Monday, August 16, 2010

Selusuh Bersalin / Doa & Zikir Mudah Bersalin

Masa kenduri doa selamat kat kampung haritu, saya ada belajar doa/zikir dari sepupu kepada Abah, yang juga seorang ustaz, untuk memudahkan proses kelahiran.


Sedang tekun belajar :P

Takde siapa yang taknak senang deliver. Tiap-tiap kali doa mesti mintak Allah permudahkan bersalin nanti, betul tak? So ni saya nak kongsi dengan kawan-kawan apa yang saya dapat :)

Actually saya dapat sekeping kertas. Kat atas sekali dia tulis 'Selusuh Bersalin'. Kat bawah ni apa yang tertulis kat kertas tu:

-MULA-



1. Surah Al-Fatihah (7 kali)


2. Ya Khafid (1000 kali)


Al-Khafid (Yang Maha Menjatuhkan). Jika diamalkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

3. Al-Abasa : 20


"Kemudian jalannya dimudahkan"

4. Al-Anbia' : 87-89


"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"


Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami)


Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakariya, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi"

5. Allahumma bihaqqi maryam, wa bihaqqi man unzilat 'alaihi suuratu maryam, khaffif 'anni aalaamil makhaadth, birahmatika ya arhamarraahimiin.

Maksudnya: "Ya Allah, dengan berkat Siti Maryam, dan dengan berkat Nabi Muhammad yang diturunkan Surah Maryam kepadanya, ringankanlah kesakitanku dengan rahmatMu Ya Allah Yang Maha Penyayang"

6. Rabbi yassir, wala tu assir, ya kariim, wa atmim bil khair.

Maksudnya: "Ya Allah, berilah segala kemudahan kepadaku, janganlah Engkau beri kesusahan, wahai Allah Yang Maha Pemurah, dan sempurnakanlah semua hajatku dengan sebaik-baiknya"

-TAMAT-

Ok, nampak banyak kan? Kalau tak amalkan semua pun takpe, yang paling penting amalkan yang no. 3 warna oren tu. Memang pendek habis lah kan. Hehe. Amalkan selalu time free-free. Sambil surfing ke, sambil rehat-rehat ke, sebelum tido ke. Pendek kata bila-bila teringat je baca lah.

Ustaz tu kata, bila nak makan or nak minum pun boleh baca kat makanan/minuman tu then baru makan/minum :) So, selamat mengamalkan!

Semoga kita semua ni mudah deliver nanti ek. Mudah-mudahan..amin!

20 comments:

mAr@ZiEy said...

Nad..

Jgn lupa amalkan ayatul kursi sekali..dan No 4 tu femes gak..di kenali sbg doa nabi yunus..sy skg amalkan ayatul kursi dgn doa nabi yunus je..

asna cute said...

Aminnn! =)

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ said...

nieza slalu amal yg no.4 ngan no.6 tiap2 kali pas smayang... fatihah n kursi mmg wajib r :)

Ainul said...

bila dh kena start praktis ni? masa sakit contraction ke? ada ustazah bgtau, kalau nk buat air selusuh suro husband yg buat.lebih afdal.pastu husband blh la doa2 apa2 utk wife dia.
nad, minta izin nak copy doa ni ye :)

Miss N said...

waa...tips yg bagus~tq cikgu nad..hihi

Amanda Eltiqaz said...

wah..bgusnya nad. lepas kahwin nnt mesti dy kena review balik semua post2 nad psal baby. hehe. tq~

.Anna. said...

semoga dipermudahkan semuanya kak nad. nanti turn saya bley rujuk kat blog kak nad. ehe :)

Mrs Nageb said...

pn nad:time kasih untuk doa2 ini..dah makin dekat dah kan :)

Puan nadxoxo said...

mAr@ZiEy,
Ok, thanks mAr@ZiEy! Ayat Kursi tu mmg selalu pun Nad amalkan every time lepas solat, doa Nabi Yunus pulak time free2 atau masa rasa sakit/dalam kesusahan :)

Asna,
Thanks Asna :)

Nieza,
Doa2 tu memang common kan? Doa Nabi Yunus amalkan time free2 atau masa rasa sakit/dalam kesusahan, yang no. 6 tu pun sama. Memang sll amalkan time nak wat apa2 pekerjaan :)

Ainul,
Dah boleh stat bila dah tahu pregnant :) Tak semestinya kene tunggu nak deliver nanti. Hehe.

Ooo betul jugak tu, takkan wife sorang2 je yang tanggung kan, husband kena la usaha sama :D

Ok silakan copy, takde masalah :)

Miss N,
Haha. Cikgu eh? Hihi. Sama2 :)

Amanda Eltiqaz,
Haha, takdela Dy. Just share je benda baik. Ni pun Nad dapat dari orang kan. So kena la kasi kat orang lain pulak :D

Hihi semoga bermanfaat utk Dy bila pregnant nnt :)

Anna,
Thanks Anna :)

Hihi boleh2. Semoga bermanfaat utk Anna pulak nnt :)

Mrs Nageb,
Sama-sama :) Tu lah, harini dah 8 bulan :D

**sHiKinn** said...

bila kat labour room nanti banyakkan baca yg no3, dan no.6...pastu suh suami bacakan ayat kursi..insyaAllah dipermudahkan nanti..kalo kt labour room tu kita dah tak ingat dah doa panjang2 sb masa tu ingat sakit jer..pastu kalo boleh, bawa masuk air zam2 sekali..
Alhamdulillah, akan kurang la sikit kesakitan tu..masa meneran pun tak panjang..ehee..tu pngalaman sy ler..kalo tak nak ikut pun takper..

**sHiKinn** said...

eh salah, yg no 4 ngn no 6 ler..sowi..

dell said...

nadd thanks for sharing :D

deena awanis said...

good sharing..insyaallah akan amalkan selalu esp no 3 tu..=)

Puan nadxoxo said...

Shikin,
Tul tu Shikin, kalau dah sakit mana lah nak baca doa panjang2 kan. Tahu nak beranak je masa tu hehe. Thanks a lot Shikin for the advice! :)

dell,
Hehe no prob Dell!

Deena,
Sama2lah kita amalkan :)

mama_waheeda said...

tq nad bg info ni..
sy pon nk minta izin amik ayat ni ye..semoga tuhan mempermudahkan sy utk melahirkan zuriat yang kedua ni.thanks...

Anonymous said...

terima kasih sebab kongsi info yang sangat2 baik..

♥♥relyza♥♥ said...

nad, anor share info ni kat blog anor yer. tq tq

Anonymous said...

Salam Nad,
sy silent reader..tq for the info..
mintak izin copy yer..

tq,
nor

SHENGAL DOT COM said...

as'kum...
hye nad, thanks for sharing this info...tp ayat yg ke3 tue x appear laa...

adialhadi said...

Salam...Rasa2 kenal Ustaz yang bagi doa tu, yg pakai serban tu kan? kenalan saya juga... Ustaz Man namanya... Kg Raja Besut Terengganu...Ada juga beberapa ilmu yg diperturunkan kepada saya.. Termasuk la kertas selusuh bersalin tu. Apapun ilmu yg kita ada, beramal dengan ilmu tu yg kita ada tu la yang patut lebih diberi penekanan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails