Selasa - Ummi, Abah, Zarin, Anas, Kak Chik, Nenek, Ayahsu dan Che Su pulak datang rumah kami di Kerteh.

Diorang bawak sangat banyak makanan. Dari Roti Paung yang saya teringin sangat nak makan, jagung rebus, puah pauh (mangga), karipap segera, roti goreng segera, dan macam-macam lagi~

Tapi yang paling best ialah Ummi masakkan Singgang Ikan dari Besut dan bawak ke rumah saya bersama budu! :P

Jadi, inilah makan malam kami malam tu:


Ada 10 pinggan nasi di situ :D


Budu + lada + perah asam limau, dan kat belakang tu petai yang disalai!


Ikan bakar beli kat Labuhan (dekat rumah) dan Singgang Ikan Ummi! :D


Perut sangat buncit malam tu sebab makan banyak. Dahlah duduk bersila/bersimpuh kat lantai membuatkan susah makanan nak masuk perut saya since banyak angin dalam perut sebab pregnant kan, tapi itu tidak menghalang saya untuk makan banyak! :P

Then hari Jumaat saya start sakit tekak dan selesema. Bila bagitahu Ummi, Ummi cakap sebab makan banyak budu lah tu :P Sapa lah tak selera kalau dihidangkan makanan sedap-sedap macam tu, pulak tu makan ramai-ramai dengan family, tentulah besar selera jadinya kan :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails