Friday, July 16, 2010

Kisah Pada Hari Lahir ke-25 Suami

Hari lahir Encik Gajah kali ini ialah kali pertama setelah bergelar seorang suami :)

Malam sebelum birthday dia, sebelum jam 12 lagi dah ada sorang sepupu dia wish. Sebab kebetulan sepupu dia nak maklumkan kelahiran anak abang dia. Kiranya baby tu lahir sehari sebelum birthday Encik Gajah la. Hehe.


Ahmad Daniel Iqbal
Born on 13th July 2010

Masuk je jam 12 tengah malam saya tak wish pun birthday kat dia. Buat tak tahu je. Esok paginya pun saya tak wish jugak. Tengahari tu saya bagitau kat dia yang kononnya saya nak lunch dengan kawan, so tak dapat nak makan dengan dia.

Tapi sebenarnya saya dah pakat dengan officemates dia nak bawak dia pergi lunch dekat Pizza Hut dan surprise kan dia dengan kek. Hehe.

Saya sampai awal kat Pizza Hut dan order siap-siap untuk 8 orang makan, lepas tu pergi beli kek kat Secret Recipe. Saya bawak kek tu masuk Pizza Hut lepas tu menyorok kat bahagian birthday party sebab takde orang kat bahagian tu. Saya nyalakan lilin kek kat situ.

Masa tu boleh pulak orang Pizza Hut sorang pun takde lighter. Terpaksa lah saya buat muka tak malu pergi pinjam kat abang yang tengah hisap rokok kat luar Pizza Hut. Bila nak nyalakan lilin, baru saya ingat bahawa saya tak reti nyalakan lighter mahupun mancis. Terpaksa la mintak tolong waiter jugak untuk nyalakan lilin :P

Saya bawak keluar kek bila Encik Gajah dan officemates dia dah sampai Pizza Hut. Mula-mula dia tak nampak saya, bila saya dah sampai kat tepi dia baru dia perasan saya. Saya nyanyi satu line je lagu 'Happy Birthday to yooouuuuuu...' sebab takde orang nak nyanyi sama-sama dengan saya. Waiter kat Pizza Hut pun tak sporting nak nyanyikan sama-sama sebab diorang tak pernah buat. Tak sama macam kat KL :(

Muka Encik Gajah tak terkejut sangat, sebab dia dah nampak kereta saya kot sebelum sampai Pizza Hut tu, haha. Tapi lepas tu dia sengih je manjang pastu tanya-tanya macam 'bila korang plan ni?', 'mana kawan sayang yang sayang nak lunch sama-sama tu?' dan 'berapa ringgit harga kek tu?'. Haha. Macam budak kecik.

Jadi marilah kita tatapi gambar 4 keping masa kat Pizza Hut tu :D


Birthday cake untuk Encik Gajah


Encik Gajah dan Encik Jum


Encik Gajah dan isteri yang bulat macam corak tudungnya :P


Encik Gajah dan officemates

Terima kasih officemates Encik Gajah kerana memeriahkan birthday Encik Gajah dan belanja pizza. Saya plak belanja kek. Eh :P

Terima kasih gak kat Facebook sebab dengan Facebook la Encik Gajah dapat banyak birthday wishes. Dia suka sangat sebenarnya. Hehe. Dan terima kasih kat semua yang wish dan ingat birthday dia, sebab sebab sekurang-kurangnya saya tahu bukan saya sorang je yang saya kat dia :')

1 comment:

  1. wowiee untuk pizza hut!
    wowiee untuk kek secret recipe!
    wowiee untuk surprise yg kak nad buat!
    wowiee jugak untuk kak nad & hubby yg sweet sgt!

    selamat hari lahir utk hubby kak nad!
    hee walaupun dah terlambat nak wish :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails