Friday, December 03, 2010

Pengalaman Bersalin Anak Pertamaku Muhammad Az Zahin: Detailed Version Part II

Sambungan dari Part I.

0930: Bertolak ke Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS) dengan parents dan Nenek dari Besut.
Sepanjang perjalanan selama 1.5 jam tu, tak berenti baca doa Nabi Yunus dan Rabbi yassir, wala tu assir, ya kariim, wa atmim bil khair untuk mempermudahkan urusan. Masa ni doa sangat tak terberanak sebelum sampai KTS. Cuak juga dengan gegaran yang dirasakan sewaktu duduk dalam kereta. Almaklumlah naik MyVi je :D

1100: Sampai di KTS. Bukaan 3-4 cm.
Selamat sampai di KTS. Bagitahu kat kaunter depan tu yang ada bloody show dan bukaan dah 1-2 cm. Nurse bawak saya pakai wheelchair ke satu bilik di ground floor tu untuk check bukaan. Masa nurse bawak tu rasa segan sebab orang pandang-pandang :") Tapi muka maintain serious je sebab tahan sakit haha.

Nurse check bukaan, dah 3-4 cm. Saya ada dengar nurse tu cakap kat colleague dia yang saya dah ada leaking, meaning air ketuban dah start keluar. Tapi saya tak rasa macam air keluar pun lagi. Mungkin dah start keluar sikit-sikit.

1130: Dimasukkan ke labour room.
Ada seorang nurse lelaki tolak saya pakai wheelchair ke labour room (LR) di tingkat 2. Rasa cuak sebab ada baca kat blog orang yang LR ada macam-macam alat jadi nampak ngeri. Tapi bila betul-betul sampai di LR, saya rasa lega sangat sebab bila tengok je LR tu rasa tenang je! Tak banyak alatan pun dan ada wallpaper bunga-bunga yang cantik :D Aman damai rasanya :)

Lepas baring atas katil, nurse masukkan ubat supaya berak :P Ada orang kata ubat tu sangat mujarab. Katanya lepas masuk je bontot terus rasa nak berak. Malangnya itu tidak terjadi kepada saya. Haha. Tunggu punya tunggu tak rasa nak berak jugak. Berapa kali ntah nurse tanya dah rasa nak berak ke? Jawapannya tidak, tidak, dan tidak. Hehe. Akhirnya nurse bawakkan jugak saya ke toilet untuk berak tapi saya pee aje :D Sampai lil Zahin lahir pun saya tak berak jugak. Haha.

Lepas balik semula ke LR, contraction makin kuat. Ummi temankan saya kat LR sebab Encik Gajah tak sampai lagi. Ummi urut peha kanan saya sebab dia duduk belah kanan saya. Mula-mula rasa macam tak perlu, tapi lama-lama rasa lega pulak :D Everytime contraction datang, saya gosok-gosok peha kanan saya. Saya pun tak tahu kenapa peha kanan. Yang saya tahu, rasa lega sikit bila buat macam tu.

Peluh mula terbit. Mungkin sebab menahan kesakitan. Yelah, contraction selang 5 minit sejak 3 jam yang lalu. Makin lama makin kuat pulak tu. Nurse on kipas dan halakan kepada saya. Fuh rasa lega sikit :D

1155: Bukaan 8 cm. Air ketuban keluar membuak-buak. Mula rasa contraction yang tak terkata sakitnya every 3 minutes.
Doktor masuk untuk check bukaan. Dah 8 cm! Lepas tu dapat rasa air ketuban keluar dengan banyaknya. Doktor siap gurau lagi dengan saya, katanya saya boleh beranak ramai sebab senang terbuka laluan! Saya memang rasa itu kelakar tapi tak dapat nak gelak sebab tahan sakit. Mata pun bukak separuh je.

Nurse pasang CTG machine kat perut saya. Ia keluarkan bunyi yang kuat dan laju apabila contraction datang. Saiko sangat! Rasa lagi sakit! Tak suka machine tu :(

Bila doktor tengok saya menahan kesakitan, dia ajar saya breathing technique untuk legakan contraction. Kena tarik nafas dan hembus laju macam termengah. Alhamdulillah it helps. Doktor pesan kalau rasa nak teran, boleh bagitahu. Lepas tu doktor keluar.

Still able to sms Encik Gajah bagitahu bukaan 8 cm :D Dia cakap dia dah bertolak dari Kerteh. Lega sikit rasanya sebab saya dah terbayang dah baby lahir semasa Encik Gajah takde di sisi :( Every time saya bayangkan macam tu saya rasa sebak tapi saya tahan jangan nak menangis atau apa sebab nanti sure hidung berair lalu menyukarkan lagi untuk push nanti. Doa sangat dia sempat sampai.

Dengan keluarnya air ketuban tadi, mula rasa contraction yang sakit tak tertahan. Mata dah tak boleh bukak dah. Waktu ni Nenek pulak temankan saya di LR. Bila contraction datang je, baca zikir Nabi Yunus dengan bersungguh-sungguh tapi tak kuat. Hanya mampu pusing kepala kiri kanan sambil mata tutup. Tangan pulak gosok-gosok peha kanan. Itu cara saya cope dengan sakit haha. Kalau tengok mesti lawak. Tapi masa tu tak sedar apa dah.

Dalam saya menahan sakit tu, Nenek sempat cakap kat saya,

Nenek: Biasa lah, memang macam ni la sakit nak bersalin..
Saya: Nenek, betul ke bila baby dah keluar nanti tak sakit dah?
Nenek: A'ah. Nanti baby keluar je hilang lah sakit tu.


Terus rasa bersemangat lepas tu walaupun sakit! Haha.

Sambil-sambil tu cuba detect ada rasa nak teran ke tak. Tapi takleh nak detect sebab dah confuse dengan sakit contraction haha.

Bersambung di Part III :)

5 comments:

  1. waa..bezye dgr pngalaman nad nk bersalin..cant wait for next part..pnye laa nk taw..hahah.. ermp..cm2 yer..alhamdulillah nad dh lps..sye coming soon ni..debor lop..ema=)

    ReplyDelete
  2. kenangan terindah untuk di ulang ke dua dan tiga kali haha :) tahniah nad eh puan nad

    ReplyDelete
  3. seram je bl bc experience u ni nad...huhu...cuak nyer...
    tp bgs jgk..at least dah boleh agak canne rase nnt...
    tkot nyerrr..makkkkk!!!

    cpt2 smbg ye..hehe~~

    ReplyDelete
  4. betul la nenek cakap tu.. baby lahir, hilang sakitnya ;)

    ReplyDelete
  5. salam nad...

    waaa petua baru tau ni..gosok peha kanan eh..nanti yana banak anak no 4 yana try..ekkekeke.....

    cepat gak bukak eh..memang leh banak ramai ni...kekekkee

    tahniah dear..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails