Monday, December 06, 2010

Pengalaman Bersalin Anak Pertamaku Muhammad Az Zahin: Detailed Version Part III

Sambungan dari Part II.

1245: Encik Gajah sampai di labour room dari Kerteh. Start push.
Masa tu tak tau macam mana nak teran sebab kena tarik dan hembus nafas laju untuk cope dengan sakit contraction, lepas tu kena push pulak. Rasa macam tak cukup nafas je. Ish memang confuse. Ada gak cuba-cuba push sikit-sikit tapi macam tak boleh je.

Tiba-tiba Encik Gajah sampai kat luar LR. Nenek keluar LR, Encik Gajah pulak masuk. Bila contraction datang, mula-mula dia tak tau nak buat apa. Saya suruh dia gosok-gosok peha kanan saya jugak. Haha. Mata masih tutup lagi menahan sakit. Dapat pandang Encik Gajah sekali je then tutup mata balik :P Dalam hati saya tahu Encik Gajah tak bawak kamera! Sebab kamera, saya yang bawak dari Besut. Mesti duk ngan parents saya waktu tu. Sempat lagi fikir pasal kamera haha.

Tak lama kemudian, saya terdetik dalam hati rasa nak push. Mana lah tahu sebenarnya dah boleh push tapi saya je rasa tak boleh. Baik saya try. Hehe. Saya suruh Encik Gajah bagitahu nurse. Bila contraction datang, nurse suruh tarik nafas dalam-dalam dan push. Katanya teran macam nak berak sembelit. Hehe. Saya cuba buat, tapi macam tak jadi apa je. Haha.

Lepas banyak kali cuba push dengan nurse tadi, doktor pun masuk. Katil yang saya baring tu dah ting! jadi separuh dah sampai kat punggung saya je. Dari kangkang biasa, kaki kena letak naik atas sikit. Ada something yang hold kaki saya. Pastu ada pemegang macam joystick kat kiri dan kanan saya yang boleh saya pegang kuat-kuat masa push :D

Dalam perut, baby masih duk sibuk gedang-gedung. Kick perut Ummi dia buat kali terakhir kot. Haha. Tu lah, lagi lah saya confuse sebab nak dekat beranak orang cakap baby tak banyak gerak dah. Tapi bukan baby yang bernama Muhammad Az Zahin. Haha. Agaknya dia excited nak keluar kot. Hehe.

Lepas tu tiba-tiba ramai pulak kat LR tu. Ada 4 nurse, 1 doktor, dan Encik Gajah. Semua duk fokus kat saya. Tapi masa tu tak malu apa dah sebab rasa sakit mengatasi segalanya. Masa push, semua jadi pom pom girl termasuk lah Encik Gajah. Memang riuh la LR tu dengan suara diorang. Hehe. Bila takde contraction semua senyap. Bila push je diorang bising memberi kata-kata semangat. Boleh bayangkan tak macam mana? Sekejap bising, sekejap senyap mengikut perkadaran contraction saya. Haha.

Push dah banyak kali pun, saya still rasa macam takde progress kat bawah tu. Sampai la Encik Gajah cakap, "Come on Sayang, rambut baby dah nampak dah tu!" I was like, ye ke? Oh so betul la cara saya push ni. Duk push-push tadi ada progress rupanya. Haha. Tiba-tiba rasa happy dan semangat memuncak. Hehe.

Ada masa yang nurse suruh saya minum air masa between contractions tapi saya bukak mata sikit lepas tu geleng kepala. Kali ke berapa dia pujuk baru lah saya nak minum. Penat sangat, nak minum air pun takde mood. Haha. Air yang diminum ialah air selusuh yang Chubah (atok saya) buat. Sebab air tu je yang dibawak ke LR. Kiranya air selusuh tu minum 2 kali je, sekali masa lepas dah tahu 8 cm, sekali masa tengah push. Haha. Patutnya minum masa bukaan 6 cm. Tapi sebab tak sempat nak 6 cm, tiba-tiba dah 8cm, jadi lepas 8cm baru minum :P

Push lagi dan lagi tak tahu berapa kali dah. Ada sorang nurse tu cakap, "Bukak la mata dik, baby dah nak keluar ni. Dah nak jadi ibu dah ni" Perkataan 'ibu' tu rasa meresap ke dalam jiwa. Rasa macam tak percaya je tengah duk dalam LR tengah push baby keluar. Jap lagi nak jadi 'ibu' dah. Saya cuba la bukak mata tapi rasa penat sangatlah menebal, mampu bukak mata kejap je lepas tu saya tak sedar dah tertutup balik lepas push-push lagi. Haha. 2-3 kali jugak kot nurse tu ulang ayat yang sama lepas tu tapi lepas bukak, tertutup balik jugak mata saya. Hihi. Dalam pada duk teran tu, kedengaran azan Zuhur berkumandang..

1329: Our baby boy lahir seberat 3 kg through normal delivery. Alhamdulillah :)
Tak lama lepas tu, akhirnya kepala baby pun dah muncul, kena teran sekali lagi untuk keluarkan badan pulak. Bila keluar badan jer rasa macam keluar air terjun kat bawah tu. Darah la tu. Hehe. Encik Gajah selamba je tengok, takde pening pun tengok darah banyak-banyak tu sebab dia dah biasa tengok cerita bunuh-bunuh -_-" Nasib baik saya yang beranak, tak payah tengok darah sendiri. Haha. Sepanjang push-push tu, Encik Gajah la yang duk inform progress baby macam mana kat bawah tu, menjadi sumber inspirasi untuk push dan tahan sakit :D

Lepas tu doktor pun ambik baby yang masih dipenuhi darah tu, tunjuk baby punya jantina kat saya. Hehe, yup memang macam dalam scan, boy :D Lepas tu doktor cakap nak pinjam baby kejap nak bersihkan :D Lepas tu baru lah dengar suara baby menangis. Kuat dan lama pulak tu. Hehe.

Lepas dah siap bersihkan dan dibedung, nurse letak baby atas dada kiri saya. Nurse masih hold baby lagi. Saya hanya mampu pandang jer dengan mata separuh terbuka. Pandangan saya limited kat bahagian kanan muka baby je. Nampak matanya yang tertutup itu sama macam dalam gambar scan :) Saya tak tahu nak senyum ke nak menangis. Yang saya tahu saya penat sangat dan lega sebab baby dah keluar. Jadi saya tak senyum ataupun menangis, muka maintain je. Haha.

Setelah 1-2 minit, nurse nak kasi baby kat Encik Gajah untuk diazankan. Sebelum tu nurse sua kan baby ke muka saya untuk saya kiss :') Encik Gajah keluar LR untuk azankan baby.

At the same time, doktor duk jahit apa yang patut. Masa Encik Gajah ada, saya pegang tangan dia sebab sakit dan seriau. Tapi rasa sakit tu tak sehebat sakit nak beranak. Hoho. Bila Encik Gajah dah keluar LR, saya pegang tangan nurse pulak haha. Lepas tu doktor suruh nurse macam urut perut saya untuk keluarkan uri.

Bersambung di entry seterusnya; kisah selepas deliver :)

4 comments:

  1. wahh...btol2 seriau den...
    takot la plk...
    Ya Allah permudah kn lah proses kelahiran my baby nnt...huhu

    ReplyDelete
  2. xsabarnya nk tunggu detik cam nad jgk..baca kisah nad ni berjurai2 air mata..terharu sgt..

    ReplyDelete
  3. gitu plak ya kisahnya.. pengalaman y takkan dilupakan kn..;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails