Sunday, December 12, 2010

Zahin's First Shopping Trip

Jumaat lepas saya dan Encik Gajah bawak lil Zahin shopping kat East Coast Mall (ECM), Kuantan :D Adik saya pun ikut sekali. Pukul 7 pagi lagi lil Zahin dah mandi, nak jalan-jalan punya pasal hehe. Hampir pukul 9 kami bertolak dari Kerteh.


Si tembam yang lalok :P

Sesampainya kat ECM pukul 10:30 pagi, dia poo poo sebab baru lepas minum susu :P Lepas park kereta, terus tukar diaper dia kat dalam kereta. Masuk je ECM, terus ke Parkson bahagian baby kat tingkat 2. Alhamdulillah, masa shopping barang-barang lil Zahin, dia tak meragam.

Lepas tu turun ke tingkat 1 sebab Abi dia pulak nak shopping. Hehe. Tapi Abi dia pilih baju sorang-sorang sebab saya rehat kat sofa yang disediakan. Penat juga bila takde stroller hehe. Saya sebenarnya sakit kepala sebab tak cukup rehat. Sakit kepala tapi boleh pergi shopping. Haha :P


Kurang bermaya :P

Kejap lepas tu, lil Zahin nak minum susu. Kat sofa tu jugak saya bf, cover dengan blanket lil Zahin :P


Dah siap bf :)


Lil Zahin tertidur kekenyangan :D

Lepas tu pergi makan KFC. Saya order Snack Plate. Lepas dapat makan seketul ayam, lil Zahin nak susu lagi. Bf kat situ jugak. Nasib baik pilih seat hujung-hujung :D

Masa Encik Gajah pergi solat Jumaat, lil Zahin poo poo lagi. Saya tukar diaper lil Zahin kat Baby Changing Room kat Parkson, kat bahagian barang baby. Dekat dengan Annakku.


Lepas tukar diaper. Dah selesa :)

Lepas tu lil Zahin nak susu lagi so saya bf dia kat ruang yang disediakan :)


Ruang menyusu

Kalau nak bancuh susu atau nak minum air kalau dahaga lepas bf, bolehlah ambil air panas dan air masak yang disediakan :)


Air panas dan air masak kat tepi pintu

Lepas tu pergi balik kat KFC. Sambung makan lagi seketul ayam hehe. Then bf lagi skali kat situ. Lepas Encik Gajah balik dari solat Jumaat, barulah kami bertolak balik ke Kerteh.


Barang-barang lil Zahin :)

8 comments:

  1. oloh , zahin makin gemuk le nampak nyeee , muhahahahaaa

    ReplyDelete
  2. sopping sakan zahin ye...
    ainul pun p kfc @ restaurant mana2 mesti cr tempat yg tersorok skt.senang nk bf baby:)

    ReplyDelete
  3. bju zahin yg baru shopping ke tu?? byknya kak nad... :) hehehe...

    ReplyDelete
  4. woooww.. mesti rambang mate kn nk pilih baju baby..so cute.. hehee~

    ReplyDelete
  5. wah bestnya zahin p shopping..cumel2

    ReplyDelete
  6. waaaa
    banyak nyer barang dieee

    ReplyDelete
  7. baby room tu looks comfortable..x pernah try lagi kat parkson..

    ReplyDelete
  8. wah...ruang tmpat baby tu mmg menarik la! ish..seram lak rasa nad bila tgk betapa telitinya kena jaga baby. isk isk..dy blh ke nnt? ~_~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails