Tuesday, September 07, 2010

Besarnya Dugaanmu, Ya Allah

Dalam kegembiraan nak menyambut hari raya beberapa hari saja lagi, saya dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan.

Suami kawan baik saya Ina, Al-Hafiz bin Morsalin telah kembali ke rahmatullah dalam kemalangan jalan raya di Setiu semalam (27 Ramadhan 1431 H).

Ina turut terlibat di dalam kemalangan tersebut, tetapi hanya cedera ringan. Glad to know that she's fine physically walaupun pada awalnya saya ada mendengar khabar angin yang Ina dimasukkan ke ICU. Baby mereka, Arshad ada di rumah mentua Ina ketika kemalangan berlaku.

Ya Allah sungguh besar ujianMu kali ini. Dalam keadaanku yang emosi tidak menentu ini, datang pula berita sebegini. Walaupun bukan pada diriku, tapi kepada orang yang sangat dekat di hatiku. Kau tabahkanlah hati Ina, Ya Allah..

Ina & Al-Hafiz merupakan kawan saya sejak dari sekolah menengah. Setelah mula berkawan dengan Ina, baru saya found out yang kami sebenarnya 3 pupu.

Last time saya jumpa Ina, Al-Hafiz, dan baby mereka ialah pada Jun yang lepas ketika mereka singgah di rumah saya sewaktu on the way ke Putrajaya.

Masih ingat lagi ketika arwah jatuh cinta kat Ina, ketika mereka bertunang, berkahwin, dan akhirnya melahirkan cahaya mata pertama, semuanya saya rakamkan di dalam blog ini.

Doa saya tak putus untuk Ina, semoga dia tabah menghadapi ujian Allah ini. Harapan saya, agar ujian ini membuat Ina menjadi a stronger person. Semoga Ina redha dengan qada' dan qadar-Nya.

Semoga roh arwah tenang di sana, dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang bertaqwa. Ameen.

Al-fatihah untuk Al-Hafiz bin Morsalin (1985-2010).

9 comments:

  1. dugaan di bulan ramadhan :((

    ReplyDelete
  2. Dari Allah kita dtg, kpd Allah'lah jua kita akan kembali..Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan diantara org2 yg beriman...Al Fatihah.

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah...saya selalu baca blog awak..bila baca post ni, sedih gak la..menitis airmata..lg2 pada isteri dan anak dia...kerana saya pun ada anak sebaya anak ina tu..tak dpt nak bayangkan kesedihan mereka..semoga kawan awak, ina tu menghadapi dugaan ni dengan penuh ketabahan..

    ReplyDelete
  4. innalillah..kazen dina baru eksiden gak..31st august hari tu..koma sampai sekarang...

    ReplyDelete
  5. rase nak menitis air mata mula2 dengar sebab baru je terbaca status update ina kat fb cite pasal arshad..ya Allah..dugaan besar utk ina..Allah lebih menyayangi arwah..semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yg beriman..amin..al-fatihah..

    ReplyDelete
  6. Innalillahiwainnailaihirajiu'n.. Nad kim salam kat member nad tu. Moga dia tabah hadapi seme ddugaan dunia ni. Berat tu. Berat kita dengar, berat lagi org yg hadapi situasi2 camni. Al fatihah...Doa moga arwah Al-Hafiz bin Morsalin ditempatkan antara golongan mereka yg beriman. & moga nad n wife arwah n kaum keluarganya sentiasa tenang hadapi dugaan yg berat ini..

    ReplyDelete
  7. dugaan bulan ramdhan.. al-fatihah buat arwah. semoga kwn nad tu tabah...

    ReplyDelete
  8. al-fatihah..sama date arwah adik noli meninggal tahun lepas 27 ramadhan..sgt sedey..

    harap kwn nad tabah dan sabar ngn dugaan besar nih..

    ReplyDelete
  9. Cha,
    Smoga mendekatkan lagi hati kita denganNya

    YanDarwisy,
    Amin..

    mamiween,
    Mudah-mudahan mcm tu lah, amin..

    Deena,
    Takziah. Semoga beliau cepat sembuh.

    Syarina,
    Amin..

    Haizatul,
    InsyaAllah.Terima kasih.

    Nadea,
    Terima kasih. Amin.

    Noli,
    Takziah juga pada Noli.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails