Friday, September 03, 2010

Menangis Seharian

Saya dah mula mengalami mood swing kembali.

Kali terakhir yang saya ingat saya menangis over benda yang sangat kecil ialah pada 1st trimester. Tak payah la nak cerita pasal apa kan. Buat malu jer nanti.

Dan semalam, kesensitifan itu dah kembali. Sensitif pada bende yang tak patut sensitif dah satu hal. Sensitif pada bende yang sememangnya menyedihkan pun satu hal.

Ada 2 benda yang membuatkan saya menangis semalam. Tengahari dah menangis-nangis. Dah lah lama saya menangis. Malam pas berbuka pun menangis-nangis lagi sebab benda lain pulak :( Oleh sebab saya jenis menangis lama, saya terasa macam the whole saya mengalirkan air mata. Mata lebam, bengkak dan kepala pun sakit.


Dalam hati, saya sendiri pun rasa pelik. Kenapa saya senang sangat menangis ni? Tapi apa yang saya tahu, saya mahu menangis. Tak boleh tahan. Dan saya biarkan saja air mata saya mengalir.

Lepas dah menangis baru teringat, saya ada terbaca tentang 3rd trimester mood swing tapi saya tak ingat kat mana.

Now bila saya google balik, memang betul ada. Rupanya saya terbaca kat sini. Boleh jugak baca kat sini.

Sebab apa boleh jadi macam ni? Encik Hormon yang bersalah! Tapi semuanya untuk kebaikan ibu mengandung dan si kecil di dalam perut ni.

Tapi apa-apa pun, yang penting ialah suami/family/kawan-kawan around kena faham and be supportive. Itu sahaja yang diperlukan oleh ibu-ibu mengandung di saat ini.

"Ideas for Dad:
Mom is feeling huge and clumsy now. She may be weepy and vulnerable or extremely moody. Tell her how beautiful she is and what a wonderful mom she'll be. Serve her breakfast in bed and help her feel like the special woman she is"


-Copied from here.

13 comments:

  1. Betul2..mood swing ni mmg akan dtg secara tetiba walhal perkara kecik pun nak menangis..hehe..da pernah terjadi da..byk kan selawat dan zikir ok..gerenti ilang mood swing tu

    ReplyDelete
  2. ye ke nad...alalalala sabar lah ye...hehe...tapi i pun rasabila dah 3rd trimester,few simptom masa 1st trimester dapat balik plus i dapat moooood hangin tak tentu pasal...hahaha...

    ReplyDelete
  3. Mood mummy to be memang swing2 kann. It's ok sis. Waktu pregnant je nak rase pengalaman camni kan. Jage diri sis! :)

    ReplyDelete
  4. siannye..takpe2..skali sekala nangis takpe..huhu...
    jgn nangis slalu..

    ReplyDelete
  5. kak nad bagi hint kat encik gajah suruh wat breakfast antar g bilik ea? haha..ape pun take care akak! heeee... :)

    ReplyDelete
  6. kalau rasa menangis tu melegakan , nangis je la.kdg2 tu adalah penawar.dr kita pendam je kan.tp sgt la smpi memudaratkan diri.ada bc yg 3rd trimester mmg hormon sensitip lebih skt.take care ye nad.

    ReplyDelete
  7. Mar,
    Ok thanks Mar :)

    Mrs Nageb,
    Hehe tu lah pasal kan? :P

    Anna,
    Waktu period pun swing2 jugak hihi. Thanks Anna :)

    Miss N,
    Hihi hopefully camtu lah..nangis byk2 nnt penat :D

    Nurul,
    Hahah..macam paham-paham je kan. Tapi takpe pagi tadi dia dh prepare kan sahur hihi. Thanks Nurul :)

    Ainul,
    Ok thanks ye Ainul :)

    ReplyDelete
  8. nadd..takot plak dgar..but happy pun ade sbb mennagis tu bleh cantik kan mata tau...hehe....yg plg best klau daddy btol2 serve a breakfast in bed..wow...great...

    ReplyDelete
  9. ermm airmata itu satu anugerah dariNya. Kekuatan banyak datang darinya.. anugerah tak terhingga.

    jaga diri nadd.. tenang k..

    ReplyDelete
  10. anim pun jenis mudah ngalir air mata.. pastu, bile dh nangis, mula la teringat segala2 mende sedih.. pastu dh susah nak stop bagai.. keke.. ni berdebar plak nak bersalin.. kang tengok baby nangis tak henti2 kang, pelik plak nurse2 n doc..hik hik hik

    ReplyDelete
  11. Wahida,
    Jangan takot. Mood swing mcm org PMS je :P

    Penah gak dengar menangis leh cantikkan mata, tapi kalau dah bengkak2 dah tak cantik dah la kan :P

    Hihi mana leh breakfast in bed, bulan pose haha

    Rashid,
    Thanks Cikgu :)

    Aniemz,
    Hihi. Tu menangis gumbira, tak sama ngan menangis sedey hehe

    ReplyDelete
  12. that's very normal during pregnancy kan??dina pun camtu..mende kecik pun nak nanges..mesti hubby tension ngan perangai kita..hikhik

    ReplyDelete
  13. Deena,
    Hihi kena tahan jelah kan :P

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails