Monday, August 30, 2010

Baju Raya Lari Tema

Salam. Dah hari ke-20 dah kita berpuasa. Rasa sekejap je Ramadhan tahun ni berlalu walaupun saya berpuasa dalam keadaan mengandung. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Rasanya Ramadhan kali ni la yang paling cepat berlalu.

So tidaklah terlalu awal untuk saya bertanya apakah warna tema raya korang tahun ni? Hehe.

Lepas bertanya Ummi saya, rupa-rupanya warna tema family kami tahun ni ialah putih-biru. Hoho. Saya lambat tanya. Masa tu saya dah siap-siap dah beli dress ni online:


Baju raya saya yang bukan berwarna putih mahupun biru. Credits

Psst..Kalau korang selalu window shopping online mesti selalu terjumpa baju ni kan? Haha. Takpelah, saya redha kalau ada yang tersama baju nanti. Asalkan muat perutku yang buncet ini :D

Memang kontra sungguh warna baju ni dengan warna putih. Of course saya taknak pakai baju raya warna putih untuk raya tahun ni sebab saya kan buncet dan tembam. Kalau pakai putih, lagi lah menyerlahkan ciri-ciri tersebut. Walaupun warna putih ialah warna kegemaran saya. Sob sob.

Tapi takpe, saya gigih mencari warna biru untuk tudung pula. Nak jugak la masuk tema kan.

Setelah seminggu dua men-survey dan menanti blogshop-blogshop update dengan penuh kesabaran, akhirnya semalam berjumpalah saya dengan satu shawl yang berwarna biru dan yang saya berkenan:


Tudung raya. Credits

Saya tahu warna shawl ini tidak 100% biru tapi ok la kan ada warna biru? Hehe. Saya suka shawl ni sebab nampak ceria. Tapi saya dah tahu dah kalau saya pakai memang la tak secantik macam model shawl ini pakai. Redha lagi..

So setel la baju raya saya tahun ni. Haha. Sori ye Ummi, orang mengandung leh kasi kelonggaran kan? :P

Sebenarnya ada lagi baju raya untuk tahun ni. Eh, kata raya sebulan kan. Haha.

Satu lagi baju raya, mak ayah Encik Gajah yang hadiahkan. Awal tahun haritu lagi diorang dah belikan saya jubah dari Syria masa pergi sana. Pak Mentua yang pilihkan jubah tu, ok. Dia kata kalau menantu dia ni pakai tentu cantik. Aww terharu :P

Jubah tu sangatlah meriah sehingga tidak sesuai dipakai pada hari-hari biasa. Kalau dipakai juga, nanti orang ingat saya melaram tak kena tempat pula. Sebab tu lah jubah tu jadi jubah raya. Warna jubah tu pink-purple gitu. Dapat jugak 2 shawl hehe. Thanks pak & mak mentuaku~ :D

Satu lagi baju raya ialah baju yang tak berapa raya sebab saya dah pakai dah 2-3 kali haha. Baju tu ialah baju dalam entri ni. Baju tu ialah baju kurung pahang. Memang kasi kembang-kembang punya, al-maklumlah tuan yang nak pakai raya nanti pun kembang juga kan.

Dah, tu je baju raya tahun ni. 3 pasang jer pun. Bukan 5, 10, mahupun 30 ok. Hehe. Baju raya korang dah beli?

6 comments:

  1. wah! wah! wah! banyak nya baju raya dia...

    Aini nyer sepasang jer.. itupun sebab nak kasi feel ada baju raya sama kaler dengan Syafi :p.

    Hehehehe..

    ReplyDelete
  2. oh saya sangat jeles..saya juga yang masih tiada baju rasa biarpun satu..huhu :)

    ReplyDelete
  3. ainul takde naju raya lg.hahaa .last weekend p tgk kt pkns shah alam & sacc tp takde yg berkenan la.maybe this week nk p tgk kt hajaba lak.nk beli online tp takut saiz la.org tak cukup tinggi :)

    ReplyDelete
  4. sy dh ada 3 pasang..hehehe..suka suka..tp time raya pertama pakai baju raya thn lepas..sb tak pernah pakai lg..meriah jer lebih, pakainyer idok..

    ReplyDelete
  5. sy pon tak bli pon lg bj raya..huhu..jumaat neh br nk memulakan misi mencari bj raya..hopefully jumpa lh yg berkenan di hati~~

    ReplyDelete
  6. raya sakan jugak ey mak buyung nih..=)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails