Wednesday, February 24, 2010

Anda Bimbang Dengan Prestasi Akademik Anak Anda?

Adakah anda bimbang dengan prestasi akademik anak-anak anda?

Adakah mereka cukup bersedia untuk menghadapi peperiksaan?

Adakah mereka lebih cenderung bermain computer games berbanding belajar?



Anda risau? :(




Anda tak perlu risau lagi kerana saya ada penyelesaiannya! :)




Murah dan jimat.

Terbukti berkesan. Mempunyai testimonial selama 8 tahun berturut-turut.

Menerima banyak penghargaan dari sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

Telah diiktiraf dan dirasmikan oleh lebih dari 5 Menteri di Malaysia.

Lebih mudah untuk memantau prestasi akademik anak-anak walaupun anda sedang bekerja.



Anda boleh senyum sekarang :)


Hubungi saya:
Nadiah
012-229 5680
Yahoo! Messenger ID: n_nadiah
E-mail: n_nadiah@yahoo.com


P/S: Kakak-kakak dan abang-abang yang risaukan adik-adiknya pun boleh contact saya :D

Monday, February 22, 2010

First Time Tengok Baby

..sambungan dari entry lepas.

That weekend kami balik Besut. Cerita hepi - akhirnya dapat gak makan nasi minyak yang kuteringat2 sewaktu tidur malam tu :P Nasi minyak ni senang je nak cari kat sana sebab ia biasa dimakan sewaktu breakfast, takyah tunggu orang kawen. Hehe.


Nyam nyam! :D

On the other hand, sejak disahkan pregnant, angin dalam badan ni sangat banyak. Lebih banyak dari kebiasaan, seiringan dengan sakit kat ulu hati atau omputih panggil heartburn. Hehe. Ianya semakin teruk pada minggu yang saya balik kampung ni.

Lepastu pulak, rasa sakit kat ari-ari tak hilang-hilang. Rasa dia macam nak period tapi takdelah sakit sangat-sangat cuma ianya sakit yang berpanjangan macam tak berhenti. Memang tak selesa dan agak menakutkan walaupun takde bleeding.


:'(

Lepas balik Kerteh semula, pagi Ahad tu instead of going to work, Encik Gajah bawak saya ke sebuah klinik keluarga di Dungun iaitu Klinik Raihan atas recommendation kawan rapat saya, dia cakap klinik tu best.


Memang best pun. Walaupun kena tunggu lama untuk jumpa doktor, tapi berbaloi sebab penerangan doktor senang untuk difahami lebih-lebih lagi untuk Encik Gajah yang tak tahu langsung pasal pregnancy. Hehe.

Masa tu lah kami dapat tengok baby kami apabila di scan. Doktor ajak Encik Gajah tengok sekali gambar baby. Waktu tu baru je 4 minggu 6 hari pregnant :P Jadi nampak macam benih kacang hijau je. Keciiiiik sangat tapi mak bapak baby sangat excited di dalam hati. Hehe.


5 minggu di dalam kandungan. Keciiik sangat :D

Ini penerangan doktor pasal sakit-sakit saya:

1. Sakit kat ari-ari: Doktor kata, sebelum ni uterus kosong, sekarang ada baby jadi sedikit sebanyak akan rasa juga perbezaannya, walaupun ianya masih sangat kecil.

2. Sakit kat ulu hati: Doktor kata, dulu keperluan makan adalah untuk seorang, sekarang keperluan dah jadi double. Asid dirembeskan untuk mencernakan makanan dalam perut 2 kali lebih banyak berbanding sewaktu single dulu hehe tapi bila asid keluar, takde pulak makanan untuk dicernakan. Sebab tu lah jadinya sakit ulu hati atau gastrik ni.

Oh..baru kami faham :D

Doktor juga ajar macam mana nak kira umur baby mengikut minggu. In my case, setiap Isnin menandakan a new week, meaning umur baby tambah seminggu. Macam hari kerja pulak kan? Senang nak kira. Hehe. Kami ada tanya doktor adakah tak boleh makan masam-masam atau pedas-pedas sewaktu pregnant?

Doktor kata, boleh makan masam-masam atau pedas-pedas tetapi kena lah makan sewaktu perut tidak kosong iaitu kena alas dengan makanan lain dahulu sebelum makan makanan2 tersebut. Make sense kan?

Apapun doktor cakap keadaan baby sangat baik. Alhamdulillah. Doktor suruh datang next check-up on the 9th week dan lepastu boleh bawak gambar scan baby ke klinik kerajaan untuk wat kad merah hehe.

Lepastu mak bapak baby kecik pulang dengan senang hati ke rumah :D


..bersambung.

Thursday, February 18, 2010

nadxoxo.blogspot.com is 2!

Sebenarnya dah belated. Boleh lak lupe birthday blog sendiri kan. Hehe.

31st Jan tahun ni menandakan sudah 2 tahun Puan nadxoxo ber-blog~



Dari mula bekerja, pastu bertunang, pastu berkahwin, pastu hanimun, pastu berenti kerja, pastu hanimun lagi, pastu mengandung. Dah macam-macam dah saya bebel kat blog ni :P

Layout blog dan gambar header juga telah bertukar beberapa kali :D

Saya harap agar saya dapat ber-blog lagi selepas ni agar dapat saya kongsikan pengalaman hidup saya especially ketika pregnant ni so that kawan-kawan yang membaca mendapat manfaat daripadanya :)

Sekian~

Tuesday, February 16, 2010

Baru Pulang dari Family Day

Wargh penat sungguh pergi family day belah Encik Gajah kat PD 13 - 15 Feb lepas. Tapi sungguh seronok!

Ada beberapa game yang saya participate seperti Kau Sambut Hatiku - sambut menyambut belon berisi air dengan pasangan (Encik Gajah), Bowling, dan Tarik Tali. Haha. Tarik tali tu! Sakit pinggang ok! Sampai sekarang tak hilang lagi. Haha padan muka saya :P

Tapi risau la jugak sebab takut jadi apa-apa kat baby. Alhamdulillah setakat ni takde bleeding or cramp kat perut.

Sekarang masih mahu berehat lagi jadi cerita di entry lepas akan disambung apabila hilang penat :P Almaklumla ibu mengandung penat sokmo. Sikit-sikit penat. Mengada-ngada sungguh kan. Haha. Mengada but true. Haha.

Thursday, February 11, 2010

2 Garis

..sambungan dari previous entry.

Orang pertama yang saya beritahu ialah my best friend, Ina dan Encik Gajah. Saya pun tak ingat siapa yang saya call dulu jadi saya kira kedua-duanya orang pertama lah. Haha. Saya tanya Ina apa nak buat lepas dh +ve pregnancy test. Dia dh expert sebab dia dh nak due 3 minggu lagi. Hehe.

Kat Encik Gajah pulak, saya tak tahu nak cakap macam mana kat dia. Jadi saya SMS dia dengan menaip satu perkataan saja.

'Abg..'

Tak lama lepas tu dia call saya. Dia tanya, kenapa? Dia rasa pelik sebab saya tak pernah buat macam tu sebelum ni. Jadi saya ceritalah..

'Tadi Syg buat Pregnancy Test..
..erm..ada dua garis..'

'Dua garis?' dia blur skit.

'A'ah, test tu positive..'

'Yeke?!' Suara excited.

'Cuba test sekali lagi kat pregnancy test yang satu lagi. Ada banyak kan kita beli haritu?' Ya, haritu kami beli 3 Pregnancy Test Kit yang berlainan brand. Haha.

'Takde, Syg bawak satu je datang Kerteh. Satu lagi kat Bangi'
Satu lagi dah pernah guna 2 bulan lepas :P

'Petang ni lepas Abg balik kerja kita pergi klinik ek, untuk sahkan'

'Okay~'

Dan petang tu di klinik, doktor telah mengesahkan bahawa memang benar saya mengandung :) Tapi dia tak cakap pun umur baby dlm perut ni berapa minggu. Ehem, tapi sebenarnya sebelum tu saya dah google dah macam mana nak kira usia kandungan dan due date. Hehehe.

Oleh sebab doktor dah macam nak suruh kami keluar dah dari bilik doktor tu, kami tak puas hati sebab takkan datang semata-mata nak sahkan pregnancy je kan. Information lain takde pulak dia bagitahu. Padahal dia maklum bahawa ini first time saya pregnant.

Jadi kami tanya la apa yang patut kami tahu tentang pregnancy. Tak boleh makan apa-apa atau ada apa-apa nasihatkah?

Doktor cakap jangan makan masam-masam dan jangan angkat barang berat-berat. Tu je -_-" Lepastu dia cakap kalau ada pendarahan dan sakit kat ari-ari, kena datang jumpa doktor. Then saya cakap la saya ada sakit kat ari-ari macam nak period tapi takde keluar darah pun. Dia cakap takpe tapi tak cakap pun kenapa sakit :(

Saya minta asid folic dan apa-apa yang patut then dia kasi sejenis ubat tambah darah yang dah campur asid folic dan lain-lain dalam satu tablet. Kena makan 1 biji sehari.

Pada malamnya, saya beritahu berita ni kat Ummi hehe.

Itulah cerita saya pada hari kandungan saya 4 minggu 2 hari :)


4 minggu di dalam kandungan :)

..bersambung.



P/S: Terima kasih banyak-banyak pada semua yang mengucapkan tahniah dan memberi nasihat :) InsyaAllah dengan doa kamu semua, saya dapat melalui waktu kehamilan yang lancar~

Monday, February 08, 2010

Last week I had this weird dream..

Minggu lepas, saya ada mimpi pelik. Dalam mimpi tu, saya lahirkan seorang bayi lelaki. Lepas tu saya terjaga. Bila saya tengok jam, lebih kurang jam 3 - 4 pagi.

'Hmm, belum Subuh lagi. Orang kata mimpi sebelum Subuh ni betul..
Tapi 2-3 hari lagi nak period dah..hmm..mungkin mainan tidur je kot..'


Pastu tido lah balik sebab masih mengantuk lagi. Hehe.

Lepas tu, tiba lah hari yang sepatutnya saya period. Tunggu-tunggu tak mari-mari. Sehari selepas tu pun sama. Tak mari-mari juga. Tapi rasa sakit perut macam nak period. Hmm..mungkin kali ni lambat sikit kot dia mari.

Saya berasa sungguh pelik sebab seingat saya, kitaran haid saya tetap dan tak pernah lewat. Saya ada rasa sikit hepi dah masa tu konon-konon pregnant la kot sebab tak period. Tapi saya tak mahu hepi lagi sebab sebelum ni saya dah 2 kali dikecewakan oleh Encik Pregnancy Test Kit dengan menyatakan bahawa saya tak pregnant 2 bulan lepas :(

Jadi saya pun biar je lagi 1 hari lagi mungkin lewat 3 hari kot period kali ni. Tapi bila malam tu saya tido, saya tiba-tiba terjaga di tengah malam dan tiba-tiba juga teringat kat nasi minyak dan tetiba rasa terliur sangat! Haha.

Lepas tu, saya baru teringat, 'Oh saya belum period lagi ni, better gi check'. Saya check, memang tiada mari-mari juga. Pada masa tu lah saya tetiba datang perasaan seriau, saya pun tak tahu kenapa, sambil dalam hati berkata, 'Memang betul aku pregnant kot kali ni. Nanti nak kene deliver baby!' Lagi seriau bila mengingatkannya. Pelik gak bila rasa seriau ni. Sebelum ni nak sangat pregnant kan. Pastu saya sambung la balik tido walaupun masih diselubungi perasaan seriau.

Pagi esoknya lepas Encik Gajah pergi kerja, saya tergerak hati untuk buat pregnancy test kat rumah. Saya tak fikir panjang pun. Saya terus buat masa tu juga. Mula-mula, the first line keluar, lepas tu sikit demi sikit another line appeared below the first line!

Tak tergambar perasaan saya masa tu. Tak dapat nak berhenti senyum, and at the same time rasa tak percaya dan seriau mengenangkan bagaimana waktu deliver nanti. Tak sabar nak tunggu perut membuncit dan terfikir bagaimana rupanya anak saya nanti. Lelaki ke perempuan? Atau kembar? Hehe. Macam-macam yang berlegar dalam fikiran dalam waktu yang sama.

Nampaknya mimpi saya bakal menjadi nyata tak lama lagi :D



P/S: Selamat 4 Bulan Perkahwinan kepada Encik Gajah :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails