Saturday, March 27, 2010

Baby Bump at 11 weeks


Ini kebuncitan saya pada minggu ke-11 kehamilan.
Gambar diambil selepas makan malam :P

Saya duk fikir, adakah terlalu awal untuk saya sebuncit ini? Atau macam orang lain gak? Sebenarnya masih boleh sorok perut kalau keluar jalan. Tapi kalau pakai jeans dah tak perlu belt dah, macam yang saya mention kat facebook saya :P

Apa-apa pun, saya tetap ada kawan, sebab 'kawan' saya ni pun buncit gak :D


'Baby bump' Encik Gajah :P

Friday, March 26, 2010

My Bestfriend is now a Mommy :)

Tahu tak, saya rasa banyak gak cerita tentang kawan baik saya, Ina kat blog ni. Eh bila fikirkan balik tak lah banyak tapi every step penting yg dia lalui dalam hidup dia, saya cerita kat blog ni. Hehe.

Dari dia first time berpacaran (dia ni susah nak tekel tau! haha), bertunang, kahwin, and now, she's already a mommy to this cute baby boy!


Baby Aliff Arsyad

Baby dilahirkan pada 20 Mac lepas pada jam 10:10 pagi :)

Sonoknya ^^. Tak sabar nak jumpa Ina n baby! Tapi tak sempat nak jumpa dalam masa terdekat sebab sekarang Ina kat Besut dan esok plak akan ke Perak sebab parents Ina kat sana. Bulan Mei nanti baru ada kat Besut balik so Mei nanti lah baru dapat jumpa pun.

Tak sabar nak jumpa! Dah beli hadiah dah kat baby Ina hehe :D Ina pun cakap tak sabar nak tengok perut saya bila jumpa nanti hehe :P

Thursday, March 25, 2010

Ibu, Anak, dan Menantu

Ibu-ibu bapak-bapak siapa yang mahu bantu, tolong aku, aku yang tengah malu..ah diam lah. Penangan Hamis Jalika.

Cuti-cuti skolah mesti ramai yang kawin kan. Ni gambar yang diambil pada Sabtu, 13 Mac haritu, lepas gi kenduri kahwin anak sepupu Ummi kat Gong Bayor.


Ibu mentuaku punya menantu dengan anaknya


Ibuku dan anaknya

Baju kurung pinjam Kak Ngah punya, tudung pinjam Ummi punya. Dalam-dalam semua saya punya.

Bila tengok balik gambar ni, ah~ besnya kalau dapat balik kampung hari-hari kan. Lama-lama duk rumah ni sorang-sorang rasa bosan dan lemas pun ada jugak. Hurm tak seronok lah entri ni. Banyak komplen.

Ni kes hormon lah ni. Hormon gak yang salah kan. Mana leh salahkan diri sendiri kan. Hormon mana datang? Dari mengandung. Sebab ada baby. Baby mana datang. Ha, Encik Gajah gak salah kan.

Ok bye.

Saturday, March 13, 2010

Balik Kampung Ambil Surat Nikah

Malam Jumaat lepas, saya dan Encik Gajah dan adik saya yang belajar kat UiTM Dungun balik kampung sama-sama ke Besut. Antara tujuan balik kampung ialah nak ambil Surat Nikah kami.

Ummi pun tak perasan bila surat nikah tu sampai rumah sebenarnya. Tahu-tahu je ada kat rumah dah bila saya tanya pasal surat nikah tu sebab kalau nak register pregnancy kat Klinik Kerajaan dan dapatkan kad rekod pregnancy, mestilah ada IC saya, suami, dan surat nikah yang ori.

Kami sampai kampung jam 2 pagi. Saya yang penat terlebih-lebih walaupun saya co-driver je :P

Lepas dah tidur sepuas-puasnya, pagi Jumaat tu kami sekeluarga ke rumah Chubah (ayah Abah) yang 10 minit dari rumah. Ada Majlis Aqiqah untuk sepupu saya yang baru lahir seminggu yang lalu, yang diberi nama Muhammad Aijaz Wafry.

Sebelum bertolak, amik gambar kat laman rumah jap :D


Saya yang 2 bulan pregnant bersama Encik Gajah yang 4 bulan pregnant


Kat traffic light sempat lagi ambil gambar. Eh eh keciiikk yang kat kat belakang tu :P


Ok sekarang lebih clear. Eh ke lebih kurang je -_-"


Sesampai je rumah Chubah, gi serang baby.



Ala nak nanges lak dia.


Ok dah tidur balik dah. Phew~


Alolo~ lapar ke baby? Maaf Kak Yo takde susu :P

Gambar masa majlis aqiqah tak dirakamkan sebab saya datang waktu makan je. Haha.

Jam 3 petang, saya pergi kenduri kahwin kawan sekolah rendah saya yang satu kampung dengan saya. Tahniah Mariam & Almin. Gambar takde sebab tak bawak dslr. Semoga cepat masuk kelab mummy-to-be :D

Jam 5:30 petang, saya pergi Kuala Besut mencari otak-otak yang saya mengidam tapi semua kedai dah habis :( Terpaksa berpuas hati dengan kopok lekor je. Satar ada dibeli tapi saya tak lalu nak makan.

Itu sajalah report saya untuk hari semalam :D

Tuesday, March 09, 2010

5 Bulan Dah Kahwin

Selamat Ulangbulan ke-5, Encik Gajah!!


Sape lah yang bulat sangat ni? -_-"

Ni gambar masa honeymoon kat KK. Kat Pantai Tanjung Aru, menunggu sunset :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails