Thursday, July 15, 2010

Frame Gambar Kawen Part II

Ingat lagi tak entry ni?

Inilah hasilnya..jeng jeng jeng!!


Hias kat atas rak kasut kat tepi pintu masuk rumah :)


Bukan nak tunjuk sofa, nak tunjuk yang kat dinding tu, belah atas kiri gambar ni :D


Close up :D


Bukan nak tunjuk tv, tgk kat sebelah kanan tuh :P


Close up :D

Semuanya ada 8 frame gambar. Total cost beli semua frames ialah RM40 sahaja! Mana taknya, setiap satu harga RM5 je. Hehe. Beli kat kedai 5 ringgit (Hinode Shop kalau tak silap) :P Kualiti frames biasa-biasa je, kena lah dengan harganya kan. In fact, masa pasang gambar dalam frame tu, ada salah satu frame tu, kaca dia retak. So kami tak pakai kaca terus untuk satu frame tu.

Cuci Gambar

Kami cuci gambar-gambar ni kat Besut, kedai yang family saya dah biasa cuci gambar iaitu kedai Lin Hof di pekan Jerteh. Kat kampung saya memang gelemer la kedai gambar ni.

Kos cuci 8 keping gambar (with texture) ialah tak sampai RM200. Lupa the exact price, either RM170+ or RM190++ which consists of:

2 x 11R (yang kat dinding)
3 x 6R (frame putih + hitam kat atas rak kasut)
2 x S8R (frame biru)
1 x 5R (frame putih + hitam kat tepi TV)

Boleh refer kat sini kalau nak tahu ukuran cm/inch gambar supaya senang nak edit sebelum dicuci :) Tapi takyah kecikkan size gambar supaya bila cuci nanti gambar tak pecah-pecah.

Texture

Dan kalau korang tak tahu texture tu macam mana, sila refer gambar ni:


Frame ni lah yang kaca dia retak tu :P

Nampak tak texture pada gambar kat atas? Bila tgk dekat-dekat nampak macam tak smooth macam gambar print biasa kan? Tapi bila tengok dari jarak biasa, tak perasan pun :)

Bila gambar dah print, orang kedai tu tambah satu layer lagi iaitu texture ni lah. Tujuan dia ialah untuk gambar tu tahan lama. And yang saya perasan, kalau kita punya frame tu takde cermin pun, gambar tetap nampak lawa dan clear, actually lagi clear kalau xde cermin, sebab cermin memantulkan cahaya :)

Hanya Sementara

Sebenarnya saya main letak je dulu frame-frame tu kat mana yang rasa sesuai kat ruang tamu. Mesti korang pelik kan tengok frame yang kat dinding tu saya letak tinggi giler :P Tapi dah situ je yang ada paku. Sebab sebelum ni ada hiasan dinding yang lain kat situ tapi tuan rumah dah ambil. Haha.

Actually saya nak buat macam ni:


Tapi kena tunggu Encik Gajah cat dinding dulu. Maybe weekend ni kot baru boleh start mengecat. Cat pun dah beli dah. Nanti kalau dah jadi macam gambar kat atas ni, saya update lagi k. Hehe.

Oklah, semoga korang mendapat manfaat dari entry ni walaupun sikit. Akhir kata, marilah menghias rumah untuk kebahagiaan bersama :P

4 comments:

  1. santekk..! oh rumah kak nad pun sungguh kemas je..! ;)

    ReplyDelete
  2. Anna,

    terima kasih! kemas ke? sebenarnya kosong sbb kekurangan barang. hehe :P

    ReplyDelete
  3. very nice and sweet home..hehe...jeles tgk rumah kemas jer.rumah saya tak dapat la dgn budak dua org tu.nnt anak dah besar nk melaram rumah jgk la..hihi..taks abar rasa nya~

    ReplyDelete
  4. kamu bole suruh sy buatkkn....kosnye, psti lg rndh... tp ngan syrt, kuantiti bnyk sikit la..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails