Sunday, October 24, 2010

Jaundice & Breastfeeding Battle

Salam. Lama tak update blog. Tak dapat nak spend masa lama-lama online jadi tak dapatlah nak menulis kat sini. Sebab kalau nak update blog tu sure amik masa punya. Update pendek-pendek boleh la macam entry sebelum ni. Tapi kalau nak upload gambar lil Zahin kat facebook sempat la :P Kejap je tu hehe.

Jaundice

Harini usia lil Zahin dah 29 hari, Alhamdulillah. Lil Zahin kena jaundice masa usia dia 3 hari tapi baru sikit, 8.9 je. Tapi hari ke-5 bacaan naik mendadak jadi 15 so terus kena admitted kat KTS 4 hari 3 malam. Sian anak Ummi kena jemur bawah lampu sampai kurang putih :P

Jaundice dia naik turun sampailah hari ke-21, trend dah makin menurun hingga harini. Tapi still tak betul-betul jaundice-free lagi. Kesian lil Zahin dah tak terkira berapa kali kena cucuk kat tumit nak amik darah untuk check jaundice. Tu tak termasuk amik darah kat tangan yang banyak & amik sampel air kencing untuk memastikan kuning dia tak effect hati dan dia punya fungsi tiroid takde masalah. Tapi Alhamdulillah, result menunjukkan semuanya ok :)

Breastfeeding Battle

Masa lil Zahin baru lahir, pihak hospital tak terus kasi kat saya untuk BF. Diorang keep lil Zahin dalam nursery untuk kasi oksigen kat baby. Memang semua baby baru lahir diorang buat macam tu. Dan akan berada kat situ sekurang-kurangnya 24 jam dari waktu baby lahir. Dan diorang feed lil Zahin dengan FM. Pagi esoknya baru lil Zahin dihantar ke bilik saya untuk saya BF.

Rasa kecewa jugaklah sebab first susu yang lil Zahin minum bukanlah susu saya. Tapi saya redha sebab susu pun belum keluar lagi masa tu. Maybe ada hikmahnya. Saya kasi jugak dia hisap untuk stimulate pengeluaran susu. Petang tu dapat balik rumah. Susu masih takde, kasi FM sebab taknak kasi lil Zahin lapar. Saya start amik spirulina untuk banyakkan susu.

Hari ke-3, susu baru ada dan Alhamdulillah tak perlu FM dah. Tapi hari tu lah lil Zahin start jaundice sikit. Hari seterusnya pun dapat fully BF lil Zahin tapi hari ke-5 jaundice dia naik sekali ganda menjadi 15. Terpaksa warded 4 hari 3 malam. Saya mintak bilik kat KTS sebab nak BF lil Zahin, Alhamdulillah ada satu, rezeki kami lah tu.

Tapi untuk maximise waktu lil Zahin di bawah lampu, diorang kasi FM jugak sebab FM buat baby cepat kenyang. Dan kalau dihantar ke bilik saya untuk saya BF, memang akan ambil masa lebih lama. Saya redha. At least lil Zahin merasa juga susu saya. Lepas 4 hari 3 malam, jaundice lil Zahin turun ke 10.1 dan dibenarkan pulang.

Kat rumah, saya sambung BF lil Zahin macam biasa. Jaundice dia naik turun tapi tak melebihi parasa bahaya. Tapi yang saya agak risau ialah bila lil Zahin tak poo poo 10 hari. Memang susu ibu senang dihadam dan normal kalau baby tak poo poo beberapa hari tapi lil Zahin perlu poo poo sebab nak reduce jaundice. Hari last dia poo poo ialah masa keluar hospital dan warna poo poo dia masih gelap. Yang sehat ialah kaler kuning.

Hari ke-18, jaundice masih ada. Doktor suruh saya kasi FM kat lil Zahin for 2 days. Hari first kasi FM, lil Zahin poo poo. Hepinya masa tu tengok dia meneran. Tapi warna gelap jugak. Next day, poo poo lagi dan Alhamdulillah poo poo warna gelap + kuning. Sekali poo poo tu macam 2 kali punya. Haha. Syukur dan hepi sangat masa tu. Next day dah boleh nampak kat mata putih dia tu dah kurang kuningnya. Bila next check jaundice, memang dah menurun sampai lah sekarang, syukur :)

Masa saya stop BF for 2 days tu, saya pam susu saya dan simpan. Mana lah tahu nanti ada emergency terpaksa tinggal lil Zahin jap, leh la pakai. Tapi saya tak konsisten sangat pump macam lil Zahin punya demand nak susu. Hasilnya lepas tu penghasilan susu saya merudum. Saya rasa demand lil Zahin pun makin tinggi sebab dia makin besar jadi lagilah rasa makin tak cukup susu badan. Dan satu lagi saya ada berenti amik spirulina masa jaundice lil Zahin tinggi sebab nak tengok ada kesan ke atas jaundice dia tak. Memang takde kena mengena dengan jaundice pun.

First day susu saya kurang tu, saya pakai susu yang di pump tu. Sampai habis. Isk isk. Hari seterusnya, terpaksa campur BF n FM until today. Sedih sebenarnya. Tapi saya masih berusaha untuk membanyakkan susu balik sampai saya fully BF lil Zahin balik.

Selain minum banyak air (3 liter sehari), saya pastikan saya banyak minum susu dan cukup makan selain tak stress. Dah sambung balik makan spirulina. Harini hari ke-4 saya try produk Shaklee untuk boost milk supply. Setakat ni milk supply dah bertambah baik but still tak boleh nak fully BF. Masih campur lagi.

Tak sangka besar jugak dugaan nak BF ni. Memang tabik spring kat ibu-ibu yang berjaya BF anak sampai umur 2 tahun. Saya bercita-cita mahu mencontohi mereka walaupun ada campur FM sekarang.


Doa saya agar susu saya bertambah banyak dan cukup untuk si kecik ni. Amin

20 comments:

  1. chaiyok chaiyok nad..
    insyaALLAH nad berjaya bf zahin nanti

    ReplyDelete
  2. caiiiyooook!! fighting!! ;D
    semoga zahin cepat sembuh..

    ReplyDelete
  3. tak tau plak susu tak kluar lg ms mule2 branak... risaunye.. nieza pon kalau boleh nk FB... takpe... continue BF ye nad... ^o^

    ReplyDelete
  4. comel zahin tp masih nmpk kekuningan kat muka dia...cepat sembuh ye...boleh 'kawan' dengan my zahin pulak :)

    ReplyDelete
  5. hoho lg teringat memori irfan jaundice. huhu.. tp lamanya zahin jaundice. smoga cpat sembuh yer zahin.

    ms zahin kene tahan bwh lampu, boleh pam susu kasi nurse feed kan? ke x dpt kt sana? knaz dulu pam setengah jam sekali kot masa irfan kene jaundice. siyesly rs nk meninggal dunia. haha!

    owh smoga proses bresfeed bjln lancar. amin2.. ade pape yg leh tlg lg btau tau =)

    ReplyDelete
  6. lamanya zahin kuning.
    BF baby mmg byk cabaran..kena byk sabar. Kalu nk slalu byk susu..kena rajin pam..lps susu baby,pastu pam..mula2 mmmg sikit..kalu berterusan bt,nnt susu akn byk. Kalu nadh kerap campur FM,ina takut baby nnt kurg nk susu bdn...bila baby lapa je,trus bg susu bdn...kalu susu bdn,mmg baby kerap nyusu..arsyad dl dlm sejam skali msti nk nyusu..penat mmg penat, tp itu la pengorbanan ibu..

    ReplyDelete
  7. Yeay!
    Dah update :)
    Sian zahin, hopefully, dia makin sihat.
    My nephew dulu pon jaundice jugak, and doc advice my sis to stop BF.
    Banyak jugak la ikhtiar including bagi minum air Zam-Zam, and alhamdulillah, dah semakin sihat dah sekarang.

    Selamat berpantand =P

    ReplyDelete
  8. manisnya muka zahin, skrg ni nampak cam byk muka ko nad. nnt lg sikit ari tunggu tuka jd muka gajah x..hehe.

    aku pun fully BF smpai icad ari ke20 je kot. masa tu sumer org ckp 'byknya susu!'. pashtu tiba2 otomatik trus kurang2. aku siap amek pil hormon lg, hoho. takde jalan gk. pashtu campur da.

    ape yg penting zahin sihat. and truskan usaha untuk BF!

    ReplyDelete
  9. akak, terus kan BF ye.. biar kerap zahin menyusu.. bile bb kerap menyusu, susu makin bertambah.. selain tu, makan sayur yg blh tambah susu.. anim mase pantang setiap hari makan lobak putih+sawi.. jantung pisang pun blh tambah susu, tapi sah2 orang tua tak bagi makan mase dalam pantang sbb sejuk..

    alhamdulillah, sampai sekarang exclusif BF hadeef.. makan lobak putih melimpah ruah susu selain dari kerap nyusu hadeef sebab hadeef punye demand sejam skali.. pengsan!

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. kuatkan semangat ye nad..macam2 dugaan nak bf ni kan..

    ReplyDelete
  12. comel zahin ni..bykkan bersabar ye.untuk BF ni mmg perlukan semangat yg kuat.InsyaAllah.Awak mesti boleh.. :)

    ReplyDelete
  13. kak, jangan lupa makan kurma...insyaAllah....

    ReplyDelete
  14. nadd.. lama nya tak baca blog nadd.. dell pun still tgh acclimatizing to the new life heheh.

    so far bb dell alhamdulillah jaundice tak tinggi so boleh balik rumah. tp kekdg ternampak mcm kuning2 dah start risau gila

    dell skang tgh breast engorgement plus nipple sore sampai darah2. sakitnya ya rabbi.. ada gak pam keluar susu sbb tak tahan sakit pastu kasi bb minum pakai sudu.. smlm kasi jgk dia BF n skali tgk mulut dia darah2 sbb nipple dell darah teruk. aduhaiii..

    harap2 lil zahin sembuh cepat.. boleh mommy nad fully BF dia nanti.. aminnn..

    ReplyDelete
  15. comelnye zahinn....lama xdtg sini..nak ucap tahniahh walaupun dah telambatt... =))..

    ReplyDelete
  16. Nad,setiap orang kan lain2 kan...so takpe,tak kisahlah susu mana,as long as Zahin dapat recover,betul tak..semoga sehat selalu lil Zahin :) hug and kisses untuk Zahin :)

    ReplyDelete
  17. salam nad,

    x faham kenapa hospital tuh x bg kat nad terus utk bf,baby ada problem ker masa kuar? sbb x silap mostly hospital esp gov hosp dah support bf t'utama baby yg fresh keluar dari perut ibunya doc/nurse akan bg terus kat ibu utk bf..xperla yg ptg jgn putus asa ok... dugaan bf mmg sgt tinggi..mmg salute pada ibu2 yg full bf anak2 diorg...

    ReplyDelete
  18. Kak Naz,
    Boleh pam n kasi nurse. Tapi susu xbyk sgt masa tu bila pam :( Agaknya sbb xbiasa pam kot. Pakai pump manual jd cepat lenguh dan jadi malas nak pump! Haha. Mmg Kak Naz sangat bagus la!

    Aniemz,
    Kak Nad try mkn lobak putih haritu. Tapi tetibe Zahin kembung n cranky. Tatau la sbb lobak putih tu ke apa. Bila dh tak makan, Zahin x nanges2 dah. So x mkn dh lepas tu. Mungkin gak kebetulan haritu dia kena inject sebulan, dia cranky kot..

    Wani,
    Thanks, Kak Nad dah makan :)

    Kak Yan,
    Xde prob. Spital swasta mmg camtu kot :(

    All,
    Thanks so much for the advice and support! Really appreciate it!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails