Thursday, December 02, 2010

Pengalaman Bersalin Anak Pertamaku Muhammad Az Zahin: Detailed Version Part I

Walaupun saya dah tulis entry pasal pengalaman bersalin lil Zahin yang simple punya kat entry ni tapi untuk kenang kenangan diri sendiri saya buat entry ni. Kalau saya tak tulis nanti saya lupa hehe :P Oh harap-harap masih ingat lagi sebab harini hari ke 68 selepas kejadian hehe :P

Terpaksa buat part by part sebab panjang berjela! Haha.

Ahad, 26 September 2010
I was at my 37w6d of my pregnancy.

0645: Cramp kat ari-ari macam period pain
Tengah syok tidur lepas solat Subuh tiba-tiba rasa macam menstrual cramp. 2-3 hari sebelum tu pun dah rasa macam ni. Biasanya ia akan hilang sendiri selepas beberapa lama. Disebabkan sakitnya tak macam labour contraction yang ada senggang masa tertentu, jadi saya takdelah nak ke klinik ke apa. Lagipun saya tahu ianya Braxton Hicks contraction, badan membuat persediaan ke arah labour :D Saya just sms Encik Gajah je bagitau pasal menstrual cramp ni. Masa tu Encik Gajah baru bertolak dari KT ke Kerteh. Then saya sambung tidur lagi hehe. Boleh baca pengalaman Encik Gajah kat entry ni :)

0745: Mula rasa contraction sikit-sikit yang berselang 10 minit.
Masih tidur lagi. Haha. Tiba-tiba menstrual cramp tadi bertukar menjadi lebih kuat dan saya perasan ianya ada senggang masa. Means sakit, then hilang, then sakit balik. Saya ambil handphone dan catat contraction saya. Selang 10 minit! Setahu saya kalau selang 10 minit ni dah agak nak dekat nak beranak dah. Ish, takkan lah dah nak beranak kan? Saya fikir mungkin saya tersilap lah kot. Mungkin false labour contraction lagi. Update kat Encik Gajah then sambung tidur lagi. Haha.

0815: Baru perasan ada darah di panties. Mandi, bersiap, dan breakfast. Contraction every 5 minutes.
Tengah tidur-tidur ayam sebab sakit tu, tiba-tiba rasa nak pee. Bila pergi toilet, tengok ada darah kat panties. Warna merah. Cuak rasanya sebab yang saya baca, kalau tanda-tanda labour ialah keluar darah with lendir. Ni takde lendir pun, ada darah je.

Keluar dari tandas, terus bukak buku What to Expect: When You Are Expecting dan baca kat bahagian labour signs. Hehe. Yup mmg betul should be ada lendir. Masa tu tak tau nak buat apa. Keluar bilik dan bagitahu Ummi & Abah saya. Diorang pun blur jugak. Saya fikir, kalau jadi apa-apa nanti baik saya mandi dulu so saya pergi mandi. Saya ada sms kawan yang belajar medic iaitu Mc Anne tanya pasal bloody show tu. Dia suggest saya call KTS je untuk tanya macam mana.

Bila call KTS, diorang suruh segera pergi sana. Lepas dah letak telefon baru saya sedar yang saya terlupa nak bagitahu orang tu yang saya bukan duduk kat KT, saya duk Besut, lama gak nak sampai tu. Dah lah contraction every 10 minutes, mahu nya terberanak kat tengah jalan nanti. Ish tak tahu nak buat apa.

Lepas mandi dan pakai pad, saya breakfast nasi minyak bungkus tapi tak habis pun makan sebab contraction every 5 minutes plus cuak kot. Sambil-sambil makan, fikir macam mana nak buat. Ada jugak terfikir untuk pergi Hospital Besut yang 15 minit je dari rumah. Tapi akhirnya saya ambil keputusan untuk ke KK Kampung Raja untuk tengok dulu macam mana keadaan saya.

Saya call Encik Gajah. Dia baru je sampai Kerteh masa tu. Bila dengar saya cakap dah ada tanda-tanda bersalin, suara dia excited campur blur haha. Blur sebab, yelah kan, baru je sampai Kerteh, dah kena balik Besut balik if saya deliver kat Besut. Saya suruh dia rest dulu. Nanti saya akan update dia dari masa ke semasa.

0900: Ke Klinik Kerajaan Kampung Raja. Bukaan 1-2 cm.
Ummi saya temankan saya ke klinik. Bila masuk kat bahagian Ibu & Anak tu, terasa macam semua orang tengok kot sebab muka pucat tahan sakit dan perut pulak besar gila. Hoho. Agaknya diorang pun boleh agak saya dah nak terberanak :P

Nurse suruh masuk bilik untuk check bukaan serviks. Kena bukak panties, baring, dan kangkang. Haha. Cuak masa tu sebab first time kena seluk. Dah dengar banyak cerita pasal kena seluk ni. Ada yang cakap sakit gila, ada yang cakap rasa tak selesa je. Doa sangat dan cuba set dalam otak yang kena seluk ni tak sakit, cuma tak selesa je. Dan apabila merasainya sendiri, syukur sebab tak selesa sikit je. Kalau sakit pun sikit jugak. Well, kena gigit semut pun sakit jugak kan ;)

Nurse bagitahu bukaan 1-2 cm. Dia buatkan reference letter ke Hospital Besut. Tak boleh ke KTS sebab KTS swasta. Bila keluar dari klinik, saya call KTS sekali lagi untuk bagitahu bukaan dan cakap yang saya duduk di Besut so takut tak sempat sampai sana sebelum deliver. Orang KTS tu cakap boleh datang tapi kalau tak sempat boleh berenti kat mana-mana hospital terdekat. Uhuk3.

Setelah fikir masak-masak, saya decide yang saya nak pergi KTS jugak memandangkan ramai orang cakap anak first ni lambat keluar. Saya dan Ummi balik ke rumah semula untuk bagitahu Abah serta ambil hospital bag. Nenek yang duduk sebelah rumah pun nak ikut sekali pergi KTS.

Bersambung di Part II :)

5 comments:

  1. lama tunggu enrty ni! akhirnya...

    tp nad, relax nye siap tidur2 lg. ;))

    ReplyDelete
  2. nadea, berjaya habis baca ke? hehe a'ah leh tidur sebab masih boleh tahan sakitnya :P

    ReplyDelete
  3. bestnyerrr ada pengalam tu.ainul tak rasa apa2 tanda2.terus czer :(
    hope 2nd baby dpt la.hihhiii ( lambat la la ye)

    ReplyDelete
  4. hurmm...kiree dah masuk 8months...tue yg tgh cuak nie...sbb, byk first baby sume cam kuar awal je...

    ReplyDelete
  5. Ainul, insyaAllah 2nd baby! Chaiyok2! Hehe..

    Kiree, takpe tak lama lg leh jumpa baby :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails