Saturday, July 17, 2010

Almari Lama Nampak Baru

Bila menyewa kat rumah sewa ni, kadang-kadang tuan rumah tinggal barang dia, contohnya almari. Bukan almari baju, tapi almari yang biasa letak kat ruang tamu tu. Si penyewa pulak nak alih almari pun berat sebab banyak barang kepunyaan tuan rumah kat dalam almari. Nak-nak pulak duduk 2 orang je kat rumah sewa dengan isteri. Isteri pulak pregnant. Jadi memang tak dapatlah mengalih almari kepunyaan tuan rumah tu ke tempat lain. Hehe.

Sebenarnya nak cakap pasal almari tuan rumah kat rumah sewa saya ni. Almari ni dah lama. Kaca dia pun ada yang dah retak-retak dah. Barang kat dalam almari pulak tak menarik untuk dipertontonkan. Dah lah almari ni ada kat ruang tamu kan.

Jadi terpaksalah saya dan Encik Gajah buat macam ni:


Sebelum


Dah tampal pembalut hadiah corak kegemaran


Tara!!! Cantik tak? Hehe

Sebenarnya ini idea Encik Gajah sebab Mak dia pernah buat macam ni kat rumah Tok dia. Saya beli pembalut hadiah ni brand AEIOU sebab corak dia comel-comel semuanya! :D

Almari lama ni kalau tak nampak baru pun, at least nampak cantik sikit la kan. Takdelah tidak enak mata memandang. Tetamu datang pun kami tak segan ;)

1 comment:

  1. a ah la..cantik..tak terlintas pun nak buat mcm ni..sgt kreatif..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails